TAFSIR AL-ALUSI ( RUHUL AL- MA’ANI )

BAB V: TAFSIR AL-ALUSI ( RUHUL AL- MA’ANI )

1. KEGELAPAN DI DALAM LAUT ( AN- NUUR AYAT 40 )

Bermaksud : atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila Dia mengeluarkan tangannya, Tiadalah Dia dapat melihatnya, (dan) Barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah Tiadalah Dia mempunyai cahaya sedikitpun.

Melalui tafsir Al-alusi dijelaskan ( تاملظمَأ) iaitu mengenai keadaan laut yang gelap. Pada setengah bacaan yang lain dibaca( ٍِّّٓجُل ٍسْحَت ِٓف) yang bermaksud laut itu terdapat air yang dalam dan banyak. Dan ada pendapat lain mengatakan ( ةجللا) adalah sebahagian besarnya iaitu merujuk kepada sifat laut yang dalam . Begitu juga pada firman Allah : ( ُياشْغَٔ) Iaitu laut yang meliputi atau ditutupi sepenuhnya dengan ombak. adanya dua gelombang pada masa yang sama, di mana yang satu berada di atas yang lain. Bukan gelombang-gelombang yang bersama di satu tempat, melainkan ada pada satu waktu, di mana gelombang (ombak) kedua berada di atas gelombang (ombak) yang pertama. Dan

diertikan lagi iaitu gelombang penuh yang terkumpul menindih di antara satu sama lain. 76 Dan berfirman Allah S.W.T ( ٌباحَس ًِِقَُْف ْهِم) iaitu ciri bagi ombak yang kedua

keatas satu dari kedua-duanya yang disebut. Iaitu diatas ombak tersebut ada awan yang gelapnya menutupi cahaya bintang. Iaitu menandakan kepada terjadinya ombak yang berganda-ganda sehingga seolah-olah seperti awan yang gelap. Iaitu kegelapan yang

76 Abu al Sana Shihab al Din al Sayyid Mahmud al Alusi al Baghdadi, Tafsir Al-Alusi (R uhul Ma’ani),Darul

Kitab Al-alamiah Beirut , juzuk 9 hlm 374 Kitab Al-alamiah Beirut , juzuk 9 hlm 374

Ayat tersebut juga menyebutkan gelombang yang menutupi lautan dalam, sebagaimana ia menyebutkan keberadaan gelombang kedua di atas gelombang pertama. Hal ini menunjukkan keberadaan laut di atas gelombang pertama dan laut dalam, iaitu laut permukaan yang ditutupi oleh gelombang kedua yang di atasnya terdapat awan. Al- Baziy menyatakan ( تاملظ باحس ) merujuk kepada awan tersebut bukanlah awan hujan yang membawa rahmat. ( َجَسْخَأ اذِإ ) Jika seseorang mengeluarkan tangannya dan mendekatkan tangannya ke matanya untuk melihat tangannya sendiri , dia hampir tidak mampu melihat tangannya sendiri. Bermaksud dia tidak akan dapat melihat tangannya sendiri kerana keadaan yang sangat gelap. Malah syarat penglihatan itu jika mengikut adatnya mesti perlu adanya cahaya. Kerana tidak ada cahaya maka tidak akan dapat

melihat. 77 Ayat ( ٍزُُو ْهِم ًَُل امَف ًازُُو ًَُل ُ َّالله ِلَعْجَٔ ْمَل ْهَمََ ) bermaksud sesiapa yang tidak dijadikan

Allah - menurut undang-undang peraturanNya - mendapat cahaya (hidayah pertunjuk) di dunia maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya di akhirat. Sebahagian yang lain berkata : Kegelapan adalah perbuatan-perbuatan buruk dan kepercayaan palsu manakala laut yang dalam merujuk kepada dada orang-orang kafir dan hatinya, manakala ombak adalah perkara yang memperdayakan dan kejahilan yang menenggelami hati , manakala ombak yang kedua seperti fikiran yang membantah , awan adalah syahwat dalam

kekufuran dan keengganan untuk beriman. 78 Dan pendapat lain mengatakan : kegelapan adalah perbuatan-perbuatan orang

kafir , laut adalah nafsu yang mendalam hingga kebawah yang sangat banyak, berisiko tenggelam seseorang ke dalamnya. Manakala ombak ialah kejahilan dan pengabaian yang menyeliputi hati. Ombak yang kedua ialah syak wasangka yang menyeliputi , dan awan ialah syirik dan kekeliruan yang menghalang dari berubah dan seperti yang dapat dilihat walaupun telah diberi petunjuk dan suruhan.

77 Abu al Sana Shihab al Din al Sayyid Mahmud al Alusi al Baghdadi, Tafsir Al- Alusi (Ruhul Ma’ani),Darul

Kitab Al-alamiah Beirut ,juzuk 9 hlm 375

78 Abu al Sana Shihab al Din al Sayyid Mahmud al Alusi al Baghdadi, Tafsir Al- Alusi (Ruhul Ma’ani),Darul

Kitab Al-alamiah Beirut ,juzuk 9 hlm 376

2. PEMISAH ANTARA DUA LAUT ( AL- NAML AYAT 61 )

Bermaksud : Siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

( ِهَْٔسْحَثْلا َهَْٕت َلَعَجََ) dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut iaitu antara air tawar dan laut masin. Daripada ( كاحضلا) atau antara laut Paris dan Rom. Daripada ( هسحلا) atau laut Iraq dan Syam. Daripada ( ْدسلا) atau antara nautika langit dan bumi. Daripada (

دٌاجم) tembok yang menghalang daripada percampuran antara dua laut. 79

3. DINDING DAN BATAS LAUTAN ( AL- FURQAN AYAT 53 )

Bermaksud : dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.

Al- Alusi mentafsirkan ( ِهَْٔسْحَثْلا َجَسَم ِْرَّلا ٌَََُُ) sebagai ianya diutuskan untuk bergerak bersama atau mengalir berdampingan. Asal ( جسملا) seperti yang dikatakan oleh

79 Abu al Sana Shihab al Din al Sayyid Mahmud al Alusi al Baghdadi, Tafsir Al- Alusi (Ruhul Ma’ani),Darul

Kitab Al-alamiah Beirut , juzuk 10 hlm 217

( ةغاسلا) adalah campuran, dinamakan padang rumput yang bercampur tumbuh- tumbuhan padanya. Maksud dengan dua lautan adalah terdapat air tawar yang banyak dan air masin yang banyak dan keduanya tidak diasingkan dengan dua laut yang tertentu, iaitu keduanya adalah mengalir bersama. Dan ini merujuk kepada apa yang telah di sebut di dalam keterangan firman Allah S.W.T : ( تاسُف ٌبْرَع ارٌ) iaitu rasa yang sangat manis ( tawar ) dan ( ٌجاجُأ ٌحْلِم ارٌََ) ada pendapat yang mengatakan ia bermaksud kedua laut

bercampur dengan campuran yang pelbagai iaitu rasa yang sangat tawar dan masin. 80 Dan ayat ( ًاخ َشْسَت امٍَُىَْٕت َلَعَجََ ) iaitu dari perkataan arab yang bermaksud halangan

atau sekatan diertikan sebagai lokasi muara sungai, Dan maksud bagi halangan ini adalah seperti yang di katakan oleh Abdul bin hamid wa ibnu jarir wa ibnu abi haitam daripada Hassan iaitu apa yang betukar antara keduanya daripada bumi seperti bumi menghalang antara lautan dan dikatakan bahawa lautan yang besar lazimnya terpisah lautan dengan sungai yang besar . maksud pertukaran dan mengalir bersama di sini adalah ianya merupakan tempat berhentinya laut begitu juga sungai . Di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut iaitu di muara sungai. Dan ada pendapat mengatakan maksud bagi tembok atau halangan adalah daripada kekuasaan Allah dan ianya perkara yang tak dapat dilihat (ghaib). Dan firman Allah S.W.T : ( ًازُُجْحَم ًاسْجِح) bermaksud sempurna tanpa adanya percampuran. 81

80 Abu al Sana Shihab al Din al Sayyid Mahmud al Alusi al Baghdadi, Tafsir Al- Alusi (Ruhul Ma’ani),Darul

Kitab Al-alamiah Beirut , juzuk 10 hlm 33

81 Abu al Sana Shihab al Din al Sayyid Mahmud al Alusi al Baghdadi, Tafsir Al- Alusi (Ruhul Ma’ani),Darul

Kitab Al-alamiah Beirut , juzuk 10 hlm 34