Orientasi Keusahawanan dan Pandangan Asas Sumber PAS

dari semua PKS hanya menyumbangkan 19 di antara tahun 1985 hingga 1990 meningkat kepada 20.6 di antara tahun 1991 hingga 1995 dan kembali menurun kepada 19.1 di antara tahun 1995 hingga 2000 Malaysia, 2001. Keadaan ini menunjukkan perbezaan prestasi yang amat ketara di antara PKS Bumiputera dengan bukan Bumiputera, justeru kajian yang mendalam terhadap strategi keusahawanan dalam PKS Bumiputera dan hubungannya dengan prestasi adalah penting untuk memastikan pembangunan ekonomi Malaysia menjadi lebih seimbang antara semua kaum. PKS di Malaysia didefinisikan sebagai perniagaan yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang yang diwakili oleh perniagaan jenis pengilangan, perdagangan dan perkhidmatan SMIDEC, 2000. PKS juga merupakan perniagaan yang pulangan jualannya tidak melebihi RM25 juta SMIDEC, 2003.

3.4 Orientasi Keusahawanan dan Pandangan Asas Sumber PAS

Conner 1991 dan Dollinger 1995, 2003 membincangkan dengan agak komprehensif berhubung dengan pembangunan teori PAS serta kaitannya dengan aspek keusahawanan. Mereka merujuk kepada beberapa teori terdahulu seperti teori mikroekonomi neoklasikal Alchian dan Demsetz, 1972, teori organisasi perindustrian jenis Bain Bain, 1948, 1950, 1951, 1954, teori ekonomi inovasi Schumpeter Schumpeter, 1950, teori sekolah Chicago Stigler, 1957, 1968, dan teori kos transaksi Coase dan Williamson Coase, 1952, 1960; Williamson, 1972, 1975, 1983. Ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara teori- teori terdahulu dengan PAS diklasifikasikan dalam Jadual 3.2. 69 Jadual 3.2 Perbandingan PAS dengan Lima Teori Organisasi Perindustrian Terdahulu Nama Teori Persamaan dengan PAS Perbezaan dengan PAS Mikroekonomi Neoklasik Organisasi Industri Jenis-Bain Ekonomi inovasi Schumpeter Firma selaku penggabung input: mementingkan pengeluaran produkperkhidmatan fizikal Persekitaran firma firma laindasar awam meng- halang strategi Memungkin pulangan Lebih normal Pulangan melebihi paras normal boleh datang dari kaedah baru utk bersaing Wawasan keusahawanan sentiasa dihati firma Peniru berpotensi sentiasa wujud Algoritma pengeluaran tidak diberi; masalah untuk kenalpasti sumber dan gabungan sumber Sumber kritikal mungkin tidak bergerak sudah tiada untuk dibeli, atau sukar dibuang walaupun sudah tidak produktif mungkin sisa dari hasil kerja berpasukan Saiz dan skop firma adalah isu penting Kekangan pada hasil dari tindakan bermonopoli atau bersekongkol, atau melabur untuk menyekat kemasukan, bukan sumber utama untuk hasilkan pulangan lebih dari normal yang tegar Firma bukan industri lebih memahami punca kepada pulangan lebih dari normal Organisasi dalaman firma adalah pemboleh ubah penting Gelagat firma adalah hasil dari pilihan secara sedar memandangkan ia diabaikan dalam struktur industri Kemudahan kaedah baru untuk bersaing tidak bergantung pada kaedah monopoli atau amalan mengekang output Peniru dihalang oleh sumber mahal- utk-ditiru Kejutan luaran boleh jadi penting kepada pemusnahan kreatif Pendapatan yang tinggi adalah hasil dari inovasi secara revolusi Jadual 3.2… sambungan 70 Nama Teori Persamaan dengan PAS Perbezaan dengan PAS Sekolah Chicago Coase dan Williamson Kos Transaksi Firma adalah pencari pengeluaran dan pengedaran yang cekap Saiz dan skop firma mencerminkan tahap tercapainya kecekapan Pengkhususan aset dan bil- angan yang kecil adalah konsep penting yang boleh menghalang opsyen ber- strategi sesebuah firma Fokuskan pada kadar pulangan intermediate. Kemasukan pesaing menggalakkan kecekapan semua firma Kecekapan bukan sahaja untuk produk sedia ada malah produk baru juga Tumpuan firma adalah pada mengguna dan menggabung input tertentu dan bukan untuk mengelak dari ditipu Sumber: Conner 1991. Berasaskan PAS, setiap dimensi orientasi keusahawanan adalah merupakan pemangkin kepada kelebihan saingan dalam sesebuah organisasi Dess et al., 2005; Hitt, et al., 2003; Wheelen dan Hunger, 2002. Di dalam orientasi keusahawanan sesebuah firma terkandung keupayaan yang tidak nyata Hall, 1993; Wernerfelt, 1984, 1995. Beberapa orang penyelidik telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan prestasi dan kelebihan daya saing selepas orientasi keusahawanan digunakan dalam firma Alvarez dan Barney, 2000; Hitt et al., 2003; Wilklund dan Shepherd, 2004. Namun begitu, Wernerfelt 1995 mengingatkan bahawa PAS juga tertakluk kepada kekurangan dalam keupayaan yang boleh menghasilkan nilai negatif pada tahap tertentu ms.172. Ini bermakna pada tahap tertentu keupayaan firma boleh berubah menjadi kebekuan atau rigidity dan tidak menyumbang kepada peningkatan prestasi Leonard-Barton, 1992. 71 Orientasi keusahawanan ialah pemboleh ubah yang mengandungi lima dimensi iaitu autonomi, berinovatif, proaktif, mengambil risiko, dan berdaya saing agresif yang berhubung secara langsung dengan prestasi dan kelebihan persaingan Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996. Barney 1991 merumuskan bahawa prestasi dan kelebihan persaingan adalah berpunca dari penggemblengan sumber yang memenuhi empat syarat iaitu bernilai atau valuable, nadir atau rare, sukar untuk ditiru, dan sukar untuk diganti. Maka kelebihan persaingan sebuah firma dapat dipertahankan apabila usahawan dan kakitangannya bersikap inovatif, proaktif, mengambil risiko, berdaya saing agresif dan berautonomi selaras dengan sumber lain yang terdapat dalam firma Lumpkin dan Dess, 2001. Orientasi keusahawanan merupakan sebahagian daripada keupayaan firma yang terbentuk daripada gabungan yang kompleks di antara dua jenis asas sumber iaitu sumber nyata dan sumber tidak nyata Hitt et al., 2003. Mengikut Dollinger 1995, asas sumber boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu sumber fizikal, sumber manusia, teknologi, organisasi dan reputasi. Sumber nyata adalah terdiri daripada sumber fizikal dan teknologi seperti bangunan kilang, peralatan, lokasi perniagaan, bahan mentah, bahan tenaga, formula, lesen, hakmilik paten dan seumpamanya. Manakala sumber tidak nyata adalah terdiri daripada pengetahuan, latihan dan pengalaman yang dimiliki oleh sumber manusia, manakala struktur organisasi, rutin dan sistem adalah daripada sumber organisasi, dan imej korporat seperti inovatif, proaktif, pengurusan berkualiti adalah daripada sumber reputasi Dollinger, 2003; Hall, 1993. 72 Keupayaan terbentuk dalam suatu tempoh masa dan dipengaruhi oleh ciri- ciri persekitaran perniagaan tertentu yang menghasilkan kelebihan daya saing untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi Barney, 1991; Hitt et al., 2003; Miles dan Snow, 1978; Bettis dan Prahalad, 1995; Venkatraman dan Prescott, 1990; Wernerfelt, 1984.

3.5 Orientasi Keusahawanan dan Prestasi