1 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Perlembagaan Persekutuan Keputusan tentang kehilangan kelayakan 53. 1 Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli suatu Majlis Parlimen telah hilang kelayakan untuk menjadi ahli, maka Majlis itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad: Dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Majlis Parlimen menangguhkan sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh keputusannya termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu. 2 Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan di bawah perenggan e Fasal 1 Perkara 48 atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal 2 Perkara 48, maka Fasal 1 tidaklah terpakai dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Majlis Parlimen itu, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakannya berkuat kuasa mengikut Fasal 4 Perkara 48. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka

54. 1 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Fasal 3, apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya: Dengan syarat bahawa kegagalan membuat apa-apa pelantikan sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal ini tidaklah menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di luar tempoh itu: Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar mengikut Fasal 3 Perkara 55, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberitahu 63 Undang-Undang Malaysia Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Rakyat terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima. 2 Dimansuhkan. 3 Jika sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara adalah berhubungan dengan suatu kekosongan yang hendaklah diisi oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh sesuatu Negeri mengikut Jadual Ketujuh, maka peruntukan Fasal 1 tidaklah terpakai bagi mengisi kekosongan itu. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen 55. 1 Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya. 2 Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen. 3 Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar. 4 Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu. 5 Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen. 6 Dimansuhkan. 7 Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal 4 atau Fasal 4 A Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen. 64 Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara 56. 1 Dewan Negara hendaklah dari semasa ke semasa memilih seorang daripada ahlinya untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara dan seorang untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, dan tidak boleh, tertakluk kepada Fasal 3, menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua. 2 Seseorang ahli yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua terhenti memegang jawatannya apabila habis tempoh yang baginya dia dipilih atau dilantik menjadi ahli atau apabila selainnya dia terhenti menjadi ahli Dewan Negara, atau apabila telah hilang kelayakan di bawah Fasal 5, dan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa. 3 Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana persidangan, Timbalan Yang di-Pertua atau, jika Timbalan Yang di-Pertua juga tidak hadir atau jika jawatannya juga kosong, seorang ahli lain yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Negara, hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua. 4 Jika ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri dipilih menjadi Yang di-Pertua, maka dia hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Undangan Negeri itu sebelum menjalankan fungsi jawatannya. 5 Seseorang ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari pemilihannya untuk memegang jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya: Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak 65 Undang-Undang Malaysia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya. 6 Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua di bawah Fasal 5, maka Dewan Negara hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

57. 1 Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa