Dimansuhkan. Dimansuhkan. Dimansuhkan. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan wilayahnya dan mengenai masing-masing pegawai, pihak berkuasa atau badan yang bersamaan; dan Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengisytiharkan pegawai, pihak berkuasa atau badan yang manakah yang hendak dikira bagi maksud Fasal ini sebagai persamaan dengan mana-mana pegawai, pihak berkuasa atau badan yang disebut dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada. 4 Dimansuhkan. 5 Apa-apa perintah yang dibuat di bawah Fasal 4 boleh dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara yang dimaksudkan oleh perintah itu. 6 Mana-mana mahkamah atau tribunal yang memakai peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada yang belum diubahsuaikan pada atau selepas Hari Merdeka di bawah Perkara ini atau selainnya boleh memakainya dengan apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan dengan peruntukan Perlembagaan ini. 7 Dalam Perkara ini “ubah suaian” termasuklah pindaan, penyesuaian dan pemansuhan.

163. Dimansuhkan.

164. Dimansuhkan.

165. Dimansuhkan.

Pewarisan harta 166. 1 Dimansuhkan. 2 Dimansuhkan. 3 Mana-mana tanah yang terletak pada hak Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Baginda Ratu atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud yang mengikut peruntukan Perlembagaan ini menjadi maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang 184 Undang-Undang Malaysia berkenaan, oleh pihak berkuasa awam yang tersebut, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud persekutuan, dan— a tidaklah boleh dilupuskan atau digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan tanpa persetujuan Kerajaaan Persekutuan; dan b tidaklah boleh digunakan bagi maksud persektuan yang berlainan daripada maksud yang baginya tanah itu telah digunakan sebaik sebelum Hari Merdeka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri itu. 4 Dimansuhkan. 5 Dimansuhkan. 6 Dimansuhkan. 7 Dimansuhkan. 8 Mana-mana harta yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, kena rad kepada Baginda Ratu berkenaan dengan Kerajaan Melaka atau Kerajaan Pulau Pinang hendaklah pada Hari Merdeka kena rad kepada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana- mana yang berkenaan. Hak, liabiliti dan obligasi 167. 1 Dimansuhkan. 2 Dimansuhkan. 3 Dimansuhkan. 4 Dimansuhkan. 5 Dimansuhkan. 6 Peguam Negara hendaklah, atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan dalam apa-apa prodising undang- undang selain prosiding antara Persekutuan dengan sesuatu Negeri, memperakui sama ada apa-apa hak, liabiliti atau obligasi adalah menurut kuasa Perkara ini suatu hak, laibiliti atau obligasi Persekutuan atau sesuatu hak, liabiliti atau obligasi sesuatu Negeri yang dinamakan dalam perakuan itu, dan mana-mana perakuan sedemikian hendaklah bagi maksud prosiding itu menjadi 185 Perlembagaan Persekutuan muktamad dan mengikat semua mahkamah, tetapi tidaklah berkuat kuasa untuk menjejaskan hak dan obligasi Persekutuan dan mana-mana Negeri antara sesama mereka sendiri. 7 Persekutuan hendaklah membuat pembayaran tahunan yang sama sebagaimana yang kena dibuat sebelum Hari Merdeka di bawah Perkara II Triti yang dibuat pada enam hari bulan Mei tahun seribu lapan ratus enam puluh sembilan antara Baginda Ratu pada satu pihak dengan Raja Siam pada pihak yang satu lagi berkenaan dengan Negeri Kedah.

168. Dimansuhkan.