Kematian Stalin Serta Kesannya Kepada Hubungan China Dan Soviet Union

2.3 Kematian Stalin Serta Kesannya Kepada Hubungan China Dan Soviet Union

Persahabatan di antara China dan Soviet Union boleh dikatakan mempunyai agenda masing-masing. Keadaan ini boleh dikatakan “superficial friendship” ataupun hubungan yang tidak rapat diantara China dan Soviet Union. Walaupun China dan Soviet Union mempunyai hubungan diplomatik selama tiga puluh tahun, namun hubungan ini tidak stabil. Hal ini kerana, terdapat perubahan dalam pentadbiran Soviet Union yang tidak begitu disukai oleh China dan ditambah kematian Stalin

pada Mac 1958. 42

Soviet Union menjalinkan persahabatan dengan China kerana ingin menjadikan China platform penyebaran ideologi komunis serta mengekalkan posisi Soviet Union sebagai “ibu” komunis. Manakala, China melihat persahabatannya dengan Soviet Union akan membangunkan ekonomi serta dapat berkongsi teknologi yang canggih. Namun, China mengalami kerugian besar akibat pembangunan ekonomi yang terlampau drastik serta memiliki struktur ekonomi yang berbeza dengan Soviet Union.

Pada tahun 1958, Mao Zedong cuba mengubah ekonomi China dengan menggunakan model Soviet Union untuk mewujudkan masyarakat baru di China. Segala harta persendirian dihapuskan dan semua agensi kerajaan serta swasta

dijalankan secara bersama tanpa wujud perbezaan. 43 Pembahagian kampung atau

42 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne: Longman Group.

43 Murphey, Rhoads. (6 th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition.

membuat “team” seperti team pemasaran, team penghasilan dan juga ketua untuk setiap team tersebut. Masyrakat dilibatkan dalam pembaharuan ini 100% untuk membangunkan ekonomi China. Mao Zedong juga telah mewujudkan syarikat

usahawan seperti perkilangan, birokrasi dan pejabat untuk masyarakat di bandar. 44 Mao Zedong juga telah menyatakan tahun 1958 merupakan tahun lompatan yang

besar bagi ekonomi China. 45 China akan mampu mengatasi kemampuan industri Great Britain. Mao telah berusaha membangunkan sistem pertanian tertentu untuk

menghasilkan barangan bermutu tetapi Mao telah mengabaikan sumber bahan mentah yang merupakan sumber penting bagi membangunkan China. Kesilapan Mao telah menyebabkan ekonomi China mengalami masalah yang serius. Pada tahun 1959, ekonomi China jatuh dan menyebabkan negara huru-hara akibat golongan pekerja yang tidak berpuas hati.

Golongan pekerja tidak berpuas hati kerana keghairahan Mao Zedong terhadap pembangunan yang tidak realistik serta pembahagian yang tidak berkesan. Sektor pertanian diabaikan ataupun boleh dikatakan permindahan pekerja dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian secara besar-besaran. Keadaan ini telah menyebabkan, kekurangan makanan dan kebuluran melanda di seluruh kawasan China. Lebih 30 juta rakyat China mati akibat kekurangan makanan dan nutrisi. Perubahan ekonomi yang ingin dilaksanakan Mao telah menyebabkan masalah kebuluran yang paling teruk dalam sejarah dunia telah

berlaku. 46 Polisi radikal Mao telah memberi impak kepada rakyatnya sendiri dan model ekonomi Soviet Union tidak sesuai dengan ekonomi China.

Manakala Soviet Union melihat China harus dijadikan sekutunya untuk mendapatkan sokongan negara lain seperti mana yang berlaku kepada Amerika

44 Jiaming Zhu. 1991. A Chinese Exploration of Sino- Soviet Relations since the Death of Stalin 1953-

1989. Thesis Degree of Doctor. London: Faculty of Social Science, University Glasgow.

45 Murphey, Rhoads. (6 th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition.

46 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne: Longman Group.

Syarikat. Soviet Union dan Amerika Syarikat dapat menguasai politik dunia kerana mendapat sokongan daripada negara-negara lain. 47 Soviet Union mula kehilangan

taring apabila Amerika Syarikat memiliki ramai pengikut blok kapitalis, hal ini telah menyebabkan Soviet Union terpaksa mencari jalan supaya pengikutnya seri dengan pengikut Amerika Syarikat. Jadi dengan penyertaan China dalam blok komunis akan menjadikan blok komunis lagi hebat daripada blok kapitalis.

Kemasukan China dalam blok komunis menjadikan kekuatan Soviet Union dua kali ganda besar berbanding Amerika Syarikat. 48 Persahabatan Mao Zedong

dan Stalin dieratkan dengan kerjasama dan pelan tertentu yang memberikan kebaikan kepada China. Namun, selepas kematian Stalin pada tahun 1954, hubungan China dan Soviet Union mengalami keretakan. Satu muka baru telah dibuka yang menjadikan hubungan China dan Soviet Union retak akibat Nikita Khrushchev yang menjadi pemimpin Soviet Union selepas kematian Stalin. Nikita Khrushchev telah mengkritik tindakan Mao Zedong dan menghalang garisan pantai China dalam laporan luar negara yang menyebabkan Mao Zedong tidak menyukai Krushchev. Malahan, perubahan yang dilaksanakan oleh Krushchev dalam ideologi

komunis tidak disukai oleh Mao Zedong. 49

Parti Komunis Soviet Union mengalami perubahan selepas kematian Stalin dari sosialis kepada kapitalis dan Mao Zedong tidak menyetujui tindakan Krushchev kerana komunis berasal daripada Marxist-Lenin. Krushchev juga mengkrtik tindakan Mao Zedong dan Stalin yang agak terlampau komunis yang telah menggangu pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, Soviet Union pada ketika itu boleh dikatakan cuba menwujudkan polisi yang aman terhadap Amerika Syarikat dan Mao Zedong tidak mengerti tindakan Krushchev yang berlainan pada tahun 1957. Polisi keharmonian diantara Amerika Syarikat dan Soviet Union tidak disukai oleh Mao

47 Ross, S.Robert.1995. East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E. Sharpe, Inc.

48 Ross, S. Robert.1995. East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E. Sharpe, Inc.

49 Palmer, R.R. et al. 2002. A History of the Modern World Since 1815. New York: Mc Graw Hill.

Zedong. Krushchev telah mengkritik Mao Zedong dalam Kongres Parti Komunis Soviet Union. Mao Zedong meragui tindakan China menyokong Soviet Union apabila Krushchev telah bersetuju untuk berunding dengan Presiden Dwight Eisenhower mengenai senjata nuklear pada tahun 1958. Sebelum rundingan itu berlaku, China telah meminta Soviet Union membantunya untuk menubuhkan senjata nuklear tetapi akibat rundingan tersebut China tidak akan memiliki senjata nuklear tersebut.

Beberapa tindakan Krushchev telah menyebabkan China terpinggir dan Krushchev telah menghina Stalin serta pembangunan yang dilaksanakan oleh Mao Zedong. Perbalahan ini telah memberikan keuntungan kepada Amerika Syarikat. Apabila China terlalu jauh hubungannya dengan Soviet Union, Amerika Syarikat

dapat menyekat penyebaran komunis ke Asia. 50 Keadaan ini menjelaskan hubungan Amerika Syarikat dengan China sebelum terbentuknya struktur tripolar tidak begitu

baik. Krisis demi krisis berlaku dan setiap tindakan Amerika Syarikat terhadap Korea Selatan, Taiwan dan Jepun jelas menunjukkan dasar yang dilaksanakan terhadap China. Krushchev juga tidak menyokong tindakan China ketika serangan China terhadap Taiwan malahan Krushchev hanya menghantar wakil iaitu Andrei Gromyko untuk menghentikan tindakan China. Namun, setiap tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat menjadikan China menjadi rapat tetapi setelah kematian Stalin,

Amerika Syarikat dapat menjauhkan China daripada Soviet Union. 51