Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud 1 Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Undang-Undang Malaysia b berkenaan dengan perkara 95 A , jika Parlimen memperuntukkan sedemikian dengan persetujuan Dewan Undangan, tetapi bagi setiap wakil Negeri Sabah atau Sarawak yang menjadi berhak, menurut kuasa Fasal ini, untuk mengundi atas soal di hadapan Majlis Tanah Negara atau Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, maka seorang wakil hendaklah ditambahkan kepada bilangan maksimum wakil Kerajaan Persekutuan dalam Majlis itu. B AHAGIAN VII PERUNTUKAN KEWANGAN Bab 1—Am Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang- undang

96. Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud

Persekutuan kecuali melalui atau di bawah kuasa undang-undang persekutuan. Kumpulan Wang Disatukan 97. 1 Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 2 Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri, tertakluk kepada Fasal 3 dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu. 3 Jika mengikut undang-undang Negeri atau, berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, mengikut undang-undang persekutuan apa-apa Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya diperdapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar ke dalam suatu kumpulan wang yang berasingan dan tidaklah boleh dibayar daripadanya kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan. 104 Perlembagaan Persekutuan 4 Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Kumpulan Wang Disatukan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

98. 1 Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Disatukan sebagai tambahan kepada apa-apa pemberian, saraan atau wang lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-mana Perkara lain atau undang-undang persekutuan— a segala pencen, pampasan kerana kehilangan jawatan dan ganjaran yang Persekutuan bertanggungan membayarnya; b segala caj hutang yang Persekutuan bertanggungan membayarnya; dan c apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award terhadap Persekutuan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal. 2 Apabila membayar apa-apa pemberian kepada sesuatu Negeri mengikut peruntukan Bahagian ini, Persekutuan boleh memotong amaun apa-apa caj hutang yang kena dibayar oleh Negeri itu kepada Persekutuan dan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu. 3 Bagi maksud Perkara ini caj hutang termasuklah bunga, caj kumpulan wang penjelas hutang, pembayaran balik atau pelunasan hutang, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan dan pembayaran bunga atas hutang dan penebusan hutang yang diwujudkan dengan jalan sedemikian. Penyata kewangan tahunan 99. 1 Yang di-Pertuan Agong hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi Persekutuan untuk tahun itu, dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh Parlimen berkenaan dengan 105 Undang-Undang Malaysia mana-mana tahun, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun ini. Dengan syarat bahawa bolehlah ada penyata yang berasingan bagi terimaan yang dianggarkan dan perbelanjaan yang dianggarkan, dan dalam hal sedemikian tidaklah perlu penyata terimaan itu dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun yang dimaksudkan oleh penyata itu. 2 Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan— a jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan; dan b tertakluk kepada Fasal 3, jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan bagi maksud lain yang dicadangkan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan. 3 Jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan b Fasal 2 tidak termasuk— a jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh Persekutuan bagi maksud tertentu dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh Akta yang membenarkan pinjaman itu diperdapatkan; b jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga atas wang yang diterima oleh Persekutuan yang tertakluk kepada suatu amanah dan yang hendaklah digunakan mengikut terma amanah itu; c jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang oleh Persekutuan yang telah diterima atau diuntukkan bagi maksud apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh atau mengikut undang-undang persekutuan. 4 Penyata tersebut hendaklah juga menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, aset dan liabiliti Persekutuan pada akhir tahun kewangan yang baru genap, cara aset itu dilaburkan atau dipegang, dan maksud am yang berkenaan dengannya liabiliti itu masih belum selesai. 106 Perlembagaan Persekutuan Rang Undang-Undang Perbekalan 100. Perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan tetapi tidak dipertanggungkan padanya, selain perbelanjaan yang hendaklah dibayar dengan jumlah wang yang disebut dalam Fasal 3 Perkara 99, hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang yang perlu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membayar perbelanjaan itu dan penguntukan jumlah wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalamnya. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih 101. Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati— a bahawa amaun yang diuntukkan melalui Akta Perbekalan bagi apa-apa maksud tidak mencukupi, atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun diuntukkan melalui Akta Perbekalan; atau b bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diuntukkan jika ada bagi maksud itu melalui Akta Perbekalan, maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan maksud apa-apa perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang Perbekalan. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak dinyatakan

102. Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana