Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 1972

4.1 Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 1972

Hubungan Amerika Syarikat dan China yang baru dikuasai oleh PRC telah mencetuskan ketegangan di rantau Asia Pasifik. Soviet Union telah menjadi sahabat baik untuk Mao Zedong selepas Chiang Kiak Shek melarikan diri ke Taiwan dan mewujudkan kerajaan ROC di sana. 114 Hubungan tegang diantara Amerika Syarikat

dan China telah menjadikan Soviet Union rapat dengan China. Moa Zedong berbaik dengan Stalin serta melancarkan revolusi ekonomi yang bersifat De-Stalinization dan perjanjian 30 tahun di antara dua negara tersebut. Persahabatan ini telah memberikan Amerika Syarikat “kerja lebih” untuk melawan komunis yang semakin kuat kerana China. Ketegangan hubungan Amerika Syarikat – China bertambah tegang akibat Perang Korea dan Perang Vietnam I. 115

Rajah 4.1: Sebelum 1972 ketegangan wujud dalam hubungan Amerika Syarikat dengan China. 116

China

Soviet Union Amerika Syarikat

114 Crockatt, Richard. 1995. The Fifty Years: the United States and the Soviet Union in World Politics 1941-1991. London: Routledge.

S. Mahmud Ali, 2008. U.S- China Relations in the “Asia Pacific” Century. New York: Palgrave Macmillan.

116 Cold War: Triangular

2001 Encyclopedia.Com. http://www.encyclopedia.com. Akses 27 Mei 2013.

Diplomacy

American

Decades

4.1.1 Faktor Individu

Mao Zedong telah menjadi Presiden PRC yang pertama dan memerlukan kekuatan untuk menjaga negaranya kerana PRC memerlukan pengiktirafan kerana baru menjadi kerajaan baru menggantikan ROC. Untuk mendapatkan pengiktirafan itu, Mao Zedong cuba menjalinkan hubungan dengan Soviet Union. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Mao telah memperolehi kepercayaan Stalin untuk bersama- sama berpakat dalam menjadikan idea Lenin berkembang di rantau Asia Pasifik. 117

Mao memiliki hubungan sejarah yang agak buruk dengan Barat akibat penindasan dan penjajahan yang telah dilakukan oleh Barat ketika era pemerintahan ROC. Kerajaan ROC telah menindas rakyat sendiri untuk menjaga kepentingan Barat dan telah menyebabkan kadar kemiskinan serta penggangguran meningkat. Dengan sejarah yang begitu dahsyat, Mao telah memilih untuk bersahabat dengan Soviet Union apabila Amerika Syarikat masih menjaga ROC di

Taiwan. Setiap keputusan yang diambil oleh Mao adalah untuk menjaga kerajaan PRC sekiranya diserang oleh Amerika Syarikat. Perjanjian China-Soviet Union telah

menjadikan China membangun dan sistem pertahanan mulai meningkat yang telah dibuktikan dengan serangan balas daripada China ketika Perang Korea 1950 yang berpihak kepada tentera Korea Utara. Pilihan yang dimiliki oleh Mao ketika itu ialah bersahabat baik dengan Soviet Union untuk membangunkan ekonomi dan

pertahanan China. 118

Manakala, Amerika Syarikat yang terkejut dengan reaksi China ketika Perang Korea mula memandang serius dengan kebangkitan China mungkin akan menyebabkan ia berhadapan dengan dua kuasa komunis yang besar. Dua kuasa komunis iaitu China dan Soviet Union mampu menjejaskan kepentingannya di rantau Asia Pasifik iaitu laluan utama perdagangan. Truman telah melaksanakan

Thornton, Richard. 1971. The Bear and The Dragon. New York: American Asian Educational Exchange.

Luthi, Lorenz M. 2008. The Sino-Soviet Split: Cold War in the Communist World. New Jersey; Princeton University Press.

dasar pembendungan dan wujudkan pelbagai sekatan kerana Amerika Syarikat berhadapan Soviet Union dalam Perang Dingin serta berhadapan dengan China yang sedang membangun di rantau Asia Pasifik. Polisi pembendungan diteruskan oleh Amerika Syarikat serta perjanjian pertahanan Amerika Syarikat dengan Korea Selatan, Taiwan dan Jepun terus diperbaharui untuk memastikan China tidak mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan oleh Mao.

Mao Zedong telah menyerang Taiwan dengan menembak peluru berpandu ke Selat Taiwan selepas rundingan Perang Korea dalam proses tamat. Keadaan ini menjadikan, Eisenhower yang menggantikan Truman bertindak mengugut China

untuk bertindak dengan bom atom. 119 Hal ini menjadikan, China berkeinginan untuk memiliki senjata atom ataupun nuklear yang menjadikan ia menjalankan kerjasama

penjanaan senjata nuklear dengan Soviet Union namun keinginan China itu mula “berkecai” apabila Stalin yang digantikan oleh Nikita Khurushchev mula berbaik dengan Amerika Syarikat. Eishenower teruskan dasar pembendungan terhadap

komunis dan dasar ini diteruskan oleh Kennedy. 120

Dalam tempoh 1949 sehingga 1960, Mao Zedong telah menjalankan pelbagai dasar yang agak berkiblatkan Soviet Union tetapi mula bersendirian sehinggalah lawatan Nixon pada tahun 1972. Mao menyatakan;

Since Japan‟s surrender in 1945, 23 years have passed. In another five years, 28 years will have passed. Without a war in 28 years? In reality, all kinds of wars have occured since the end of World War II. According to Lenin, capitalism is war, and capitalism cannot exist without war. There are two superpowers in the world today. They not only have conventional weapons, but have nuclear weapons. This something that is not easy to deal with. 121

119 Carroll, N. Peter . 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group.

120 The Eisenhower Doctrine 1957 .http://www.state.gov.82548.html. Akses 12 Januari 2013.

121 Conversation between Mao Zedong and E.F.Hill, 28 November 1968, “ Cold War International History Project Bulletin ” no.11:157-161.

Hal ini menyebabkan hubungan kedua-dua negara sebelum 1972 tidak begitu baik malahan hubungan China dengan Soviet Union turut terjejas kerana perubahan dalaman Soviet Union. Hal ini menjelaskan hubungan yang tidak baik Amerika Syarikat dan China mempunyai kaitan pilihan serta pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua pemimpin dalam menerajui negara.

4.1.2 Faktor Domestik

Pelobi dan aktor “non state” lain juga berperanan ataupun mempengaruhi negara sama ada China mahupun Amerika Syarikat dalam melaksanakan dasar

negaranya. 122 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dean Achseon yang merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat bahawa Taiwan dan Korea Selatan tidak

berada dalam perimeter pertahanan Amerika Syarikat telah menyebabkan tercetusnya Perang Korea dan Krisis Selat Taiwan. Namun, pelobi China dan Korea Selatan telah menyebabkan perimeter pertahanan Amerika Syarikat berubah. Kebanyakan pelobi China dan Korea Selatan telah lama berada di Amerika Syarikat dan membuat pelaburan disana. Pelobi-pelobi masih memiliki kepentingan di negara asal dan keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan Amerika Syarikat untuk mempertahankan kepentingan mereka. Selepas tamat Perang Korea 1945, Taiwan dan Korea Selatan telah menjadi negara yang akan dipertahankan oleh Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai tentera juga memainkan peranan dalam hubungan kedua- dua negara kerana pegawai-pegawai inilah akan bertempur. General Mac Arthur merupakan “Allied Power Supreme Commader” yang berperanan menjaga Jepun dan juga mengetuai tentera Korea Selatan dalam Perang Korea 1950. 123 General ini memiliki cita-cita untuk menjadi seperti Eisenhower dalam ketenteraan dengan

Westad, Odd Arne. 2012. Restless Empire China and the World since 1750. London: The Bodley Head.

123 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II New York: Houghton Mifflin Company.

menjayakan misi dalam Perang Korea. Namun, salah pengiraan telah menyebabkan, beliau telah dipecat kerana telah menyeberangi Sungai Yalu yang menjadi sempadan diantara China dan Korea Utara. Hal ini kerana, keputusan yang dibuat oleh Mac Arthur telah menyebabkan China terlibat dalam Perang Korea yang sepatutnya hanya tentera Korea Utara terlibat. Kegagalan ini telah menyebabkan, Truman sebagai Presiden Amerika Syarikat kehilangan kuasa kerana gagal dalam menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini menjelaskan, peranan yang dimainkan oleh pegawai tentera telah mewujudkan ketegangan dalam hubungan Amerika Syarikat dan China.

4.1.3 Faktor Sistemik

China muncul ketika dunia terbahagi kepada dua blok iaitu komunis dan kapitalis iaitu era Perang Dingin. Mao Zedong menerajui kerajaan PRC dengan mendapatkan bantuan Soviet Union yang merupakan musuh utama kepada Amerika Syarikat. Kedua-dua kuasa utama ini cuba menyebarkan ideologi masing-masing di negara- negara yang baru bebas daripada penjajah untuk meraih sokongan.

China menjadi komunis kerana ia mendapat sokongan daripada Soviet Union malahan idea Lenin diterima kerana kebanyakan negara yang baru merdeka mendapat masalah penyelewangan oleh kerajaan itu sendiri. ROC yang memerintah China ketika dahulu telah melakukan banyak penyelewangan dan telah menyebabkan kadar kemiskinan serta penggangguran tinggi. Malahan, kebanyakan yang menjadi penyokong komunis ialah golongan petani yang kehilangan tanah untuk bertani akibat dirampas oleh kerajaan. Keadaan ini menyebabkan China memilih untuk menjadi satu blok dengan Soviet Union malahan China rasa terancam sekiranya bersendirian dan mungkin Amerika Syarikat akan menyerang China. Soviet Union memilih China menjadi “partner” kerana ia mahu sokongan komunis yang lebi kuat dan China menjadi pilihan kerana negaranya yang besar China menjadi komunis kerana ia mendapat sokongan daripada Soviet Union malahan idea Lenin diterima kerana kebanyakan negara yang baru merdeka mendapat masalah penyelewangan oleh kerajaan itu sendiri. ROC yang memerintah China ketika dahulu telah melakukan banyak penyelewangan dan telah menyebabkan kadar kemiskinan serta penggangguran tinggi. Malahan, kebanyakan yang menjadi penyokong komunis ialah golongan petani yang kehilangan tanah untuk bertani akibat dirampas oleh kerajaan. Keadaan ini menyebabkan China memilih untuk menjadi satu blok dengan Soviet Union malahan China rasa terancam sekiranya bersendirian dan mungkin Amerika Syarikat akan menyerang China. Soviet Union memilih China menjadi “partner” kerana ia mahu sokongan komunis yang lebi kuat dan China menjadi pilihan kerana negaranya yang besar

kemenangan komunis di China telah menyebabkan berlaku perubahan dalam dasar luar Amerika Syarikat terhadap semua negara yang menyokong blok kapitalis. Amerika Syarikat melihat kemunculan China sebagai salah satu pesaing utama di rantau Asia Pasifik. Buktinya, penglibatan China dalam Perang Korea 1950-1953 telah menyebabkan Amerika Syarikat terasa tergugat dan pengaruh China akan menyebabkan Amerika Syarikat kehilangan kuasanya di rantau Asia Pasifik. Malahan selepas kematian Stalin, China tidak berubah walaupun mengetahui Soviet Union mula berubah dengan berbaik-baik dengan Amerika Syarikat ketika era Kruschev. Perubahan yang dialami oleh Soviet Union telah menjadikan Amerika Syarikat dan China yang sedang “bertelagah” bukannya Soviet Union dengan Amerika Syarikat.

Keadaan bertambah tegang selepas serangan China terhadap Selat Taiwan sehinggalah Eisenhower memberikan respon bom atom terhadap China. Perubahan inilah yang menyedarkan China bahawa setiap pakatan dengan negara lain belum tentu dapat menjamin keselamatan negaranya. Keadaan ini telah menyebabkan, China mula bersendirian dan membangunkan senjatanya secara berperingkat. Pembangunan senjata ini dilakukan kerana, China tidak menyokong mana-mana blok yang wujud dalam struktur antarabangsa dan China memerlukan sistem pertahanan yang kuat. Hal ini disebabkan, Soviet Union telah membina pangkalan tentera udara di sempadan Mongolia menyebabkan China merasakan ancaman dengan tindakan Soviet Union. Malahan, China menghulurkan bantuan kepada Vietnam Utara untuk menentang Perancis sehinggalah ia diambil alih tentera

Amerika Syarikat. 125

Westad, Odd Arne.2003 . Decisive Encounter:The Civil War, 1946-1950. Stanford: Stanford University Press.