1 Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil,

Undang-Undang Malaysia b pengurangan mana-mana amaun yang disebut dalam perenggan d Fasal 1 Perkara 67; dan c apa-apa perkara yang bersampingan dengan perkara itu atau mana-mana perkara itu, yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai suatu Rang Undang-Undang wang. Bab 6—Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman

69. 1 Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil,

memegang dan melupuskan apa-apa jenis harta dan membuat kontrak. 2 Persekutuan boleh mengemukakan tuntutan guaman dan dihadapkan dengan tuntutan guaman. B AHAGIAN V NEGERI-NEGERI Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri 70. 1 Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain. 2 Tertakluk kepada Fasal 1, Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda. 76 Perlembagaan Persekutuan Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri 71. 1 Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana- mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu. 2 Fasal 1 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai berhubung dengan seseorang Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan sebagaimana Fasal itu terpakai bagi Raja sesuatu Negeri. 3 Jika didapati oleh Parlimen bahawa di mana-mana Negeri, mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri itu lazimnya tidak diendahkan maka, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi memastikan pematuhan peruntukan itu. 4 Jika pada bila-bila masa Perlembagaan mana-mana Negeri tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelapan, sama ada dengan atau tanpa ubah suaian yang dibenarkan di bawah Fasal 5 kemudian daripada ini disebut “peruntukan-peruntukan perlu” atau peruntukan-peruntukan yang isinya mempunyai maksud yang sama, atau mengandungi peruntukan-peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan-peruntukan perlu itu maka, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi menguatkuasakan di dalam Negeri itu peruntukan-peruntukan perlu itu atau bagi menghapuskan peruntukan-peruntukan yang tidak selaras itu. 5 Peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelapan boleh diubahsuaikan dengan menggantikan seksyen 2 atau seksyen 4 atau kedua-duanya dengan peruntukan- peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual itu sebagai gantinya— a dalam hal tiap-tiap Negeri, sehingga terbubarnya Dewan Undangan kedua yang ditubuhkan mengikut peruntukan- peruntukan itu atau peruntukan-peruntukan itu yang diubahsuaikan sedemikian; 77 Undang-Undang Malaysia b dalam hal negeri Perlis, sehingga apa-apa masa yang lebih lanjut sebagaimana yang ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri itu dan, berkenaan dengan peruntukan yang dinyatakan dalam seksyen 2 Jadual itu, sehingga masa yang belum lagi ditetapkan. 6 Sesuatu undang-undang yang dibuat bagi sesuatu Negeri menurut Perkara ini, melainkan jika terlebih dahulu dimansuhkan oleh Parlimen, hendaklah terhenti berkuat kuasa pada hari yang ditetapkan oleh Dewan Undangan baru, yang ditubuhkan di Negeri itu selepas lulusnya undang-undang itu. 7 Berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak— a Fasal 5 tidaklah terpakai; tetapi b sehingga akhir bulan Ogos 1975, atau sehingga apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang diarahkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Fasal 4 hendaklah terpakai seolah-olah sebutan mengenai ubah suaian yang dibenarkan di bawah Fasal 5 ialah sebutan mengenai ubah suaian yang dibuat oleh Perlembagaan Negeri itu sebagaimana yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia. 8 Dimansuhkan. Keistimewaan Dewan Undangan 72. 1 Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana- mana mahkamah. 2 Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana- mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya. 3 Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri. 78 Perlembagaan Persekutuan 4 Fasal 2 tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 Kuasa-Kuasa Perlu Darurat 1970. 5 Walau apa pun Fasal 4, tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu. B AHAGIAN VI PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI Bab 1—Pembahagian kuasa perundangan Takat undang-undang persekutuan dan Negeri 73. Pada menjalankan kuasa perundangan yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini— a Parlimen boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Persekutuan. b Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Negeri itu. Hal Perkara undang-undang persekutuan dan Negeri 74. 1 Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan. 2 Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang- undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, 79 Undang-Undang Malaysia Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang- undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan atau Senarai Bersama. 3 Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan oleh Perkara ini boleh dijalankan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ini mengenai mana- mana perkara tertentu. 4 Jika ungkapan am dan juga ungkapan khusus digunakan pada memperihalkan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai-Senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan maka keluasan ungkapan am itu tidak boleh dikira sebagai dihadkan oleh ungkapan khusus itu. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri

75. Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan