Polisi Amerika Syarikat Untuk “Menjaga” Tindakan China

2.4 Polisi Amerika Syarikat Untuk “Menjaga” Tindakan China

Terdapat beberapa tindakan yang dilaksanakan oleh Presiden Amerika Syarikat untuk menjaga China yang agak “liar” sebelum terbentuknya struktur tripolar. Setiap Presiden Amerika Syarikat agak berbeza dalam mengawal China samaada

50 Luthi, Lorenz M.2008. The Sino-Soviet Split: Cold War in the Communist World. New Jersey: Princeton University Press.

51 Xiansheng Zhang. 2010. A Realist Interpretation of U.S Relation with China in 1996. Thesis Degree Master of Art. Orlando: Department of Political Science University of Central Florida.

tidak peduli, lemah lembut atau kekerasaan untuk memastikan kepentingan Amerika Syarikat tidak terjejas dan memastikan penyebaran komunis dapat dielakkan. Presiden Amerika Syarikat telah mengeluarkan beberapa polisi serta tindakan yang boleh mengawal China. Sebelum terbentuk struktur tripolar di Asia Pasifik, China yang bersahabat dengan Soviet Union telah mewujudkan ketidakseimbangan kuasa. Kuasa komunis menjadi lebih kuat berbanding kuasa kapitalis. Sebelum pembentukan struktur tripolar, terdapat beberapa Presiden Amerika Syarikat yang berhadapan dengan China di rantau Asia Pasifik.

2.4.1 Harry Truman 1945-1953

Harry Truman menjadi Presiden Amerika Syarikat selepas Franklin D.Rooselvet dan telah mengebom Nagasaki dan Hiroshima menyebabkan Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia 1945. Keadaan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah kuasa yang dominan di Asia Pasifik, namun ia hanya bersifat sementara sahaja. Kebangkitan Soviet Union dengan pembangunan nuklear telah mencabar

kedudukan Amerika Syarikat di Asia Pasifik. 52

Pembangunan nuklear dan perbezaan ideologi telah mencetuskan Perang Dingin diantara Soviet Union dengan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat yang berada di blok kapitalis manakala Soviet Union blok komunis. Keadaan mula bertambah rumit dengan penglibatan China dan persahabatannya dengan Soviet

Union telah mengerunkan Amerika Syarikat. 53 Truman yang telah melaksanakan beberapa polisi dasar luar kerana keengganan Soviet Union untuk berbaik atau

mencapai kata sepakat. Polisi “Contaiment” atau pembendungan kepada pengaruh komunis yang semakin diterima masyarakat Eropah. Kebanyakan pemimpin Amerika Syarikat mempercayai kekayaan domestik dan keamanan dunia dapat dicapai dengan perdagangan antarabangsa diantara negara serta negara yang

52 Murphey, Rhoads. (6 th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition.

53 Harry Truman‟s Foreign Policy and its Affairs on the Spread of Communist. http://www.truman.policy7892.html . Akses 27 Februari 2013.

berdemokrasi. Keadaan ini dapat mengelakkan krisis ekonomi dalam negara serta persaingan antarabangsa yang telah menyebabkan Perang Dunia II meletus. Truman berjaya mendapat kepercayaan Kongress dan telah menubuhkan pangkalan ketenteraan dari Azores di Atlantik sehingga ke Okinawa di Jepun yang terletak dalam kawasan Lautan Pasifik. Truman juga cuba mengawal sumber uranium yang boleh menghasilkan bom atom supaya tidak terjatuh ke tangan musuh. Program kerajaan yang paling drastik yang dilaksanakan oleh Truman ialah penubuhan FBI yang mempunyai perkerja hampir dua hingga lima juta perkerja

termasuklah yang menjadi “espionage” atau agen rahsia. 54 Walaupun Washington menyokong Chiang Kiak Shek tetapi kerajaan Chiang tidak dapat dipertahankan

kerana banyak penyelewangan. Keadaan ini menyebabkan Truman tidak ingin terlibat dalam Perang Saudara di China, namun dibantah oleh wakil “China Lobby” yang melihat komunis akan menguasai China. Tetapi tidak mendapat respon daripada Truman, malahan bantuan yang diminta Ho Chi Minh untuk menentang koloni Perancis di Vietnam tidak diendahkan oleh Truman, tetapi menghulurkan bantuan kepada Perancis. Keadaan ini berlaku kerana, Amerika Syarikat tidak mahu Perancis meminta bantuan daripada Soviet Union dan Amerika Syarikat sedaya upaya mewujudkan pembendungan komunis di Itali dan Perancis, manakala di Korea dan Filipina telah diwujudkan regim anti komunis yang ditanggung oleh

Amerika Syarikat. 55

Namun, Truman tetap gagal melaksanakan polisinya apabila Soviet Union berjaya menghasilkan bom atom pada tahun 1950 dan kehilangan China telah menyebabkan kekuasaan Amerika Syarikat berada dalam zon bahaya. Truman sedar kesilapan yang telah dibuat oleh Amerika Syarikat, tidak membantu Chiang

Kiak Shek dalam Perang Saudara China yang berlaku pada 1949. 56 Itulah kesilapan yang paling besar yang dilakukan Amerika Syarikat dan telah menyebabkan China

54 Carroll, N. Peter. 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group.

55 Hogan, Richard J. 1998. A Cross of Iron: Harry S Truman and The Origins of the National Security State 1945-1954. Princeton: Princeton Publisher.

56 Yan Xuetong. 2010. The Instability of China-USA Relations. The Chinese Journal of International Politics. 3:hal 263-292.

menjadi negara komunis yang kedua terbesar selepas Soviet Union. Sekiranya, Amerika Syarikat membantu Chiang Kiak Shek sudah tentu China tidak bersahabat dengan Soviet Union dan akan memberikan ancaman yang sangat besar terhadap kekuasaan Amerika Syarikat. China yang telah melihat tindakan Amerika Syarikat yang menghasilkan hidrogen bom, Amerika Syarikat mungkin akan menyerangnya. Jadi daripada bersendirian, baik menjalankan hubungan dengan Soviet Union yang merupakan musuh ketat Amerika Syarikat di Asia Pasifik. China menandatangani persetujuan pakatan bersama dengan Soviet Union serta memberikan pengkitrafan diplomatik kepada Vietnam yang memberontak dibawah pimpinan Ho Chi Minh. Pemecatan MacArthur daripada menjadi Jeneral Amerika Syarikat dalam Perang Korea telah menyebabkan Truman kehilangan jawatan Presiden Amerika Syarikat dan digantikan oleh Eishower pada tahun 1953.

2.4.2 Dwight D.Eisenhower 1953-1961

Eisnhower cuba menamatkan perang Korea dengan mengadakan “peace talks” dengan China selepas kematian Stalin. Pada Jun 1953, China, Soviet Union dan Amerika Syarikat bersetuju untuk membiarkan Korea dibahagikan kepada sempadan asal iaitu garis lengkung 38 darjah utara. Eishower menggunakan ancaman bom atom sebagai senjata untuk mengawal China apabila China bertindak menyerang Taiwan pada tahun 1955. Ancaman ini telah menyebabkan, China berundur dari kawasan Taiwan.

Namun, Eisenhower menghadapi maslah dengan CIA yang lebih suka gunakan kaedah berperang daripada melakukan diplomasi dengan negara yang memberikan ancaman kepada kuasa Amerika Syarikat terutamanya China. Allen Dulles selalu membuat kenyataan yang menyebabkan negara lain bertindak seperti kenyataan sebelum Perang Korea. Beliau telah menyatakan Korea Selatan tidak berada dalam pertahanan Amerika Syarikat menyebabkan Korea Utara melancarkan perang keatas Korea Selatan pada tahun 1950. Eisnhower terpaksa “menipu” kerajaan China dan juga rakyat Amerika Syarikat bahawa Amerika Syarikat tidak Namun, Eisenhower menghadapi maslah dengan CIA yang lebih suka gunakan kaedah berperang daripada melakukan diplomasi dengan negara yang memberikan ancaman kepada kuasa Amerika Syarikat terutamanya China. Allen Dulles selalu membuat kenyataan yang menyebabkan negara lain bertindak seperti kenyataan sebelum Perang Korea. Beliau telah menyatakan Korea Selatan tidak berada dalam pertahanan Amerika Syarikat menyebabkan Korea Utara melancarkan perang keatas Korea Selatan pada tahun 1950. Eisnhower terpaksa “menipu” kerajaan China dan juga rakyat Amerika Syarikat bahawa Amerika Syarikat tidak

Vietnam akan menyebabkan teori domino berlaku di Asia yang akan memberikan kesan kepada ekonomi serta keselamatan ketenteraan di Japan dan Filipina. 58

Namun, Eisenhower terpaksa mendapatkan persetujuan daripada Kongres untuk terlibat dalam peperangan di Asia Pasifik. Eisenhower cuba mendapatkan perhatian Kongres dengan menggunakan teori domino,

You have row dominos set up. You knock over the first one and what will happen to the last one is certainly that will go over very quickly.

Walaupun telah mendapat persetujuan Kongres, Eisnhower tidak mahu terlibat dengan Perang Vietnam tetapi tidak mahu menerima kemenangan diperolehi oleh komunis Vietnam. Perancis akhirnya bersetuju Vietnam dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Laos, Kemboja dan Vietnam serta sempadan sementara 17th selari. Washington enggan menandatangani Geneva Accord 1954 yang menjanjikan pilihanraya kepada Vietnam tetapi Amerika Syarikat berhasrat untuk melancarkan perang rahsia terhadap Vietnam. Vietnam Selatan telah diberikan $1 bilion dibawah pemerintahan Dinh Diem untuk mewujudkan bantuan bersifat anti

komunis. 59

Eisenhower dan Khurshchev telah bersaing dengan menghantar satelit ke angkasa. Namun, kedua pemimpin ini cuba menjalankan pakatan keamanan terhadap bom atom dan pembangunan nuklear. Perjumpaan di Paris pada tahun 1960 menjadikan kedua-dua negara berbaik. Namun, ia tidak bertahan untuk tempoh yang lama apabila Soviet Union telah menembak kapal perisik Amerika

57 Carroll, N. Peter. 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group. Hal

580-584.

58 The Eisenhower Doctrine 1957 .http://www.state.gov.82548.html. Akses 12 Januari 2013

59 Qiang Zhai. 2000. Crisis and Confrontation: Chinese American Relations during The Eisenhower. Journal of America- East Relation. 9 (3/4). Hal. 221-249.

Syarikat. Eisenhower menyatakan tiada kapal perisik seperti itu tetapi Soviet Union telah menahan Gary Powers yang menunjukkan bukti bahawa Amerika Syarikat cuba mendapatkan maklumat rahsia Soviet Union. Keadaan ini telah menyebabkan Khrushchev enggan berbaik dengan Washington serta Eisenhower kehilangan

jawatannya apabila kalah dengan Kennedy. 60

2.4.3 J.F Kennedy 1961-1963

Hubungan China dan Amerika Syarikat yang tidak pernah baik daripada Presiden Truman dan Eisenhower. Kenndy juga menghadapi masalah yang sama iaitu ketegangan hubungan Amerika Syarikat dengan China dan Soviet Union. Kennedy menyatakan;

Pay any price,bear any burden, meet any hardship, support any friend,oppose any foe to assure the survival and success of liberty.

Kenyataan ni menjadikan Amerika Syarikat akan memastikan penyekatan terhadap komunis akan sentiasa dilaksanakan. Pelbagai dana dan bantuan dihulurkan kepada negara yang baru merdeka supaya kemiskinan tidak terlampau tinggi yang akan menyebabkan komunis mengambil alih di kawasan tersebut. Komitmen Amerika Syarikat terhadap isu komunis di Vietnam masih diteruskan. Bantuan kepada Vietnam masih dihulurkan oleh China. Pada ketika ini ketegangan berlaku diantara Soviet Union dan China, namun tidak berapa disedari oleh Kennedy. Kematian Diem di Vietnam tidak mengubah polisi Amerika Syarikat, malahan kerajaan baru ditubuhkan di Saigon yang jelas menunjukkan Amerika Syarikat tidak akan

berundur daripada menentang komunis di Asia Pasifik. 61

60 Carroll, N. Peter. 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group. Hal.596-598.

61 Smith, Joseph.( 2 nd ed).1998. Historical Association Studies: The Cold War 1945-1991. Massachusetts: Blackwell Publishers.

Amerika Syarikat masih sedar bahawa kerajaan yang ditaja oleh Amerika Syarikat melakukan penyelewangan dan penindasan menyebabkan komunis mengambil alih kerana masalah dalaman tersebut. Masalah demi masalah wujud dalam menyekat pengaruh komunis, Kennedy terpaksa mempertahankan Taiwan akibat tindakan China yang sentiasa meningkatkan pertahanan di kawasan persisiran pantai yang berdekatan dengan pantai Taiwan. Hubungan China dan Soviet Union terus tegang dan Amerika Syarikat serta China dengan masalah

tersendiri. 62

Hubungan Amerika Syarikat –China telah mengalami pelbagai ketegangan akibat beberapa isu seperti Perang Korea, Krisis Taiwan serta Perang Vietnam I. Ketegangan ini menjelaskan bahawa, hubungan Amerika Syarikat dengan China tidak beberapa baik sebelum terbentuknya struktur tripolar di rantau Asia Pasifik.

62 Kissinger, Henry.1994. Diplomacy. New York: Simon Schuster.