Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat

Undang-Undang Malaysia diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya: Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya. 6 Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua di bawah Fasal 5, maka Dewan Rakyat hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua

58. Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat

peruntukan bagi saraan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. Sumpah oleh ahli-ahli 59. 1 Tiap-tiap ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah sebelum mengambil kerusinya mengangkat dan menandatangani di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen itu suatu sumpah mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, tetapi seseorang ahli boleh sebelum mengangkat sumpah itu mengambil bahagian dalam pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 2 Jika seseorang ahli tidak mengambil kerusinya dalam masa enam bulan dari tarikh Majlis Parlimen itu bersidang bagi pertama kalinya selepas pemilihannya atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis Parlimen itu, maka kerusinya hendaklah menjadi kosong. 68 Perlembagaan Persekutuan Titah oleh Yang di-Pertuan Agong 60. Yang di-Pertuan Agong boleh bertitah kepada mana-mana satu Majlis Parlimen atau kedua-dua Majlis Parlimen bersesama. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara 61. 1 Sebagai tambahan kepada haknya sebagai ahli salah satu Majlis Parlimen tiap-tiap anggota Jemaah Menteri berhak mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Parlimen yang satu lagi. 2 Mana-mana satu Majlis Parlimen boleh melantik Peguam Negara atau mana-mana anggota Jemaah Menteri menjadi anggota mana-mana jawatankuasanya walaupun dia bukan ahli Majlis Parlimen itu. 3 Perkara ini tidak membenarkan mana-mana orang yang bukan ahli sesuatu Majlis Parlimen mengundi di dalam Majlis Parlimen itu atau dalam mana-mana jawatankuasanya. 4 Dalam Perkara ini “anggota Jemaah Menteri” termasuklah Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Tatacara Parlimen 62. 1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. 2 Setiap Majlis Parlimen boleh bertindak walaupun ada apa- apa kekosongan dalam keahliannya, dan kehadiran atau penyertaan mana-mana orang yang tidak berhak hadir atau turut serta tidaklah menidaksahkan mana-mana prosiding. 3 Tertakluk kepada Fasal 4 dan kepada Perkara 891 dan 1593 dan kepada seksyen 10 dan 11 Jadual Ketiga Belas, setiap Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara, membuat keputusannya mengikut majoriti biasa ahli-ahli yang mengundi; dan orang yang mempengerusikan itu, melainkan jika dia menjadi ahli Majlis Parlimen itu semata-mata menurut kuasa perenggan b Fasal 1 A Perkara 57, hendaklah membuang undinya apabila perlu bagi mengelakkan undi sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-apa hal lain. 69 Undang-Undang Malaysia 4 Pada mengawal selia tatacaranya, setiap Majlis Parlimen boleh memperuntukkan bahawa tiada apa-apa keputusan yang berkenaan dengan prosidingnya boleh dibuat kecuali mengikut majoriti yang ditentukan atau mengikut bilangan undi yang ditentukan. 5 Ahli-ahli yang tidak hadir di dalam sesuatu Majlis Parlimen tidaklah dibenarkan mengundi. Keistimewaan Parlimen 63. 1 Kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah. 2 Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya. 3 Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa mana-mana satu Majlis Parlimen. 4 Fasal 2 tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15] sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 Kuasa-Kuasa Perlu Darurat 1970 [P.U. A 282170]. 5 Walau apa pun Fasal 4, tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan berperlembagaan Raja sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan. 70 Perlembagaan Persekutuan Saraan ahli 64. Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan ahli-ahli setiap Majlis Parlimen. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat 65. 1 Maka hendaklah ada seorang Setiausaha Dewan Negara dan seorang Setiausaha Dewan Rakyat. 2 Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am itu. 3 Orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Fasal ini hendaklah, melainkan jika mana-mana orang itu belum mencapai umur lima puluh lima tahun dan sudah memilih untuk menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, terus memegang jawatan masing-masing atas terma-terma dan syarat- syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa sedemikian dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan, dan dalam hal ini representasi yang disebut dalam Perkara 1253 hendaklah representasi yang dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Negara atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 4 Dimansuhkan. 5 Dimansuhkan. Bab 5—Tatacara perundangan Penjalanan kuasa perundangan 66. 1 Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen atau, dalam hal yang disebut dalam 71 Undang-Undang Malaysia Perkara 68, oleh Dewan Rakyat dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perkara ini, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. 2 Tertakluk kepada Perkara 67, sesuatu Rang Undang- Undang boleh bermula di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen. 3 Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68. 4 Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu. 4 A Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal 4, Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya. 4 B Dimansuhkan. 5 Sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang- undang apabila diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 4 A , tetapi tiada undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa Parlimen untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang- undang atau untuk membuat undang-undang yang berkuat kuasa ke belakang. 6 Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini atau dalam Perkara 68 boleh menidaksahkan mana-mana undang-undang yang mengesahkan aku janji yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan 72 Perlembagaan Persekutuan yang bermaksud bahawa Rang Undang-Undang yang dimaksudkan oleh aku janji itu tidak akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya kecuali mengikut aku janji itu. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb. 67. 1 Sesuatu Rang Undang-Undang atau pindaan yang membuat peruntukan sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bagi— a mengenakan atau menaikkan apa-apa cukai atau menghapuskan, menurunkan atau meremitkan apa-apa cukai yang ada; b peminjaman wang, atau pemberian apa-apa jaminan, oleh Persekutuan, atau pemindaan undang-undang yang berhubungan dengan obligasi kewangan Persekutuan; c penjagaan Kumpulan Wang Disatukan, pemertanggungan apa-apa wang pada Kumpulan Wang Disatukan atau penghapusan atau pengubahan mana-mana pemertanggungan itu; d pembayaran wang ke dalam Kumpulan Wang Disatukan atau pembayaran, pengeluaran atau pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa wang yang tidak dipertanggungkan padanya, atau apa-apa pertambahan amaun yang dibayar, dikeluarkan atau diambil keluar itu; e pengkompaunan atau peremitan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada Persekutuan; f penyerahhakan cukai atau fi atau pembuatan pemberian kepada mana-mana Negeri; g penerimaan wang bagi akaun Kumpulan Wang Disatukan atau penjagaan atau pengeluaran wang itu atau pengauditan akaun Persekutuan atau sesuatu Negeri, 73 Undang-Undang Malaysia iaitu peruntukan yang berkenaan dengannya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan menandakan bahawa peruntukan itu adalah lebih daripada apa yang bersampingan sahaja dan lebih daripada apa yang tidak bersifat substansial memandangkan maksud Rang Undang- Undang atau pindaan itu tidak boleh dibawa atau dicadangkan kecuali oleh seorang Menteri, dan sesuatu Rang Undang-Undang yang membuat apa-apa peruntukan sedemikian tidak boleh dimulakan di dalam Dewan Negara. 2 Sesuatu Rang Undang-Undang atau pindaan tidaklah boleh disifatkan membuat peruntukan bagi mana-mana perkara tersebut semata-mata oleh sebab Rang Undang-Undang atau pindaan itu mengadakan peruntukan— a bagi pengenaan atau pengubahan apa-apa denda atau penalti wang lain atau bagi pembayaran atau penuntutan fi lesen atau fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan; atau b bagi pengenaan, pengubahan atau pengawalseliaan apa- apa cukai atau kadar oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau badan bagi maksud tempatan. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja

68. 1 Jika sesuatu Rang Undang-Undang wang diluluskan oleh