Prestasi dan Pertumbuhan Firma

mengambil risiko adalah paling tinggi apabila persekitaran bermusuhan berada pada tahap sederhana. Persekitaran membantu ialah suatu keadaan apabila sumber kritikal senang diperolehi Pfeffer dan Salancik, 1978. Keadaan ini merujuk kepada wujudnya suatu tahap kesediaan sumber yang kritikal kepada firma. Jika tahap kesediaan sumber kritikal yang tinggi wujud di dalam sesebuah industri maka kesan terhadap orientasi keusahawanan dan pertumbuhan perniagaan di dalam industri tersebut adalah sangat besar Brown dan Kirchoff, 1997; Castrogiovanni, 1991. Selanjutnya, keadaan ini juga akan berupaya membantu menyediakan peluang kepada usahawan Romanelli, 1987, sekaligus usahawan dapat bertindak dengan lebih berinovatif Kirchoff, 1994, lebih bersikap proaktif dan sanggup menanggung risiko Romanelli, 1985. Justeru itu, semakin tinggi persekitaran membantu maka semakin tinggilah kemungkinan firma untuk terlibat dalam kegiatan keusahawanan Brown dan Kirchoff, 1997.

3.3 Prestasi dan Pertumbuhan Firma

Prestasi dan pertumbuhan firma adalah dua perkara yang berbeza Wilklund, 1998a. Menurut penemuan kajian oleh Murphy, Trailer dan Hill 1996, pengukuran prestasi yang tepat adalah melalui penggabungan beberapa kaedah pengukuran dan bukan dengan hanya menggunakan satu atau dua ukuran prestasi sahaja Connolly, Conlon dan Destsch, 1980; Pennings dan Goodman, 1977; Pfeffer dan Salancik, 1978; Thompson, 1967. Hunt 1983 juga 67 mencadangkan penggunaan pendekatan pelbagai konstituensi prestasi tetapi hendaklah disokong oleh teori Hunt, 1983. Dimensi pengukur prestasi yang diutarakan oleh Murphy et al. 1996 ialah kecekapan kewangan, pertumbuhan, keuntungan, saiz, kecairan, kejayaan atau kegagalan, syer pasaran, dan leveraj. Kajian ini menggunakan pengukur prestasi kewangan sebenar yang terdiri daripada prestasi pulangan jualan, pulangan harta dan pulangan modal firma yang dikaji. Pengukuran yang dilakukan adalah selaras dengan beberapa kajian lepas seperti yang digunakan di dalam kajian-kajian oleh Dean 1993, Lumpkin dan Dess 2001 dan Kreiser et al. 2002a. Prestasi firma secara umumnya boleh diukur menggunakan petunjuk dalam sektor ekonomi sesebuah negara. PKS merupakan penyumbang terbesar dalam menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara Chee, 1986. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, hakikat ini kelihatan amat jelas setelah merujuk kepada laporan ekonomi tahunan mereka di antara 1990 hingga 2000 di mana lebih dari 70 dari KDNK dan lebih 80 peluang pekerjaan untuk rakyat mereka adalah sumbangan daripada PKS Abdullah, 1997; Case, 1992. Manakala di Malaysia, sumbangan kepada KDNK dan peluang pekerjaan adalah di antara 40- 50 sahaja dari tahun 1975 hingga 1994 Abdullah, 1997; Mohamad, 2000. Statistik ini mewakili prestasi sumbangan KDNK keseluruhan sistem ekonomi di Malaysia di mana sumbangan terbesar datang dari PKS bukan Bumiputera yang menyumbang melebihi 80 dari jumlah KDNK di antara tahun 1995 hingga 1999 Malaysia, 2001. Manakala PKS Bumiputera yang mewakili sebahagian besar 68 dari semua PKS hanya menyumbangkan 19 di antara tahun 1985 hingga 1990 meningkat kepada 20.6 di antara tahun 1991 hingga 1995 dan kembali menurun kepada 19.1 di antara tahun 1995 hingga 2000 Malaysia, 2001. Keadaan ini menunjukkan perbezaan prestasi yang amat ketara di antara PKS Bumiputera dengan bukan Bumiputera, justeru kajian yang mendalam terhadap strategi keusahawanan dalam PKS Bumiputera dan hubungannya dengan prestasi adalah penting untuk memastikan pembangunan ekonomi Malaysia menjadi lebih seimbang antara semua kaum. PKS di Malaysia didefinisikan sebagai perniagaan yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang yang diwakili oleh perniagaan jenis pengilangan, perdagangan dan perkhidmatan SMIDEC, 2000. PKS juga merupakan perniagaan yang pulangan jualannya tidak melebihi RM25 juta SMIDEC, 2003.

3.4 Orientasi Keusahawanan dan Pandangan Asas Sumber PAS