Sejarah Pengelolaan Zakat di Selangor

Demikianlah beberapa ayat yang berkaitan dengan pengelolaan peraturan zakat baik dari bidang kekuasaan maupun tata cara pengelolaannya. Di sub bab seterusnya akan dipaparkan dan dijelaskan bagaimana pelaksanaan peraturan- peraturan di atas diberlakukan.

C. Sejarah Pengelolaan Zakat di Selangor

Di Selangor, pada awal kemerdekaan penggunaan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 yang mana menempatkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ditempat teratas dalam pengendalian perkara yang berkaitan dengan agama Islam. 20 Selaku Ketua Agama sebagaimana yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia DYMM berperan dalam mengawasi tugas yang berkaitan dengan agama dan mendirikan satu Majlis Agama Islam Council ofReligion untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia dalam semua perkara yang berhubungan dengan agama dalam negerinya. 21 Di bawah kedudukan Duli Yang Maha Mulia inilah, berdirinya Majlis Agama Islam Selangor MAIS. Yang dikenal juga sebagai suatu badan yang tetap dinamakan Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor. Pendirian Majlis Agama Islam Selangor MAIS di bawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 Enakmen No. 3 Tahun 1952 sebagai berikut: 20 Dalam konteks pentadbiran Islam di negeri Selangor, DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam Selangor selaras dengan Bab 1 Perkara XL VIII Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. 21 Akademi Aidit, Kemajuan Pentadbiran Islam di Negeri Selangor MAIS: Bahagian Baitulmal, cet. 1, 2005, h.3. “ Hendaklah diadakan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dan disebut dalam bahasa Inggeris ‘Council of Religion dan Malay Customs Selangor’.” Pendirian Majlis Agama ketika itu adalah bertujuan bagi menasihati DYMM Sultan dalam perkara yang berkait dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana diperuntukan dalam seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Undang- undang Islam 1952 Enakmen No.3 Tahun 1952 yang menyatakan sebagai berikut: “Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri ini. Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara-perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini”. Namun nama dan identitas ini kemudian berubah kepada suatu pendirian organisasi yang diberi nama Majlis Agama Islam Selangor MAIS berdasarkan kepada seksyen 5 1, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor2003 sebagaimana berikut: “Majlis hendaklah menjadi suatu pendirian organisasi yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu perjanjian organisasi, dan perjanjian itu bisa dari masa ke masa dipecahkan, ditukar dan diubah dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu perjanjian diadakan di bawah seksyen ini, perjanjian Majlis terdahulu bisa digunakan sebagai perjanjian organisasi bagi Majlis”. 22 Dengan perubahan identitas Majlis Agama, fungsi Majlis Agama Islam Selangor MAIS yang dinyatakan seperti di atas telah dihapuskan dan diganti 22 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, International Law Book Services, 2009. dengan seksyen 6, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 sebagaimana berikut: “Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum Syara’ dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini”. 23 1. Pendirian Lembaga Zakat Selangor Negeri Selangor adalah satu diantara banyak negeri di Malaysia yang telah mendirikan sebuah institusi khusus bagi pengelolaan perkara zakat. Dengan kuasa yang telah diberikan seperti yang dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, Selangor telah berhasil meningkatkan kualitas pengelolaan zakat di bawah pengurusan Lembaga Zakat Selangor LZS. 24 Setiap negeri bagian provinsi di Malaysia telah mempunyai organisasi zakat yang berbentuk Pusat Zakat atau Baitul Mal di bawah kekuasaan Majlis Agama Islam Negeri MAIN dengan tujuan dasar dan fungsi masing-masing. Setiap Majlis Agama Islam bertanggung jawab menetapkan sistem, peraturan dan jenis zakat yang dikeluarkan dan aturan-aturan khusus bagi Baitul Mal. Tujuan utama yang mendorong pihak Majelis Agama Islam Negeri mendirikan Pusat Pengurusan Zakat adalah: a. Menegakkan salah satu rukun Islam yaitu kewajiban berzakat. 23 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, International Law Book Services, 2009. 24 Survei Penulis Tahun 2011. b. Meningkatkan pengumpulan zakat sehingga semua yang wajib zakat dalam negeri dapat menunaikannya. c. Menyalurkan kutipan zakat kepada delapan asnaf sesuai dengan program yang telah disetujui dalam anggaran zakat secara tepat dan dapat memenuhi kehendak syara’ bagi setiap asnaf yang dibantu. d. Menjadikan institusi zakat berperan besar dalam membangun kehidupan dan ekonomi masyarakat Islam. Jabatan dan departemen dibawah kerajaan, syarikat-syarikat swasta, Perguruan tinggi, kampus dan persatuan-persatuan. e. Mewujudkan rasa syukur di kalangan muslim yang wajib zakat dan mengingatkan mereka bahwa didalam harta mereka terdapat hak fakir miskin dan golongan yang memerlukan. f. Memperbaiki sistem dan cara kerja sesuai dengan kemajuan teknologi komunikasi serta kemajuan negara pada umumnya. 25 Di negeri Selangor, Baitul Mal merupakan tempat pengumpulan uang yang didirikan di bawah Seksyen 81 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Di dalamnya terdapat beberapa kumpulan harta misalnya: semua uang dan harta bergerak atau harta tidak bergerak yang diserahkan kepada pihak yang berwenang menurut hukum syara’ maupun menurut undang-undang Enakmen atau menggunakan kaedah-kaedah yang digunakan oleh semua orang 25 Nik Mustafa Nik Hassan, Kaedah Pengagihan Dana Zakat Satu Perspektif Islam, h.59. kepada pihak Baitul Mal, ia akan menjadi wewenang Baitul Mal untuk menguruskannya. 26 Pengurusan zakat di Selangor telah diprivatisasikan bermula tanggal 15 Februari 1994 ketika MAIS mendirikan Pusat Zakat Selangor PZS. Tujuan pendirian lembaga ini adalah untuk memperbaiki kaedah dan sistem pengurusan zakat yang sudah ada dalam sistem pengurusan agar lebih profesional. Dengan bermulanya pengurusan PZS, pihak MAIS telah memberi kuasa kepada PZS untuk pengumpulan zakat harta. Pada tahun 1998, MAIS telah memberi hak sepenuhnya kepada PZS untuk mengumpulkan semua harta zakat dengan tujuan agar Baitul Mal dapat berfokus kepada pengurusan umat Islam yang lain seperti harta wakaf, pusaka dan lainnya. 27 Bermula dari pengoprasian PZS pada tanggal Oktober 1995 dengan hanya mempunyai delapan orang petugas. Seiring dengan kemajuan yang diperoleh, nama asal PZS yaitu Pusat Pungutan Zakat MAIS diganti menjadi Pusat Zakat Selangor MAIS pada tanggal 30 Oktober 1996. Setelah kedudukan PZS menjadi teguh dan mantap, kantor PZS dipindah ke tempat yang lebih baik pada pertengahan tahun 1997 dan dilengkapi dengan enam belas kaunter. Sejalan dengan perkembangan kemajuan dan pembangunan di Negeri Selangor, PZS sentiasa memperbaiki kualitas pengabdiannya menerusi operasi pengumpulan dan pendistribusian zakat. Pencapaian PZS dijadikan contoh pengurusan zakat bukan 26 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, International Law Book Services, 2009, h. 123. 27 Akademi Aidit, Kemajuan Pentadbiran Islam di Negeri Selangor, h. 97. saja di Malaysia, bahkan oleh negara-negara tetangga seperti Indonesia, Brunei, Bangladesh dan Singapura. 28 Terakhir ini pada tahun 2006, Pusat Zakat Selangor PZS telah berganti nama menjadi Lembaga Zakat Selangor LZS sejalan dengan penswastaan yang dilakukan ke atas pengurusan Baitul Mal. Dengan itu, kondisi ini menjadikan Lembaga Zakat Selangor PZS-Majelis Agama Islam Selangor MAIS lebih profesional dan efisien dalam pengurusannya. 29 Tujuan privatisasi Lembaga Zakat Selangor adalah: a. Memajukan dan mengembangkan kecakapan pengurusan zakat di Negeri Selangor. b. Melaksanakan urusan pentadbiran, pengumpulan dan pendistribusian zakat. c. Memperoleh kecakapan yang tinggi dengan biaya yang rendah. d. Membentuk personal baru bagi institusi zakat yang lebih progresif dan proaktif. e. Menjadi contoh kepada pengurusan institusi zakat lainnya. f. Mendapatkan keyakinan masyarakat dan kegemilangan institusi zakat. 30 2. Struktur Organisasi LZS-MAIS Dalam melaksanakan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada Lembaga Zakat Selangor LZS, mereka telah membentuk satu sistem yang 28 Akademi Aidi, Ibid.,h.97. 29 Majalah Asnaf Selangor: Lembaga Zakat Selangor, Edisi 2 2009, h. 6. 30 Majalah Asnaf Selangor: Lembaga Zakat Selangor, Edisi 2 2009, h. 97. kukuh bagi menjamin prestasi pengurusan LZS. Dengan itu, pengurusan LZS di bawah wewenang Lembaga Pemegang Amanah LPA yang dilantik oleh MAIS. Lembaga Pemegang Amanah ini adalah gabungan ahli agama, akademis, intelektual dan propesional. 31 Ahli Lembaga Pemegang Amanah 2009 seperti berikut: PENGERUSI : Y.A.M Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail TIMBALAN PENGERUSI : Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa AHLI-AHLI : Y.A.D Engku Setia Lela bestari Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Al-Haj Raja Tun Uda Al-Haj : Y.B Dato’ Dr. Haji Hassan bin Haji Mohamed Ali : S.S Dato’ Haji Mohammed Kushrin bin Haji Munawi : S.S Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid : Y.Bhg Prof. Madya Dr. Hailani bin Muji Tahir : Y.Bhg Datuk Siti Maslamah binti Osman : Y.Bhs Prof. Dato’ Dr. Aziuddin bin Ahmad : Y.Bhg En. Norazharuddin bin Abu Talib 32 Setiap jabatan mempunyai ahli pejabat kuasa yang dilantik dari kalangan ahli yang profesional menurut bidang yang ditawarkan. Di sini hanya akan dijelaskan 31 Survei Penulis Tahun 2011. 32 Laporan Pengurusan Lembaga Zakat Selangor 2009, h.3. tentang jabatan kuasa operasi pengumpulan dan jabatan kuasa operasi pendistribusian karena dua jabatan ini yang menjadi pokok pembahasan dalam penulisan ini. 33 Untuk mengukuhkan pengurusan LZS, LPA telah membentuk enam pejabat kuasa dengan bidang tugas yang diatur dan setiap pejabat kuasa itu diketuai oleh seorang ahli LPA. Ahli jabatan kuasa ini adalah ahli LPA sendiri dan dari golongan orang yang ahli dalam berbagai bidang. Enam pejabat kuasa tersebut adalah: a. Pejabatkuasa Operasi Pengumpulan Zakat. b. Pejabatkuasa Operasi Pendistribusian Zakat. c. Pejabatkuasa Operasi Pencalonan dan Imbuhan modal. d. Pejabatkuasa Audit. e. Pejabatkuasa Kewangan keuangan. f. Pejabatkuasa Tender. 3. Jenis-jenis Bantuan Zakat LZS-MAIS Tidak dinafikan, dalam penentuan asnaf adalah perkara yang sukar dikarenakan keadaan sekeliling yang mempengaruhi berbeda antara tempat. Bahkan, untuk mendapatkan asnaf itu sendiri yang selayaknya menjadi satu masalah yang jelas. Kekurangan maklumat mengenai soal hidup asnaf terutama 33 Laporan Pengurusan Lembaga Zakat Selangor 2009, h. 18. fakir dan miskin harus diatasi. Peranan masyarakat setempat terutamanya adalah penting untuk memastikan siapa saja yang berhak memperoleh zakat. 34 Lembaga Zakat Selangor telah menyusun beberapa jenis bantuan yang dikategorikan mengikut golongan asnaf yang layak menerima seperti yang tertulis dalam surah at-Taubah ayat 60. Pihak pengurus berusaha untuk membantu asnaf dengan cara memberikan bantuan langsung kepada asnaf dan semua bantuan yang disalurkan adalah mencukupi dengan jumlah pengumpulan zakat. Jenis-jenis bantuan yang telah dibagi oleh LZS-MAIS mengikut golongan asnaf adalah seperti berikut: a. Asnaf Fakir: Bantuan Hari Raya, Pembinaan Rumah Berkelompok, Pengurusan Jenazah Fakir, Membaiki Rumah, Bantuan Darurat, Bantuan Makanan Perbulan, Bantuan Pembayaran Yuran Persekolahan, Pengurusan Rumah Orang Tua jompo, Bantuan Perubatan, Pembinaan Rumah Individu, Bantuan Biaya Rumah, Bantuan Keuangan Perbulan, Proyek Asnaf, KursusLatihan, Bantuan Pendidikan. b. Asnaf Miskin: Bantuan kepada asnaf miskin adalah sama seperti asnaf fakir melainkan ditambah dengan Aset Miskin, Pengurusan Bengkel Jahitan, Uang Saku Anak Yatim Miskin, Bantuan Modal Perikanan, Pertanian, Perniagaan dan Peternakan, Dana Amanah Miskin, dan Beasiswa Pendidikan. 34 Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir, Zakat Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan Kuala Lumpur: UKM, 2006, h. 147. c. Asnaf Muallaf: Bantuan kepada asnaf muallaf asasnya sama seperti bantuan asnaf fakir dan miskin, melainkan ditambah dengan Percetakan dan Penerbitan, Sumbangan BadanPersatuan Muallaf, Bantuan Pengurusan Unit Dakwah, Bantuan Perkawinan, Dana Petugas Unit Dakwah, Dana Kuliah Agama, Dana Dosen Kuliah Agama dan Beasiswa Muallaf. d. Asnaf ‘Amil: ‘Amil Zakat Fitrah, ‘Amil Zakat Padi dan Pengurusan Institusi ‘Amil. e. Asnaf Fisabilillah: Bantuan PersatuanBadan Islam, Program ForumKuliah Agama, Bantuan Darurat, PembinaanPembaikkan Institusi Agama, Bantuan Kebutuhan Sekolah, Bantuan Umum Pelajar, Dermasiswa Pelajar Agama dan lainnya yang terkait dengan kebutuhan pendidikan agama. f. Asnaf Gharim: Hutang Karena Kebutuhan Hidup, Hutang Rawat, Pengurusan Jenazah Tanpa adanya ahli Waris dan Hutang Perubatan. g. Asnaf Ibnisabil: Bantuan Musafir, Bantuan Pelajar Luar Negara dan Bantuan Tiket PulangPergi. h. Asnaf Riqab: Bantuan Pemulihan Akidah dan Bantuan Pemulihan Akhlak. 35 35 Majalah Asnaf Selangor: Lembaga Zakat Selangor, Edisi 2 tahun 2009, h. 20. 56 BAB IV PENGELOLAAN ZAKAT OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR Pengelolaan zakat di Negeri Selangor telah melalui beberapa tahapan-tahapan. Awal pengelolaannya ada dibawah tanggung jawab Majlis Agama Islam Selangor berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Kini pengurusan zakat di Selangor dikelola oleh sebuah institusi khusus yang menangani zakat. Namun, Lembaga Zakat Selangor masih kekal sebagai institusi dibawah Majlis Agama Islam Selangor, walaupun hak dalam pengurusan harta zakat ada dibawah pengelolaan Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya. Kewujudan Lembaga Zakat Selangor ini merupakan implementasi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, yaitu membentuk institusi atau organisasi yang dapat membantu pembangunan Selangor. Semenjak pendirian Lembaga Zakat Selangor, pengumpulan zakat amat membanggakan. Hasil pengumpulan zakat meningkat setiap tahun, dimulai dengan hasil pengumpulan zakat sejumlah RM 7 juta pada tahun 1994, LZS berhasil meningkatkan hasil pengumpulan zakat sejumlah RM 15.8 juta pada tahun 1995. Setelah hampir 15 tahun Lembaga Zakat Selangor mengelola pengurusan zakat di Selangor, pada tahun 2009 Lembaga Zakat Selangor telah berhasil mencapai hasil pengumpulan terbanyak diantara semua negeri di Malaysia dengan jumlah RM 283.7 juta. Dalam bab ini penulis akan mengeluarkan data-data yang berkaitan dengan pendistribusian zakat di Selangor sebagai kajian penerapan Enakmen.

A. Pengertian Umum Tentang Manajemen