Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran dinamik

hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi Lumpkin dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1983. Persekitaran dinamik adalah merujuk kepada kadar kecepatan perubahan dalam inovasi serta kadar ketidakpastian yang tinggi. Kedinamikan di dalam persekitaran ini boleh mengganggu daya jangkaan usahawan tentang masa hadapan firmanya Khandwalla, 1977; Miller dan Friesen, 1983. Persekitaran bermusuhan pula merujuk kepada suatu keadaan di mana terdapat persaingan yang sengit dan ganas menyebabkan peluang untuk menjayakan perniagaan menjadi semakin berkurangan Covin dan Slevin, 1989. Manakala persekitaran membantu pula merujuk kepada persekitaran yang menyediakan lebihan bekalan sumber dan juga peluang Kreiser et al., 2002a.

3.6.1 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran dinamik

Miller 1983, 1988 dan Zahra 1993 mendapati bahawa kesan pemboleh ubah penyederhana persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara sikap inovatif dengan prestasi firma menunjukkan kesan positif. Kajian lain juga seperti kajian oleh Zahra 1996 mendapati kesan yang sama apabila persekitaran dinamik bertindak sebagai penyederhana yang memberi kesan positif terhadap aktiviti penerokaan dan penggunaan teknologi produk dalam firma yang berkeusahawanan. Begitu juga di dalam kajian oleh Kreiser et al. 2002a telah membuktikan bahawa persekitaran dinamik adalah penyederhana yang memberi kesan positif dalam hubungan di antara sikap inovatif firma dengan tahap jualan, pertumbuhan jualan dan untung kasar. Tetapi, sebaliknya kesan terhadap untung kasar tidak sekuat kesan terhadap tahap jualan dan pertumbuhan jualan. 77 Menurut penenemuan kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 pula mendapati persekitaran dinamik memberikan kesan yang positif ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan pertumbuhan jualan dan keuntungan sahaja. Sebaliknya kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan pulangan jualan terbukti tidak signifikan. Sehubungan dengan itu juga, Kreiser et al. 2002a menemui kesan penyederhana persekitaran dinamik yang lemah ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan untung kasar. Manakala kesan penyederhana persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan tidak dapat dibuktikan. Berhubung dengan dimensi sikap mengambil risiko dengan prestasi, sesebuah firma yang tidak mengambil risiko dalam persekitaran dinamik akan kehilangan pasaran dan daya tahannya kepada pesaing yang lebih agresif berdasarkan catatan oleh Covin dan Slevin 1991. Namun demikian, Kreiser et al. 2002a mendapati kesan yang signifikan tetapi negatif apabila persekitaran dinamik mempengaruhi hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan pertumbuhan jualan. Tetapi kesan persekitaran dinamik selaku penyederhana dalam hubungan di antara mengambil risiko dengan tahap jualan dan untung kasar didapati tidak signifikan Kreiser et al., 2002a. Berkaitan kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara sikap berdaya saing agresif dengan prestasi, Lumpkin dan Dess 2001 mendapati 78 kesan persekitaran dinamik dalam mempengaruhi hubungan sikap berdaya saing agresif dengan pertumbuhan jualan dan pulangan jualan adalah tidak siginifikan. Sehubungan dengan itu juga, kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 mendapati wujudnya pengaruh persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara daya saing agresif dengan prestasi. Kajian oleh Lumpkin dan Dess 2001 mendapati kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi adalah bercanggahan. Kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara daya saing agresif dengan pertumbuhan jualan adalah secara positif tetapi hubungan daya saing agresif dengan pulangan harta dan keuntungan adalah secara negatif Lumpkin dan Dess, 2001.

3.6.2 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran bermusuhan