1 Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa

Undang-Undang Malaysia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya. 6 Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua di bawah Fasal 5, maka Dewan Negara hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

57. 1 Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa

memilih— a sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, seseorang sama ada yang menjadi ahli Dewan Rakyat atau yang layak dipilih menjadi ahli yang sedemikian; dan b dua orang Timbalan Yang di-Pertua daripada kalangan ahli Dewan Rakyat, dan Dewan Rakyat tidak boleh, tertakluk kepada Fasal 3, menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua. l A Mana-mana orang yang bukan ahli Dewan Rakyat yang dipilih sebagai Yang di-Pertua— a hendaklah, sebelum menjalankan tugas jawatannya, mengangkat dan menandatangani di hadapan Dewan Rakyat sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam; dan b hendaklah, oleh sebab dia memegang jawatannya itu, menjadi ahli Dewan Rakyat sebagai tambahan kepada ahli-ahli yang dipilih menurut Perkara 46: Dengan syarat bahawa perenggan b tidaklah mempunyai kuat kuasa bagi maksud mana-mana peruntukan yang berikut dalam Perlembagaan ini, iaitu, Perkara 43, 43 A , 43 B , 50 hingga 52, 54 dan 59; dan tiada seorang pun berhak, menurut kuasa perenggan itu, mengundi atas apa-apa perkara di hadapan Dewan Rakyat. 2 Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya 66 Perlembagaan Persekutuan yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatannya— a apabila Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum; b apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat melainkan oleh sebab pembubarannya atau, jika dia menjadi ahli semata-mata menurut kuasa perenggan b Fasal l A , apabila dia terhenti berkelayakan menjadi ahli; bb apabila telah hilang kelayakan di bawah Fasal 5; c jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian. 2 A Seseorang Timbalan Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatannya— a apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat; b jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian. 3 Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum, maka seorang daripada Timbalan Yang di-Pertua atau, jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau jika kedua- dua jawatan mereka itu kosong, seorang ahli lain sebagaimana yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Rakyat, hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua. 4 Jika ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri dipilih menjadi Yang di-Pertua, maka dia hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Undangan Negeri itu sebelum menjalankan fungsi jawatannya. 5 Seseorang yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari pemilihannya untuk memegang jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan 67 Undang-Undang Malaysia diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya: Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya. 6 Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua di bawah Fasal 5, maka Dewan Rakyat hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua

58. Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat