Dimansuhkan. Dimansuhkan. 1 Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-

Perlembagaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati— a bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu; b bahawa dia berkelakuan baik; dan c bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu. 3 Tempoh kemastautinan di Persekutuan atau bahagiannya yang berkaitan yang dikehendaki bagi pemberian suatu perakuan naturalisasi ialah tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan bagi perakuan itu, dan tempoh itu termasuklah tempoh dua belas bulan sebaik sebelum tarikh itu. 4 Bagi maksud Fasal 1 dan 2, kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan; dan bagi maksud Fasal 2, kemastautinan di Singapura sebelum Hari Malaysia atau dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan kemastautinan di Singapura selepas Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan. 5 Seseorang yang diberi perakuan naturalisasi menjadi warganegara melalui penaturalisasian mulai dari tarikh perakuan itu diberikan. 6 Dimansuhkan. 7 Dimansuhkan. 8 Dimansuhkan. 9 Tiada perakuan naturalisasi boleh diberikan kepada mana- mana orang sehinggalah dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. 19 A . Dimansuhkan.

20. Dimansuhkan.

33 Undang-Undang Malaysia

21. Dimansuhkan.

Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah 22. Jika mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam Persekutuan selepas Hari Malaysia menurut Perkara 2, maka Parlimen boleh melalui undang-undang menentukan siapakah orang yang akan menjadi warganegara oleh sebab hubungan mereka dengan wilayah itu dan tarikh atau tarikh-tarikh mereka itu akan menjadi warganegara. Bab 2—Penamatan Kewarganegaraan Pelepasan kewarganegaraan 23. 1 Mana-mana warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan yang sempurna akal yang juga ialah seorang warganegara negara lain atau yang hampir menjadi seorang warganegara negara lain boleh melepaskan kewarganegaraannya bagi Persekutuan melalui akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan hendaklah sesudah itu terhenti menjadi warganegara. 2 Akuan yang dibuat di bawah Perkara ini dalam masa apa- apa peperangan yang dalamnya Persekutuan terlibat tidaklah boleh didaftarkan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan. 3 Perkara ini terpakai bagi seseorang perempuan yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah berkahwin sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.

24. 1 Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-

mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain selain perkahwinan maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu. 2 Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana- mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan 34 Perlembagaan Persekutuan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu. 3 Dimansuhkan. 3 A Tanpa menjejaskan keluasan Fasal 2, penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal 2, seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud Fasal ini— a memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui; atau b menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan, hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu. 4 Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal 1 Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana- mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 A atau 17 atau melalui penaturalisasian 25. 1 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 A atau 17 10 Oktober 1963–lihat L.N. 2681963. 35 Undang-Undang Malaysia atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati— a bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan; b bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu; atau c bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau yang senilai dengannya dalam mata wang negara itu, dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian. 1 A Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana- mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan itu, dalam apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar atau akuan setia dikehendaki berkenaan dengan jawatan, perjawatan atau pekerjaan itu: Dengan syarat bahawa seseorang tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal ini oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum permulaan bulan Oktober 1962, berhubung dengan suatu negara asing, dan sebelum permulaan bulan Januari 1977, berhubung dengan suatu 36 Perlembagaan Persekutuan negara Komanwel, walaupun pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara. 2 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu— a tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan juga b tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya: Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977. 3 Dimansuhkan. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian

26. 1 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan