1 Jika sesuatu Rang Undang-Undang wang diluluskan oleh

Undang-Undang Malaysia iaitu peruntukan yang berkenaan dengannya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan menandakan bahawa peruntukan itu adalah lebih daripada apa yang bersampingan sahaja dan lebih daripada apa yang tidak bersifat substansial memandangkan maksud Rang Undang- Undang atau pindaan itu tidak boleh dibawa atau dicadangkan kecuali oleh seorang Menteri, dan sesuatu Rang Undang-Undang yang membuat apa-apa peruntukan sedemikian tidak boleh dimulakan di dalam Dewan Negara. 2 Sesuatu Rang Undang-Undang atau pindaan tidaklah boleh disifatkan membuat peruntukan bagi mana-mana perkara tersebut semata-mata oleh sebab Rang Undang-Undang atau pindaan itu mengadakan peruntukan— a bagi pengenaan atau pengubahan apa-apa denda atau penalti wang lain atau bagi pembayaran atau penuntutan fi lesen atau fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan; atau b bagi pengenaan, pengubahan atau pengawalseliaan apa- apa cukai atau kadar oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau badan bagi maksud tempatan. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja

68. 1 Jika sesuatu Rang Undang-Undang wang diluluskan oleh

Dewan Rakyat dan, setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir penggal itu, Rang Undang-Undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara tanpa pindaan dalam tempoh sebulan, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya melainkan jika diarahkan selainnya oleh Dewan Rakyat. 2 Jika— a sesuatu Rang Undang-Undang yang bukan suatu Rang Undang-Undang wang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang- kurangnya sebulan sebelum akhir penggal itu, Rang Undang-Undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara atau diluluskan oleh Dewan Negara dengan pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat; dan 74 Perlembagaan Persekutuan b dalam penggal yang berikutnya sama ada di dalam Parlimen yang sama atau tidak tetapi tidak lebih awal daripada setahun selepas Rang Undang-Undang itu mula-mula diluluskan oleh Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang yang sama, tanpa apa-apa perubahan lain selain yang disebut dalam Fasal 3, diluluskan sekali lagi oleh Dewan Rakyat dan dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir penggal itu dan tidak diluluskan oleh Dewan Negara atau diluluskan oleh Dewan Negara dengan pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Dewan Rakyat, dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya dengan apa-apa pindaan, jika ada, sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua Majlis Parlimen. 3 Perubahan yang disebut dalam Fasal 2 ialah perubahan yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai perlu oleh sebab masa yang telah luput semenjak Rang Undang-Undang itu diluluskan dalam penggal yang terdahulu atau untuk menggambarkan pindaan yang dibuat dalam penggal itu oleh Dewan Negara. 4 Apabila sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara ini, Rang Undang-Undang itu hendaklah mengandungi suatu perakuan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa peruntukan Perkara ini telah dipatuhi, dan perakuan itu adalah muktamad bagi segala maksud dan tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah. 5 Perkara ini tidaklah terpakai bagi apa-apa Rang Undang- Undang untuk membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan ini, selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal 3 Perkara 159. 6 Dalam Perkara ini “Rang Undang-Undang wang” ertinya suatu Rang Undang-Undang, yang pada pendapat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengandungi hanya peruntukan yang memperkatakan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut sahaja, iaitu: a perkara yang disebut dalam Fasal 1 Perkara 67 atau pengawalseliaan apa-apa cukai; 75 Undang-Undang Malaysia b pengurangan mana-mana amaun yang disebut dalam perenggan d Fasal 1 Perkara 67; dan c apa-apa perkara yang bersampingan dengan perkara itu atau mana-mana perkara itu, yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai suatu Rang Undang-Undang wang. Bab 6—Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman

69. 1 Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil,