Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung
kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak
formal.
HASIL PEMBELAJARAN
i Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.
ii Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.
5.0 KANDUNGAN ISI
5.1 Stilistik
Menurut Abdullah Hassan 1990
Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa
Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam
bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.
Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu
gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.
5.2 Stilistik dari sudut Sastera
Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada
penggunaan bahasa.
Cabang linguistik gunaan atau terapan.
18
Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya
bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.
Rene Wellek dan Austin Warren 1966:182 - stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan
berusaha menemukan fungsi estetik.
5.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa
Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu
bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.
Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang
paling formal kepada bentuk yang agak formal.
5.4 Prinsip Stilistik
Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca
kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.
Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan
kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.
Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa
tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan
struktural.
Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada
aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.
Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami,
mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.
Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.
19
Murry J.M. 1976:7, kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu
penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis
Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat
pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek
kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.
Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan
oleh pengarang.
Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan
dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.
Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai
keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.
Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan
stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur- unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk
menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.
Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu
bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau
20
memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.
TUGASAN
Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.
TAJUK 6
SIFAT BAHASA
SINOPSIS
21
Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai
sifat-sifat yang tersendiri.
HASIL PEMBELAJARAN
i Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
ii Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.
6.0 KANDUNGAN ISI