Tujuan Dan Manfaat Penelitian
“Gagasan Nasionalisme Melayu Raya” karya saudara Roslan Saadon.
3
Dalam buku ini menceritakan seputar sejarah permulaan gagasan nasionalisme Melayu Raya, permasalahannya, aliran-aliran nasionalisme,
tokoh-tokoh yang berjuang atas gagasan ini dan berbagai lagi. Dalam penulisan ini hanya menyinggung tentang perjuangan Dr. Burhanuddin dalam
Partai Islam se-Malaysia. “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan” penulisan
saudara Riduan Mohamad Nor dan Mohd Fadli Ghani.
4
Dalam buku ini menceritakan peranan ulama-ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan
diseluruh dunia. Dan dalam buku ini ada menyinggung tentang peranan Dr. Burhanuddin dalam memartabatkan Islam pada masa pendudukan Jepang.
“Dr. Burhanuddin: Kajian Mengenai Kegiatannya dalam PKMM 1946-
1948” hasil karya Ramlah Adam.
5
dalam buku ini menuliskan tentang perjuangan Dr. Burhanuddin ketika beliau berada dalam Partai Kebangsaan
Melayu Malaya PKMM selama dua tahun dan pada ketika itu beliau menjadi ketua tertinggi dalam Partai itu.
Begitu juga dengan beberapa artikel dalam internet yang secara keseluruhannya hanya menyinggung tentang Dr. Burhanuddin pada
3
Roslan Saadon, Gagasan Nasionalisme Melayu Raya: Pertumbuhan dan Perkembangannya, Selangor: Karisma Publication SDN. BHD, 2009.
4
Riduan Mohamad Nor MA UKM, Mohd Fadli Ghani MA UKM, Ulama’ Dalam Sorotan
Perjuangan Kemerdekaan, Selangor: MHI Publication 1547386-K, 2007.
5
Ramlah Adam, Dr. Burhanuddin: Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam PKMM 1946-1948, Kuala Lumpur: Titian Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1994.
biografinya sahaja. Dari beberapa hasil pembacaan di atas, penulis masih tidak menjumpai kajian mengenai pemikiran Dr. Burhanuddin dan perjuangannya
yang ditulis secara bersamaan. Yang ada kebanyakannya hanya menyinggung seputar perjuangan Dr. Burhanuddin yang merupakan fakta yang akan
dijadikan bahan rujukan oleh penulis sendiri.