Orientasi Keusahawanan dan Prestasi

Keupayaan terbentuk dalam suatu tempoh masa dan dipengaruhi oleh ciri- ciri persekitaran perniagaan tertentu yang menghasilkan kelebihan daya saing untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi Barney, 1991; Hitt et al., 2003; Miles dan Snow, 1978; Bettis dan Prahalad, 1995; Venkatraman dan Prescott, 1990; Wernerfelt, 1984.

3.5 Orientasi Keusahawanan dan Prestasi

Setiap dimensi orientasi keusahawanan mempengaruhi prestasi firma secara berbeza-beza Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 1996. Kajian Kreiser et al. 2002a mendapati sikap inovatif yang tinggi menunjukkan hubungan yang positif dengan pertumbuhan jualan, begitu juga sikap proaktif berhubung secara positif dengan tahap jualan, pertumbuhan jualan dan untung kasar. Sebaliknya, sikap mengambil risiko telah menghasilkan hubungan yang berbentuk lengkung linear atau bentuk U-terbalik dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan Begley dan Boyd, 1987; Kreiser et al., 2002a, 2002b. Keadaan ini menunjukkan sikap mengambil risiko adalah positif pada peringkat rendah. Tetapi apabila sikap mengambil risiko semakin tinggi, hubungannya dengan prestasi perniagaan menjadi negatif Begley dan Boyd, 1987. 73 Jadual 3.3 Ringkasan Sorotan Karya Hubungan Antara Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi Penyelidik N PTB PB Penemuan Miller 1983 Begley dan Boyd 1987 Covin dan Covin 1990 Brown dan Kirchoff 1997 Lumpkin dan Dess 1997 Wilklund 1998b Wilklund 1999 Luo 1999 Lumpkin dan Dess 2001 Kreiser et al. 2002a 50 239 143 237 52 413 132 63 321 1671 Inovasi Proaktif Ambil risiko Ambil risiko Daya saing OK Proaktif Daya saing OK OK Inovatif Proaktif Ambil risiko Inovatif Proaktif Ambil risiko Proaktif Daya saing Proaktif Daya saing Proaktif Daya saing Inovasi Proaktif Ambil risiko Inovasi Proaktif Ambil risiko Inovasi Proaktif Ambil risiko Proaktif Inovatif Pertumbuhan jualan Pulangan ekuiti Pertumbuhan ROA Kecairan Prestasi kewangan Pertumbuhan pekerja Pertumbuhan jualan Keseluruhan prestasi Pertumbuhan jualan Keuntungan Kekuatan kewangan Keseluruhan prestasi Pertumbuhan jualan Keuntungan Kekuatan kewangan Pertumbuhan firma Pertumbuhan firma Keuntungan Pasaran Pertumbuhan jualan Pulangan jualan Keuntungan Tahap jualan Pertumbuhan jualan Untung kasar Prestasi subjektif Sig. + Sig. + Sig. - Tidak sig. Sig. - Tidak sig. Sig. + Tidak sig. Sig. + Sig. + Sig. + Tidak sig. Sig. + Sig. - Sig. + Sig. + Sig. + Sig. + Sig. + Sig. + Tidak sig. Sig. + Sig. + Tidak sig. Sig. + Tidak sig. Sig. + Tidak sig. Sig. + Tidak sig. Tidak sig. Sig. + Sig. - Sig. + Sig. + Sig. - Tidak sig. Sig. + Tidak sig. Sig. - Sig. - 74 Lindsay 2003 79 Ambil risiko Proaktif Inovatif Ambil risiko Prestasi objektif Sig. - Sig. + Tidak sig. Tidak sig. Jadual 3.3 ... sambungan Penyelidik N PTB PB Penemuan Loos dan Coulthard 2005 200 Inovatif Proaktif Ambil risiko Daya saing Autonomi Prestasi firma Sig. + Sig. + Tidak sig. Tidak sig. Tidak sig. Nota: N = Jumlah sampel, PTB = Pemboleh ubah tidak bersandar, PB = Pemboleh ubah bersandar, OK = Orientasi keusahawanan, Sig. + = Pekali beta positif, Sig. - = Pekali beta negatif, Tidak sig. = Tidak signifikan. Sorotan karya menunjukkan penemuan yang bercampur-campur dalam menentukan pengaruh setiap dimensi orientasi keusahawanan terhadap prestasi firma. Setengah kajian mendapati hubungan yang kuat seperti dalam kajian Wilklund 1998a, tetapi kajian oleh Brown dan Kirchoff 1997 menemui hubungan yang lemah. Manakala kajian Begley dan Boyd 1991 mendapati hubungan yang negatif. Seterusnya, setiap dimensi orientasi keusahawanan secara berasingan juga berhubung dengan prestasi yang berbeza seperti yang ditemui oleh Kreiser et al. 2002a dan Lindsay 2003. Berdasarkan kajian-kajian PKS di Malaysia, hanya sedikit sahaja kajian yang menyelidik dimensi orientasi keusahawanan seperti Hashim 2003, 2004 yang mengkaji dimensi inovatif dan Sim dan Yap 1997, 2000 yang mengkaji dimensi proaktif. Manakala beberapa kajian lain menyiasat faktor strategi secara umum seperti dalam kajian oleh Sulaiman 1993, Mohd Jan 1996, dan Abu Bakar et al. 1997. 75

3.6 Impak Persekitaran yang Ditanggap ke atas Hubungan Orientasi