Polisi Amerika Syarikat

3.2 Polisi Amerika Syarikat

Perang Dingin tamat dengan kejatuhan Soviet Union akibat kelemahan ekonominya. 96 Manakala, hubungan Amerika Syarikat dengan China mengalami

prosesnya dari baik-tegang-baik. Setiap Presiden Amerika Syarikat sedaya upaya mewujudkan hubungan baik antara dua negara di rantau Asia Pasifik iaitu Soviet Union dan China. Vietnam dan Taiwan menjadi isu penting dalam polisi Amerika Syarikat dan mengendalikan dua negara ini. Dua negara ini banyak memberikan Amerika Syarikat “headache” dalam melaksanakan polisinya.

3.2.1 Richard Nixon 1969-1974

Nixon memiliki penasihat yang begitu berkaliber iaitu Henry Kissinger yang begitu mantap dalam melaksanakan perundingan dan diplomasi. Kedua-dua telah menjalankan tugas dengan pen uh “special” dan telah membuat negara tertanya- tanya sikap Amerika Syarikat dalam mengendalikan polisinya. 97 Hubungan Amerika

Syarikat dan China yang mula berbaik dan pengiktirafan diberikan kepada China telah menyebabkan Soviet Union tidak memahami polisi Amerika Syarikat ini. Hubungan Sino-Soviet yang terpisah telah memberikan banyak faedah kepada Amerika Syarikat dalam krisis Selat Taiwan serta sedikit manfaat dalam Perang Vietnam II.

Nixon sebagai wakil Demokrat cuba menguasai pentadbiran Amerika Syarikat dengan memberikan peluang diplomasi dan berbeza pendekatan dengan

96 Nixon Characters .http://www.webl.infotrac-college.com. Akses 12 Februari 2013.

97 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II New York: Houghton Mifflin Company.

Presiden Amerika Syarikat yang terdahulu. Nixon juga cuba membuktikan negara komunis boleh menjadi “lembut” 98 dan dapat berkawan dengan Amerika Syarikat.

Pengiktirafan diplomasi diberikan kepada China selepas tujuh hari, Nixon berada di Beijing. Kedua-dua negara telah berjanji tidak akan bersaing untuk merebutkan kuasa hegemoni di Asia Pasifik ataupun mendapatkan bantuan daripada negara lain untuk menwujudkan kuasa hegemoni di rantau ini.

Nixon mahukan Vietnam dan Soviet Union tidak dapat menjangkakan tindakannya sama ada Nixon mampu berkawan baik dengan musuh ataupun mencetuskan persengketaan diantara musuh. Pada tahun 1973, Nixon menghantar dana dan bantuan ekonomi ke Vietnam serta menjadikan tentera Amerika Syarikat sebagai pegawai kedutaan di Saigon. Saigon telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran untuk Vietnam Selatan manakala Vietnam Utara dengan kawasan yang ditaklukinya. Perang Vietnam II ini terus berlaku sehinggalah pada tahun 1975, Vietnam Utara menawan Vietnam Selatan dan mewujudkan satu kerajaan tunggal

di Vietnam. 99

De‟tente yang dijalankan oleh Nixon, telah memberikan Amerika Syarikat sedikit “break” untuk merisaukan pertahanan ketenterannya. Manakala, negara Eropah melihat Amerika Syarikat terlalu obses dengan Asia Timur dan komunisnya. SALT I merupakan kejayaan Nixon dalam mengawal pembangunan senjata walaupun ianya mengalami proses yang agak lambat tetapi masih mampu menghentikan pembangunan senjata di Soviet Union buat sementara waktu. Penarikan tentera daripada Vietnam merupakan satu perkara yang memalukan Amerika, tetapi Nixon berjaya menutupnya dengan diplomasinya yang membawa kebaikan kepada Amerika Syarikat. Namun, kepimpinan Nixon tidak tahan lama

98 Levine, Steven. I. 1988. China‟s Foreign Policy in the Strategic Triangle in June Dryer. New York: Paragon House.

99 American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.

apabila isu Watergate bocor dan menyebabkan beliau meletak jawatannya sebagai Presiden Amerika Syarikat dan digantikan oleh Gerald Ford. 100

3.2.2 Jimmy Carter 1977-1981

Jimmy Carter agak berbeza dengan Nixon termasuklah polisi yang dijalankan oleh beliau. Beliau melihat polisi yang dijalankan oleh Presiden Amerika Syarikat terdahulu terlalu banyak kekerasan, penggunaan ketenteraan dan kurang peka

terhadap rakyat di negara Dunia Ketiga. 101 Carter telah cuba mengurangkan perbelanjaan ketenteraan dan cuba meneruskan “de‟tente”. Beliau telah

membatalkan pembuatan senjata seperti B-1, tidak menyetujui pembukaan draf ketenteraan yang baru dan juga penarikan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan. Carter juga memberikan pengiktirafan formal kepada PRC dan mengakhiri semua perjanjian Amerika Syarikat dengan Taiwan. Kissinger telah membantu Carter untuk menandatangani SALT II dengan Soviet Union pada tahun 1979 untuk menstabilkan pembangunan senjata seperti peluru berpandu dan senjata nuklear. SALT II juga telah mewujudkan satelite sebagai pengawasan terhadap

pembangunan senjata di kedua-dua negara. 102

Namun, SALT II gagal apabila Carter gagal dalam pilihanraya dan ketenteraan telah dibuka kepada wanita dan lelaki supaya bersedia sekiranya Soviet Union membuka langkah dahulu. Soviet Union telah menyerang Afganistan pada tahun hujung 1979 dan menyebabkan Carter dilihat presiden Amerika Syarikat yang gagal mengawal tindakan Soviet Union. Akibat tindakan Soviet Union, Carter telah menyekat pemindahan teknologi ke Soviet Union dan juga memboikot sukan Olimpik di Moscow.

100 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II. New York: Houghton Mifflin Company.

101 American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.

102 Gaddis, J.L. 1992. The United States and the End of the Cold War. Oxford: Oxford University Press.

Carter terpaksa melindungi sumber minyak di “Persian Gulf” dan membuat pakatan dengan negara minyak yang lain seperti Arab Saudi kerana Soviet Union semakin menghampiri sumber minyak tersebut. Manakala, penarikan tentera dari Korea Selatan telah dibantah oleh pegawai tentera, malahan tindakan terhadap Taiwan juga telah dibantah kerana Taiwan merupakan kubu kuat untuk menghadapi China. Pegawai tentera tidak bersetuju dengan tindakan Carter yang telah mengabaikan rakan sekutu yang mungkin akan menyebabkan Korea Selatan dan Taiwan jatuh ke tangan musuh. Namun, Carter gagal mengawal keadaan dan kekecohan yang berlaku di Asia Barat telah menyebabkan Carter kalah kepada Ronald Reagen.

Ronald Reagen menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke- 40. 103

3.2.3 Ronald Reagen 1981-1989

Reagen banyak meneruskan polisi yang banyak dibatalkan oleh Carter antaranya menambah kembali perbelanjaan ketenteraan dan menjalankan pembangunan senjata secara besar-besaran menyebabkan konfrotasi Reagen dan Soviet Union berlaku. Reagen banyak menggunakan agenda “Star Wars” dengan mencipta senjata yang lebih hebat daripada negara musuh. Malahan, Reagen juga telah membina tempat peletakan senjata nuklear di negara Eropah yang menjadi ahli

NATO. 104

Doktrin Reagen diwujudkan untuk mewujudkan anti- Soviet Union di kebanyakan negara Dunia Ketiga termasuklah Asia Barat, Afhganistan dan Nicaragua. Reagen memberikan reaksi agresif terhadap pengaruh komunis tidak mengira tempat mahupun negara. Washington telah meberikan bantuan kepada negara-negara untuk menentang komunis. Terlampau banyak bantuan

103 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II New York: Houghton Mifflin Company.

104 American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.

ketenteraan diberikan seperti senjata dan juga melatih mereka menjadi tentera juga telah dilaksanakan oleh Reagen. Reagen menyatakan;

Underlies all the unrest that is going on. If th ey were‟nt engaged in this game of; dominoes, there would‟nt be any hot spots in the world.

China mula diabaikan akibat tindakan Soviet Union. Deng Xiao Peng mengambil pendekatan untuk memujuk Soviet Union namun ia memulihkan sedikit hubungan

kedua-dua negara tersebut. 105 Pembangunan ekonomi yang dilakukan oleh Deng Xiao Peng telah menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat walaupun

hubungan Amerika Syarikat dengan Soviet Union agak keruh. Reagen juga memberikan respon dengan Taiwan dan Korea Selatan. Beliau masih meneruskan hubungan baik dan perjanjian dengan kedua-dua negara tersebut. Reagen masih melihat Taiwan dan Korea Selatan merupakan aset penting Amerika Syarikat di

rantau Asia Pasifik. 106

3.2.4 George H.W. Bush 1989-1993

Tembok Berlin telah runtuh dan telah mengabungkan dua German, Berlin Timur dengan German Barat. 107 Canselor German Barat telah menyatakan kepada

Presiden George Bush Senior;

Without the United States this day would not have been possible.

Kejatuhan ekonomi Soniet Union dan kelemahan kepimpinan Gobarchev telah meredakan Perang Dingin diantara dua kuasa utama di dunia iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat. Penguasaan Soviet Union di Eropah telah runtuh tetapi Bush Senior tidak terus menekan Soviet Union seperti yang diminta oleh pegawainya.

105 Gaddis, J.L. 1992. The United States and the End of the Cold War. Oxford :Oxford University Press.

106 Carroll, N. Peter. 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group

107 Gaddis J.L. 1992. The United States and the End of the Cold War. Oxford: Oxford University Press.

Beliau telah menghantar bantuan perdagangan dengan pertukaran Soviet Union terhadap tindakan Soviet Union kepada penduduk Jews. Kedua-dua negara telah bersetuju untuk menandatangani START yang melarang pembangunan senjata kimia dan hubungan baik ini berterusan sehinggalah Gobarchev digantikan oleh

Boris dengan menandatangani START II. 108

Hubungan Amerika Syarikat dengan China menjadi keruh akibat Tiananmen Square tetapi menjadi baik walaupun isu Taiwan masih menemui jalan buntu. Hubungan ketiga- ketiga negara itu menjadi baik malahan respon daripada Russia yang bertukar selepas jatuhnya Soviet Union. Vietnam telah keluar daripada

Kemboja dan tentera Soviet Union keluar daripada Afhganistan. 109 Pendekatan yang digunakan oleh Bush Senior lebih kepada pendekatan Nixon. Beliau melihat Soviet

Union yang jatuh bakal membawa pembaharuan terutamanya struktur kuasa di Asia Pasifik. China dan Russia menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat selepas pelbagai isu tetapi isu Taiwan masih menjadi perhatian walaupun Perang Dingin sudah tamat.

Kedua-dua fasa telah menunjukan perbezaan yang ketara dalam hubungan Amerika Syarikat. Fasa pertama telah menunjukkan hubungan baik diantara China dan Amerika Syarikat telah mula berbaik dan mula kekal sehingga fasa kedua tetapi mula tegang akibat isu Taiwan dan Tiananmen Square tetapi mula pulih selepas tamatnya Perang Dingin. Respon Gobarchev telah menjadikan hubungan ketiga- tiga negara menjadi baik walaupun Soviet Union telah runtuh dan digantikan dengan Russia.

108 American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.

Ross, S. Robert. 1993. China, the United States and the Soviet Union: Tripolarity and Policy Making in the Cold War. New York: M.E. Sharpe.