Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang
memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat
dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa
dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.
Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan
bahasa asli pelajarnya.
Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik
gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam
mengajarkan bahasa sahaja.
Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan
konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa
disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan asalnya filologi perbandingan ialah
10
satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa- bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara
bahasa-bahasa itu.
“Perhubungan membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang
telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-
sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu
berguna.
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh
ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir kemudian 200
yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat
mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza,
khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal
usul etimologi sesuatu bahasa.
Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
11
Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau
hingga kini.
Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara
bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.
Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja
atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal
ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek- aspek yang dibandingkan itu
3.3 Linguistik Kontekstual