HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SEBELUM

SEBELUM DAN SELEPAS TAHUN 1972 NUR HAJERA BINTI KATHER BACHA SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2013

PENGESAHAN HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT-CHINA SEBELUM DAN SELEPAS TAHUN

Oleh NUR HAJERA BINTI KATHER BACHA BA10110313

Latihan Ilmiah ini dikemukan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian

dalam bidang Hubungan Antarabangsa

............................. .............................. Penyelia Tarikh

............................. ............................ Ketua Program Tarikh

PROGRAM HUBUNGAN ANTARABANGSA SEKOLAH SAINS SOSIAL

HAJERA

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa Latihan Ilmiah yang bertajuk Hubungan Amerika

Syarikat- China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972 ini merupakan hasil usaha dan kerja saya sendiri melainkan petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

HAJERA

............................... ................................. Nur Hajera Binti Khater Bacha Tarikh Ba10110313

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Noor Yazid yang telah memberikan pandangan dan cadangan

dalam menyiapkan hasil penulisan ini. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Program dan

pensyarah Sekolah Sains Sosial yang pernah memberi tunjuk ajar dengan penuh sabar yang membolehkan penulis menggunakan ilmu yang diperolehi dalam menyiapkan penulisan ini.

Tidak juga dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Siti Zakiah Hussain, Fatin Khainudin, Nur Habibah dan Zanariah Li yang telah memberikan sokongan untuk menyiapkan kajian ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Encik Kather Bacha dan Puan Hasnah, ibubapa saya yang telah memberikan sokongan dari segi kewangan dan moral dalam menyiapkan penulisan ini.

Nur Hajera Binti Khater Bacha No.175, Lorong 4/3 Jalan Harmoni, Taman Harmoni, 08100 Bedong, Kedah Darul

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan hubungan diplomatik Amerika Syarikat-China sebelum dan selepas 1972. Kajian ini bertujuan untuk memahami perbezaan yang wujud dalam hubungan Amerika Syarikat-China pada masa tersebut kerana hubungan kedua-dua negara telah dipengaruhi oleh struktur pola yang wujud dalam sistem antarabangsa. Selain itu, faktor individu dan domestik juga telah mempengaruhi hubungan diplomatik kedua- dua negara tersebut. Berdasarkan data sekunder, struktur bipolar telah menyebabkan hubungan Amerika Syarikat- China tegang dalam sisitem antarabangsa. Namun, selepas tahun 1972 hubungan Amerika Syarikat-China menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan struktur pola kuasa iaitu daripada bipolar kepada tripolar.

Kata kunci: Amerika Syarikat, China, hubungan diplomatik, perbezaan, struktur pola.

ABSTRACT

This study discusses about the diplomatic relationship between United States and China before and after 1972. The objective of this study is to understand the differences in a relationship between the two countries during that time because the changes of polar structure in world system. Besides, individual and domestic factor also affect the diplomatic relations between the two states. Based on secondary data, United States and China have bad relationship due to the bipolar structure in the world system. But after 1972, the relationship between United States and China become better than before. It happens because of the greater changes of polar structure from bipolar to tripolar.

Keywords: United States, China, diplomatic relatioships, differences, the structure of power.

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

xi

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Latar Belakang Kajian

1.1 Objektif Kajian

1.2 Sorotan Literature 2-6

1.3 Pendekatan Teori/Konsep 7-10

1.4 Metodolgi Kajian

1.5 Skop Kajian

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Proposisi Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Limitasi Kajian

10.1 Pembahagian Bab

1.10.1 Bab 1- Pengenalan

1.10.2 Bab 2- Hubungan Amerika Syarikat- China Sebelum

Tahun 1972.

1.10.3 Bab 3- Hubungan Amerika Syarikat- China Selepas

Tahun 1972.

1.10.3 Bab 4- Perbezaan Yang Wujud Dalam Hubungan

17 Amerika Syarikat-China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972.

1.10.4 Bab 5- Kesimpulan

BAB 2: HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SEBELUM TAHUN 1972

2.0 China Dan Ideologi Komunis

2.1 PRC Atau ROC Bagi Amerika Syarikat 18-19

2.2 Perang Tercetus Dan Penglibatan China Di Asia Pasifik

2.2.1 Perang Korea 1950-1953 21-22

2.2.2 Krisis Selat Taiwan I 1954-1955

2.2.3 Perang Vietnam I 1946-1954 24-26

2.2.4 Krisis Selat Taiwan II 1958

2.3 Kematian Stalin Serta Kesannya Kepada Hubungan China Dan 27-30 Soviet Union

2.4 Polisi Amerika Syarikat Untuk Menjaga Tindakan China 30-31

2.4.1 Harry Truman 1945-1953 31-33

2.4.2 Dwight Eisenhower 1953-1961 33-34

2.4.3 J.F.Kenndy 1961-1963 35-36

BAB 3: HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SELEPAS TAHUN 1972

3.0 Amerika Syarikat, China, Soviet Union Dan Perang Vietnam II

3.1 Hubungan Amerika Syarikat- China 38-40

3.1.1 Fasa Pertama Hubungan Amerika Syarikat- China 1971- 40-43 1979

3.1.2 Fasa Kedua Hubungan Amerika Syarikat- China 1980- 43-46 1989

3.2 Polisi Amerika Syarikat

3.2.1 Richard Nixon 1969-1974 47-48

3.2.2 Jimmy Carter 1977-1981 49-50

3.2.3 Ronald Reagen 1981-1989 50-51

3.2.4 Goerge H.W Bush 1989-1993 51-52

BAB 4: PERBEZAAN YANG WUJUD DALAM HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SEBELUM DAN SELEPAS TAHUN 1972

4.0 “Three Level Analysis” Dalam Hubungan Amerika Syarikat- China

4.1 Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 1972

4.1.1 Faktor Individu 55-57

4.1.2 Faktor Domestik 57-58

4.1.3 Faktor Sistemik 58-59

4.2 Hubungan Amerika Syarikat- China Selepas Tahun 1972

4.2.1 Faktor Individu 61-62

4.2.2 Faktor Domestik 63-65

4.2.3 Faktor Sistemik 66-68

BAB 5: KESIMPULAN

69-74

SENARAI RAJAH

Rajah

1.3 Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 1972

10

2.3 Hubungan Amerika Syarikat- China Selepas 1972

1.4 Sebelum 1972 Ketegangan Wujud Dalam Hubungan Amerika Syarikat

57 – China

63 Namun Sebaliknya Bagi Hubungan Soviet Union- China

2.4 Selepas 1972 Hubungan Amerika Syarikat-China Menjadi Lebih Baik,

SENARAI SINGKATAN ABM ANTI-BALLISTIC MISSILE CIA CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY FBI FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION ICBM INTERCONTINENTAL BALLISTIC MISSILE KFC KENTUCKY FRIED CHICKEN NPT NON- PROLIFERATION TREATY PRC

PEOPLE‟s REPUBLIC OF CHINA ROC

REPUBLIC OF CHINA

SALT STRATEGIC ARMS LIMITATIONS TALKS SEATO

SOUTH EAST ASIA TREATY ORGANIZATION START

STRATEGIC ARMS TREATY

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar belakang Kajian

Perang Dingin merupakan satu terma yang digunakan untuk mengambarkan persaingan yang berlaku diantara Soviet Union dan Amerika Syarikat selepas

berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1945. 1 Perang Dunia Kedua berakhir dengan gugurnya bom atom buatan Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun.

Perang Dingin berlaku akibat persaingan dua blok utama yang diketuai oleh Soviet Union iaitu blok komunis manakala blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat.

Peperangan ini digelar Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada pertempuran yang “panas”, namun yang menjadikan peperangan ini unik ialah medan pertempuran ialah di Dunia Ketiga terutamanya di Asia Timur. Kebanyakan Dunia Ketiga baru sahaja mendapat inspirasi menentang penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing. Medan utama pertempuran dua blok ini berlaku di China, Korea dan Vietnam. Perang yang berlaku di Dunia Ketiga adalah disebabkan sokongan daripada dua kuasa besar utama iaitu Soviet

Union dan Amerika Syarikat. 2 Melalui Perang Dingin, hubungan Amerika Syarikat dan China dapat difahami serta pembentukan struktur tripolar menjadikan Asia

Pasifik sebagai rantau yang paling unik di dunia. Persahabatan dan permusuhan menjadikan tiga negara utama ini menjadikan rantau Asia Pasifik sentiasa bergolak dan sentiasa berlaku perubahan dalam hubungan diantara ketiga-tiga negara ini.

1 Connors, K. Michael. et al. 2004. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge Curzon

2 Wilson, John R.M. (4 th ed). 2003. Forging The American Character Volume II: Reading in United States History since 1869. New Jersey: Prentice Hall.

Keadaaan ini dapat menjelaskan perubahan yang berlaku dalam hubungan Amerika Syarikat dan China ketika Perang Dingin sehinggalah terbentuknya struktur tripolar. Struktur tripolar yang berlaku di Asia Pasifik dapat dilihat dengan memahami hubungan Amerika Syarikat dan China. Terdapat dua fasa yang akan dikaji yang dapat menerangkan hubungan Amerika Syarikat dan China iaitu fasa pertama

sebelum tahun 1972 3 yang melihat ketegangan di antara dua kuasa utama tersebut manakala fasa kedua dapat memperlihatkan wujudnya persahabatan diantara

Amerika Syarikat dan China. Fasa kedua berlaku selepas tahun 1972 yang telah memberikan impak begitu mendalam yang membawa kejatuhan Soviet Union pada

tahun 1991. 4 Tripolar yang terbentuk disebabkan kepentingan tiga kuasa utama di Asia Pasifik dan juga peranan polisi Amerika Syarikat dalam mengendalikan

hubungannya dengan China serta Soviet Union.

Hubungan Amerika Syrarikat –China dapat difahami dengan membahagikan dua tempoh iaitu sebelum tahun 1972 dan selepas tahun 1972. Sebelum tahun 1971, hubungan Amerika Syarikat –China mulai tegang akibat persahabatan Soviet Union dengan China, sokongan Amerika Syarikat kepada ROC di Taiwan serta penglibatan China dalam Perang Korea dan Perang Vietnam I. Dasar Amerika Syarikat kepada China ialah membendung pengaruh komunis China daripada merebak kepada semua negara yang berada di Asia Tenggara. Namun, selepas tahun 1972 hubungan Amerika Syarikat dengan China kelihatan baik malahan hubungan diplomatik secara formal dijalankan oleh Nixon sehinggalah Amerika Syarikat memberikan pengiktirafan diplomatik pada tahun 1979.

3 Ross, S. Robert. 1995. East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E.

Sharpe, Inc.

4 Higginson, M. S. Dobbs. 1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne: Longman Group.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu;

1. Menghuraikan hubungan Amerika Syarikat – China sebelum tahun 1972.

2. Menganalisis hubungan Amerika Syarikat – China selepas tahun 1972.

3. Mengenalpasti faktor perbezaan yang wujud dalam hubungan Amerika Syarikat- China sebelum dan selepas 1972.

1.2 Sorotan Literatur

Kajian lepas menjadi rujukan utama bagi menjelaskan lebih mendalam struktur tripolar yang terbentuk dalam hubungan Amerika Syarikat dan China ketika Perang Dingin yang menja dikan suasana „panas‟ di Asia Pasifik. Kajian lepas menjadikan hasil kajian penulis dapat menerangkan hubungan Amerika Syarikat- China sebelum dan selepas 1972 dengan lebih mendalam.

Mohd Noor Yazid telah menulis mengenai hubungan Amerika Syarikat – Chin a yang bersifat “fluctuated”, hubungan yang tidak menentu serta sukar diramalkan bukan sahaja berbeza ideologi tetapi juga bergantung kepada

perkembangan politik antarabangsa. 5 Hubungan China dan Amerika Syarikat sejak tahun 1949 pada dasarnya bersifat konflik, cuma dalam hanya beberapa hal yang

menunjukkan tanda-tanda kerjasama. Selain daripada konflik yang menjejaskan hubungan Amerika Syarikat dan China terdapat juga faktor lain juga mempengaruhi hubungan kedua negara tersebut. Kematian Stalin serta polisi dasar luar Amerika Syarikat yang boleh dikatakan juga mempengaruhi hubungan China dan Amerika Syarikat ketika itu.

5 Mohd Noor Yazid.2000. Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Perubahan pola kuasa antarabangsa daripada bipolar kepada tripolar telah berlaku di Asia Pasifik dan dapat menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hubungan Amerika Syarikat dengan China. Beliau telah menyatakan, pola kuasa di Asia Pasifik lebih bersifat tripolar kerana terdapat tiga kuasa utama iaitu Amerika

Syarikat, Soviet Union dan China. 6 Perubahan ini dikatakan akibat ketegangan hubungan China - Soviet Union yang bermula pada tahun 1960-1972 dan dalam

masa yang sama hubungan China – Amerika Syarikat juga tegang. Jadi kajian ini mengkaji hubungan yang membawa ketegangan ini telah menyebabkan Amerika Syarikat membuat hubungannya dengan China. Tindakan Amerika Syarikat yang cuba menjadikan China menjadi kawannya telah berjaya dan menyebabkan Soviet Union “menangis tidak berlagu” kerana ingin mewujudkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

Yuen Foong Khong menyatakan, tindak balas Amerika Syarikat terhadap konflik Asia Pasifik adalah berkaitan keseimbangan kuasanya dengan Soviet Union. Amerika Syarikat telah memilih untuk mempertahankan Taiwan dan kehilangan China menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa berhadapan dengannya ketika Perang Korea. Amerika Syarikat telah menghasilkan polisi dasar luar yang cuba mengelakkan China termasuk dalam orbit komunis Soviet Union, namun tidak

berjaya dengan tindak balas China dalam Perang Korea dan Vietnam I. 7 Amerika Syarikat terpaksa berdepan dengan China bukanya Soviet Union menyebabkan

hubungannya dengan China sentiasa tegang. Perang Saudara China, Perang Korea, Perang Vietnam I dan II telah menjadikan Amerika Syarikat berdepan dengan kuasa komunis kedua iaitu China. Jika dilihat tindak balas China terhadap keempat- empat perang tersebut, sokongan Soviet Union yang menjadi tunggak utama.

6 Mohd Noor Yazid.2000. Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hal. 50.

7 Yuen Foong Khong. 1996. The United States and East Asia Challenges to the Balance of Power, dalam Woods Ngaire (eds) Explaining International Relations since 1945. New York: Oxford

University Press. hal.179-196.

Amerika Syarikat kehilangan banyak peluang untuk mempengaruhi China dan peluang yang diambil ketika hubungan China –Soviet Union mengalami ketegangan merupakan cara terbaik untuk pulihkan semula hubungan Amerika Syarikat dengan China. Polisi dasar luar Amerika Syarikat yang mula mengalami perubahan ketika era Nixon telah menjadikan China sahabat kepada Amerika Syarikat.

Selain itu, Victor D.Cha juga menjelaskan bentuk pakatan bilateral Amerika Syarikat dengan negara Asia khususnya Asia Timur. Beliau telah menyatakan bentuk polisi yang digubal oleh Truman dan Eishower adalah untuk mengawal China. Amerika Syarikat memiliki hubungan yang bersifat bilateral dengan Korea Selatan, Jepun dan Taiwan termasuklah China untuk memastikan Amerika Syarikat

sentiasa berkuasa di Asia Pasifik. 8 Polisi dasar luar Amerika Syarikat amatlah penting dalam mengawal negara-negara di Asia Pasifik. Amerika Syarikat mengawal

Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dengan perjanjian yang bersifat bilateral kerana ingin menyekat komunis China serta mengawal tindak-tanduk kerajaan China yang selalu melakukan sesuatu secara tiba-tiba. Tindakan kerajaan China tidak dapat dijangkakan seperti serangan ke atas pantai Taiwan ketika Amerika Syarikat “sibuk” dengan Vietnam. Setiap polisi Amerika Syarikat wujudkan, ia akan memastikan pengerakan domino tidak berlaku di Asia. Pengerakan domino ialah penyebaran komunis dari China mungkin sehingga Filipina sekiranya membiarkan China dan Korea Utara menang dalam Perang Korea yang berlaku pada tahun 1950.

James Kurth menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat melaksanakan diplomasi yang memisahkan China dan Soviet Union serta keadaan ini telah menyebabkan Vietnam Utara hilang payung perlindungan daripada kedua-dua negara komunis. Sekiranya, Amerika Syarikat tidak bertindak begitu, kemungkinan untuk berhadapan tiga negara komunis akan menyebabkan situasi bertambah buruk. Hubungan Amerika Syarikat dengan China ketika Perang Korea yang tegang akibat tindak balas China dengan menyokong tentera Korea Utara. Keadaan ini

8 Cha, Victor D. 2009. Powerplay: Origins of the U.S Alliance System in Asia. International Security, 34 (3): hal.170-177.

menyebabkan, Amerika Syarikat terpaksa berhati-hati mengendalikan konflik Vietnam. Akhirnya, Amerika Syarikat telah memberikan pengiktirafan diplomatik kepada China pada 1972 dengan lawatan Nixon ke Beijing. Setiap keputusan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat harus mengambil kira tindakan China selepas

melihat respon China semasa Perang Korea. 9

Xia Liping yang melihat dasar luar China yang begitu mementingkan Semanjung Korea selepas Perang Korea 1950. Semanjung Korea menjadi kawasan rebutan tiga kuasa utama di rantau Asia Pasifik iaitu China, Soviet Union dan Amerika Syarikat. Semanjung Korea menjadi begitu penting kerana ia merupakan “hotspot” ketika berlakunya Perang Dingin di Asia. China terlibat dengan Perang Korea apabila General Amerika Syarikat MacArthur telah memasuki sempadan China ketika menyerang tentera Korea Utara. China telah melaksanakan polisi dasar luar dengan Korea Utara supaya Semanjung Korea tidak menjadi laluan musuh

untuk menyerang China. 10 Manakala bagi Amerika Syarikat, Semanjung Korea akan menyebabkan komunis merebak ke Asia. Keadaan ini telah menyebabkan, Korea

Selatan harus dijaga supaya keadaan sebegitu tidak akan berlaku. Soviet Union pula melihat Semanjung Korea sebagai kawasan kuat komunis selepas China. Soviet Union menghulurkan bantuan teknologi kepada Korea Utara serta menyokong tindakan China menyokong Korea Utara ketika diserang oleh tentera Amerika Syarikat. Perang Korea juga telah menjadikan hubungan Amerika Syarikat dengan China menjadi tegang dan China mula memberikan respon kepada semua tindakan Amerika Syarikat di Asia.

Odd Arne Westad telah menyatakan hubungan China dan Amerika Syarikat menjadi perhatian sejak lawatan rahsia Kissinger ke China. Mao Zedong mula memberikan perhatian kepada tawaran istimewa Amerika Syarikat iaitu mendapatkan pengiktirafan serta “payung perlindungan” daripada serangan Soviet

9 Kurth, James. 2006. The U.S Victory in Vietnam Lost and Found. The Intercollegiate Review (Fall 2006) hal. 14-21.

10 Xia Liping. 2005. The Korean Factor in China Policy Toward East Asia and The United States. American Foreign Policy Interest. 27. hal.241-258.

Union. Hubungan ini diteruskan sehinggalah kematian Mao Zedong pada 1976, yang menjadikan Deng Xiao Peng mengambil alih kuasa sepenuhnya. Deng Xiao Peng melihat hubungan China dan Amerika Syarikat akan membawa kebaikan kepada China dari segi teknologi, ekonomi dan pembangunan senjata. Deng Xiao Peng berharap dapat akses teknologi ketenteraan Amerika Syarikat dan keinginan Deng Xiao Peng tercapai apabila Amerika Syarikat meberikan respon untuk meningkatkan kekuatan teknologi China. Walaupun begitu, pada tahun 1989 peristiwa Tiananmen Square di Beijing apabila tentera membunuh pelajar yang tidak bersenjata telah menyebabkan hubungan China- Amerika Syarikat bergoyah sedikit, namun kembali pulih semula sehinggalah kejatuhan Soviet Union dan

tamatnya Perang Dingin pada 1990. 11

1.3 Pendekatan Teori/Konsep

Pembahagian kuasa dalam struktur antarabangsa merupakan konsep yang diaplikasikan oleh negara di dunia ataupun disesebuah rantau. Namun, konsep ini selalu dikaitkan dengan negara yang memiliki kemampuan yang lebih dalam struktur antarabangsa. Negara yang mampu mempengaruhi struktur negara, memiliki kekuatan ekonomi dan ketenteraan seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union terlibat dalam pembahagian kuasa ini. Neorealist yang muncul dengan melakukan pembaharuan kepada teori Realism yang melihat struktur antarabangsa juga mampu mempengaruhi negara sebagai aktor utama dalam hubungan antarabangsa. Pembahagian kuasa ini juga digelar sebagai pola kuasa antarabangsa yang memiliki beberapa jenis pola iaitu bipolar, multipolar, unipolar dan tripolar. 12

11 Westad, Odd Arne. 2012. Restless Empire China and the World since 1750. London: The Bodley Head.

12 Goldstein, Joshua S. & Pevehouse., Jon C. (7 th ed). 2006. International Relations. New York: Pearson International Edition. Hal 80-81.

Pola-pola ini wujud dalam suasana struktur antarabangsa yang tertentu sahaja namun yang paling “famous” ialah multipolar yang banyak ambil alih dalam sistem antarabangsa. Multipolar merujuk kepada banyak kuasa yang mengawal struktur antarabangsa dan mampu mewujudkan kestabilan seperti Majlis Keselamatan dalam United Nations iaitu China, Amerika Syarikat, Great Britain, Russia dan Perancis. Manakala, unipolar pula kepada satu pola kuasa antarabangsa yang wujud dalam struktur antarabangsa. Ia juga digelar kuasa “hegemoni” kerana menjadi satu kuasa tunggal yang memiliki kemampuan dari segala aspek seperti ekonomi dan ketenteraan. Namun, pola unipolar jarang bertahan lama dan ini boleh dilihat ketika Soviet Union runtuh. Amerika Syarikat menjadi kuasa unipolar, namun ia bersifat sementara sahaja dan telah diambil alih oleh multipolar. Pola kuasa antarabangsa yang bersifat bipolar yang menunjukkan dua kuasa utama sahaja yang menguasai struktur antarabangsa. Perang Dingin yang berlaku pada tahun 1945 sehingga 1990 telah menunjukkan penguasaan dua blok utama iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam struktur antarabangsa.

Struktur tripolar merupakan satu pola kuasa antarabangsa yang hanya wujud di rantau Asia Pasifik. Ia merupakan satu pola kuasa yang melibatkan tiga kuasa utama iaitu China, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Struktur tripolar boleh dilihat dua melawan satu untuk mewujudkan kerjasama bersama. Konsep yang digunakan untuk menjelaskan kajian “ Hubungan Amerika Syarikat - China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972 ” ialah perubahan dari struktur bipolar kepada tripolar.

Konsep ini dapat menjelaskan dengan lebih mendalam hubungan Amerika Syarikat dan China yang boleh dikatakan “special” di rantau Asia Pasifik. Kemunculan China selepas Perang Saudara China 1949 telah menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat kerana China lebih kepada blok komunis Soviet Union. Namun, tindakan China dalam Perang Korea telah menunjukkan bahawa kuasa Amerika Syarikat akan tergugat dan blok kapitalis akan jatuh sekiranya tidak melakukan sesuatu. Sebelum terbentuknya struktur tripolar di Asia Pasifik, hubungan Amerika Syarikat dan China tegang akibat penglibatan China dalam

Perang Korea serta sokongan China dalam Perang Vietnam I. 13 Struktur tripolar dilihat dalam hubungan Amerika Syarikat dan China dalam dua fasa. Pada tahun

1949-1972 iaitu fasa pertama dalam struktur tripolar yang menunjukkan hubungan tegang diantara Amerika Syarikat dengan China, manakala struktur tripolar fasa kedua ialah ketegangan hubungan diantara China- Amerika Syarikat dan Soviet Union- Amerika Syarikat. Namun, ia memulihkan hubungan China dengan Soviet Union. Dalam dua fasa ini, hubungan Amerika Syarikat –China dapat dilihat melalui polisi dasar luar Amerika Syarikat serta tindakan Soviet Union yang sentiasa memastikan China tidak bertindak di luar kawalan. Struktur tripolar dapat dilihat dengan jelas dalam hubungan Amerika Syarikat dan China di rantau Asia Pasifik.

Rajah 1.3: Hubungan Amerika Syarikat 14 –China Sebelum 1972

China

Amerika Syarikat Soviet Union

Hubungan Amerika Syarikat –China sebelum tahun 1972 tidak begitu baik malahan berada dalam keadaan tegang kerana China merupakan negara kedua komunis terbesar muncul di rantau Asia Pasifik. Persahabatan diantara Soviet Union dan China telah menjadikan ancaman komunis yang begitu serius menyebabkan Amerika Syarikat mengambil tindakan pembendungan terhadap China.

13 Murphey, Rhoads.(6 th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition. (Mao Speech)

14 Cold War: Triangular Diplomacy American Decades 2001 Encyclopedia.Com. http://www.encyclopedia.com. Akses 27 Mei 2013.

Rajah 2.3: Hubungan Amerika Syarikat 15 – China Selepas 1972

China

Amerika Syarikat Soviet Union

Selepas tahun 1972, hubungan Amerika Syarikat dan China mula menjadi berbaik namun sebaliknya bagi hubungan Soviet Union –China menjadi tegang. Pendekatan yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat telah menjadikan hubungan China- Amerika Syarikat menjadi baik sehinggalah Soviet Union jatuh pada tahun 1990.

Terdapat juga pendekatan yang lain digunakan untuk memahami hubungan di antara Amerika Syarikat –China iaitu “three level of anaylsis”. Ia merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk melihat tiga peringkat yang mempengaruhi hubungan dua negara, antaranya faktor individu yang membuat keputusan serta memiliki pilihan dalam membentuk dasar luar negaranya. Sebagai contoh, Mao Zedong memilih untuk bersahabat dengan Soviet Union selepas PRC ditubuhkan kerana China masih tidak mempunyai sistem pertahanan dan baru sahaja selesai perang saudara. Mao Zedong sedar sekiranya China masih bersendirian mungkin Amerika Syarikat menyerangnya kerana kerajaan ROC masih dilindungi oleh

Amerika Syarikat. 16 Selain itu, faktor domestik juga dilihat kerana ia juga akan mempengaruhi hubungan sesebuah negara dengan negara lain terutamanya

negara yang berbeza ideologi seperti China dan Amerika Syarikat.

15 Triangular diplomacy U.S, USSR, and China. http://www.ushistroy.org/us/56g.asp. Akses 27 Mei 2013

16 Goldstein, Joshua S. & Pevehouse., Jon C. (7th ed). 2006. International Relations. New York: Pearson International Edition. Hal 15-18.

Selepas tahun 1972, China telah memilih untuk berbaik dengan Amerika Syarikat malahan Deng Xiao Peng juga telah melawat Amerika Syarikat beberapa kali. Keadaan ini berlaku kerana Deng Xiao Peng ingin membangunkan ekonomi dan teknologi sains China dan ingin dapatkan akses teknologi Amerika Syarikat. Perubahan sistem ekonomi China kepada kapitalis menyebabkan hubungan Amerika Syarikat dan China bertambah baik.

Struktur antarabangsa ketika Perang Dingin adalah bersifat bipolar tetapi berbeza di rantau Asia Pasifik iaitu kewujudan tripolar iaitu Amerika Syarikat, China

dan Soviet Union. 17 China telah dijadikan sebagai pengimbang diantara Soviet union dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga menggunakan China sebagai

“alat” untuk menjatuhkan Soviet Union kerana bantuan yang dihulurkan oleh China boleh digunakan Amerika Syarikat untuk menentang Soviet Union serta menamatkan Perang Dingin di dunia. Walaupun “level of analysis” tidak mampu menjelaskan sepenuhnya sesuatu keadaan yang berlaku di dunia namun, ia masih releven untuk digunakan dalam kajian ini.

1.4 Metod Kajian

Kaedah pengumpulan data telah digunakan dalam menyiapkan penulisan yang bertajuk “ Hubungan Amerika Syarikat - China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972” adalah data sekunder serta menggunakan displin hubungan antarabangsa sebagai asas kajian. Oleh itu, sumber perpustakaan telah digunakan sebagai maklumat dalam kajian ini. Kajian perpustakaan dilakukan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan juga Bilik Sumber Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan bahan maklumat seperti buku-buku, rujukan tesis, artikel, jurnal, kertas kerja, majalah dan internet khusus untuk kajian ini.

17 The Three Level Of Analysis In International Relation (Kirk Reem). http://www.e.How.com.my.

Akses 12 April 2013.

1.5 Skop Kajian

Dalam mengkaj i “Hubungan Amerika Syarikat - China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972 ”, ruang lingkup yang digunakan ialah dari tahun 50-an sehingga 90-an. Pada tahun 1950, China telah memiliki kemampuan yang mampu mempengaruhi struktur antarabangsa yang didominasi dua kuasa utama iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikaji ialah perubahan struktur bipolar kepada struktur tripolar telah membentuk hubungan Amerika Syarikat- China dari ketegangan kepada hubungan yang lebih baik. Persoalan kedua, perubahan struktur tripolar telah memberikan kesan yang mendalam kepada hubungan Amerika Syarikat dengan China dan keadaan ini berbeza ketika dunia antarabangsa dikuasai oleh struktur bipolar. Persoalan yang terakhir ialah, kenapa China menjadi faktor terbentuknya struktur tripolar dan menjadi rebutan di antara dua kuasa utama iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat.

1.7 Proposisi Kajian

Kajian ini mempunyai tiga proposisi iaitu;

1. Struktur bipolar telah mempengaruhi hubungan Amerika Syarikat – China sebelum tahun 1972 yang membawa kepada ketegangan.

2. Hubungan Amerika Syarikat dengan China menjadi lebih baik selepas terbentuknya struktur tripolar selepas tahun 1972.

3. Peranan dan polisi Amerika Syarikat juga telah menjadikan hubungan Amerika Syarikat – China menjadi lebih baik.

1.8 Kepentingan Kajian

Rantau Asia Pasifik merupakan rantau yang paling unik kerana masih memiliki kesan Perang Dingin iaitu Taiwan masih tidak bergabung dengan China Tanah Besar manakala Korea Selatan dan Korea Utara masih berkonflik di antara satu sama lain.

Kajian ini akan menjadi “akar” kepada hubungan Amerika Syarikat – China pada masa sekarang dan boleh menceritakan sejarah yang telah membawa kepada perhubungan ini. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara kapitalis dan berkawan dengan China negara komunis namun hubungan ini mula mengubah China menjadi negara ekonomi kapitalis. Hubungan Amerika Syarikat –China dapat dikaji dengan penglibatan China dalam Perang Korea, Perang Vietnam dan Krisis Taiwan dan ini menjadikan hasil penulisan ini dapat menjadikan pembaca memahami faktor-faktor yang telah membawa Amerika Syarikat bersahabat dengan China ketika era Perang Dingin sehinggalah kejatuhan Soviet Union ketika hujung tahun 1989.

1.9 Limitasi Kajian

Kajian ini mengalami beberapa limitasi tetapi dapat dikendalikan dengan baik supaya dapat siapkannya mengikut masa yang tetap. Antara limitasinya;

 Tidak mencukupi masa dalam menghasilkan kajian kerana ia melibatkan pembacaan serta pemahaman yang mendalam agar kajian tidak tersasar daripada objektif asal. Namun, ia dapat diatasi dengan bantuan penyelia dan rakan yang juga mambantu menyiapkan kajian ini.

 Bahan yang diperolehi mencukupi tetapi kesukaran untuk memahami sesetengah idea penulis serta bahasa menjadi penghalang dalam menyiapkan kajian ini.

1.10 Pembahagian Bab

Dalam kajian ini, terdapat lima bahagian bab yang penting untuk diketengahkan bagi membincangkan secara keseluruhan mengenai kajian yang bertajuk “Hubungan Amerika Syarikat-China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972. Setiap bab telah merangkumi objektif kajian agar kajian tidak tersasar daripada tajuk yang ingin dikaji.

1.10.1 Bab 1: Pengenalan

Dalam bahagian ini, sejarah pembangunan China akan dibincangkan serta kemunculannya sebagai negara komunis di rantau Asia Pasifik. Bab ini juga akan membincangkan hubungan China dan Soviet Union kerana tanpa Soviet Union, China tidak mungkin menjadi negara komunis terkuat di rantau tersebut. Keadaan ini juga akan melihat peranan Amerika Syarikat yang terancam dengan kemunculan China.

Secara tidak langsung menyentuh dan membincangkan serba sedikit objektif kajian dan sorotan literature agar dapat memudahkan pembaca memahami struktur penulisan. Penghasilan bab satu ini adalah sebagai gambaran kepada kajian yang akan dibuat dan membantu memudahkan perlaksanaan dalam bab-bab seterusnya.

1.10.2 Bab 2: Hubungan Amerika Syarikat- China Sebelum Tahun 1972.

Dalam bab ini, persahabatan diantara China dan Soviet Union yang rapat sehingga membawa kemenangan China dalam Perang Saudara China 1949. Sahabat baik yang berkongsi teknologi serta memiliki hubungan ekonomi yang menjadikan Amerika Syarikat terpaksa melaksanakan beberapa polisi untuk mengawal China Dalam bab ini, persahabatan diantara China dan Soviet Union yang rapat sehingga membawa kemenangan China dalam Perang Saudara China 1949. Sahabat baik yang berkongsi teknologi serta memiliki hubungan ekonomi yang menjadikan Amerika Syarikat terpaksa melaksanakan beberapa polisi untuk mengawal China

Pilihan yang dibuat oleh Amerika Syarikat sama ada memilih PRC ataupun ROC telah menjadikan konflik tercetus. Amerika Syarikat terpaksa memihak kepada Taiwan yang menyebabkan perang tercetus di rantau Asia yang melibatkan kapitalis versus komunis/sosialis. Penglibatan China dalam Perang Korea dan Vietnam I telah menyebabkan Amerika Syarikat melaksanakan polisi dasar luar untuk membendung penyebaran komunis di Asia. Krisis Taiwan juga telah menjadikan Amerika Syarikat mewujudkan pertahanan bagi kerajaan ROC yang berada di Taiwan. Selain itu, kematian Stalin telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam komunis Soviet Union yang telah meregangkan hubungan Beijing dan Moscow.

Bahagian ini juga membincangkan polisi-polisi yang telah dilaksanakan oleh setiap Presiden Amerika Syarikat yang berhadapan China ketika itu. Dasar- dasar yang dilaksanakan oleh pemimpin Amerika Syarikat telah menjadikan China bersahabat dengan Soviet Union sehinggalah kematian Stalin pada tahun 1954. Bab dua ini merupakan teras kepada hubungan Amerika Syarikat – China kerana ia membincangkan isu-isu yang membawa kepada ketegangan di antara dua negara ini.

1.10.3 Bab 3: Hubungan Amerika Syarikat-China Selepas Tahun 1972

Penglibatan China dan Soviet Union dalam Perang Vietnam II membuatkan Amerika Syarikat sedikit gusar. Lawatan Henry Kissinger ke China pada tahun 1971 adalah untuk membuat hubungan Soviet Union dan China semakin tegang. Dalam bab ini akan dikaji pembentukan struktur tripolar yang berlaku diantara China, Amerika

Syarikat dan Soviet Union. Dua fasa dijadikan asas pembentukan tripolar dalam hubungan China, Amerika Syarikat dan Soviet Union iaitu fasa pertama tahun 1971- 1979. Manakala, fasa kedua pada tahun 1980-1989 yang memperlihatkan konfrontasi antara Amerika Syarikat dengan China dan Soviet Union. Peranan polisi dasar luar Amerika Syarikat dilihat banyak memberikan kesan kepada hubungan tripolar di rantau Asia Pasifik. Richard Nixon mejadi Presiden Amerika Syarikat dengan mengantikan Lydon B. Johson.

Hubungan Amerika Syarikat dan China mula memasuki era berbaik-baik kerana Washington memerlukan China untuk memujuk Vietnam Utara menerima legasi baru. Dalam masa yang sama, China yang enggan menandatangani “Treaty on the Non- Proliferation of Nuclear Weapon” pada 1968 harus dipujuk supaya menyertai “Nuke Club”. Kedua-dua ini akan diperolehi oleh Amerika Syarikat sekiranya pengiktirafan diplomatik diberikan kepada “People Republic of China” kerana China mungkin akan terima perubahan yang berlaku dalam hubungan China dan Amerika Syarikat. Bahagian bab ini akan mengkaji hubungan Amerika Syarikat –China yang mula berbaik dan berkerjasama untuk menjatuhkan Soviet Union. Kerjasama ini telah menjatuhkan Soviet Union, namun China mendapat banyak keuntungan daripada kerjasama ini kerana berlaku pengkongsian teknologi menyebabkan ia dapat membangunkan teknologi ketenteraan untuk mempertahankan negaranya sendiri dan hubungan ini kekal sehinggalah China mula membangun sebagai kuasa ekonomi .

1.10.4 Bab 4: Perbezaan Dalam Hubungan Amerika Syarikat- China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972

Dalam bab keempat, hubungan Amerika Syarikat- China akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan “three level of anaylsis”. Pendekatan ini digunakan untuk memahami perubahan yang berlaku dalam hubungan kedua negara sebelum dan selepas tahun 1972. Faktor individu, domestik dan sistemik menjadi asas dalam bab keempat. Faktor-faktor ini akan dikaji dengan mendalam dalam dua Dalam bab keempat, hubungan Amerika Syarikat- China akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan “three level of anaylsis”. Pendekatan ini digunakan untuk memahami perubahan yang berlaku dalam hubungan kedua negara sebelum dan selepas tahun 1972. Faktor individu, domestik dan sistemik menjadi asas dalam bab keempat. Faktor-faktor ini akan dikaji dengan mendalam dalam dua

1.10.5 Bab 5: Kesimpulan

Dalam bab yang terakhir ini, kajian akan disimpulkan dengan proposisi kajian. Persoalan kajian yang telah dijawab akan ditulis di bab ini dan analisis yang dilakukan akan menjawab objektif kajian. Penulis akan menyimpulkan dengan semua bab yang terdapat dalam penulisan ini.

BAB 2 HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SEBELUM TAHUN 1972

2.0 China Dan Ideologi Komunis

China merupakan sebuah “Middle Kingdom” yang tidak pernah menjalinkan persahabatan dengan negara lain. Namun, Dinasti Qing telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Soviet Union melalui Perjanjian Nerchinsk. 18

Hubungan China dan Soviet Union boleh dikatakan rapat dengan perkongsian ilmu berkaitan komunis dan sosialis. Gregory Voitinsky dihantar ke China sebagai agen Soviet Union untuk menyebarkan ideologi komunis dan ini mendapat perhatian

daripada Mao Zedong. 19 Parti Komunis China telah ditubuhkan pada 1921 yang menjadikan Mao Zedong dan Zhou Enlai merupakan ahli yang yang membantu Parti

Kuomintang menentang tuan tanah di China.

Komunis China ingin menwujudkan sebuah negara komunis yang memberikan kepada golongan petani dan buruh dapat memiliki serta menjalankan pertanian dan perindustrian tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Kuomintang mula menghapuskan komunis dan tidak bertindak menentang Jepun yang telah menjajah Manchuria. Bagi Parti Kuomintang yang ketika itu, Chiang Kiak Shek menganggap;

The Japanese are the disease of the skin, it can be cured. The Communists are disease of the soul, it affects whole

body.

18 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne: Longman Group.

19 Jiaming Zhu. 1991. A Chinese Exploration of Sino- Soviet Relations since the Death of Stalin 1953-

1989. Thesis Degree of Doctor. London: Faculty of Social Science, University Glasgow.

Chiang Kiak Shek terus menentang komunis tanpa mempedulikan penjajahan Jepun. Mao telah bertindak positif untuk menentang Jepun tetapi memerlukan orang untuk dijadikan tentera. Tindakan Chiang Kiak Shek dan Jepun telah menyebabkan golongan petani dan buruh telah menyertai komunis kerana tidak berpuas hati akibat ditindas. Mao Zedong telah berjaya menghalau Jepun dan menggunakan Parti Komunis China untuk menentang Kuomintang melalui cara

strategi gerila. 20

2.1 PRC Atau ROC Bagi Amerika Syarikat

Parti Komunis China yang baru mendapat kekuatan selepas peperangan anti-Jepun 1937 sehingga 1945 dengan pengunduran Jepun dari China. Dengan kekuatan yang baru ini, PKC dapat menentang Parti Kuomintang yang berada di bawah kekuasaan Chiang Kiak Shek. Wakil Amerika Syarikat iaitu George Marshall telah berunding dengan PKC namun gagal menyebabkan Perang Saudara tercetus pada

tahun 1947. 21 Kuomintang yang berada dibawah jagaan Amerika Syarikat dari segi ketenteraan dan bantuan ekonomi telah memberikan pertahanan penuh kepada ibu kota China namun gagal mempertahankannya. Kuomintang tidak mendapat sokongan rakyat akibat tindakan parti itu sendiri dalam mengurus tadbir China dan gejala rasuah yang meningkat serta kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah itu sendiri.

Rakyat yang ditindas oleh Kuomintang dengan pelbagai kenaikan cukai serta kewujudan polis rahsia yang mengawal sesiapa yang mengkritik kerajaan dan polisi yang lebih menguntungkan orang kaya berbanding golongan bawahan.PKC dapat menguasai China kerana sokongan daripada golongan buruh yang telah diabaikan oleh Kuomintang dan merupakan bekas gerilla ketika menentang tentera

20 Benswalsh. (3 rd ed). 2009. GSE Modern World H istory: Mao‟s China 1930-1967. London: Hodder Education.

21 Connors, Michael.K. et al. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge Curzon.

Jepun. Ketua PKC iaitu Mao Zedong telah bertindak untuk membebaskan tanah China daripada pengaruh asing yang ditujukan kepada Amerika Syarikat yang telah dibenarkan masuk oleh Kuomintang dan membina negara China yang baru dengan

menggunakan ideologi komunis. 22 Kemenangan yang diperolehi oleh PKC yang berada di bawah Mao Zedong dalam Perang Saudara di China menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa menjaga Taiwan yang juga dikenali sebagai Pulau Famosa.

Amerika Syarikat bertindak mengawal tindakan Chiang Kiak Shek kerana China mampu menang dengan bantuan Soviet Union. Sekiranya Amerika Syarikat gagal mengawal Taiwan, China mungkin dapat menawan Taiwan dengan mudah dan Amerika Syarikat kehilangan satu pangkalan tentera paling penting di Asia Pasifik. Amerika Syarikat terus menyokong Taiwan walaupun memiliki kemampuan untuk menjatuhkan PRC yang berada dibawah Mao Zedong. Namun, Amerika Syarikat mengambil tindakan untuk mengawal Taiwan daripada terus bertelagah

dengan PRC. 23 Washington masih memberikan pengiktirafan kepada kerajaan asal China iaitu ROC dan ini menyebabkan kerajaan PRC yang baru di Tanah Besar

China tidak memiliki pengiktirafan. Malahan, ROC mendapat kerusi di United Nation serta menjadi ahli dalam Security Council menyebabkan tiada negara yang menyokong PRC ataupun melihat kepentingan PRC. PRC terpaksa diabaikan oleh Amerika Syarikat, namun beberapa tindakan PRC terhadap peperangan yang berlaku di Asia Pasifik menyebabkan Amerika Syarikat mengubah startegiknya dalam mengawal China yang menyokong blok komunis.

22 Murphey, Rhoads. (6 th Ed). 2009. A History of Asia .New Jersey: Pearson International Edition.

23 AKM. Khairul Islam. 2006. The Post Cold War U.S-China Relation: Win Win or Zero Sum. Asian Affairs. 28 (2): hal 24-54.

2.2 Perang Tercetus Dan Penglibatan China Di Asia Pasifik

Selepas tamatnya Perang Saudara di China pada tahun 1949 dengan kemenangan Mao Zedong, Chiang Kiak Shek telah melarikan diri dan mewujudkan kerajaannya sendiri di Taiwan. Mao Zedong menyatakan kepada dunia;

Ours will no longer be a nation subject to insult and humiliation. We have stood up. China has stood up. 24

Penglibatan China dalam perang yang tercetus di Asia Pasifik telah menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa membuat keputusan yang China tidak boleh dibiarkan. Keadaan ini akan mengugat kekuasaan Amerika Syarikat di Asia Pasifik

terutamanya di Jepun dan Taiwan. 25

Tindakan China dengan menyokong Korea Utara serta menyokong tindakan Soviet Union di Vietnam telah menyebabkan Amerika Syarikat tergugat. China mungkin akan menguasai Asia Pasifik yang menjadi laluan perdagangan serta pangkalan ketenteraan utama bagi Amerika Syarikat. Hal ini telah menyebabkan, Amerika Syarikat bertindak dengan menyokong serta menghulurkan bantuan kepada Korea Selatan dan Perancis yang berada di Vietnam ketika itu. Amerika Syarikat juga bertindak menjaga Taiwan daripada serangan China serta memastikan Taiwan tidak jatuh ke tangan China. Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pertahanan dengan tiga negara utama yang berada di rantau Asia Pasifik

iaitu Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. 26

24 Murphey, Rhoads. (6 th Ed). 2009. A History of Asia .New Jersey: Pearson International Edition. (Mao Speech)

25 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne: Longman Group.

26 Yan Xuetong. 2010. The Instability of China-USA Relations. The Chinese Journal of International Politics. 3: hal 263-292.

2.2.1 Perang Korea 1950-1953

Perang Korea merupakan perang yang berlaku selepas Perang Saudara di China, namun perang ini agak unik kerana ia berlaku dalam satu negara. Perang ini melibatkan satu negara yang memiliki persamaan dari segi bahasa, penduduk dan sebagainya. Korea telah dijajah oleh Jepun pada akhir abad ke 19 sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua 1945. 27 Namun, selepas seminggu bebas daripada

Jepun, Korea terpaksa menghadapi Perang Dingin yang telah memisahkannya kepada dua negara. Korea Utara dipihak oleh Soviet Union manakala Korea Selatan diduduki oleh Amerika Syarikat. Kedua-duanya dipisahkan kepada garis lengkung

38 darjah utara dan memiliki dua ideologi yang berbeza.

Pentadbiran komunis di Korea Utara berada di Pyongyang manakala Seoul menjadi pusat pengawalan Amerika Syarikat yang telah mendapat kebenaran daripada Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Syngman Rhee telah menjadi Presiden Korea Selatan yang menerima pendidikan Amerika manakala Kim II Sung telah menjadi pemimpin komunis di Korea Utara, mereka menjadi boneka dalam pentempuran Soviet Union dan Amerika Syarikat. Serangan Korea Utara pada 25

Jun 1950, 28 jelas menunjukkan ingin mengambil semula Korea Selatan namun Amerika Syarikat bertindak dengan menggunakan PBB sebagai perisai untuk

mempertahankan Korea Selatan.

PBB telah menghantar pasukan tentera untuk menyokong Korea Selatan yang diketuai oleh Mac Arthur yang merupakan komander pangkalan ketenteraan di Jepun. Tentera Korea Utara telah menyerang sehinggalah ke bandar Seoul namun terpaksa berundur. Kekuatan tentera PBB dan juga tentera Korea Selatan menyebabkan tentera Korea Utara berundur sehingga menghampiri sempadan China iaitu Manchuria. Tindakan Mac Arthur yang memberikan arahan untuk menyerang stesen kuasa, ketenteraan dan pusat industri yang berpotensi yang

27 Connors, Michael.K. et al. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge Curzon

28 Murphey, Rhoads. (6 th Ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition.

memberikan bantuan kepada tentera Korea Utara di Manchuria. 29 Keadaan ini menyebabkan, China memberikan amaran untuk tidak menghampiri sempadannya

di Manchuria, namun Mac Arthur tetap menyerang kawasan tersebut.

Pada Oktober 1950, China memberi reaksi terhadap tindakan Mac Arthur dengan menghantar pasukan tentera China melebihi satu juta orang. Tentera China yang bergabung dengan tentera Korea Utara telah memasuki Korea Selatan sehingga ke bandar Seoul. Kedua-dua negara tersebut mengalami kemusnahan

yang agak teruk sebanyak tiga kali akibat tindakan mereka sendiri. 30 MacArthur telah digantikan dengan Jeneral Matthew Ridgeway yang menjadikan garis

lengkung 38 darjah utara sebagai jalan untuk meyelamat keadaan. Hal ini kerana, Amerika Syarikat menemui jalan buntu dan menyebabkan sebuah gencatan senjata dilaksanakan diantara kedua-dua pihak. Sempadan yang asal digunakan dan pembahagian Korea telah ditetapkan kepada garis lengkung 38 darjah utara. Pembahagian ini merupakan unik kerana Korea Selatan memiliki tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian manakala Korea Utara memiliki kawasan yang kaya

dengan bahan mineral seperti gas asli dan uranium. 31