KAJIAN LEPAS
2.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian Dan Pencapaian Akademik Dengan Ketagihan Internet
Hasil kajian oleh Stavropoulos dan rakan-rakan (2013) mendapati hubungan di antara tahap ketagihan internet dengan tahap pencapaian akademik adalah berada pada tahap yang tinggi. Dimana remaja-remaja lelaki berada pada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat IAD. Kajian yang dijalankan ini adalah melibatkan seramai 2090 orang remaja, iaitu 1036 orang remaja lelaki dan 1050 orang remaja perempuan. Kajian ini menggunakan ujian soal selidik Young (1998) yang menggunakan instrument dalam ujian Internet Addiction Test (IAT) serta diaplikasikan dengan beberapa bentuk soalan yang dihasilkan oleh mereka sendiri.
Selain itu, masalah pencapaian akademik juga ditemui di dalam diagnosis bagi simptom ketagihan internet. Dimana, Kubey dan rakan-rakan (2001) mendapati mereka yang tergolong dalam kategori ketagihan internet ialah empat kali lebih berkemungkinan menghadapi masalah akademik berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masalah ketagihan internet. Brenner (1997) menunjukkan daripada sampel kajian beliau, seramai 600 orang iaitu 80% daripadanya dilaporkan mempunyai masalah dan dikaitkan dengan 18 penggunaan berlebihan internet termasuk masalah pengurusan masa, kekurangan tidur, tidak mengambil makanan, serta masalah serius seperti menghadapi masalah dengan majikan serta pemencilan sosial.
Walau bagaimanapun, internet juga dapat mengurangkan perasaan kesunyian yang dialami oleh pelajar. Hal ini demikian dilakukan dengan cara menggunakan internet untuk mendapatkan sumber seperti lagu-lagu pilihan. Terdapat dua cara untuk menikmati lagu daripada internet (Iskandar & Zaitun, 2006). Oleh yang demikian, kegiatan melayani jiwa dengan cara mendengar muzik pada masa lapang tidak mengganggu pencapaian akademik para pelajar sekiranya mereka menggunakan saluran yang ada dengan cara yang betul.
December dan Ginsburg (1995) menyatakan terdapat pelbagai teknik untuk mencari dan mendapatkan maklumat melalui intenet. Antaranya ialah dengan cara carian web berdasarkan subjek, carian berdasarkan kata kunci, carian web berdasarkan ruang geografi dan carian web berdasarkan ruang maklumat. Hal ini demikian tidak memberi impak kepada pencapaian akademik para pelajar walaupun mereka cenderung untuk mengalami ketagihan internet.