LAUTAN DALAM KAJIAN MENURUT TAFSIR ALQUR
AL-QURAN DAN SAINS (IQEU 2110) TAJUK : LAUT DALAM PENSYARAH : DR. MONIKA @ MUNIRAH BT ABD RAZZAK AHLI KUMPULAN : SITI NUR AMALINA BT CHE‟ OMAR (IEL 110023) NOR FAIZAH BT RAMLI
(IEL 110014)
NAJWA SHAKIRAH BT MOHD SHAFIE
(IEL 110010)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG TAHUN 2 (SEMESTER 1, 2012/2013)
ISI KANDUNGAN
2. BAB I: TAFSIR IBN-KATHEER
5-29
3. BAB II: TAFSIR TANTAWI JAUHARI
30-36
4. BAB III: TAFSIR AR-RAZI
37-43
5. BAB IV: TAFSIR AL-MUNIR
44-48
6. BAB V: TAFSIR AL-ALUSSI
49-52
7. KAJIAN SAINTIFIK
53-71
8. KESIMPULAN
9. BIBLIOGRAFI
73-74
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, pertama-tamanya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga kumpulan saya menyiapkan tugasan subjek Al-quran dan Sains yang diberikan ini dengan baik di bawah tajuk “Laut Dalam”. Sesungguhnya hasil
kerjasama dan kesepakatan antara ahli kumpulan memudahkan segala kerja yang perlu dibuat untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat seperjuangan saya iaitu Nor Faizah dan Siti Nur Amalina dan saya sendiri Najwa Shakirah yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini tanpa mengenal erti putus asa. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada kepada Dr. Munirah yang sentiasa murah dengan senyuman sentiasa memberikan tunjuk ajar untuk menyelesaikan tugasan kami ini. Segala tunjuk ajar daripada pihak Dr. amatlah kami hargai dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. kerana jika bukan dengan bantuan Dr. kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di samping itu, terima kasih juga kepada ibu bapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat yang banyak memberikan sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan idea-idea yang bernas untuk kami menyiapkan tugasan ini. Segala pengorbanan dan bantuan yang diberikan akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Sekian, syukran wa barakallah.
PENDAHULUAN
Allah s.w.t telah memberikan banyak nikmat kepada hamba-hambanya agar mereka semua sentiasa bersyukur di atas kurniaanNya. Antara salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya ialah dengan menciptakan lautan ataupun sungai. Melalui penciptaan ini, banyak faedah dan nikmat yang boleh diperolehi oleh manusia daripadanya kerana sesungguhnya Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu sebagai sia-sia melainkan orang yang tidak mensyukuri akan nikmat kurniannya.
Sesungguhnya penciptaan laut atau lautan dalam banyak khazanah-khazanah yang terdapat daripadanya dan membolehkan manusia memperolehinya serta dapat menjadi sumber rezeki kepada mereka. Antaranya ialah, Allah telah menjadikan ikan-ikan yang terdapat di dalam laut dan membolehkan manausia memakannya mengikut hukum dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Selain itu juga, manusia boleh memperolehi hasil lautan lain seperti mutiara dan permata yang sangat bernilai dan berharga dimana ianya boleh dimanfaatkan dengan tujuan kebaikan.
Oleh itu, banyak tafsir-tafsir dan kajian-kajian saintifik yang menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai laut dalam ini. Antaranya ialah tafsir Ibn Kathir, tafsir Wahbah Al-Zuhaily, Tafsir Al-Razi, Tafsir Al- alusi dan Tafsir Tantawi Jauhari. Ulama‟- ulama‟ juga telah mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan laut dalam dengan lebih jelas agar hukum-hukum dan maksudnya dapat difahami dengan benar dan tepat.
BAB I: TAFSIR IBN KATHIR
1) SURAH YUNUS
a. AYAT 22
Maksudnya: “Dia lah Yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi
kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di Dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang- penumpangnya Dengan tiupan angin Yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut Yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari Segala penjuru, serta mereka percaya Bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah Dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu Dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan Kami dari bahaya ini, Kami tetap
menjadi orang-orang Yang bersyuku 1 r.”
TAFSIRAN
1 Surah Yunus, Ayat:22
Kemudian Allah s.w.t memberi khabar, sesungguhnya Allah:
Maksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan.” Ayat ini menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah menjaga dan memeliharamu dengan penjagaan-Nya. 2
{ } Maksudnya: “Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah
bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira kerananya.” Iaitu cepatnya perjalanan mereka bersama-sama dengan angin yang baik, kemudian pada saat itu tiba-tiba; 3
{ } Maksudnya: “Datanglah kepadanya.” Iaitu, kepada bahtera-bahtera itu.
Maksdunya: 4 “Angin badai.” Iaitu dengan kencang.
2 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Yunus), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm: 22.
3 Ibid. 4 Ibid.
Maksudnya :“Dan datanglah gelombang dari segenap penjuru menimpanya.” Ayat ini ditafsirkan bahawa sesungguhnya lautan telah menggoncang mereka. 5
Maksudnya: “Mereka yakin bahawa mereka telah terkepung bahaya.” Ayat ini bermaksud bahawa mereka akan mati.
Maksudnya: “Mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kekuatan kepada- Nya.” Iaitu sesungguhnya mereka tidak berdoa kepada berhala dan tidak pula kepada patung, akan tetapi mereka mengkhususkan doa dan permohonan kepada Allah
s.w.t. sebagaimana firman-Nya dalam surah Al- 6 Isra‟:
Maksudnya: “Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk Yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat
Allah).” 7
5 Op.cit. 6 Op.cit. 7 Surah Al- Isra’, Ayat:97.
Disini Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya :“Pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah Dengan
mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu Dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan Kami dari bahaya ini, Kami tetap menjadi orang-orang Yang bersyukur."
Ayat ini ditafsirkan bahawa sesungguhnya kami tidak mempersekutukan Engkau dengan seorang pun dan sungguh kami benar-benar mengesakan Engkau dengan ibadah disana.
Sebagaimana kami mengesakan Engkau dengan doa disini. 8
8 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Yunus), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm: 22.
2) SURAH AR-RAHMAN
a. AYAT 19
Maksudnya :“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.” Ibn „Abbas r.a mengatakan “maksudnya: mengalirkan
keduanya.” Maksud firman Allah s.w.t { } “Kemudian bertemu”. Ibn Zaid mengatakan: Iaitu yang menghalangi kedua lautan itu untuk bertemu, iaitu dengan
meletakkan penghalang yang memisahkan antara keduanya. Manakala yang dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t { }adalah asin dan masin. Dan yang manis itu adalah
sungai-sungai yang mengalir di tengah-tengah umat manusia. 9
b. AYAT 20
Maksudnya :“Di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing- masing tidak melampaui sempadannya.”Ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t
menjadikan penghalang dari tanah antara keduanya agar masing-masing tidak tidak saling melampaui, sehingga ia menimbulkan kerosakan dan menghilangkan sifat yang
dikehendaki dari masing-masing lautan tersebut. 10
9 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Ar-Rahman), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:6
10 Op.cit.
c. AYAT 22
Maksudnya : “Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.” Ayat ini bermaksud dari keduanya iaitu laut. Jika ditemukan pada salah satunya, maka hal itu
sudah cukup. Sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam surah Al- 11 An‟am:
………. Maksudnya :”Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada
kamu Rasul-r asul dari kalangan kamu sendiri.” Utusan-utusan itu hanya berasal dari bangsa manusia bukan dari bangsa jin. Dan
maksud itu telah dibenarkan. Pengertian { } (mutiara) sangat diketahui maksudnya. Sedangkan { }, maka ada yang mengatakan: “iaitu mutiara kecil. Demikianlah
yang dikemukakan oleh Mujahid, Qatadah, Abu Razin, dan Adh-Dahhak dan diriwayatkan daripada Saidina Ali. Ada juga yang mengatakan iaitu “mutiara yang terbesar dan terbaik.” Demikian yang diceritakan oleh oleh Ibn Jarir dari beberapa ulama‟
Salaf, dan diriwayatkan oleh Ibn Abi Haitam dari Al- Rabi‟ bin Anas. Terdapat juga riwayat daripada Al-Suddi dari orang yang telah memberitahukan kepadanya iaitu daripada Ibn „Abbas r.a. hal yang sama juga diriwayatkan daripada dari „Ali, Mujahid,
Murrah al-Hamdani. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa ianya bermaksud
11 Op.cit.
“iaitu mutiara yang bewarna merah”. As-Suddi mengatakan dari Masruq, dari „Abdullah, ia berkata { 12 } adalah permata merah.
Sedangkan firman Allah dalam surah Al-Faathir:
Maksudnya: “Dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging Yang lembut -
hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya;
Daging itu berasal daripada air asin dan tawar, sedangkan perhiasannya hanya berasal dari air asin, bukan dari air tawar. Ibn Abi Hatim meriwayatkan dari Ibn „Abbas, ia berkata: “Jika hujan turun dari langit, mak setiap kulit kerang di dalam laut membuka mulutnya, dan setiap percikan air hujan yang masuk ke dalamnya akan menjadi mutiara.
Sanad hadis ini adalah sahih. 13 Tatkala pengambilan perhiasan itu sebagai suatu nikmat bagi penduduk bumi,
maka Allah s.w.t memperingatkan mereka seraya bertanya:
Maksudnya: “Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?”
12 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Ar-Rahman), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:7
13 Ibid.
d. AYAT 24
Maksudnya :“Dan Dia lah Yang Menguasai kapal-kapal Yang belayar di laut, Yang kembang tinggi layarnya seperti gunung- ganang”. Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini
bermaksud kapal-kapal yang berlayar di lautan. { } “Di lautan” . Kata {} bererti “Kapal-kapal yang berlayar tinggi”. { } pula bermaksud “Laksana gunung-
ganang ” iaitu bagaikan gunung-ganang dalam besarnya dan berbagai-bagai barang dagangan yang terangkut di dalamnya dari satu daerah ke daerah lain yang didalamnya terdapat kemaslahatan bagi umat manusia berupa pengambilan berbagai-bagai hal yang
mereka perlukan berupa berbagai barang dagangan. 14 Oleh itu Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya :“Dan Dia lah Yang Menguasai kapal-kapal Yang belayar di laut, Yang kembang tinggi layarnya seperti gunung- ganang.”
14 Op.cit.
3) SURAH AL-KAHFI
a. AYAT 86
Maksudnya :“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair Yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisiNya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada Engkau hendak menyeksa mereka
atau Engkau bertindak secara baik terhadap mereka". 15
TAFSIRAN
Maksudnya: “Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam” Tafsiran ayat ini bermaksud, lalu ia berjalan melampaui jalan hingga akhirnya sampai di tempat terjauh yang ditempuhinya itu, iaitu belahan bumi bahagian barat. Adapun mencapai tempat terbenamnya matahari di langit, maka itu merupakan suatu hal yang tidak
mungkin terjadi. 16
15 Surah Al-Kahfi, Ayat:86. 16 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Al-Kahfi), Sinar Baru Algensindo, Bandung,
Hlm:69.
Maksudnya: “Ia mendapatinya terbenam di sebuah matair Yang hitam berlumpur” Tafsir Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini sebagai, ia menyaksikan matahari
dengan matanya sendiri terbenam dalam samudera. Demikianlah keadaan setiap orang yang pandangannya berakhir sampai pada tepian pantai, dimana ia melihat matahari itu seakan-akan terbenam pada laut tersebut. Sedangkan matahari tersebut tidak bersinar falaknya (orbitnya), dia tetap ada pada orbitnya, tidak meninggalkannya. Al- Hamia‟ah berkata ia diambil dari salah satu dari dua bentuk bacaan, iaitu dari al- hama‟ah yang bererti tanah, 17 sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t dalam surah Al-Hijr ayat 28:
Maksdunya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah wa rna dan baunya.”
Ibn „Abbas pernah berkata mengenai tanah yang berlumpur hitam, diamana ia mentafsirkannya dengan sesuatu yang berlumpur hitam. Mmanakala „Ali bin Abi
Thalhah menceritakan dari Ibn „Abbas : “Dzulqarnain mendapati matahari terbenam di laut yang panas ”. Ia juga sebagaimana yang dikemukakan oleh Hasan al-Bashri. Ibn Jarir menyebutkan yang benar bahawa keduanya merupakan bacaan yang masyhur. Antara kedua-dua bacaan itu yang dibaca oleh sesiapa sahaja , maka ianya adalah benar. Berkenaan hal tersebut, penulis mengatakan bahawasanya tidak ada pertentangan antara makna keduanya, kerana mungkin sahaja air panas kerana mendapatkan pancaran sinar langit secara langsung pada saat matahari itu terbenam tanpa adanya halangan yang
menutupinya dan al- 18 hami‟ah adalah bermaksud air dan tanah hitam (lumpur).
17 Op.cit. 18 Op.cit.
4) SURAH ATH-THUR
a. AYAT 6
Maksudnya: “Dan Demi laut Yang penuh tepu (dengan kepanasan.)” Ayat ini ditafsirkan bahawa pada hari kiamat kelak, lautan akan dijadikan api seakan-akan jalannya dari rumahnya seperti jalannya awan yang tidak lambat dan tidak pula tergesa-
gesa. 19
5) SURAH AL- MAA’IDAH
a. AYAT 96
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan Yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang Yang Dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. oleh itu, bertaqwalah kepada
Allah, Yang kepadanya kamu akan dihimpunkan.” 20
19 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah At-Thur), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:3.
20 Surah Al-Maaidah, Ayat:96.
TAFSIRAN
Maksudnya :“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” Maksud ayat ini ialah haiwan laut yang ditangkap dalam keadaan segar. 21
Maksudnya :“Dan makanan Yang didapati dari laut.” Tafsir Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini sebagai makanan yang bersumber dari laut untuk dijadikan bekal dalam keadaan diasin atau telah dikering.
Ibn „Abbas dalam riwayat terkenal yang bersumber darinya mengatakan, yang dimaksudkan dengan „shaiduhu‟ ialah haiwan laut yang ditangkap dalam keadaan hidup- hidup. Sedangkan yang dimaksudkan dengan „ta‟amuhu‟ ialah haiwan laut yang dicampakkan ke darat oleh laut dalam keadaan telah mati. Hal yang sama juga telah diriwayatkan dari Abu Bakar As- Siddiq, Zaid Ibn Thabit, „Abdullah Ibn „Amr dan Abu Ayyub Al-Ansari, radiallahu‟anhum, dan Ikrimah, Abu Salamah Ibn Abdul Rahman, Ibrahim Al- Nakha‟ie, serta Hasan Al-Basri.
Sufiyyan Ibn Uyaynah telah meriwayatkan dari „Amr Ibn Dinar, dari Ikrimah, dari Abu Bakar Al-Siddiq yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan „ta‟amuhu‟ ialah semua yang ada didalam laut. Demikian juga riwayat daripada Ibn Jarir
dan Ibn Abu Hatim. 22
Ibn Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibn Humaid, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Mughirah, dari Sammak yang mengatakan bahawa ia mendapat berita dari Ibn „Abbas yang menceritakan bahawa Khalifah Abu Bakar berkhutbah kepada orang ramai, antara lainnya beliau membacakan firman-Nya :
21 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Al-Maaidah), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:84.
22 Op.cit.
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan Yang didapati dari laut, se bagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya.” Manakala yang dimaksudkan dengan „ta‟amuhu‟ ialah haiwan laut yang dicampakkan oleh laut ke darat. Ibn Jarir mengatakan telah menceritakan kepada kami Ya‟qub, telah menceritakan kepada kami Ibn Ulayyah , dari Sulaiman At- Taimi, dari Abu Mijlaz, dari Ibn „Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya:
Maksudnya :“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan Yang didapati dari laut”. Ibn „Abbas mengatakan yang dimaksudkan dengan „ta‟amuhu‟ ialh
sesuatu dari laut yang tercampakkan ke darat. Ikrimah pula telah meriwayatkan dari Ibn „Abbas bahawa „ta‟amuhu‟ bermaksud sesuatu dari laut yang dicampakkan ke darat dalam keadaan telah mati. Hal ini diriwayatka n oleh Ibn Jarir. Sa‟id Al-Musayyib mengatakan, „ta‟amuhu‟ ialah haiwan laut yang dicampakkan ke darat dalam keadaan hidup atau yang terdampar dalam keadaan telah mati. Demikianlah menurut riwayat Ibn
Abu Hatim. 23
Ibn Jarir mengatakan telah menceritakan kepada kami Ibn Basysyar, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab, telah menceritakan kepada kami Ayyub, dari
Nafi‟, bahawa Abdul Rahman, Ibn Hurairah bertanya kepada Ibn Umar, “Sesungguhnya laut sering mencampakkan banyak ikan dalam keadaan telah mati, bolehkah kami
memakannya?” Ibn Umar menjawab: “Jangan kalian makan.” Ketika Ibn Umar kembali kepada keluarganya dan mengambil mushaf, lalu membaca surah Al-Maidah hingga sampai kepada firman Allah s.w.t: 24
23 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Al-Maaidah), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:85.
24 Ibid.
Maksudnya: “Sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang- orang Yang Dalam pelayaran.” Maka Ibn Umar berkata: “Pergilah kamu, dan katakan padanya bahawa ia boleh memakannya, kerana sesungguhnya apa yang ditanyakannya itu termasu k makanan yang berasal dari laut.” Hal yang sama dipilih oleh Ibn Jarir, bahawa yang dimaksudkan dengan „ta‟amuhu‟ ialah haiwan laut yang mati di dalam laut. Ibn Jarir mengatakan bahawa hal tersebut telah diriwayatkan oleh hadis,
sebahagian dari mereka ada yang meriwayatkan secara mauquf. 25 Kemudian telah menceritakan kepada kami Hannad Ibn Sirri yang mengatakan
bahawa telah menceritakan kepada kami Abdah Ibn Sulaiman, dari Muhammad Ibn Amr, telah menceritakan kepada kami Abu Salamah, dari Abu Hurairah yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w membaca firman-Nya:
Maksudnya :“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan Yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati ke lazatannya.”
Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Maksudnya :“Makanan dari laut ialah sesuatu yang dicampakkan oleh laut dalam keadaan mati.” Kemudian Ibn Jarir mengatakan bahawa sebahagian dari mereka ada yang me-mauquf-kan hadis ini hanya sampai kepada Abu Hurairah. 26
25 Op.cit, Hlm: 86. 26 Op.cit, Hlm: 87.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :“Bagi orang-orang Yang Dalam pelayaran.” Mereka dalah orang- orang yang sedang berada dalam perjalanan. Lafaz „sayyarah‟ adalah dalam bentuk lafaz
jama‟ dari lafaz „siyarun‟. Ikrimah mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah orang yang berada dipinggir laut dan dalam perjalanannya. Orang lain selain Ikrimah
mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan „ta‟amuhu‟ ialah haiwan laut yang telah mati atau yang ditangkap dari laut, kemudian diasin yang adakalanya dijadikan sebagai bekal oleh oleh orang-orang yang berada dalam perjalanannya dan orang-orang yang
bertempat tainggal jauh dari pantai. Hal yang sama juga diriwayatkan dari Ibn „Abbas, Mujahid, As-Saddi dan ali-lainnya.
Manakal a, jumhur ulama‟ pula menyimpulkan dalil yang, menghalalkan bangkai haiwan dari laut dari ayat ini dan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik Ibn Anas, dari Ibn Wahb, dan Ibn Kaisan, dari Jabir Ibn Abdullah yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w mengirimkan sejumlah orang dalam suatu pasukan dengan misi khusus ke arah pantai. Nabi Muhammad s.a.w mengangkat Abu Ubaidah dan Ibn Jarrah sebagai pemimpin mereka. Jumlah mereka lebih kurang tiga ratus orang, dan perawi sendiri (Jabir
Ibn Abdullah) termasuk salah seorang dari mereka. 27 Kemudian, kami berangkat, dan ketika kami sampai di tengah jalan, semua
perbekalan yang kami bawa habis. Maka Abu Ubaidah Ibn Jarrah memerintahkan agar semua perbekalan yang tersisa dari pasukan itu dikumpulkan menjadi satu. Jabir Ibn Abdullah berkata: “Saat itu perbekalanku adalah sebuah kurma. Sejak itu Abu Ubaidah membahagikan makanan sedikit demi sedikit, sehingga semua perbekalan habis sedangkan yang kami peroleh dari perbekalan itu hanyalah sebiji kurma. Kami benar-
benar 28 berasa kepayahan setelah perbekalan kami habis.”
27 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Al-Maaidah), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:87.
28 Ibid.
“Tidak lama kemudian, sampailah kami di tepi pantai, dan tiba-tiba kami menjumpai seekor ikan paus yang besarnya sama dengan sebuah longgokan tanah yang
besar. Maka pasukan itu pun makan daging ikan paus tersebut selama lapan belas hari. Kemudian Abu Ubaidah memerintahkan agar dua buah tulang ikan itu ditegakkan, lalu ia memerintahkan agar seekor unta dilalukan di bawahnya, ternyata unta itu tidak menyentuh kedua tulang yang didirikan itu (betapa besarnya i kan itu).‟
Hadis ini diketengahkan di dalam kitab sahihain dan mempunyai banyak jalur bersumberkan dari Jabir Ibn Abdullah.
Manakala di dalam kitab sahih Muslim, melalui riwayat Abu Zubair, dari Jabir disebutkan, “Tiba-tiba dipinggir laut terdapat haiwan yang besarnya seperti longgokan
tanah yang sangat besar. Lalu kami mendatanginya, ternyata haiwan tersebut adalah seekor ikan yang dikenal dengan nama ikan paus “anbar.” Abu Ubaidah mengatakan
bahawa haiwan ini telah mati. Tetapi akhirnya Abu Ubaidah berka ta: “Tidak, kami adalah utusan Rasulullah s.a.w, sedangkan kalian dalam keadaan darurat, maka, makanlah haiwan ini oleh kalian.
Kemudian, Jabir meneruskan kisahnya: “Kami makan ikan tersebut selama satu bulan, sedangkan jumlah kami seluruhnya ada tiga ratus orang, hingga kami semua gemuk kerananya. Kami mencedok minyak ikan dari kedua mata ikan itu dengan memakai bekas yang besar, dan dari bahagian mata itu kami dapat memotong daging.
Seterusnya, Jabir berkata: “Ketika kami tiba di Madinah, kami menghadap Rasulullah s.a.w dan menceritakan kepadanya hal tersebut, maka Baginda s.a.w bersabda:
"؟اىمعطتف ءٓش ًمحل هم منعم لٌ منل الله ًجسخأ قشز ٌُ" Maksudnya: Ikan itu adalah rezeki yang dikeluarkan oleh Allah untuk kalian,
apakah masih ada pada kalian sesuatu dari dagingnya untuk makan kami?” Kemudian, Jabir meneruskan kisahnya: “Lalu kami kirimkan kepada Rasulullah
s.a.w sebahagian darinya dan beliau memakannya.”
Imam Abu Hanifah rahimahumullah mengatakan bahawa haiwan laut yang mati tidak boleh dimakan, sebagaimana tidak boleh dimakan haiwan (darat) yang mati didarat, kerana berdasarkan umumnya makna yang terkandung didalam firman-Nya dalam surah Al-Maidah ayat 3:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir).”
Kemudian, telah disebutkan di dalam sebuah hadis yang semakna dengan pengertian ayat ini. Dari Jabir yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 29
"يُلمأت لاف إفاط اتٕم سحثلا ّقلأ امَ ، يُلنف تامف ٓح ٌَُ يُمتدص ام" Maksudnya: “Haiwan yang kalian buru dalam keadaan hidup, lalu mati (dibunuh
oleh kalian), maka makanlah haiwan itu; dan haiwan yang dicampakkan oleh laut dalam keadaan mati terapung, janganlah kalian memakannya.
29 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah Al-Maaidah), Sinar Baru Algensindo, Bandung, Hlm:87.
6) SURAH AT-TAKWIR
a. AYAT 6
Maksudnya: 30 “Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur” Ibn Jarir menceritakan, Saidina Ali r.a bertanya kepada seseorang dari kaum Yahudi: “Dimana
neraka jahanam?” Dia menjawab: “Lautan.” Saidina „Ali berkata: “Aku tidak menilai ucapannya itu melainkan benar.” 31
Manakala Ibn „Abbas dan para ulama‟ lain pula mengatakan: Állah s.w.t mengirimkan aingin kencang ke lautan itu, lalu membakarnya sehingga lautan itu menjadi api yang menyala-nyala. Dan perbahasan mengenai hal itu telah diberikan sebelumnya dalam firman Allah s.w.t:
{ زُجسملا سحثلاَ } Maksud nya: “Dan lautan yang di dalam tanahnya ada api.”
30 Surah At-Takwir, Ayat: 6 31 Al-Imam Ibn Kasir Al-Dimasyqi, (2000), Tafsir Ibn Kasir (Surah At-Takwir), Sinar Baru Algensindo,
Bandung, Hlm: 3
7) SURAH AN-NUR
a. AYAT 40
Maksudnya: “Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang Yang di dalam) gelap-gelita di lautan Yang dalam, Yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (Demikianlah keadaannya) gelap- gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. dan (ingatlah) sesiapa Yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan
beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan Yang benar).” 32
TAFSIRAN
Maksudnya: “Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang Yang di dalam) gelap-gelita di lautan Yang dalam, Yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (Demikianlah keadaannya) gelap- gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali.”
32 Surah An-Nur, Ayat: 40.
Ayat ini bermaksud, orang-orang kafir tersebut sangat susah untuk melihat cahaya tersebut disebabkan ianya terlalu gelap. Ianya diumpamakan atau diibaratkan dengan hati-hati yang tidak mempercayai iaitu pada yang empunya kejahilan, dan pada sesiapa yang hanya mengikut dan tidak tahu akan sifat sebenar orang yang diikutinya itu serta kemana orang tersebut hendak pergi. Mereka ini juga seperti orang yang berada dalam
kejahilan yang boleh diumpamakan apabila ditanya: “Ke mana kamu hendak pergi?”, maka dia akan menjawab: “Dengan mereka.” Kemudian dia juga ditanya: “Kemana mereka pergi” maka dia menjawab: “Aku tidak tahu.” 33
Maksudnya: “Demikianlah keadaannya gelap-gelita berlapis-lapis” Kemudian, ayat ini ditafsirkan sebagai kegelapan diatas kegelapan. Ubayy Bin Ka‟ab berkata bahawa: “Orang tersebut diselubungi dengan lima jenis kegelapan”: Antaranya ialah
kegelapannya dalam berkata-kata, kegelapannya dalam sesuatu perbuatan, kedatangannya dalam kegelapan, dia keluar dalam kegelapan dan takdirnya pada hari kiamat akan berada
dalam kegelapan iaitu ketika dalam api neraka. 34 Manakala As-Suddi dan Ar- Rabi‟ bin Anas juga mengatakan sesuatu yang sama
berkaitan ayat diatas.
Maksudnya :“Dan (ingatlah) sesiapa Yang tidak dijadikan Allah menurut undang- undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan Yang benar).” Ayat ini pula
bermaksud bahawa sesiapa yang Allah tidak berikan petunjuk padanya adalah mereka yang berada dalam kejahilan, gelap gelita serta pada sesiapa yang tidak mempercayai- Nya atau menyekutukan-Nya.
33 Muhammad ‘Ali As-Sobuni, (2006), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, Al-Maktabah Al-‘Asriyyah, Saida: Beirut, Hlm: 490.
34 Ibid.
8) SURAH AL-FAATHIR
a. AYAT 12
Maksudnya: “Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya),
Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara Yang satu lagi masin lagi pahit. dan (Kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging Yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu
Maksudnya: “Dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging Yang lembut - hidup- 35 hidup.” Ayat ini bermaksud ikan-ikan yang terdapat di dalam laut.
35 Muhammad ‘Ali As-Sobuni, (2006), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, Al-Maktabah Al-‘Asriyyah, Saida: Beirut, Hlm: 114.
Maksudnya: “Dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya. Sebagaimana Allah s.w.t telah berfirman: {Allah mengeluarkan dari
keduanya (antara dua laut 36 ) itu mutiara dan permata.
Maksudnya: “(selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya.” Menurut tafsiran, ayat ini bermaksud kapal-kapal tersebut berlayar dan
membelah lautan bagi sesiapa yang ingin memperoleh hasil daripadanya seperti ikan-ikan dimana ianya menyerupai burung-burung yang berterbangan di udara dengan dadanya. Imam mujahid berkata: “Ianya merupakan kapal yang berlayar dengan angin dan kapal tidak akan berlayar melainkan dengan adanya tulang kapal tersebut. Allah s.w.t juga berfirman:
Maksudnya: “(Diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah.” Ayat ini bermaksud pelayaran dengan tujuan untuk perniagaan dari
satu titisan ke satu titisan dan dari satu negeri ke satu negeri. 37
Maksudnya: “Dan supaya kamu bersyukur.” Iaitu kamu hendaklah bersyukur dengan rezeki yang Tuhan telah berikan kepada kamu semua dengan menyediakan segala
36 Muhammad ‘Ali As-Sobuni, (2006), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, Al-Maktabah Al-‘Asriyyah, Saida: Beirut, Hlm: 114.
37 Ibid.
penciptaanNya yang agung iaitu penciptaan laut dan hendaklah kamu semua menguruskannya sebagaimana yang kamu kehendaki dan pergilah kamu semua ke mana sahaja yang kamu kehendaki. Maka, tidak ada halangan ke atas kamu semua untuk melakukan sesuatu daripadanya kerana kesemuanya itu adalah dari kelebihanNya dan
rahmat dariNya. 38
38 Op.cit.
9) SURAH AN-NAHL
a. AYAT 14
Maksudnya: “Dan Dia lah Yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging Yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki
dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.” 39
TAFSIRAN
Maksudnya :“Dan Dia lah Yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging Yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) Engkau melihat pula kapal- kapal belayar padanya.”
Allah s.w.t memberikan khabar gembira kepada hamba-hambaNya dengan menyediakan lautan yang menghempas ombak dengan gelombangnya. Allah s.w.t juga
39 Surah An-Nahl, Ayat: 14.
meneguhkan hamba-hambaNya dengan segala ketaatan dan penundukan mereka kepadaNya serta memudahkan mereka untuk menaiki kapal dan berlayar di atasnya. 40
Selain itu, Allah s.w.t juga menjadikan apa yang ada di lautan daripada mutiara dan permata yang sangat berharga dan memudahkan hamba-hambaNya untuk mereka mengeluarkan daripada tempatnya perhiasan dimana mereka boleh memakainya. Disamping itu, Allah s.w.t memberi kemudahan kepada hamba-hambaNya dengan menjadikan lautan yang membolehkan kapal untuk berlayar iaitu membelah lautan.
Terdapat riwayat lain: “Berlayarnya kapal dengan angin, kedua-duanya adalah benar, yang mana ianya menunjukkan kepada hambaNya akan pembuatannya itu, dan
juga menunjukkan bahawa pembuatan kapal merupakan waris daripada Nabi Nuh a.s, dimana beliau merupakan orang pertama yang menaiki kapal. Beliau juga mengajar cara- cara untuk membuat kapal dan manusia mengambil daripadanya cara-cara tersebut dari kurun ke kurun dan dari satu generasi ke satu generasi. Mereka juga berlayar dari satu titisan ke satu titisan dan dari satu daerah ke satu daerah dimana ianya dapat
mendatangkan rezeki kepada mereka. 41
Maksudnya: “Dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.” Ayat ini bermaksud segala nikmat dan ihsan dariNya. 42
40 Muhammad ‘Ali As-Sobuni, (2006), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, Al-Maktabah Al-‘Asriyyah, Saida: Beirut, Hlm: 258.
41 Ibid. 42 Ibid.
BAB II: TAFSIR TANTAWI JAUHARI
10) SURAH AL-FAATHIR
b. AYAT 12
Maksudnya: “Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya),
Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara Yang satu lagi masin lagi pahit. dan (Kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging Yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu
bersyuku 43 r.”
43 Surah Al-Faathir, Ayat: 12.
TAFSIRAN
{ } Maksudnya: “Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya),
Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara Yang satu lagi masin lagi pahit. dan (Kedua- duanya itu berfaedah kepada kamu).” Ayat ini ditafsirkan bahawa sungai itu segar dan boleh menghilangkan kehausan dan sedap diminum dimana ia memudahkan untuk mengalir dalam mulut kita ketika diminum. Manakala laut yang masin lagi pahit boleh membakar mulut kerana kemasinan airnya itu.
Perkataan (Saighun 44 ) disifatkan kepada kelebihan orang mu‟min terhadap orang kafir.
Maksudnya: “Dan (Kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging Yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda- benda perhiasan untuk kamu memakainya.” Ayat ini disifatkan kepada dua laut itu iaitu laut yang tawar serta sesuai diminum dan yang satu lagi masin serta pahit. Allah s.w.t berfirman bahawa sekiranya kedua laut itu mengeluarkan ikan- ikan serta mutiara dan permata daripada laut yang masin itu, maka keduanya tidak sama dengan apa yang ada didalamnya. Hal ini kerana salah satu dari kedua laut itu telah termasuk dalam perkara yang boleh merosakkan sesuatu iaitu kerana kemasinannya. Maka, selain daripada maksud itu ialah memberi minuman kepada binatang-binatang dan
tumbuh-tumbuhan. 45
44 Al-Ustaz Al-Hakim Asy-Syeikh Tantawi Jauhari, (1434 H), Al-Jawaher Fi Tafsir Al-Quran Al- Kareem (Juzu’ ketujuh belas
45 Ibid, Hlm:14. , Huquq Tabi’ Mahfuzah, Hlm: 13.
Oleh itu, sesungguhnya orang kafir itu disifatkan seperti lautan yang masin itu. Manakala, orang mu‟min pula seperti air laut yang tawar serta sesuai diminum. Bahkan,
air laut yang masin itu lebih baik daripada daripada orang kafir kerana ianya boleh mengeluarkan mutiara dan permata dan orang kafir pula tidak ada apa-apa kelebihan
padanya. 46 Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kata-kata ini adalah disifatkan kepada apa
yang kita perhatikan kepada manusia. Mereka berkongsi pada kebaikan yang zahir tetapi akal-akal mereka berbeza antara satu sama lain sehinggakan pelajar-pelajar daripada satu sekolah serta ibu dan ayah juga berbeza akhlaknya. Kadang-kadang salah seorang daripada keduanya banyak ilmunya manakala yang lain ada yang bodoh. Maka, inilah yang disifatkan kepada oran g mu‟min dan orang kafir.
Maksudnya: “(selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya.” Iaitu membelah laut dengan mengalir airnya. 47
Maksudnya: “(Diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah.” Ayat ini ditafsirkan bahawa sesungguhnya ianya adalah daripada kelebihan yang Allah s.w.t berikan iaitu untuk pengangkutan dan perniagaan. 48
46 Al-Ustaz Al-Hakim Asy-Syeikh Tantawi Jauhari, (1434 H), Al-Jawaher Fi Tafsir Al-Quran Al- Kareem (Juzu’ ketujuh belas , Huquq Tabi’ Mahfuzah, Hlm: 14.
47 Ibid. 48 Ibid.
11) SURAH AL- MAA’IDAH
b. AYAT 96
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan Yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang Yang Dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. oleh itu, bertaqwalah kepada
Allah, Yang kepadanya kamu 49 akan dihimpunkan.”
TAFSIRAN
Allah menghalalkan mereka untuk memburu binatang buruan samada di darat ataupun di laut. Contohnya sesiapa yang menangkap ikan di laut dengan tangan mereka sendiri dan sesungguhnya Allah memelihara orang-orang muslim yang mengikut perintahnya. Tetapi Allah s.w.t melarang mereka untuk memburu haiwan-haiwan tersebut
semasa dalam keadaan berihram. 50
49 Surah Al-Maaidah, Ayat:96. 50 Al-Ustaz Al-Hakim Asy-Syeikh Tantawi Jauhari, (1434 H), Al-Jawaher Fi Tafsir Al-Quran Al- Kareem (Juzu’
tiga) , Huquq Tabi’ Mahfuzah, Hlm: 189.
12) SURAH AR-RAHMAN
e. AYAT 19
Maksudnya :“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.”
TAFSIRAN
Maksudnya: “Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir.” Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan laut yang masin dan laut yang tawar serta sesuai diminum dan membiarkan keduanya itu bertemu. Kita juga melihat bahawa air laut yang yang tawar itu keluar daripada gunung seperti Air Nil di Mesir yang mengalir daripada gunung yang terdapat anak bulan di sebalik khatulistiwa dan terus mengalir
sehingga tercurahnya air di lautan mediterranian. 51 Manakala, Allah menjadikan air lautan yang masin tidak melimpah atau melebihi
air lautan yang segar yang sesuai untuk diminum dan Allah s.w.t juga tidak menjadikan air lautan yang segar untuk diminum itu sebagai garam laut. 52
Maksudnya: “Sedang keduanya pula bertemu.” Adapun pertemuan dua sungai ini, Allah telah menghalang keduanya itu daripada bertemu dan terdapat sekatan padanya.
Iaitu Allah s.w.t telah memisahkan atau menyekat keduanya dari bercampur. 53
51 Al-Ustaz Al-Hakim Asy-Syeikh Tantawi Jauhari, (1434 H), Al-Jawaher Fi Tafsir Al-Quran Al- Kareem (Juzu’ dua puluh empat)
52 Ibid. , Huquk Tabi’ Mahfuzah, Hlm: 17.
f. AYAT 20
Maksudnya :“Di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-
masing tidak melampaui sempadannya.” 54
TAFSIRAN
Maksudnya: “Di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya.” Ayat ini telah ditafsirkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t telah memisahkan antara kedua laut ini. 55
Maksudnya: “Masing-masing tidak melampaui sempadannya.” Ayat ini bermaksud bahawa kedua lautan ini tidak bercampur dan tidak bertukar antara keduanya yang mana ia akan menenggelamkan manusia sekiranya kedua lautan ini saling berlebihan atau melampaui batas.
g. AYAT 22
53 Al-Ustaz Al-Hakim Asy-Syeikh Tantawi Jauhari, (1434 H), Al-Jawaher Fi Tafsir Al-Quran Al- Kareem (Juzu’ dua puluh empat) , Huquq Tabi’ Mahfuzah, Hlm: 17.
54 Ibid. 55 Ibid.
Maksudnya : “Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.”
TAFSIRAN
Maksudnya: “Mutiara dan marjan.” Ayat ini bermaksud mutiara yang selalunya dijumpai secara kebetulan. Manakala permata pula ialah yang sesuatu benda yang terpelihara. Keduanya ini iaitu mutiara dan permata adalah keluar daripada lautan yang masin.
Maksudnya: “Keduanya.” Iaitu kerana laut yang masin dan segar itu merupakan satu lautan yang tidak terpisah antara satu sama lain. Hal ini kerana sesungguhnya lautan dan sungai kecil itu daripada air hujan dan air hujan itu pula daripada wap.
Manakala, wap pula daripada laut. Dan lautan pula kembali kepada air sungai untuk mengalirkannya. Maka, garam laut, wap, awan dan sungai menjadi satu dengan
langit. 56 Maka telah ditafsirkan kesemua ayat tersebut bahawa sesungguhnya Allah telah
menjadikan mutiara dan permata di dalam satu laut. Keduanya juga terdapat daripada laut yang masin dan tawar (segar) yang airnya sesuai untuk diminum. Adapun dari segi keluarnya mutiara dan permata tersebut seolah-olah keduanya keluar daripada satu laut. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa mutira dan permata tersebut keluar
daripada dua laut. 57
56 Al-Ustaz Al-Hakim Asy-Syeikh Tantawi Jauhari, (1434 H), Al-Jawaher Fi Tafsir Al-Quran Al- Kareem (Juzu’ dua puluh empat)
57 Ibid. , Huquq Tabi’ Mahfuzah, Hlm: 18.
BAB III: TAFSIR AR-RAZI – IMAM MUHD RAZI FAKHRUDDIN
[1] Surah Al-Fathir; ayat 12
12. Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari
rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur. 58 Penerangan;
Kebanyakan Mufassirin berkata: sesungguhnya makna seerti daripada ayat diatas ialah satu contoh dalam kafir dan iman dan orang yang kufur dan orang yang beriman, Iman tidak disyaki kekufuran dengan kebaikan dan juga manfaat sebagaimana ia tidak menyerupai dua laut iaitu laut air tawar dan air masin garam. Kemudian frasa ini: Apabila ia diibaratkan semua yang makan daging adalah untuk menunjukkan bahawa jika yang kafir dan mukmin jika dua laut terlibat dalam kebajikan dan manfaat seperti yang terdapat adalah daging di dalamnya dan perhiasan mendapati mereka dan alam semesta
mengambil tempat di dalamnya.
Nampaknya bahawa apa yang dimaksudkan adalah dinyatakan bukti keterangan kekuasaan Allah yang lain dan itu adalah daripada segi dua laut yang mempunyai imej yang berbeza di dalam air, apabila dua laut mengalir (berdampingan) ; yang satu tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit , jika ia baik untuk tidak bersetuju, maka terdapatnya perbezaan dalam dua perkara yang sama, sesungguhnya terdapat daging yang lembut di dalamnya dan tidak sama daripada yang lain dan daripada para iktilaf sahaja ia
58 Surah Al-Fathir: Ayat 12 58 Surah Al-Fathir: Ayat 12
Di dalam masalah pertama: Ahli Bahasa telah berkata tidak berkata pada air laut apabila terjadi padanya kemasinan yang masin, tetapi beliau berkata tentang garam, telah disebut dalam beberapa buku-buku perundangan ia menjadi air laut masin, dan boleh dihukum untuk mengatakan ia sah daripada pergi kepada rakyatnya itu, dan kerana air tawar jika dia adalah garam sehingga garam tidak bercampur kepadanya ia hanya masin, dan air garam bercampur kepada air yang keluar yang pada asalnya itu ia dicipta tawar serta, perkara masin mana dilihat pada rasa garam, air garam adalah masin daripada sudut rasa, bertentangan kepada apa yang wujud, apabila Faqih berkata bahawa garam asalnya daripada bahagian tanah paya yang kemudian menjadi air laut masin dan air garam, dan mereka juga telah berkata bahawa laut garam ini dibuat daripada bentuk, dan pahit paya.
Dan mereka juga berkata: laut juga terdapatnya makanan seperti daging burung, ikan dan daripadanya juga keluar mutiara, karang dan mengikutilmu astronomi laut juga digunakan sebagai laluan untuk sebarang pelayar belayar diatas air yang mengalir, dan berkata: untuk kamu boleh mendapatkan dari limpah kurniaNya, dan kamu bersyukur menunjukkan apa yang kita boleh kesimpulan ayat dua laut iaitu laut air tawar dan air masin dan pada duanya terdapat kewujudan Allah yang satu dan kemampuan Allah yang
sangat sempurna. 59
59 Imam Imam Muhd Razi Fakhruddin, (1420 H), Tafsir Al-Razi: Surah Al-Fathir ayat 12, Darul Ihya’ At- Turath Al-Arabi, hlm. 10
[ 2] Surah Al-Furqan; ayat 53
53. "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan
batas yang menghalangi." 60 Penerangan;
Ada empat jenis penyatuan bukti yang kita tahu bahawa ini adalah daripada bukti kekuasaan Allah s.w.t dan kemudian berkata Imam Ar-Razi: dua laut yang mengalir itu yang mana menghantar mereka dan berkata: haiwan di dalam laut yang mengalir itu apabila tempatnya yang asal akan keliru, dan ia berkata: pemahaman dalam apa yang mengalir itu [Qaf: 5] dinamakan air yang besar di dalam dua laut. Ibn Abbas berkata: Marj Bahrain, yang menghantar mereka di dalam dua laut seperti menghantar kuda di
padang rumput dan bertemu keduanya. Dan dia berkata: laut adalah berfaedah yang membawa maksud daripada faedah-faedah yang sempurna daripada kejadiannya sehingga (menjadi) «1» kemanisan, payau dan lawannya, dan bahawa Dia adalah keupayaan yang dipisahkan dan mencegah mereka bergaul, dan menjadikannya satu lautan yang besar tanpa halangan dan kemampuan Allah,
Soalan pertama: Apakah makna yang mengatakan: batas yang menghalangi? Jawapannya: adalah perkataan yang dituturkan ialah sebagai tempat perlindungan hidupan laut, yang di sini adalah realiti sebagai metafora, seolah-olah setiap dua laut itu mendapatkan perlindungan daripada pemilik dan menyebut bahawa batas itu
menghalangi antara keduanya, Baginda bersabda: tidak melampaui batas 61 untuk berlindung dengan dia yakni Allah, salah satu metafora kejadian Allah yang terbaik.
60 Surah Al-Faurqan: Ayat 53 61 Surah Al-Rahman: Ayat 20
Soalan kedua: Terdapat segar ke laut, bagaimana Allah berfirman? Jangan mengatakan: Ini dibayar dalam dua cara; Pertama: bahawa lembah yang dimaksudkan itu seperti Sungai Nil. Kedua: dijadikan laut sebagai tempat untuk berlindung antara yang lain, untuk saya mengatakan: Yang pertama iaitu lembah adalah lemah kerana lembah ini merupakan padanya tidak ada air garam, dan laut terdapat di mana tidak ada air segar, dan mendapat sepenuhnya manakala yang kedua adalah lemah, kerana sebab bagi sesuatu itu mesti diketahui, sama ada secara sukarela tidak memperbaiki pemikiran, saya katakan menjadi segar dari laut-lembah, Ia lembah iaitu paya payau, dan menjadikan mereka dinding apa-apa halangan dari tanah, dan kesimpulan di sini adalah antara, kerana kemanisan dan kemasinan yang adalah kerana sifat tanah itu atau air, mereka mesti khatulistiwa, walaupun tidak, dan juga ia mesti menjadi mampu daripada sesuatu yang
lain kerana itu adalah sifatnya yang khusus. 62
[ 3] Surah At-Takwir; ayat 6
6. dan apabila lautan dipanaskan, 63
Penerangan; Asalnya dengan berat, keras dan tekanan, dan padanya wujud: pertama: bahawa