Jurang Dalam Sorotan Karya Kerangka Penyelidikan

Namun begitu, dalam kajian berhubung dengan proses merangka strategi, Dess et al. 1997 telah mengambilkira dimensi sikap autonomi sebagai salah satu dimensi proses merangka strategi keusahawanan atau entrepreneurial strategy making ESM. Kajian ini mengesyorkan bahawa dalam persekitaran membantu hubungan di antara sikap autonomi dengan prestasi adalah secara positif memandangkan keadaan ini akan memudahkan lagi proses membuat keputusan dengan lebih cepat Shane et al., 1995. Tambahan lagi, sikap autonomi juga menyemarakkan lagi proses kreativiti dan inovasi dalam firma Shane dan Venkataraman, 2000. Impak persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi menunjukkan penemuan yang bercampur- campur. Setengah kajian seperti kajian oleh Miller 1988 dan Zahra 1996 mendapati pengaruh persekitaran membantu hubungan yang positif di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Tetapi beberapa kajian oleh Kreiser et al. 2002a, Lumpkin dan Dess 2001 dan Dess et al. 1997 mendapati hubungan yang lemah di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran yang ditanggap yang dikaji rujuk Jadual 3.4.

3.7 Jurang Dalam Sorotan Karya

Sorotan karya memaparkan berbezaan dan percanggahan yang ketara di mana terdapat penemuan yang bercampur-campur dalam kajian-kajian yang lepas dalam hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi. Keadaan yang sama juga didapati berlaku terhadap pengaruh 85 penyederhana persekitaran yang ditanggap iaitu dinamik, bermusuhan dan membantu dalam menerangkan hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi. Sehubungan dengan itu juga, sorotan karya banyak merujuk kepada kajian di barat sedangkan kajian di Malaysia masih berkurangan, keadaan ini menunjukkan terdapat jurang berhubung kajian yang sama perlu dilakukan terhadap PKS Bumiputera di Malaysia. Jurang juga dikenalpasti di dalam bab 2 berhubung dengan kajian strategi mengikut tahap pembangunan PKS Bumiputera di Malaysia yang belum mendapat perhatian sewajarnya berbanding dengan PKS di negara maju.

3.8 Kerangka Penyelidikan

Model konseptual kajian ini adalah berasaskan pandangan asas sumber PAS Alvarez dan Barney, 2000; Barney, 1991; Wernerfelt, 1984;. Konstruk orientasi keusahawanan digunakan sebagai pengukur keusahawanan tahap firma di mana setiap dimensinya adalah merupakan harta tidak nyata dalam bentuk gagasan sumber ataupun keupayaan dalaman sesebuah firma Alvarez dan Barney, 2000; Andrew, 1980; Lumpkin dan Dess, 1996; Wernerfelt, 1984. Alvarez dan Barney 2000 melakarkan hubungan antara PAS dengan konsep keusahawanan dan menyumbang kepada kelebihan keusahawanan seperti dalam Rajah 3.1. 86 Samar bersebab Permintaan tidak diketahui Pandangan Asas Sumber Pulangan heterogen Teknologi tidak stabil Kelebihan keusahawanan Rajah 3.1 Kelebihan keusahawanan. Sumber: Alvarez dan Barney 2000. Teori PAS adalah diasaskan kepada empat andaian, pertamanya, setiap firma dan pulangannya adalah tidak seragam atau heterogeneous, keduanya, pulangan yang melebihi pendapatan normal akan terhasil apabila kaedah baru digunakan dalam persaingan, ketiganya, wawasan keusahawanan sentiasa menjadi pegangan firma, dan keempatnya, peniru berpotensi sentiasa wujud Conner, 1991; Schumpeter, 1934. Model kajian ini juga adalah berasaskan kepada hubungan kontingensi Lawrence dan Lorsch, 1967; Venkatraman dan Prescott, 1990 di mana persekitaran yang ditanggap merupakan pemboleh ubah yang bertindak sebagai kontingensi yang mempengaruhi hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi Covin dan Slevin, 1991; Dess et al., 1997; Khandwalla, 1977; Lumpkin dan Dess, 1996. Namun demikian Wilson 1999 mendakwa bahawa teori kontingensi mempunyai hubungan yang rapat dengan PAS. Lantaran itu, Wilson 1999 melakarkan rajah tentang hubungan teori kontingensi dengan PAS seperti dalam Rajah 3.2. 87 Ekonomi Perindustrian Mason 1939 Bain 1959 Scherer 1970 Struktur Organisasi sebagai Kontingensi Chandler 1962 Hofer 1975 Serba sama Kedudukan Kompetensi Persekitaran sebagai Kontingensi sebagai Kontingensi sebagai Kontingensi Porter 1980 Selznick 1952 Lawrence dan Lorsch Lenz 1981 Snow dan Hrebiniak 1980 1967 Miller 1986 Hitt dan Ireland 1985 Hambrick 1983 Donaldson 1987 Pandangan Asas Sumber Firma Wernerfelt 1984 Barney 1986, 1991 Rajah 3.2 Perkembangan teori kontingensi dan PAS. Sumber: Wilson 1999. Kajian dalam bidang strategi banyak menggunakan teori dari beberapa disiplin, tetapi kebanyakannya berpunca dari disiplin ekonomi perindustrian Wilson, 1999. Teori ekonomi perindustrian yang diasaskan oleh Bain 1959, Mason 1939 dan Scherer 1970 telah menghasilkan penemuan bahawa hubungan di antara beberapa kontingensi dengan asas sumber. Di antara kontingensi yang dimaksudkan ialah seperti pemboleh ubah struktur organisasi dalam kajian oleh Chandler 1962 dan Hofer 1975 yang menemui bahawa 88 struktur organisasi adalah sebagai pemboleh ubah kontingensi yang dapat menerangkan perbezaan terhadap prestasi firma. Kajian ini telah mencetuskan beberapa penemuan berhubung dengan pemboleh ubah kontingensi lain seperti konsep serba sama atau congruency seperti dalam kajian oleh Porter 1980, kompetensi dalam kajian Hitt dan Ireland 1985 dan persekitaran dalam kajian oleh Lawrence dan Lorsch 1967 yang menerangkan perbezaan terhadap prestasi perniagaan. Kerangka penyelidikan kajian ini seperti yang dilakarkan dalam Rajah 3.3 dibangunkan atas dua aliran, aliran pertama ialah konsep kompetensi Hitt dan Ireland, 1985 dan model keusahawanan tahap-firma Covin dan Slevin, 1991; Lumpkin dan Dess, 1996 yang menyamai konsep keupayaan mengikut pandangan asas sumber PAS seperti yang diterangkan oleh Wernerfelt 1984, Barney 1986, Peteraf 1993, Conner 1991 dan Mathews 2001. Manakala aliran kedua ialah teori kontingensi persekitaran Khandwalla, 1987; Lawrence dan Lorsch, 1967; Miller, Droge dan Toulouse, 1988 yang merupakan pemboleh ubah penyederhana yang mampu meningkatkan keupayaan keusahawanan untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi. Hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi adalah berasaskan teori PAS Barney, 1991; Wernerfelt, 1984, 1995. PAS menegaskan bahawa gabungan sumber nyata dan tidak nyata dalam organisasi boleh membentuk keupayaan dan kompetensi. Sikap inovatif, proaktif, mengambil risiko, berdaya saing yang agresif dan autonomi adalah merupakan keupayaan 89 dan kompetensi yang seharusnya dimiliki oleh PKS Bumiputera. Kelima-lima dimensi tersebut adalah sikap keusahawanan firma yang samar bersebab dan sukar ditiru Alvarez dan Barney, 2000; Hitt et al., 2003. Keupayaan ini juga merupakan gagasan sumber yang membentuk kompetensi yang perlu sepadan dengan kehendak persekitaran untuk memandu firma ke arah kelebihan persaingan yang lestari Andrew, 1980; Grant, 1996; Hitt dan Ireland, 1985; Wernerfelt, 1984. Model kajian ini juga tertakluk kepada andaian dalam teori PAS berhubung dengan firma keusahawanan selaras dengan pandangan Conner 1991 dan Schumpeter 1934. Persekitaran yang ditanggap Membantu Dinamik Bermusuhan Orientasi Keusahawanan Autonomi Inovatif Prestasi Ambil risiko Pulangan Jualan Pulangan Harta Proaktif Pulangan Modal Daya saing agresif Rajah 3.3 Kerangka penyelidikan. Manakala pemboleh ubah persekitaran merupakan kontingensi yang boleh mempengaruhi hubungan di antara dimensi orientasi keusahawanan dengan 90 prestasi firma yang lebih tinggi Covin dan Slevin, 1991; Miller et al., 1988; Khandwalla, 1987.

3.9 Pernyataan Hipotesis