1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang
dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan
hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi
wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada
semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa- bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan
bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian
ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada
sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
TUGASAN:
Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah
perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.
5
Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada
perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.
TAJUK 2
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK
SINOPSIS
Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de
Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.
HASIL PEMBELAJARAN
i Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku
zaman ii
Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden
iii Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh
linguistik
2.0 KANDUNGAN ISI