3.6.3 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran membantu
Persekitaran membantu dijangka menggalakkan lagi orientasi keusahawanan dalam firma dalam hubungannya dengan prestasi Kreiser et al.,
2002a. Kajian oleh Zahra 1996 mendapati persekitaran membantu mendorong orientasi keusahawanan firma untuk meningkatkan prestasi mereka. Tetapi
penemuan oleh Kreiser et al. 2002a mendapati sikap inovatif hanya berhubung secara positif dengan pertumbuhan jualan dalam persekitaran membantu.
Manakala hubungan sikap inovatif dengan tahap jualan didapati tidak dapat dibuktikan. Sebaliknya, persekitaran membantu mempengaruhi hubungan yang
negatif di antara sikap inovatif dengan keuntungan Kreiser et al., 2002a.
Di dalam kajian oleh Kreiser et al. 2002a juga mendapati sikap proaktif berhubung secara positif dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan tetapi
hubungannya dengan untung kasar dalam persekitaran membantu tidak dapat dibuktikan. Begitu juga di dalam kajian oleh de Koning dan Brown 2001 yang
tidak dapat membuktikan pengaruh persekitaran membantu ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi.
Sikap mengambil risiko dalam persekitaran membantu sepatutnya menunjukkan hubungan yang positif dengan prestasi berdasarkan penemuan di
dalam kajian oleh Brown dan Kirchoff 1997. Sebelum itu juga, Lumpkin 1996 pernah menyarankan bahawa persekitaran membantu sentiasa menggalakkan
penyertaan baru serta menyokong pembangunan yang bertujuan memenuhi
82
permintaan yang tidak dapat disediakan oleh pesaing. Sehubungan dengan itu juga, Smart dan Vertinsky 1984 mengesyorkan firma yang beroperasi dalam
persekitaran membantu supaya lebih cenderung untuk mengambil risiko kerana persekitaran tersebut menyediakan sumber yang mencukupi. Selaras dengan itu,
kajian oleh Kreiser et al. 2002a telah membuktikan dalam penemuannya yang bertepatan dengan pandangan-pandangan tersebut. Kreiser et al. 2002a
mendapati bahawa persekitaran membantu mempengaruhi hubungan yang positif di antara sikap mengambil risiko dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan.
Namun demikian, kajian Kreiser et al. 2002a mendapati pengaruh persekitaran membantu terhadap hubungan mengambil risiko dengan untung kasar adalah
masih tidak dapat dibuktikan.
Kajian berhubung dengan pengaruh persekitaran membantu terhadap hubungan di antara sikap berdaya saing yang agresif dengan prestasi masih
kurang mendapat perhatian di kalangan penyelidik terdahulu. Namun demikian, berasaskan pandangan oleh Lumpkin dan Dess 2001, sikap berdaya saing
agresif adalah sesuai untuk digunakan dalam persekitaran bermusuhan. Justeru itu, mereka menganjurkan bahawa hubungan di antara sikap berdaya saing
agresif dengan prestasi adalah positif dalam persekitaran bermusuhan. Kenyataan ini disokong oleh Porter 1980 yang menegaskan bahawa firma yang
bersaing dalam industri yang tinggi tahap persaingannya seperti dalam industri kecil dan sederhana seperti PKS selalunya menggunakan kaedah desentralisasi
yang terkawal dan berdisiplin. Gambaran oleh Porter 1980 ini adalah selaras dengan sikap berdaya saing agresif yang seharusnya dimiliki oleh firma kecil dan
83
secerhana di mana firma akan terus bersaing walaupun dalam keadaan sumber organisasi yang terhad.
Jadual 3.4 Ringkasan Sorotan Karya Impak penyederhana persekitaran yang ditanggap terhadap
hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi
Penyelidik N
PTB PP
PB Penemuan
Covin dan Slevin 1989
Dess, Lumpkin dan Covin 1997
Becherer dan Maurer 1997
Brown dan Kirchoff 1997
Wilklund 1998 Lou 1999
Miles, Covin dan Heeley 2000
Lumpkin dan Dess 2001
De Koning dan Brown 2001
Kreiser et al. 2002
161 32
147 273
413 63
344 321
2455 1671
Postur strategik
ESM OK
OK OK
Inovatif Proaktif
Ambil risiko
Postur strategik
Proaktif Daya saing
OK Inovatif
Proaktif Ambil risiko
Persekitaran bermusuhan
Persekitaran Ketidakpastian
Bergolak Bermusuhan
Bergolak Dinamik
Kompleksiti Dinamik
Bermusuhan Munifisen
Dinamik Dinamik
Bermusuhan
Munifisen Dinamik
Munifisen Objektif
Subjektif Pertumbuhan
ROI Keuntungan
Pertumbuhan Pertumbuhan
Kewangan Pasaran
Kewangan Pertumbuhan
ROS Keuntungan
Ambil peluang
Tahap Jualan Pertumbuhan
Untung kasar Sig.
Sig. Sig.
Sig. TS
TS Sig.
Sig. Sig.
Sig. Sig.
Nota: N = Jumlah sampel, PTB = Pemboleh ubah tidak bersandar, PP = Pemboleh ubah penyederhana, PB = Pemboleh ubah bersandar, ESM = Entreprenurial strategy making, OK =
Orientasi keusahawanan, Sig. = Signifikan, TS = Tidak signifikan
Hubungan sikap autonomi dengan prestasi dalam persekitaran membantu masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya dalam kajian keusahawanan.
84
Namun begitu, dalam kajian berhubung dengan proses merangka strategi, Dess et al. 1997 telah mengambilkira dimensi sikap autonomi sebagai salah satu
dimensi proses merangka strategi keusahawanan atau entrepreneurial strategy making ESM. Kajian ini mengesyorkan bahawa dalam persekitaran membantu
hubungan di antara sikap autonomi dengan prestasi adalah secara positif memandangkan keadaan ini akan memudahkan lagi proses membuat keputusan
dengan lebih cepat Shane et al., 1995. Tambahan lagi, sikap autonomi juga menyemarakkan lagi proses kreativiti dan inovasi dalam firma Shane dan
Venkataraman, 2000.
Impak persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi menunjukkan penemuan yang bercampur-
campur. Setengah kajian seperti kajian oleh Miller 1988 dan Zahra 1996 mendapati pengaruh persekitaran membantu hubungan yang positif di antara
orientasi keusahawanan dengan prestasi. Tetapi beberapa kajian oleh Kreiser et al. 2002a, Lumpkin dan Dess 2001 dan Dess et al. 1997 mendapati
hubungan yang lemah di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran yang ditanggap yang dikaji rujuk Jadual 3.4.
3.7 Jurang Dalam Sorotan Karya