ALAT KAJIAN

3.4 ALAT KAJIAN

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu: (1) Bahagian A: Maklumat demografi responden, (2) Bahagian B: Ujian ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT) dan (3) Bahagian

C: Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale).

Jadual 3.1

Kandungan Soal selidik Kajian

Kandungan Pernyataan Bilangan item Pembolehubah

Bahagian A Maklumat demografi responden

6 Bebas Bahagian B Ujian ketagihan internet- Internet

20 Terikat Addiction Test (IAT)

Skala kesunyian (UCLA Loneliness Bahagian C

20 Terikat

3.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi

Bahagian A dalam borang soal selidik ini merangkumi maklumat-maklumat peribadi responden yang berkaitan seperti jantina, agama, bangsa, umur, fakulti, tahun, dan tahap pencapaian akademik iaitu CGPA.

Jadual 3.2 Jadual Tahap Pencapaian Akademik

Tahap Pencapaian Akademik

3.4.2 Bahagian B: Skala Kesunyian (UCLA Loneliness Scale)

Skala kesunyian UCLA digunakan untuk meninjau pengalaman sunyi individu dan pengalaman ini merujuk kepada kesunyian emosi dan kesunyian sosial (Rusell et al., 1980). Soal selidik ini telah diperkenalkan oleh Weiss pada tahun 1975 dan telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah back-translation oleh dua orang penterjemah yang mahir dalam Bahasa Inggeris. Soal selidik ini dilampirkan sebagai Lampiran A.

Skor-skor adalah berdasarkan 20 item dengan 4 poin Skala Likert yang julatnya adalah di antar a ‘tidak pernah’, ‘jarang- jarang’, kadang-kadang’ hingga ‘selalu’. Ianya terdiri daripada 10 item positif dan 10 item negatif sebagaimana yang ditunjukkan di

Jadual 3.3 Pembahagian Item Positif Dan Item Negatif

Jenis item

No. item

Positif 1,4,5,6,9,10,15,16,19,20 Negatif

Cara pemarkahan bagi skala kesunyian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

Jadual 3.4 Kaedah Pemarkatan

0 3 Kadang- kadang

1 2 Jarang- jarang

2 1 Tidak pernah

Markat tertinggi adalah 80, manakala 20 adalah markat terendah. Min markat adalah 50. Jika markat adalah kurang daripada 50 markat, ia dikatakan berada dalam tahap kesunyian yang rendah. Jika markat lebih daripada 50 markat, tahap kesunyian adalah tinggi.

Jadual 3.5 Kategori Kesunyian

Kesunyian

Skor yang diperolehi

Rendah

20 hingga 50

Tinggi

51 hingga 80

3.4.3 Bahagian C: Ujian ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT)

Bahagian C pula ialah set soal selidik Ujian Ketagihan Internet- Internet Addiction Test (IAT) yang dibangunkan oleh Dr. Kimberly Young, iaitu seorang psikologi klinikal pada tahun 1998 di USA.

Ujian IAT Young mengandungi 20 item iaitu menggunakan 5 poin Skala Likert, yang menunjukkan tahap di mana penggunaan internet menjejaskan aspek kehidupan pengguna. Julat skor adalah bermula daripada 20 hingga 100. Cara pemarkatan skala adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

Jadual 3.6 Pemarkatan Skala

Darjah Kekerapan

Skala

Tidak pernah Jarang sekali

Sekali sekala

Sering kali

Selalu

Young (1998) mencadangkan julat skor yang menunjukkan penggunaan internet ialah sederhana dan mempunyai kuasa penuh terhadap penggunaan internet ialah skor di antara (20-49), manakala pengguna yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan penggunaan internet ialah skor di antara (50-79), dan penggunaan internet signifikan di dalam kehidupan pengguna ialah skor di antara (80-100) sebagaimana pembahagian julat skor di dalam jadual dibawah.

Jadual 3.7 Interpretasi Julat Skor

Bilangan skor

Iterpretasi skor

Pengguna tidak ketagih

0 hingga 19

20 hingga 49

Rendah (Pengguna yang sedikit ketagih. Pengguna mungkin

banyak menghabiskan masa di internet tetapi masih dapat mengawalnya)

50 hingga 79

Sederhana. (Pengguna mengalami masalah biasa disebabkan oleh penggunaan internet. Pengguna perlu memastikan kesan

menyeluruh internet dalam kehidupan)

Tinggi.

80 hingga 100 (Penggunaan internet membawa kesan yang mendalam

dalam hidup pengguna. Pengguna patut memikirkan keburukan internet kepada diri sendiri dan mengaku bahawa ini semua disebabkan kelalaian menggunakan internet)

Penilaian ini adalah berdasarkan kepada tingkah laku yang dikaitkan dengan ketagihan internet. Widyanto dan McMurran (2004) menjalankan satu kajian untuk mengkaji beberapa ciri psikometrik IAT. Pengkaji telah menjalankan satu kajian analisis faktor dan mendapati terdapat enam faktor utama termasuk faktor paling tertonjol (salience) , penggunaan internet yang berlebihan (excessive use), mengabaikan kerja (neglecting work), sentiasa bimbang (anticipation) , ketidak boleh kawalan (lack of Penilaian ini adalah berdasarkan kepada tingkah laku yang dikaitkan dengan ketagihan internet. Widyanto dan McMurran (2004) menjalankan satu kajian untuk mengkaji beberapa ciri psikometrik IAT. Pengkaji telah menjalankan satu kajian analisis faktor dan mendapati terdapat enam faktor utama termasuk faktor paling tertonjol (salience) , penggunaan internet yang berlebihan (excessive use), mengabaikan kerja (neglecting work), sentiasa bimbang (anticipation) , ketidak boleh kawalan (lack of

Walau bagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji tidak menggunakan analisis faktor disebabkan oleh ketiadaan pembolehubah yang berkaitan dengan analisis faktor ini. Pembahagian faktor analisis tersebut adalah seperti di dalam rajah di bawah:

Jadual 3.8 Pembahagian Faktor Analisis

Faktor

Jenis faktor analisis

No Item

1 Faktor paling tertonjol (salience) 10,12,13,15,19 Penggunaan internet yang berlebihan

2 (excessive use)

Mengabaikan kerja (neglecting work) 6,8,9

3 Sentiasa bimbang (anticipation)

5 Ketidak boleh kawalan (lack of control)

6 Mengabaikan kehidupan sosial 3,4 (neglecting sosial life)