1 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan

Perlembagaan Persekutuan negara Komanwel, walaupun pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara. 2 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu— a tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan juga b tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya: Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977. 3 Dimansuhkan. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian

26. 1 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan

kewarganegaraan mana-mana warganegara yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa pendaftaran atau perakuan naturalisasi itu— a telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian apa-apa fakta material; atau b telah dibuat atau diberikan dengan silap. 2 Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal 1 Perkara 15 jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan telah dibubarkan, melainkan 37 Undang-Undang Malaysia disebabkan oleh kematian, dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan itu. 3 Dimansuhkan. 4 Dimansuhkan. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya 26 A . Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal 1 Perkara 24 atau perenggan a Fasal 1 Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau anak suami orang itu. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan 26 B . 1 Pelepasan atau pelucutan kewarganegaraan tidaklah melepaskan seseorang daripada liabiliti berkenaan dengan apa- apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum dia terhenti menjadi warganegara. 2 Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, 26 atau 26 A melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah bagi kebaikan awam untuk dia terus menjadi warganegara; dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, perenggan b Fasal 1 Perkara 26, atau Perkara 26 A jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara. Tatacara bagi pelucutan 27. 1 Sebelum membuat sesuatu perintah di bawah Perkara 24, 25 atau 26, Kerajaan Persekutuan hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada orang yang terhadapnya perintah itu dicadangkan hendak dibuat memberitahu orang itu tentang alasan perintah itu dicadangkan hendak dibuat dan tentang haknya untuk merujukkan kes itu kepada suatu jawatankuasa siasatan di bawah Perkara ini. 38 Perlembagaan Persekutuan 2 Jika mana-mana orang yang kepadanya notis itu diberikan memohon supaya kes itu dirujukkan seperti yang disebut terdahulu, maka Kerajaan Persekutuan hendaklah, dan dalam apa- apa kes lain Kerajaan Persekutuan boleh, merujukkan kes itu kepada suatu jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada seorang pengerusi iaitu seorang yang mempunyai pengalaman kehakiman dan dua orang anggota lain yang dilantik oleh Kerajaan itu bagi maksud itu. 3 Dalam hal mana-mana rujukan sedemikian, jawatankuasa itu hendaklah mengadakan suatu siasatan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan mengemukakan laporannya kepada Kerajaan itu; dan Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil kira laporan itu dalam memutuskan sama ada hendak membuat perintah itu atau tidak. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang

28. 1 Bagi maksud peruntukan yang terdahulu dalam Bab