Imaginasi 05 Modul PnP Matematik Nombor dan Operasi Thn 2

227 Lembaran Kerja 73 Lukiskan bentuk yang menarik yang menunjukkan pecahan yang diberi. Satu perdua 2. Satu perlima 1. 228 Lembaran Kerja 74 Satu pertiga 4. 3. Satu perempat 229 Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Pecahan Wajar Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 6.2 Menulis pecahan wajar Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i Menulis pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 apabila disebut dan mengikut lorekan pada gambarajah. Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan

Orentasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada a. Murid membuat lipatan kertas dan melorekkan mewarnakan 1 bahagian daripada hasil lipatan. b. Murid membuat perbandingan antara mereka mengenai jumlah keseluruhan petakbahagian yang dihasilkan melalui lipatan yang telah dibuat. c. Murid menyatakan pecahan yang telah dibina berdasarkan bahagian yang telah dilorekkan Satu perdua Satu perempat i. Berapakah jumlah kesemua petakbahagian? ii. Berapakah petakbahagian yang dilorekkan? i. Berapakah bahagian yang telah kamu lorekkan? ii. Berapakah jumlah keseluruhan lipatan yang telah kamu buat? iii. Nyatakan pecahan yang telah kamu bina berdasarkan lipatan yang telah dibuat?

2. Imaginasi

Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep ataupun pemahaman serta a. Minta murid yang mempunyai jumlah lipatan yang sama berada dalam kumpulan masing-masing. i. Berapakah jumlah lipatan kumpulan kamu? ii. Berapakah bahagian yang telah kamu lorekkan? 230 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi membandingkan penjelasan murid contoh: Kumpulan 1 Satu perenam Kumpulan 2 Satu perlapan Kumpulan 3 Satu perempat b. Setiap kumpulan mencari padanan kad nombor pecahan yang disediakan. iii. Nyatakan nilai pecahan yang telah kamu hasilkan? Padankan kad pecahan dengan kad nombor. 231 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

3. Perkembangan Penjelasan lanjut

Perkukuhkan aktiviti menulis pecahan wajar a. Minta dua orang murid yang mempunyai dua jawapan yang berbeza serta meminta murid membandingkan jawapan tersebut. b. Minta pendapat murid yang manakah cara penulisan nilai pecahan yang betul berdasarkan pemerhatian yang sebelumnya. c. Penekanan diberikan kepada apa itu pengangka dan apa itu penyebut ketika murid menulis pecahan.

d. Aktiviti Simulasi:

i. Guru menyediakan 5 stesen. ii. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan beserta dengan satu tugasan yang perlu diselesaikan iii. Murid diarahkan pergi ke setiap stesen dan menulis jawapan yang mewakili pecahan wajar berdasarkan bahan konkrit yang diberi. Stesen 1 Stesen 2 Kemungkinan ada murid menulis: Nombor yang mewakili penyebut berada di bahagian pengangka Jawapan murid Jawapan murid i. Jawapan manakah yang betul? ii. Mengapakah kamu memilih jawapan itu? pengangka penyebut pengangka penyebut 232 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 iv. Setelah selesai, wakil kumpulan melaporkan hasil dapatan yang mereka perolehi. 233 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi v. Kukuhkan aktiviti tersebut dengan blok asas yang dibahagikan mengikut pecahan yang diberikan guru. Nota: Guru memberikan contoh-contoh lain untuk membolehkan murid menulis pecahan wajar yang lain. 4. Tindakan Penilaian Murid diberikan beberapa gambarajah pecahan dan seterusnya menuliskan nilai pecahan tersebut. rujuk pada Lembaran Kerja 75 hingga Lembaran Kerja 77 Nota; a. Guru boleh menggunakan bahan lain yang difikirkan sesuai dengan murid. b. Guru boleh menggunakan lain- lain aktiviti yang sesuai. Pentaksiran : Rujukan Lembaran Kerja 75 hingga Lembaran Kerja 77. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, tolak ansur, ingin mencuba, bersistematik