Bahasa bersifat dinamis Bahasa itu bersifat arbitrari Bahasa sebagai alat berkomunikasi Bahasa mempunyai makna Bahasa itu linear

2. sebuah buku merah 3. pensel ini

BAHASA INGGERIS

1. that car kereta itu 2. three red books tiga buah buku yang merah

3. the beautiful book buku yang cantik itu

6.2 Bahasa bersifat dinamis

• Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. • Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. • Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

6.3 Bahasa itu bersifat arbitrari

• Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. • Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. • Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol.

6.4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi

23 • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. • Faktor yang mengubah bahasanya. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

6.5 Bahasa mempunyai makna

• Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. • Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

6.6 Bahasa itu linear

• Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’. • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. TUGASAN: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. TAJUK 7 VARIASI BAHASA 24 SINOPSIS Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. HASIL PEMBELAJARAN i Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. ii Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

7.0 KANDUNGAN ISI

7.1 Variasi Bahasa

 Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.  Halliday 1968 menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.  Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.  Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. 25