SINOPSIS
Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta
Linguistik Kontekstual.
HASIL PEMBELAJARAN
i Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
ii Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik
perbandingan dan linguistik kontekstual iii
Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.
KERANGKA TAJUK
3.0 KANDUNGAN ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada
bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara
bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik.
3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
9
Bidang Linguistik
Linguistik Umum
Linguistik Gunaan
Linguistik Sejarah
Linguistik Kontekstual
Linguistik Perbandingan
Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang
memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat
dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa
dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.
Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan
bahasa asli pelajarnya.
Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik
gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam
mengajarkan bahasa sahaja.
Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan
konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa
disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan