Pengertian Jaringan Organisasi Pengertian Pemuda

B. Ruang Lingkup Jaringan Pemuda dan Remaja Masjid

1. Pengertian Jaringan Organisasi

Dalam kamus besar bahasa Indonesia Jaringan Organisasi memiliki arti yaitu sekumpulan organisasi yang memiliki bentuk, struktur dan fungsi yang sama dan menggambarkan saling keterkaitan antara kegiatan yang satu dengan kegiatan yang lainnya. 72

2. Pengertian Pemuda

Pemuda dalam konteks pengertian yang dibawa oleh ahli psikologi adalah satu kelompok manusia yang berada dipertengahan di antara kelompok manusia yang dianggap baru lahir akal yang cetek, lemah dalam pemikiran yang hanya peka terhadap suasana dan objek yang berada di sekelilingnya sahaja dan di antara satu kelompok manusia yang tua dan berumur. Lebih tepat lagi, satu tahap yang sudah mengatasi zaman kanak- kanak, yang mana ia mempunyai ciri-ciri kemampuan dan keupayaan seorang lelaki tulen ataupun ciri-ciri kewanitaan yang lengkap. Manakala dari sudut penetapan had umur bagi pemuda, sebenarnya ia merupakan satu masalah yang rumit yang dihadapi oleh ahli psikologi. Tetapi boleh kita ambil satu definisi ambang bagi had umur pemuda yaitu ia berlaku dalam dua peringkat : Bermula daripada had umur lebih kurang 13 tahun hingga ke peringkat umur 21 tahun. Ia jelas daripada sudut kematangan seksual, 71 Artikel di akses pada 15 Juli 2011 dari http:kajiagama.blogspot.com201006metode- dan-sasaran-dakwah.html 72 Kamus Besar Bahasa Indonesia, h 362. lebih dikenali lagi sebagai zaman keremajaan ataupun zaman permulaan pemuda atau pemudi . Bermula daripada had umur 21 tahun hingga ke peringkat umur 40 tahun. Definisi yang dibawa oleh ahli psikologi sebenarnya kurang tepat dalam membawa pendekatan terhadap pengertian pemuda. Ini kerana penentuan dalam umur ataupun zaman bukanlah satu perkara yang mudah kerana pengaruh tumbesaran dan alam sekeliling merupakan satu faktor utama mewarnai perwatakan pemuda. Di sini kita dapat lihat perbedaan yang wujud di antara pemuda yang hidup di pedalaman dengan pemuda yang hidup di bandar dan juga dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Kesemuanya ini bergantung kepada suasana yang dilalui oleh pemuda tersebut. Terdapat juga pemuda yang umurnya 60 tahun mempunyai daya kekuatan dan kesihatan setanding dengan kekuatan orang yang lebih muda daripadanya. Buktinya dapat kita lihat kepada baginda Rasulullah SAW yang mana beliau memimpin bala tentara dalam peperangan Tabuk ketika baginda berumur 60 tahun. 73

3. Pengertian Remaja Masjid