HUBUNGAN DI ANTARA KESUNYIAN DENGAN KETA (1)

HUBUNGAN DI ANTARA KESUNYIAN DENGAN KETAGIHAN INTERNET DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DAN KEPUJIAAN (PSIKOLOGI) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

28 Jun 2013 SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI

A 135295

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya memberikan saya kesihatan yang baik, masa dan kematangan fikiran untuk menghasilkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Terlebih dahulu saya inginkan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia latihan ilmiah ini iaitu Cik Wan Azreena binti Wan Jaafar di atas bantuan, bimbingan, teguran, nasihat dan kritikan yang begitu berguna di sepanjang penulisan latihan ilmiah ini. Tidak dilupakan juga buat sahabat baik saya Nurshuhada binti Mohd Sabri kerana sudi memberikan bimbingan dan pandangan secara sukarela dalam menganalisis data kajian ini. Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya Dr Suzana binti Mohd Hoesni, En Norahim dan juga pensyarah- pensyarah lain yang telah mengajar dan membimbing saya sejak dari tahun pertama saya di sini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Hj Mohd Sawi bin Ya dan Hjh Zabidah binti Husain serta adik beradik saya kerana memahami dan tidak jemu memberikan dorongan di dalam usaha menyiapkan latihan ilmiah ini. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan Persatuan Ikatan Studi Islam Malaysia (ISIUKM), Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), sahabat- sahabat L26 dan i10 kerana banyak memberi bantuan, sokongan dan memahami kekangan saya untuk membahagikan masa antara kerja- kerja persatuan dan akademik. Tidak dilupakan juga rakan- rakan terdekat, Ani Raihana Rosli, Halimatus Sa’diah Yusoff, Hamiza Hani Omar, Siti Hajar Hassim, Nurul Hidayah Mohd Saad, Muhammad Nuruddin Ghazalli, dan rakan-rakan sekelas Psikologi di UKM yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini. Sekali lagi saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai bangsa. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A, maklumat demografi responden, Bahagian B, soal selidik iaitu Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale) dan Bahagian C, soal selidik Ujian ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT). Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS 19.0 (Statistical Package for the Social Sciences). Statistik deskriptif, Crosstabs, korelasi Pearson dan ujian-t digunakan dalam menganalisa hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet. Analisis dijalankan pada aras kesignifikan 0.05. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat perhubungan positif yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet. Selain itu juga, terdapat hubungan positif yang tidak signifikan di antara kesunyian dengan pencapaian akademik dalam kalangan mahasiswa. Manakala ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesunyian di antara subjek lelaki dan perempuan dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketagihan internet di antara subjek lelaki dan perempuan.

ABSTRACT

This study aims to identify the significance between loneliness and internet addiction among students in UKM. The sample of the study consists of 100 respondents, namely female and male students from various races. This study has been conducted in a form of description and questionnaires has been used as one of the instruments. The questionnaires are divided into three sections which are section A, the demography of the respondents, section B. questionnaire using Loneliness Scale, and section C, which is on internet-Addiction Test. The data retrieved has been collected using SPSS 19.0 (Statistical Package for the Social Sciences). Description statistic, Crosstabs, Pearson Coleration and T- Test also have been used in analyzing the data collected to measure the significance between loneliness and internet-addiction, and the scale of significance is

0.05. The result of coleration analysis shows that there is a positive significance between loneliness and internet addiction. Moreover, there is also a positive significance between loneliness and academic achievement among students. Whereas T-Test shows that there is no significant distinction for the loneliness between male and female subjects. Nevertheless, the significant distinction emerges in terms of internet addiction between male and female subjects.

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

SENARAI JADUAL

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Permasalahan Kajian

1.3 Persoalan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Kesignifikanan Kajian

1.6 Definisi Konsep dan Operasi

1.6.1 Kesunyian

1.6.2 Ketagihan Internet

1.6.3 Pencapaian Akademik

1.7 Kerangka Teoritikal

1.7.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme

1.7.2 Kriteria Diagnosis Ketagihan Internet

1.8 Kerangka Kajian

1.9 Penutup

BAB II ULASAN LITERATUR

2.2 Kajian Lepas

2.2.1 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan

2.2.2 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian

Dan Ketagihan Internet

2.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Pencapaian Akademik

Dengan Kesunyian Dan Pencapaian Akademik Dengan Ketagihan Internet.

2.3 Hipotesis Kajian

2.4 Penutup

BAB III KAEDAH KAJIAN

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Responden Kajian

3.4 Alat Kajian

3.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi 30

3.4.2 Bahagian B: Skala Kesunyian (UCLA Loneliness Scale)

3.4.3 Bahagian C: Ujian ketagihan internet - Internet Addiction

Test (IAT )

3.5 Kebolehkepercayaan Alat Kajian

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Kaedah Analisis Data

3.8 Penutup

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.2 Keputusan Deskriptif

4.3 Bahagian A: Maklumat Demografi Responden

4.3.1 Jantina

4.3.6 Pencapaian Akademik

4.3.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap

42 Kesunyian Responden Mengikut Jantina Menggunakan Analisis Crosstabs

4.3.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Ketagihan

internet Responden Mengikut Jantina Menggunakan Analisis Crosstabs

4.3.9 Perbezaan Antara Pencapaian Akademik Dengan Tahap

44 Kesunyian Menggunakan Analisis Crosstab

4.3.10 Perbezaan Antara Pencapaian Akademik Dengan Tahap

Ketagihan Terhadap Internet Menggunakan Analisis Crosstabs

4.4 Analisis Inferensi

4.4.1 Terdapat Perhubungan Yang Signifikan Di Antara

46 Kesunyian Dengan Ketagihan Internet

4.4.2 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 47

4.4.3 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Ketagihan 47 Internet

4.4.4 Terdapat Perhubungan Yang Signifikan Di Antara

48 Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian

4.4.5 Terdapat Perbezaan Di Antara Pencapaian Akademik

48 Dengan Ketagihan Internet

4.5 Penutup

BAB V

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.2 Perbincangan Kajian

5.2.1 Keseluruhan Aspek Demografi Responden

5.2.2 Terdapat Hubungan di Antara Kesunyian Dengan

Ketagihan Internet

5.2.3 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 52

5.2.4 Terdapat Perbezaan di Antara Jantina Dengan

Ketagihan Internet

5.2.5 Terdapat Perhubungan Di Antara Pencapaian Akademik

Dengan Kesunyian

5.2.6 Terdapat Perhubungan Di Antara Pencapaian Akademik

Dengan Ketagihan Internet

5.3 Limitasi dan batasan Kajian

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

75 A1 Bahagian A: Maklumat Demografi Responden

A Borang Soal Selidik

77 A2 Bahagian B : Ujian Ketagihan Internet- Internet Addiction Test

78 (IAT)

A3 Bahagian C: Ujian Kesepian (UCLA Loneliness Scale)

B Syntax

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

1.1 Hubungan di Antara Kesunyian dengan Ketagihan Internet 18 dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan

Malaysia.

3.1 Kandungan Soal selidik Kajian

3.2 Jadual Tahap Pencapaian Akademik

3.3 Pembahagian Item Positif Dan Item Negatif

3.4 Kaedah Pemarkatan

3.5 Kategori Kesunyian

3.6 Pemarkatan Skala

3.7 Interpretasi Julat Skor

3.8 Pembahagian Faktor Analisis

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama 39

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 40

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Fakulti 41

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

42 Pencapaian Akademik (CGPA)

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kesunyian

42 Responden Mengikut Jantina

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Ketagihan

43 Internet Responden Mengikut Jantina

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pencapaian Akademik

44 Dengan Tahap Kesunyian

4.10 Perbezaan Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Pencapaian 45 Akademik Dengan Tahap Ketagihan Terhadap Internet

47

4.12 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian

47

4.13 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Ketagihan Internet

48

4.14 Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian

4.15 Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan

48 Ketagihan Internet

BAB 1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkait dengan kajian yang meliputi pengenalan, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kesignifikasian kajian, definisi konsep dan operasi, kerangka teoritikal, kerangka kajian, dan rumusan bab ini.

1.1 PENGENALAN

Dahulu, penggunaan internet hanya bergantung kepada sebuah komputer sahaja. Namun kini, internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless) dengan pelbagai aplikasi android seumpamanya. Memandangkan pentingnya internet di dalam kehidupan kontemporari hari ini, mereka yang tidak biasa selalunya dianggap sebagai buta IT (Information Technology) (Huerta & Sandoval-Almazan, 2007). Walau bagaimanapun, bilangan individu yang cenderung menggunakan internet secara berlebihan adalah signifikan (Block, 2008).

Merujuk kepada nama dan kategori diagnosis yang telah dikenalpasti, fenomena ini telah menimbulkan kontroversi terhadap penggunaan nama tersebut. Pelbagai nama telah dicadangkan, seperti “Problematic Internet Use” (Davis dan rakan-rakan, 2002), “Cyberspace Addiction” (Hur, 2006) dan “Internet Addiction” (Young, 1998). Sementara itu, ketiga- tiga kategori diagnosis ini, iaitu Addictions (Young, 1998),

Impulse Control Disorders (Shapira dan rakan-rakan, 2003) dan Impulsive-Compulsive Disorders (Block, 2008) telah didakwa berlaku pertindihan nama diantara satu sama lain. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil takrif Internet Addiction Test (IAT) dan instrumen yang telah diuji oleh Young (1998). Hal ini disebabkan oleh pengkaji meramalkan bahawa faktor kesunyian dalam kalangan mahasiswa yang membawa kepada ketagihan terhadap internet ini berlaku.

Statistik menunjukkan jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang daripada 1,802,330,457 orang jumlah pengguna internet seluruh dunia mengikut Internet World Stats, berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC). Melihat kepada statistik ini, ia menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini lebih tinggi daripada pengguna internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Irfan Khairi, 2010).

Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman (2009) di dalam Konferen Penyelidikan Saintifik dan Sosial (CSSR 08’09) menyatakan bahawa, di Malaysia, sebarang percetakan

yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Undang -undang yang sedia ada telah memperuntukkan akta seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 telah membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat dilakukan.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa kepada perubahan yang besar dalam kehidupan kita pada hari ini. Hal ini disebabkan internet

Tambahan pula, perkhidmatan internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti di restoran, pusat membeli belah, hotel, kafeteria, dan lapangan terbang membolehkan pengguna mengakses internet tanpa caj. Lantaran itu, wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Digi, Yess, Celcom dan Maxis. Perkara ini merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber abad ini (Johari Hassan & Raja Shahrina, 2012).

Menurut Hurlock (1990), manusia di dunia ini tidak hidup bersendirian, sentiasa ada orang lain bersama dan berinteraksi dengan orang lain. Manusia dianggap sebagai makhluk sosial yang dalam kehidupan sehariannya didampingi oleh orang lain di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, mereka akan mengalami perkembangan secara berperingkat, bermula dari tempoh pranatal hingga tempoh lanjut usia. Kesemua individu akan mengikuti pola perkembangan dengan betul dan boleh diramal akan perubahannya. Sehubungan dengan itu, setiap masa yang dilalui merupakan tahap-tahap yang saling berkait dan tidak dapat diulang kembali (Nina Rahayu, 2008). Menurut Hurlock (1990) kejadian-kejadian yang berlaku pada masa awal perkembangan individu akan memberi pengaruh terhadap tahap-tahap perkembangan yang selanjutnya. Salah satu tahap yang akan dilalui oleh individu adalah tahap dewasa awal.

Hal ini adalah signifikan kerana menurut Ames dan rakan-rakan (2011) kebanyakan pelajar akan mengalami peralihan zaman dari alam persekolahan ke alam universiti. Fasa ini merupakan fasa peralihan hidup yang utama di masa dewasa awal, yang di dalamnya meliputi pelbagai perubahan dan cabaran. Rentetan daripada itu, kesunyian menjadi suatu fenomena biasa berkait rapat dengan beberapa faktor termasuk faktor lari dari rumah, mememutuskan perhubungan sosial sedia ada serta membina perhubungan sosial yang baru. Dalam tempoh peralihan ini, tekanan akan bermula di sekolah baru, tempat tinggal baru dengan persekitaran yang baru, ketiadaan sistem sokongan sosial seperti sebelumnya, dan mungkin disebabkan oleh kebanyakannya jauh dari rumah dan keluarga yang turut menyebabkan kesunyian dalam kalangan pelajar

Erikson (1963) menjelaskan bahawa, keintiman merupakan salah satu krisis dalam hidup, iaitu keintiman berlawanan dengan pengasingan yang dikembangkan pada usia dewasa awal. Apabila individu dewasa awal dapat membentuk perhubungan yang sihat dan intim dengan individu lain, maka intimasi akan tercapai. Namun, jika individu gagal mengembangkan keintimannya, maka individu tersebut akan mengalami isolasi,

merasakan kesunyian dan krisis keterasingan. Individu tersebut akan menarik diri dari berbagai aktiviti sosial dan hanya memiliki sedikit atau tidak ada sama sekali perhubungan dengan individu sesama jenis atau berlainan jenis (Orlofsky et al., 1973 dalam Santrock, 2011).

Ketika menghadapi kesunyian, individu akan merasa dissatisfied (ketidak puasan), deprived (kekurangan), dan distressed (menderita) . Hal ini tidak bermakna bahawa kesunyian tersebut adalah sama sahaja pada setiap masa. Individu yang berlainan

boleh mempunyai perasaan kesunyian yang berbeza pada situasi yang berlainan. Pada saat ini, internet telah memberi kemudahan yang lebih luas sehingga orang lain dapat saling berkenalan dan menjalinkan perhubungan melalui jaringan secara atas talian , e- mail, chat room, dan new group (Weiten & Llyod, 2006). Maka kesunyian tersebut telah terisi dengan cara menghabiskan masa berinteraksi di alam maya dan seterusnya membawa kepada ketagihan internet.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pada umumnya, manusia akan membentuk perhubungan sosial. Kewujudan kemudahan rangkaian sosial dan mengakses internet tanpa sempadan telah membantu mahasiswa yang dalam keadaan kesunyian membina perhubungan dengan sesiapa sahaja di alam maya. Hal ini bertujuan untuk menambah bilangan rakan siber yang dimilikinya, tanpa perlu berhadapan secara langsung. Rentetan daripada itu, pelbagai jenis akaun persendirian seperti facebook, twitter, weChat, whatsApp, yahoo messenger, skype dan lain-lain aplikasi lagi diwujudkan bagi memudahkan jalinan komunikasi berlaku.

Menurut Mohd Azis (2010), berdasarkan kajian Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai tabiat penggunaan internet mendapati golongan remaja menghabiskan masa selama 16 jam seminggu bagi melayari internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ke atas

12 buah negara utama dunia, dan ia juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Di dalam buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000), ketagihan internet belum dikenalpasti sebagai salah satu daripada penyakit yang boleh dikategorikan sebagai kecelaruan mental. Ianya juga belum lagi dikenalpasti sebagai satu penyakit, tetapi ia telah menimbulkan kontroversi disebabkan oleh gangguan mental yang biasa didefinisikan sebagai ketagihan internet (Zboralski et al., 2009). Bagi komuniti, sakit mental dikategorikan sebagai abnormal yang merujuk kepada tingkah laku bilazim dalam sesebuah komuniti dan bakal memberikan satu tamparan hebat kepada masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak dari setahun ke setahun dan bakal menghancurkan komuniti di sesebuah negara (Amran et al., 2012).

Menurut Noradilah dan Mansor (2009) untuk mengelak daripada unsur-unsur sebegini berlaku secara berterusan, proses rawatan secepat yang mungkin adalah perlu dilakukan. Namun demikian, pada hakikatnya menunjukkan bahawa, keadaan kesihatan mental komuniti kita tidak berada dalam tahap kenormalan. Menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangkakan berada pada kedudukan kedua penyakit tertinggi di dunia. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak saban tahun.

Santrock (2010) menjelaskan dalam kitaran hidup keluarga seseorang individu akan mengalami keadaan yang berubah dari satu tahap ke satu tahap mengikut usia. Bermula seawal pertengahan usia, individu akan mengalami „empty nest‟. Situasi ini mulai wujud apabila anak-anak semakin dewasa dan telah berdikari, serta berhijrah Santrock (2010) menjelaskan dalam kitaran hidup keluarga seseorang individu akan mengalami keadaan yang berubah dari satu tahap ke satu tahap mengikut usia. Bermula seawal pertengahan usia, individu akan mengalami „empty nest‟. Situasi ini mulai wujud apabila anak-anak semakin dewasa dan telah berdikari, serta berhijrah

Sememangnya tidak dinafikan, Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan gedung ilmu yang membantu para pelajar dalam memperoleh ilmu dalam bidang pengajian masing-masing serta menyediakan diri dalam persediaan ke alam pekerjaan. Pencapaian akademik semata-mata bukanlah penjamin kepada memperoleh pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian kelak (Mohd Majid & Zakaria, 2007; Salleh & Zuria, 2007).

Oleh yang demikian, permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai kesunyian dengan ketagihan terhadap internet memberi impak negatif kepada pencapaian akademik mahasiswa, seterusnya pencapaian mahasiswa dalam kemahiran generik khususnya. Namun begitu, ketegasan diri merupakan sesuatu yang penting dalam membantu seseorang pelajar untuk menjadi lebih berkeyakinan serta dapat membina hubungan yang baik semasa mereka menuntut di universiti.

Kebiasaannya, individu yang tidak tegas akan menjadi individu yang pasif dan sudah tentunya akan mengalami kesukaran untuk memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini kerana, ketidakupayaan seseorang calon untuk berkomunikasi dengan berkesan adalah penyebab utama para graduan tidak mendapat pekerjaan dewasa ini. Oleh itu, ketegasan diri penting untuk setiap individu terutamanya golongan pelajar di IPT (Salleh, 2007). Ironinya, perkara ini dibimbangi disebabkan ramai pelajar menghabiskan masa berkomunikasi di alam maya berbanding berkomunikasi secara terus di alam realiti. Situasi ini membawa kepada suatu kebimbangan bagi pengkaji jika permasalahan ini terus dipandang enteng oleh para mahasiswa khususnya.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang diutarakan, persoalan yang dibangkitkan adalah:

1. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

2. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

3. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

4. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

5. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk:

1. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.5 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Dari tinjauan karya yang telah dibuat setakat ini, didapati bahawa tidak banyak kajian yang dijalankan di Malaysia khususnya kajian tempatan yang pernah dijalankan ke atas subjek di Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai kesunyian dengan ketagihan internet. Justeru, kajian ini adalah penting untuk mengisi lompang ilmu dalam bidang ini. Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk meninjau hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dan perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Seterusnya, pengkaji turut ingin mengetahui hubungan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dan tahap pencapaian akademik dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Justeru itu, adalah diharapkan bahawa kajian ini akan memberi pemahaman tentang kejadian kesunyian dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.6 DEFINISI KONSEP DAN OPERASI

Bahagian ini akan membincangkan definisi konsep bagi beberapa pembolehubah yang bersandarkan kepada sesuatu teori atau diperkukuhkan dengan kajian-kajian lepas. Selain itu, perbincangan juga akan meliputi definisi operasi iaitu definisi yang akan digunakan

1.6.1 KESUNYIAN (PEMBOLEHUBAH BEBAS)

Manusia itu adalah bersifat sosial. Mereka ingin membentuk dan mengekalkan perhubungan positif dan perhubungan di antara orang-orang penting dalam hidupnya. Kesunyian mungkin menjejaskan suasana, kemahiran sosial dan juga keramahan mereka (Jones et al., 1981; Karaoglu et al., 2009). Semua manusia akan berasa kesunyian pada sesuatu masa dalam hayat mereka (Demir & Fisiloglu, 1999). Walaupun penyelidikan tentang kesunyian telah bertambah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun tiada maksud khusus yang telah dicapai berkenaan konsep kesunyian (Medora & Woodward, 1986), tetapi pelbagai takrif telah timbul.

Menurut Seligman (1983), beliau mendefinisikan kesunyian sebagai satu fenomena psikologikal yang paling kurang difahami. DeJong-Gierveld (1988) pula berpendapat bahawa kesunyian adalah multidimensi dan mengatakannya sebagai “suatu yang tidak berpeluang untuk menjalinkan perhubungan dengan orang lain pada tahap yang rapat”. Menurut Jones dan rakan-rakan (1981), kesunyian adalah pernyataan emosi yang melibatkan ketidakupayaan untuk mewujudkan perhubungan yang mesra dan rapat dengan individu lain. Ianya merupakan perasaan tidak selesa yang menunjukkan seseorang individu itu tidak dapat membina hubungan sosial dengan berkesan.

Manakala Peplau dan Perlman (1982) mentafsirkan kesunyian sebagai suatu perasaan psikologikal yang wujud akibat ketidakseimbangan di antara perhubungan yang ingin dicapai dengan perhubungan yang diingini oleh seseorang. Kesunyian juga adalah sebagai sesuatu yang bersifat subjektif, merangkumi pengalaman negatif yang menyukarkan, dan terjadi dalam perhubungan sosial yang menjadikannya terkeluar dari perhubungan dengan manusia dan menuntut individu kepada sebuah keselamatan dari segi psikologi. Kesepian atau kesunyian ini terjadi akibat daripada pengalaman peribadi individu yang memeritkan pada masa lampau.

Weiss (1973) pula mentafsirkan kesunyian atau kesepian bukanlah disebabkan Weiss (1973) pula mentafsirkan kesunyian atau kesepian bukanlah disebabkan

Kesunyian juga merupakan satu bentuk pengalaman emosional dan psikologikal sejagat yang mungkin dialami oleh setiap orang. Kesunyian turut dilihat sebagai satu pengalaman biasa yang mendahului individu mencapai kesedaran diri lebih mendalam, menjadi kreatif dalam mencipta khayalan diri, dan satu peluang mencapai pencapaian kendiri serta meneroka makna hidup (Bozgeyikli, 2002). Kesunyian adalah satu keadaan dalam kehidupan manusia, yang berbentuk pengalaman memanusiakan bagi membolehkan seseorang itu bertahan, memperluaskan dan memahami lebih dalam mengenai masyarakat di sekelilingnya (Moustakas, 1961).

Kesunyian sentiasa wujud sebagai satu respon kepada ketiadaan beberapa peruntukan perhubungan tertentu, seperti defisit di dalam perhubungan yang terlibat dalam sokongan sosial (DiTomasso et al., 2003; Ozdemir & Tuncay, 2008). Walau bagaimanapun, pengalaman kesunyian ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan tidak menenangkan. Kesunyian juga mungkin mendahului seseorang untuk mereka menyelami kehidupan mereka di dalam sesebuah perhubungan, serta menjadikan orang lain contoh dalam kehidupan dan berusaha mendapatkan kedudukan mereka yang sebenar (Peplau, 1982).

Menjalankan aktiviti seperti membaca, menonton TV, melayari internet, bersosial, menghadiri parti, mengambil minuman keras, dan juga menyalahgunakan dadah bukan sahaja memberi isyarat kepada kesunyian, tetapi ia juga mungkin adalah Menjalankan aktiviti seperti membaca, menonton TV, melayari internet, bersosial, menghadiri parti, mengambil minuman keras, dan juga menyalahgunakan dadah bukan sahaja memberi isyarat kepada kesunyian, tetapi ia juga mungkin adalah

Di dalam satu kajian longitudinal baru-baru ini, Kraut dan rakan-rakan , (2002) membuat pemerhatian dan mendapati tahap pengunaan internet yang tinggi dikaitkan dengan penolakan dalam komunikasi bersama ahli keluarga, mengurangkan saiz perhubungan sosial dan peningkatan kesunyian bagi seseorang individu. Kesunyian juga dikaitkan dengan beberapa perasaan negatif dan kelakuan destruktif (Jones dan rakan- rakan, 1990; McWhirter, 1990) dan mempunyai perkaitan antara kesunyian dengan kemurungan, kebimbangan, dan permusuhan dengan orang perseorangan. Juga melibatkan penyalahgunaan dadah, bunuh diri, dan mempunyai masalah kesihatan lemah. Memandangkan kelaziman seseorang yang mengalami perkara tersebut dikaitkan dengan kesunyian, pengkaji dan klinis mungkin boleh dipanggil untuk memberi khidmat bagi mengenal pasti faktor peribadi yang meningkatkan risiko permulaan seterusnya akan memberi kesan yang lebih buruk lagi (Jackson et al., 2000).

Walaupun tiada kenyataan asas di dalam mentakrifkan kesunyian, ia boleh didefinisikan sebagai satu emosi yang timbul apabila kedua-dua perhubungan sosial seseorang individu sangat kurang secara kualitatif dan kuantitatif (Deniz et al., 2005; Peplau & Perlman, 1982). Kesunyian ialah perasaan negatif yang diubah seperti kerisauan dan juga kebimbangan (Russell et al., 1980).

Weiss (1973) menyatakan wujudnya hubungan antara teori perapatan (attachment teory) dengan kesunyian. Beliau menjelaskan kesunyian sebagai suatu keadaan kebimbangan yang timbul apabila individu dipisahkan dari luncur perapatan mereka (attachment figure).

1.6.2 KETAGIHAN INTERNET (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)

Suler (1999) menunjukkan bahawa ketagihan sebenarnya tidak didefinisikan dengan jelas.

atau rasa ketagih akan sesuatu, serta perasaan terlalu sukar untuk mengatasinya. Manakala menurut Ivan (2007) ketagihan merupakan suatu hubungan emosional dengan suatu objek atau kejadian, yang mana individu yang mengalaminya akan merasai kesukaran untuk menjauhinya. Ketagihan (pada peringkat yang paling awal) adalah suatu usaha untuk mengawal dan memenuhi keinginan untuk mendapatkan keseronokan.

Tidak dinafikan bahawa internet ialah satu alat baru yang berkembang di dalam kehidupan seharian bagi semua pengguna di seluruh dunia (Nalwa & Anand, 2003) dan penggunaannya meningkat terutama dalam kalangan orang muda. Walaupun teknologi ini diterima luas, ahli-ahli psikologi dan pengajar telah menyedari akan impak negatif yang timbul melalui penggunaan internet ini, terutamanya penyalahgunaan yang berkait dengan fizikal dan masalah psikologikal (Greenfield, 2000).

Ketagihan internet lazimnya berunsur kepada kekacauan psikomotor, kebimbangan, keinginan (Ferraro dan rakan-rakan, 2007), kemurungan, dan permusuhan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2006), keasyikan, hilang kawalan, kerosakan fungsi, mengurangkan keupayaan membuat keputusan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2005), dan sentiasa melayari internet walaupun kesan negatif ke atas kehidupan sosial dan kesihatan psikologikal (Shaw & Black, 2008; Tao et al., 2010).

Ferris (2002) pula mengatakan bahawa seperti ketagihan yang lain, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan fisiologikal yang meliputi tolerance (penggunaan dalam jumlah yang sama akan menimbulkan respon minimum, jumlah harus ditambah agar dapat membangkitkan kesenangan dalam jumlah yang sama), simptom penarikan ( withdrawal symptom), gangguan afeksi (kemurungan, sukar menyesuaikan diri), dan terganggunya hubungan sosial (menurun atau hilang sama sekali, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti).

Ketagihan internet menurut Young (1998) ialah sesuatu sindrom yang dimulai dengan menghabiskan sejumlah waktu yang sangat banyak dalam penggunaan internet

2006). Orang-orang yang mempunyai sindrom ini akan merasa cemas, kemurungan, atau kecewa jika tidak online di internet (Weiten & Llyod, 2006). Berdasarkan pengertian- pengertian di atas, maka dapat disimpulkan bahawa ketagihan internet adalah merupakan penggunaan internet yang bersifat patologi, yang dimulai dengan ketidakmampuan individu untuk mengawal waktu penggunaan internet, merasa dunia maya lebih menarik jika dibandingkan dengan kehidupan nyata, dan mengalami gangguan dalam perhubungan sosialnya.

1.6.3 PENCAPAIAN AKADEMIK (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian membawa maksud apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh). Manakala akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Boleh dikatakan pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan begitu juga sebaliknya.

Menurut Zubaidah (2007), dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar di semua fakulti dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, pencapaian akademik ini juga merujuk kepada keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia dan Fizik.

Sementara itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Purata Himpunan Nilai Mata (PNGK) ialah nilai gred kumulatif, iaitu sistem pengiraan himpunan markah pelajar di institusi pengajian tinggi tertentu.

Di Malaysia, pencapaian akademik dinilai melalui empat kelayakan akademik utama iaitu melalui sijil peperiksaan yang utama di negara Malaysia contohnya UPSR, PMR, SPM, STPM, Matrikulasi, dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar. CGPA adalah jumlah mata timbunan yang diperolehi setiap semester, dibahagi dengan jumlah kredit timbunan iaitu seperti di dalam jadual di bawah (Zubaidah, 2007).

Jadual 1.1 Pengkelasan Nilai CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) Mengikut

Gred

Nilai CGPA

Manakala menurut Bahagian Pengurusan Akademik UKM (2012) nilai CGPA yang ditetapkan dikelaskan seperti berikut:

Jadual 1.2 Nilai CGPA Mengikut Pengkelasan Taraf Akademik

Nilai CGPA

Pengkelasan

3.67 hingga 4.00

Taraf cemerlang

3.00 hingga 3.66

Taraf kepujian

1.67 hingga 2.99

Taraf lulus

0.00 hingga 1.66

Gagal

Menurut Hafzan (2005), pencapaian akademik seseorang pelajar universiti dinilai melalui keputusan yang diperolehi bagi setiap semester pengajian yang dipanggil PNGK. Sebagai syarat keperluan pengijazahan pelajar, PNGK adalah menjadi nilai ukuran untuk menentukan Pencapaian Taraf Akademik pelajar sepanjang pengajian, dari semester pertama sehingga semester terkini.

1.7 KERANGKA TEORITIKAL

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan teori dan kajian lepas bagi menerangkan skop kajian. Skop kajian yang terlibat adalah kesunyian, ketagihan internet dan tahap pencapaian akademik mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.7.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Pendekatan teori ketagihan internet adalah menggunakan teori pembelajaran Behaviorisme. Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, Williams dan Anandam (1973) mendefinisikan pembelajaran sebagai:

“P erubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan ” .

Menurut Ee, Ah Meng (2001), pendekatan behaviorisme dipelopori oleh John B. Watson. Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman mereka menurut ahli- ahli psikologi behavioral. Hal ini bererti, segala pengalaman yang dilalui oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah laku mereka pada masa akan datang. Teori pembelajaran behaviorisme adalah tertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran, dimana mereka menumpukan pemerhatian kepada tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Menurut Khadijah Rohani dan rakan-rakan (2006), ahli- ahli psikologi behavioris berpendapat bahawa, kita tidak dapat Menurut Ee, Ah Meng (2001), pendekatan behaviorisme dipelopori oleh John B. Watson. Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman mereka menurut ahli- ahli psikologi behavioral. Hal ini bererti, segala pengalaman yang dilalui oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah laku mereka pada masa akan datang. Teori pembelajaran behaviorisme adalah tertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran, dimana mereka menumpukan pemerhatian kepada tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Menurut Khadijah Rohani dan rakan-rakan (2006), ahli- ahli psikologi behavioris berpendapat bahawa, kita tidak dapat

Teori behaviorisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik, terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Pavlov.

Ferris (2002) menyatakan beberapa sebab seseorang itu mengalami ketagihan internet, iaitu:

i. Pandangan Behaviorisme/ Perlakuan Menurut pandangan Behaviorisme, ketagihan internet didasari oleh teori B. F Skinner mengenai pelaziman operan ( operant conditioning) . Individu mendapatkan ganjaran ( reward) positif, negatif, atau hukuman atas apa yang dilakukan oleh mereka.

ii. Pandangan Psikodinamik dan Keperibadian Pandangan ini mengatakan bahawa ketagihan adalah berkaitan di antara individu dengan pengalamannya. Pengalaman ini bergantung kepada kejadian pada zaman kanak-kanak yang dirasai oleh individu tersebut dan kepribadiannya terus berkembang. Perkara ini juga mempengaruhi perkembangan sesuatu perilaku ketagihan, ataupun sebaliknya.

iii. Pandangan Sosio Budaya Pandangan sosio budaya menunjukkan bahawa, ketergantungan ini bergantung kepada bangsa, jantina, umur, status ekonomi, agama, dan negara.

Pandangan ini menekankan kepada adanya faktor keturunan dan kesesuaian, antara keseimbangan kimia di bahagian otak dan neurotrasmiter.

1.7.2 KRITERIA DIAGNOSIS KETAGIHAN INTERNET

Diagnosis untuk ketagihan internet sehingga kini belum lagi ada dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000). Berdasarkan kepada semua diagnosis yang ada di dalam DSM IV-TR, pathological gambling dilihat paling dekat dengan penggunaan internet. Menggunakan

pathological gambling sebagai model, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan pengawalan yang bersifat impulsif, tidak termasuk dalam intoxicant

(Young, 2004).

Young (2004) mengembangkan lapan item soal selidik yang disebut sebagai Diagnostic Questionnaire (DQ) yang merupakan modifikasi kriteria untuk pathological gambling sebagai alat ukur dalam mengenalpasti penggunaan internet yang menyebabkan ketagihan iaitu:

i. Terleka dengan internet (memikirkan tentang kegiatan dalam talian yang sebelumnya atau mengharapkan akan online lagi).

ii. Keperluan untuk menggunakan internet dengan jumlah masa bertambah supaya mencapai kepuasan.

iii. Gagal berusaha dalam mengawal, mengurangi, atau menghentikan penggunaan internet. iv. Perasaan gelisah, muram, tertekan, atau cepat marah apabila cuba mengurangkan atau berhenti penggunaan Internet. v. Kekal dalam talian lebih lama daripada yang dirancang. vi. Berisiko timbul bahaya atau kehilangan sesebuah perhubungan, pekerjaan, pendidikan atau kerjaya yang signifikan kerana penggunaan internet. vii. Menipu ahli keluarga, terapi, atau orang lain mengenai tahap kebergantungan iii. Gagal berusaha dalam mengawal, mengurangi, atau menghentikan penggunaan internet. iv. Perasaan gelisah, muram, tertekan, atau cepat marah apabila cuba mengurangkan atau berhenti penggunaan Internet. v. Kekal dalam talian lebih lama daripada yang dirancang. vi. Berisiko timbul bahaya atau kehilangan sesebuah perhubungan, pekerjaan, pendidikan atau kerjaya yang signifikan kerana penggunaan internet. vii. Menipu ahli keluarga, terapi, atau orang lain mengenai tahap kebergantungan

Mungkin terdapat aspek kandungan tertentu dalam penggunaan internet yang mana lebih ketagih daripada yang lain. Sebagai contoh, penggunaan internet dengan cara berkomunikasi melalui aplikasi internet seperti chat room didapati boleh menjadi semakin ketagih berbanding mengahantar e-mail (Kubey et al., 2001). Beberapa orang penyelidik telah mencadangkan sebanyak sepuluh jenis masalah dalam penggunaan internet (Christopherson, 2008).

1.8 KERANGKA KAJIAN

Jadual 1.3 Hubungan di Antara Kesunyian dengan Ketagihan Internet dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pemboleh ubah terikat Pemboleh ubah bebas

Kesunyian Faktor demografi :

1. Jantina

2. Pencapaian

akademik (PNGK)

Ketagihan internet

1.9 PENUTUP

Dalam bab ini membincangkan keseluruhan tentang kesunyian dan ketagihan internet yang di dalamnya mengandungi aspek-aspek ketagihan internet, kesunyian dan pencapaian akademik. Bab ini juga membincangkan permasalahan kajian, persoalan kajian, dan objektif yang dibuat daripada kajian. Selain itu, definisi operasi serta definisi konsep kesunyian dan ketagihan internet yang dikaji dalam kajian ini turut dibincangkan.

BAB II ULASAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang model dan teori yang digunakan, sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan hubungan kesunyian dengan tahap ketagihan internet, hubungan kesunyian dan ketagihan internet dengan jantina, hubungan kesunyian dan tahap ketagihan internet dengan tahap pencapaian akademik, serta rumusan bab.

2.2 KAJIAN LEPAS

2.2.1 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan Internet

Terdapat beberapa kajian lepas yang telah menjalankan kajian mengenai kesunyian dan juga ketagihan internet. Dalam kajian The Model Explaining and Predicting Loneliness Level and the Problematic Internet Use of Turkish Computer Education and Instructional

Technologies (CEIT) Students yang dijalankan oleh Unal (2013) mendapati masalah penggunaan internet dalam kalangan pelajar-pelajar CEIT adalah berada di tahap yang sederhana. Penemuan ini menyimpulkan bahawa tahap kesunyian pelajar CEIT adalah

berada pada tahap yang tinggi dan menunjukkan masalah penggunaan internet juga meningkat dengan kadar yang sama banyak. Bagi model ini, hasil kajian mendapati tahap kesunyian pelajar-pelajar CEIT ialah sebagai penanda aras signifikan kepada masalah penggunaan internet. Oleh yang demikian, ia menerangkan dan meramalkan 22 peratus berada pada tahap yang tinggi dan menunjukkan masalah penggunaan internet juga meningkat dengan kadar yang sama banyak. Bagi model ini, hasil kajian mendapati tahap kesunyian pelajar-pelajar CEIT ialah sebagai penanda aras signifikan kepada masalah penggunaan internet. Oleh yang demikian, ia menerangkan dan meramalkan 22 peratus

Selain itu, kajian oleh Ahmet Akin dan Murat Iskender (2011) di dalam kajian Ketagihan internet dan kemurungan, kebimbangan dan tekanan menunjukkan ketagihan internet adalah berhubung secara positif dengan kemurungan, kebimbangan, dan tekanan. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara ketagihan internet dan kemurungan, kebimbangan, dan tekanan. Jumlah responden ialah seramai 300 orang pelajar universiti yang didaftarkan di Turki. Kajian yang dilakukan itu menggunakan skala Online Cognition Scale dan Depression Anxiety Stress Scale .

Selari dengan itu, Santrock (2011) di dalam bukunya Life- Span Development menyatakan jumlah penggunaan internet bagi belia di seluruh dunia semakin meningkat, walaupun negara-negara lain menggunakan penggunaan variasi yang cukup besar di seluruh dunia serta di dalam kumpulan sosioekonomi yang sama (Shek, Tang & Lo, 2008; Subrahmanyan & Greenfield, 2008 dalam Santrock, 2011). Sebagai contoh, satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa 17 peratus remaja di Singapore melibatkan diri dalam penggunaan internet secara berlebihan, iaitu didefinisikan sebagai 5 jam atau lebih penggunaan dalam sehari (Mythily et al., 2008).

Menurut Kim dan rakan-rakan (2009), individu yang tidak melayari internet tidak akan mendapat kemahiran sosial berbanding dengan individu yang berinteraksi di dalam

talian. Hasil kajian ini ditemui di dalam kajian Kesunyian sebagai Punca dan Kesan Ketagihan Internet: Hubungan di antara Penggunaan Internet dan Kesejahteraan

Psikologikal yang telah dijalankan ke atas mahasiswa dari dua buah Universiti di Midwestern secara atas talian . Seramai 635 orang pelajar yang telah menyertai tinjauan tersebut, dimana 58% ialah perempuan dan 42% lagi adalah lelaki.

Morahan Martin dan Schumacher (2003) pula mendapati kesunyian dikaitkan dengan pertambahan masa dalam penggunaan internet. Purata penggunaa masa di dalam Morahan Martin dan Schumacher (2003) pula mendapati kesunyian dikaitkan dengan pertambahan masa dalam penggunaan internet. Purata penggunaa masa di dalam

Kajian lain yang menyokong penemuan ini ialah kajian dalam HomeNet , yang mendokumentasikan mengenai peningkatan di dalam kesunyian akibat dari penggunaan internet (Kraut et al., 1998). Kajian ini dijalankan oleh Morahan Martin dan Phyllis Schumacher (2003) secara percuma untuk mengurangkan kos komputer, latihan, dan pengaksesan internet selama dua tahun keatas 93 buah keluarga yang melibatkan seramai 169 individu. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan di antara orang yang mengalami kesepian dan yang tidak mengalami kesepian dalam cara bagaimana mereka menggunakan internet. Tingkah laku sosial individu-individu yang kesepian adalah konsisten di dalam peningkatkan penggunaan internet di dalam talian. Mereka lebih berkemungkinan berinteraksi dengan rakan-rakan dalam talian serta untuk mendapatkan sokongan emosi. Dapatan kajian menjelaskan orang yang mengalami kesunyian akan melayari internet apabila mereka merasakan kesepian, tertekan atau bimbang.

Manakala dalam kajian yang dijalankan oleh (Kraut dan rakan-rakan, 1998; Lavin dan rakan-rakan, 1999) iaitu pada awalnya peserta dibenarkan menggunakan internet untuk dijalankan pemerhatian dan mereka ini akan dibekalkan dengan laporan kendiri bagi menanda ciri-ciri psikologikal dan sosial mereka sebelum penggunaan internet di peringkat awal. Mereka kemudian diberi waktu rehat selama 1 tahun selepas mereka mula menggunakan internet. Di akhir kajian ini didapati peserta melaporkan kesunyian yang mereka hadapi. Kajian ini dilakukan bukan untuk meramalkan jumlah penggunaan internet bagi penggunaan berikutnya, tetapi untuk melihat kesan penggunaan internet dikaitkan dengan peningkatan tahap kesunyian.

2.2.2 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian Dan Ketagihan Internet