Linguistik Kontekstual Sosiolinguistik KANDUNGAN ISI

bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. HASIL PEMBELAJARAN i Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. ii Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.

4.0 KANDUNGAN ISI

4.1 Linguistik Kontekstual

 Menurut J. Lyons, 1968 ; Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik  Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005; Linguistik ialah 1. Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Berkaitan dengan bahasa.  Kamus Dwibahasa 1981 menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.  Menurut John Lyons 1968; Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. Definisi kontekstual:  Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005; Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. 14 Kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan meaningful. Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

4.2 Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. 15 Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi. Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio- budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai- pemakainya.

4.3 Pengertian Antropologi