1 Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen

Undang-Undang Malaysia Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan

50. 1 Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen

hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis itu kerusinya hendaklah menjadi kosong. 2 Jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dipilih ke Dewan Rakyat atau jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara dipilih atau dilantik ke Dewan Negara atau jika pemilihan atau pelantikan ke mana-mana satu Majlis Parlimen adalah berlawanan dengan Perkara 49, pemilihan atau pelantikan itu adalah terbatal. 3 Dimansuhkan. 4 Seseorang tidak boleh dinamakan dengan sah untuk dipilih sebagai ahli ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau dilantik dengan sah ke Dewan Negara tanpa persetujuannya. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli 51. Seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen boleh melepaskan keahliannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan, jika dia seorang ahli Dewan Negara, kepada Yang di-Pertua Dewan Negara, atau jika dia seorang ahli Dewan Rakyat, kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ketidakhadiran ahli 52. 1 Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Majlis Parlimen itu, Majlis Parlimen itu boleh mengisytiharkan bahawa kerusinya kosong. 2 Seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran bercuti daripada menghadiri sidang Majlis Parlimen yang dia menjadi ahlinya tidaklah boleh, selama tempoh kebenaran bercuti itu, dengan apa-apa cara menyertai hal ehwal dan urusan Majlis Parlimen itu. 62 Perlembagaan Persekutuan Keputusan tentang kehilangan kelayakan 53. 1 Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli suatu Majlis Parlimen telah hilang kelayakan untuk menjadi ahli, maka Majlis itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad: Dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Majlis Parlimen menangguhkan sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh keputusannya termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu. 2 Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan di bawah perenggan e Fasal 1 Perkara 48 atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal 2 Perkara 48, maka Fasal 1 tidaklah terpakai dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Majlis Parlimen itu, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakannya berkuat kuasa mengikut Fasal 4 Perkara 48. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka

54. 1 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah