Hubungan Amerika Syarikat –China Selepas 1972

4.2 Hubungan Amerika Syarikat –China Selepas 1972

China telah bersendirian buat seketika waktu sehinggalah lawatan Nixon pada tahun 1972. Lawatan ini adalah untuk pulihkan hubungan China dan Amerika Syarikat yang sudah lama tegang sejak Presiden Truman sehinggalah Presiden Kennedy. 126 Hubungan Amerika Syarikat dengan China selepas 1972 mula menjadi

baik dengan adanya hubungan perdagangan dan isu Taiwan tidak beberapa menjadi isu hangat. Hubungan baru ini telah menjadikan Amerika Syarikat mula berkawan dengan China tetapi hubungan China dengan Soviet Union tetap bergolak akibat beberapa tindakan Soviet Union itu sendiri. Amerika Syarikat dapat melihat China yang bersendirian dapat digunakan untuk menentang Soviet Union yang dahulunya sahabat ideologi yang sama.

Rajah 4.2: Selepas Tahun 1972, Hubungan China Dan Amerika Syarikat Menjadi Baik 127

China

Soviet Union Amerika Syarikat

126 American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.

Triangular diplomacy U.S, USSR, and China. http://www.ushistroy.org/us/56g.asp. Akses 27 Mei 2013

4.2.1 Faktor Individu

Nixon sebagai Presiden Amerika Syarikat mencuba pendekatan yang agak berbeza berbanding pemimpin Amerika Syarikat yang terdahulu. Dasar pembendungan ditukarkan kepada normalisasikan hubungan China dengan Amerika Syarikat dan mel aksanakan deten‟te dengan Soviet Union. Nixon cuba mendapatkan perhatian China dengan cuba memberikan pengiktirafan dan China mungkin akan membantu Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam II. 128

Nixon tidak mahu China membuat perkara yang sama dalam Perang Korea sekiranya Amerika Syarikat terus berperang dengan Vietnam. Lawatan ini telah menjadikan, hubungan baru diantara Beijing dan Washington dapat dilaksanakan dengan menjalankan aktiviti perdagangan serta penukaran teknologi. Nixon memiliki sifat ingin “kejutkan dunia” dengan tindakannya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang agak berbeza dengan

bekas pemimpin yang lain. 129

Mao Zedong seorang pemimpin yang bukan senang memberikan “signal” namun sebelum lawatan Nixon, Kissinger telah membuka sedikit kebaikan yang akan diperolehi sekiranya China menerima baik Amerika Syarikat sebagai sahabat di rantau Asia Pasifik. 130 Beijing menerima lawatan Nixon disebabkan beberapa

perkara. Pertama, pangkalan baru tentera udara Soviet Union di sempadan Mongalia sangat mengancam kedudukan China dan ditambah dengan krisis perbezaan fahaman komunis dengan Soviet Union. Mao merasakan China tidak boleh bersendirian dan harus mencari rakan untuk berkerjasama supaya boleh elakkan serangan Soviet Union.

China mendapat manfaat dengan menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat iaitu pengiktirafan sebagai sebuah kerajaan sah bagi China dan pertahanan Amerika Syarikat terhadap Taiwan mungkin akan dikurangkan. Mao

128 Dunbabin, J.P. 1994. The Cold War: The Great Powers and Their Allies. London: Longman.

129 Nixon Characters .http://www.webl.infotrac-college.com. Akses 12 Februari 2013.

130 Carroll, N. Peter. 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group.

Zedong memiliki seorang penasihat dan juga Perdana Menteri China Zhou Enlai yang melihat sekiranya China berbaik dengan Amerika Syarikat, perdagangan China akan meningkat. Kedua-dua pemimpin ini cuba mendapatkan keserasian supaya mendapat manfaat dalam menjalinkan hubungan dua hala ini. Ancaman Soviet Union menjadikan China memilih untuk menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat dapat berkawan dengan dua negara komunis untuk mengurangkan sokongan mereka dalam Perang Vietnam II. Namun, Amerika Syarikat kalah dalam Perang Vietnam II dan komunis menang di Vietnam. Nixon telah digantikan oleh Jimmy Carter kerana isu Watergate serta penarikan pertahanan Amerika Syarikat daripada Taiwan. Walaupun komunis menang di Vietnam, namun Vietnam mendapat sokongan sepenuhnya daripada Soviet Union dan China telah mengurangkan sokongannya kepada Vietnam.

Perubahan pemimpin juga telah mengubah hala tuju hubungan negara China dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1979, Deng Xiao Peng melawat Amerika Syarikat kerana Deng Xiao Peng lebih kepada pembangunan ekonomi selepas kematian Mao Zedong pada tahun 1976. Deng Xiao Peng lebih ingin bangunkan ekonomi China berbanding terlibat dalam isu yang hanya menjejaskan pembangunan China. Namun, Deng Xiao Peng sedar untuk bangunkan ekonomi China memerlukan Amerika Syarikat serta tindakan Soviet Union yang menyerang Afhganistan akan menyebabkan Amerika Syarikat tidak lagi memerlukan China

dalam menyelesaikan isu tersebut. 131 Namun, selepas kejatuhan Soviet Union dibawah pimpinan Gobarchev, hubungan tiga negara mula pulih malahan China dan

Russia mula menerima syarikat-syarikat Amerika Syarikat seperti Coca-Cola, Heinz, dan KFC. Deng Xiao Peng lebih mengutamakan ekonominya berbanding terlibat dengan isu di luar China. Isu Taiwan juga telah menjadikan Deng Xiao Peng mahukan generasi yang baru menyelesaikan isu tersebut. Bagi Deng Xiao Peng, pembangunan ekonomi hanya membolehkan China membangun sebagai salah satu negara kuasa ekonomi dan menjana ketenteraannya hanya untuk China pada masa hadapan.

131 China Relations .http://www.chaos.umd.edu/history/prc. Akses 13 Januari 2013.

4.2.2 Faktor Domestik

Kissinger merupakan penasihat Nixon yang boleh dikatakan terbaik malahan hebat dalam menjalankan diplomasi. Kissinger telah menncadangkan “triangular diplomacy” yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai titik seimbang dalam hubungan tersebut. Kissinger melihat;

To have the two Communist powers competing for good relations with us could only benefit the cause of peace; it was the essence of triangular strategy. 132

Nixon berjaya meneutralkan hubungan Amerika Syarikat dengan China, namun kehilangan jawatan Presiden Amerika Syarikat yang ke-37. Nixon meletak jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat selepas isu Watergate serta beberapa isu yang lain. Penarikan Seven Fleet daripada pertahanan Taiwan telah mendapat reaksi yang agak negatif daripada kalangan diplomat dan juga jeneral tentera.

Taiwan merupakan salah satu kubu pertahanan daripada komunis dan Amerika Syarikat sudah lama “menjaganya”. Malahan respon negatif yang diberikan oleh pelobi-pelobi China kerana Taiwan merupakan salah satu sumber ekonomi yang sedang membangun dan Taiwan mungkin menjadi komunis

sekiranya Amerika Syarikat menarik pertahanannya. 133 Jadi untuk memulihkan keadaan, Jimmy Carter telah menandatangani Taiwan Act Relation 1979 kerana

telah menarik pengiktirafan diplomat tetapi pertahanan Taiwan masih merupakan satu tanggungjawab Amerika Syarikat. Namun, Jimmy Carter tetap memberikan pengiktirafan diplomatik sepenuhnya kepada China pada tahun yang sama untuk memastikan hubungan Washington – Beijing tidak terjejas dengan perjanjian pertahanan Taiwan- Amerika Syarikat.

Schlesinger, Arthur M. Jr. 1983. The Dynamics of World Power: A Documentary History of United States Foreign Policy 1945-1973. New York: Chelsea House.

133 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II New York: Houghton Mifflin Company.

Manakala bagi China, hubungan Amerika Syarikat dan China harus dilaksanakan kerana China ingin bangunkan ekonominya dan menjadi negara kuat ekonominya serta teknologinya tanpa bergantung kepada mana-mana negara lagi. Cita-cita China hanya akan tercapai sekiranya China membuat hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Deng melihat;

In 1975, I once said, China was fifty years behind Japan in sciene. At the time, I had wanted to pay more attention to scientific study.......If we do not take the newest scientific achievements as our starting points, I am afaird there is no

hope for China. 134

Rancangan Deng adalah menjadikan China sebuah negara yang memiliki kekuatan ketenteraan dalam tempoh 20 tahun. Pada tahun 1980, China mendapat akses teknologi senjata Amerika Syarikat dan ini membolehkan China mempertahankan diri daripada serangan Soviet Union. Akses ini diperolehi kerana Reagen mendapat kerjasama China untuk menyebarkan anti-komunis ataupun lebih kepada anti- Soviet di Afghanistan, Angola dan Kemboja. China telah berkerjasama dengan CIA dan beberapa agensi Amerika Syarikat untuk memastikan Amerika Syarikat menang dalam Perang Dingin.

Teknologi yang diperolehi oleh China daripada Amerika Syarikat akan menjadikan China dapat menghasilkan senjatanya sendiri dan membolehkan China memiliki struktur ketententeraan sendiri. Walaupun isu Taiwan belum dapat diselesaikan namun hubungan ini dapat melemahkan Soviet Union. Faktor domestik dapat dilihat bahawa, Taiwan masih menjadi kepentingan kebanyakan pemimpin Amerika Syarikat namun keagresifan China dapat dikurangkan kerana kedua-dua negara ini masih bergantung antara satu sama lain dalam menjayakan sesuatu perkara. Amerika Syarikat cuba menguatkan hubungan Washington- Beijing dengan dengan mengurangkan penjualan senjata kepada Taiwan.

134 Lie Jie. 2005. China‟s Domestic Politics and the Normalization of Sino –US Relations 1969-1979 in Normalization of U.S- China Relations: An International History(ed) William C.Kirby, Robert

Ross and LI Gong. Cambridge: Harvard University Asia Center.

Namun, hubungan ini mulai goyah akibat kejadian Tianeman Square apabila pelajar yang membuat demonstrasi telah dikerjakan oleh Deng Xiao Peng menyebabkan sekatan telah dikenakan oleh China. Keadaan ini telah menjejaskan imej China dalam pandangan komuniti antarabangsa.

Hampir semua kerajaan dunia telah meletakkan sekatan terhadap China termasuklah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Amerika Syarikat telah menghentikan penjualan teknologi senjata dan sehinggalah Bush Senior memberikan respon. China masih lagi memiliki kepentingan sehinggalah Presiden Bush Senior menghantar penasihat beliau iaitu Brent Scowcroft ke China secara rahsia untuk memberikan respon kepada kejadian yang berlaku di Tiananmen Square. Scowcroft telah menyatakan;

Presiden Bush recognizes the value of the PRC-US relationship to the vital interest of both countries...... How the Goverment PRC decides to deal with those of its citizens involved in recent events in China is, of course, an internal affairs. How US Goverment and the America people view that activity is, equally, an internal affairs. Both will be governed by the traditiond, culture and value peculiar to

each. 135

Bush Senior bertindak sedemikian untuk mengugurkan sekatan yang dikenakan oleh European Union dan Amerika Syarikat akibat tindakan Deng Xiao Peng kepada pelajar yang membuat demonstrasi. Keadaan ini menjelaskan, Amerika Syarikat masih ingin menjaga hubungannya dengan China. Keadaan ini menyedarkan Deng Xiao Peng bahawa kejatuhan Soviet Union pada tahun 1990 kerana imperialis mula merebak ke China secara “peaceful evolution” dengan meletakkan generasi baru yang akan mengubah struktur China pada masa hadapan. 136

135 State Deparment document 29 June 1989, copy held at the National Security Archive, Washington .www.NSerchArch.com.my . Akses 13 April 2013.

Westad, Odd Arne. 2012 . Restless Empire China and the World since 1750. London: The Bodley Head.

4.2.3 Sistemik

Amerika Syarikat melihat hubungan dengan China mampu untuk mengugat kekuatan komunis Soviet Union. Kerjasama ini menjadikan China dan negara Dunia Ketiga yang anti -Soviet seperti Selatan Afrika, Asia Barat dan Latin Amerika membantu CIA Amerika Syarikat untuk membantu menjatuhkan Soviet union. Malahan, Beijing turut membantu Washington keluar daripada Perang Vietnam II. Penasihat Carter iaitu Zbigniew Brzezinski menyatakan;

We were convinced that genuinely cooperative relationship between Washington and Beijing would greatly enchance the stability of the Far East and that, more generally, it would be be to U.S. advantage in the global competition with the Soviet Union. 137

Keadaan ini menjadikan Amerika Syarikat tidak lagi terlibat dalam “ triangular diplomacy” lagi tetapi berada di pihak China untuk memperolehi kelebihan untuk mengatasi Soviet Union. Hubungan diplomatik secara rasmi diantara China dan Amerika Syarikat dilaksanakan pada Januari 1979 yang menyebabkan diplomat Soviet Union terkejut dengan hubungan tersebut. Respon Soviet Union adalah menyerang Afghanistan pada Disember 1979 dan telah memberikan impak kepada Carter;

This action of the Soviets...has made a more dramatic change in my opinion of what the Soviet‟s ultimate goals are than anything they‟ve done in the previous time I‟ve been in the office. 138

D e‟tente diantara dua kuasa utama menemui kegagalan dalam situasi negara Dunia Ketiga yang tidak stabil menyebabkan “Second Cold War” tercetus diantara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Namun, Soviet Union dan negara sekutunya mengalami masalah ekonomi namun Deng Xiao Peng dapat membangunkan ekonominya dengan lebih cepat.

137 Brzezinski, Zbigniew. 1983. Power And Principle: Memoirs Of The National Security Adviser, 1977- 1981.New York: Farrar, Straus, Giroux.

Garthoff, Raymond.L.1994. Detente and Confrontation: American-Soviet Relations from Nixon to Reagen. Washington DC: Brookings Institution.

Keadaan ini menjadikan ekonomi Soviet Union jatuh merundum dan ekonomi China berjaya mengatasi masalah tersebut. Soviet Union telah menarik kembali tenteranya daripada Afhganistan pada 1989 dan mula lemah. Kejatuhan Soviet Union telah mengejutkan negara Eropah manakal Bush Senior menghulurkan tangan untuk menjadi sahabat dan pertemuan itu dilaksanakan di Malta. Gobarchev menyatakan;

The Soviet Union will never, under any circumstances, start

a war with the United States and, what is more, is not prepared to regard it as an enemy. 139

Bush Senior menandatangani perjanjian START I untuk mengurangkan bilangan senjata nuklear dan Gobarchev bersetuju dalam melaksanakan dasar baru sehinggalah hujung tahun 1990. Pada tahun 1991, secara rasminya Perang Dingin tamat dengan keluarnya tentera Vietnam daripada Kemboja dan Russia sedang

membangunkan ekonominya yang runtuh akibat Perang Dingin. 140 Dengan tamatnya Perang Dingin, tahun 1990 menjadi penunjuk arah kepada hubungan

Amerika Syarikat- China dalam dunia baru. Kedua-dua negara memiliki generasi baru dalam pentadbirannya, Jia Zemin pemimpin China yang berkaliber dan Bill Clinton Presiden Amerika Syarikat ke- 42 telah membangunkan negara masing- masing dengan pembangunan ekonomi yang memberangsangkan.

Soviet Union telah hilang kuasa dan keadaan ini telah menyebabkan rantau Asia Pasifik mengalami perubahan kuasa. China dan Amerika Syarikat menjadi dua pola kuasa tetapi berbeza pendekatan. Amerika Syarikat dilihat sebagai kuasa dunia yang berpengaruh dengan kekuatan ketenteraanya serta pakatannya manakala China membangun dengan kekuatan ekonomi telah menjadikan rantau Asia Pasifik

memiliki dua kuasa yang masih mempengaruhi struktur antarabangsa. 141

139 Gobarchev, Mikhail. 1996. Memoirs. London:Doubleday.

140 Halle, Louis J. 1967. The Cold War as History. London:Chatto and Windus.

Westad, Odd Arne. 2012. Restless Empire China and the World since 1750. London: The Bodley Head.

Hubungan Amerika Syarikat- China mula mengalami ketegangan sehinggalah China sentiasa mendapat reaksi buruk daripada Amerika Syarikat untuk tempoh yang lama. Namun, ia mula berubah apabila kedua-dua negara sedar kerjasama akan mencapai kepentingan mereka masing-masing.