kesan persekitaran dinamik dalam mempengaruhi hubungan sikap berdaya saing agresif dengan pertumbuhan jualan dan pulangan jualan adalah tidak siginifikan.
Sehubungan dengan itu juga, kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 mendapati wujudnya pengaruh persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara daya saing
agresif dengan prestasi. Kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 mendapati kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara dimensi orientasi
keusahawanan dengan prestasi adalah bercanggahan. Kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara daya saing agresif dengan pertumbuhan
jualan adalah secara positif tetapi hubungan daya saing agresif dengan pulangan harta dan keuntungan adalah secara negatif Lumpkin dan Dess, 2001.
3.6.2 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran bermusuhan
Persekitaran bermusuhan menjejaskan tahap pulangan keuntungan serta mengurangkan sumber yang boleh digunakan untuk inovasi apabila firma melabur
dengan jumlah yang banyak untuk teknologi baru Zahra, 1996. Keadaan ini berlaku apabila beberapa kajian oleh Kresier et al. 2002b dan Zahra dan Bogner
2000 mendapati hubungan di antara sikap berinovatif dengan pulangan ekuiti dan saham pasaran adalah secara negatif di dalam persekitaran bermusuhan.
Oleh itu persekitaran bermusuhan menyederhanakan hubungan di antara sikap inovatif dengan prestasi secara negatif selaras dengan kenyataan berikut:
... consistent with theoretical expectations that intense hostility in the markets might make aggressive gambling of new ventures limited
resources by offering radically innovative products a poor strategic choice Zahra dan Bogner, 2000, ms. 165.
79
Catatan dalam kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 membahaskan bahawa sikap proaktif adalah kurang sesuai digunakan dalam persekitaran
bermusuhan. Di dalam persekitaran bermusuhan sumber adalah terhad menyebabkan firma terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaannya
Chakravarthy, 1982, tetapi sikap proaktif berfungsi melalui percubaan-percubaan untuk menghasilkan penemuan baru yang memerlukan sumber yang banyak
Lumpkin dan Dess, 2001. Justeru itu, Lumpkin dan Dess 2001 menjangka bahawa dalam persekitaran bermusuhan hubungan di antara sikap proaktif
dengan prestasi adalah negatif. Tetapi, sebaliknya penemuan di dalam kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 telah membuktikan sikap proaktif berhubung secara
positif dengan prestasi dalam persekitaran bermusuhan.
Penemuan dalam kajian oleh Covin dan Slevin 1989 dan Smart dan Vertinsky 1984 mendapati bahawa di dalam persekitaran bermusuhan,
hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan prestasi adalah secara positif. Manakala Zahra dan Garvis 2000 pula menemui hubungan di antara mengambil
risiko dengan prestasi adalah secara lengkung linear dalam persekitaran bermusuhan.
Goll dan Rasheed 1997 mengandaikan bahawa persekitaran yang terlalu bermusuhan akan menghindarkan firma dari mengambil risiko. Kenyataan ini
disokong oleh penemuan oleh Zahra dan Garvis 2000 bahawa pengambilan risiko boleh meningkatkan prestasi di dalam persekitaran bermusuhan yang
berada pada tahap sederhana. Sebaliknya, keuntungan firma akan menjadi
80
semakin berkurangan di dalam persekitaran bermusuhan yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, persekitaran bermusuhan memberikan kesan secara lengkung
linear ke atas hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan prestasi. Ini bermakna tahap sikap mengambil risiko berkaitan dengan prestasi yang semakin
tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang sederhana, manakala pada tahap sikap mengambil risiko berkaitan dengan prestasi yang semakin rendah di dalam
persekitaran bermusuhan yang tinggi Kreiser et al., 2002b.
Hubungan sikap berdaya saing agresif dengan prestasi dalam persekitaran yang bermusuhan adalah dijangka secara positif berdasarkan hipotesis kajian
dalam kajian oleh Covin dan Covin 1990 dan Lumpkin dan Dess 2001. Hakikat ini adalah disebabkan oleh prasyarat untuk bersaing dalam persekitaran
bermusuhan adalah sesuai dengan perawakan berdaya saing agresif sebagaimana yang disarankan oleh Lumpkin dan Dess 2001. Namun demikian
terdapat percanggahan dalam penemuan oleh Covin dan Covin 1990 dalam kajiannya yang mendapati hubungan berdaya saing agresif dengan prestasi
adalah negatif dalam persekitaran bermusuhan. Sebaliknya, Lumpkin dan Dess 2001 pula mendapati hubungan di antara berdaya saing agresif dengan
pertumbuhan dan pulangan jualan adalah secara positif di dalam persekitaran bermusuhan.
81
3.6.3 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran membantu