Perang Tercetus Dan Penglibatan China Di Asia Pasifik

2.2.2 Krisis Selat Taiwan I 1954-1955

Selepas Perang Korea tamat, China telah melancarkan serangan ke atas Taiwan yang ketika itu berada dibawah pemerintahan Chiang Kiak Shek. Hal ini kerana kenyataan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Truman yang melihat pertikaian diantara ROC dan PRC tidak melibatkan Amerika Syarikat. 32

Kenyataan ini dikeluarkan sebelum Perang Korea tercetus dan Amerika Syarikat belum melihat reaksi China. China telah menyerang Matsu dan Quemay yang merupakan pulau yang berdekatan Taiwan. Chiang Kiak Shek telah meletakkan tentera serta senjata di pulau - pulau tersebut malahan mendapat sokongan daripada Washington dengan adanya pertahanan senjata. Taiwan ketika itu berada dibawah jagaan Washington kerana dasar pembendungan yang dilaksanakan oleh Truman. Serangan demi serangan dilakukan oleh China yang diketuai oleh Perdana Menteri China, Zhou Enlai. Bagi beliau, Taiwan harus dibebaskan daripada imperialisme Barat iaitu Amerika Syarikat yang menyediakan perlindungan kepada kerajaan

ROC. 33

Pertukaran Presiden Amerika Syarikat daripada Truman kepada Eishower yang menjadikan krisis Taiwan menjadi semakin serius. Eisenhower sedaya upaya memastikan tiada penglibatan tentera Amerika Syarikat mahupun penggunaan senjata yang dahsyat. Akhirnya, Kongres Amerika Syarikat telah memberikan isyarat kepada Eisenhower untuk mempertahankan Taiwan serta memastikan Taiwan tidak terjejas. China dapat menduduki kepulauan berdekatan Taiwan, hal ini kerana pertahanan Amerika Syarikat hanya di pesisran Taiwan bukan dikawasan kepulauan yang berdekatan dengan Tanah Besar China. Perjanjian pertahanan ditandatangani diantara Taiwan dan Washington pada tahun 1955, keadaan ini telah menyebabkan China buat sementara waktu menghentikan serangan terhadap kepulauan yang berdekatan Taiwan.

32 Tucher.,N.B. 2005. Dangerous Strait: the U.S-Taiwan-China Crisis. Wiley: Columbian University Press.

33 Tsang., S.2006. If China Attacks Taiwan: Military Strategy, Politics and Economic. New York: Routledge.

2.2.3 Perang Vietnam I 1946-1954

Penguasaan Jepun di Vietnam 1940 telah menyebabkan Perancis kehilangan kuasa. Ho Chi Minh mengambil alih kuasa kerajaan dan menuntut kemerdekaan Democratic Republic of Vietnam selepas pengunduran Jepun dari Vietnam. Pada tahun 1944 sehingga 1945, kawasan utara Vietnam telah menjadi kawasan kuat komunis.

Kerajaan Ho Chi Minh mengawal keseluruhan kawasan di utara dan cuba menngambil alih kawasan selatan Vietnam. 34 Namun, Ho menghadapi masalah

untuk mendapatkan sokongan untuk Parti Komunis kerana tentangan daripada golongan kaya dan berpendidikan walaupun mendapat sokongan daripada golongan buruh serta rakyat yang miskin. Akhirnya, Ho menukar partinya kepada Viet Minh dan kerajaan di Hanoi kepada bukan komunis. Sementara itu, Perancis kembali ke Saigon dengan tentera British dan Amerika Syarikat pada tahun 1945 dan menguasai hampir keseluruhan kawasan selatan Vietnam. Rundingan dilaksanakan untuk mengelakkan ramai yang mati tetapi menghadapi masalah apabila Perancis enggan memberikan kemerdekaan yang dituntut oleh Ho dalam syarat-syarat rundingan. Ho dan pihak Perancis cuba berbincang namun ia mengambil masa yang lama dan menemui jalan buntu. Akhirnya, pada tahun 1946

Perancis mengebom pelabuhan Haiphong 35 di Hanoi dan mengerakkan pasukan tentera ke utara Vietnam tetapi Perancis memerlukan bantuan ketenteraan

daripada Amerika Syarikat.

Perang Dingin telah memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat untuk bangun menentang komunis dan Perancis merupakan sekutu yang berguna untuk menentang komunis. Amerika Syarikat sedar bahawa kolonialisme hampir tamat di semua negara di Asia dan Vietnam merupakan negara yang ingin mendapatkan

34 Islam, AKM. Khairul.2006. The Post Cold War U.S-China Relation: Win Win or Zero Sum. Asian Affairs. 28 (2): hal 24-54.

35 Murphey, Rhoads. (6 th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition.

kemerdekaan daripada penjajah. 36 Namun, Amerika Syarikat tetap membantu Perancis untuk menguasai setiap bandar di Vietnam pada tahun 1947. Dengan

bantuan yang dihulurkan menyebabkan Ho terpaksa mencari cara baru untuk menentang Perancis dan tentera Amerika yang memiliki kelengkapan ketenteraan yang hebat dan keadaan ini berbeza daripada Vietnam.

Penglibatan China dalam Perang Vietnam ini sangat “special” kerana Viet Minh telah menggunakan buku Chinese Communist untuk menentang Perancis. Viet Minh menggunakan teknik gerila China untuk menentang musuh yang kuat dan

berteknologi. 37 Cara yang digunakan untuk menentang Perancis ialah bawa musuh ke kawasan luar bandar, menyerang pada waktu malam dan mengganggu kawasan

yang penting untuk pengangkutan serta cuba mendapatkan sokongan daripada golongan rakyat untuk bangun menentang musuh. China telah menggunakan

pendekatan ini ketika untuk melawan Jepun. 38 Selepas tahun 1949, China menghantar bantuan ekonomi, perubatan dan ketenteraan kepada Viet Minh.

Kesilapan taktik peperangan oleh Perancis menyebabkan mereka dikalahkan oleh tentera Viet Minh yang diketuai oleh Jeneral Giap. 39 Pada tahun 1954, China dan semua negara di Barat menghadiri Konference Geneva serta penarikan diri oleh Perancis dari Vietnam menjadi isu ketika itu. Akhirnya, Vietnam dibahagikan kepada utara dan selatan dengan 17 darjah selari. Vietnam telah dijanjikan untuk mengadakan piliharaya dan kerajaan sementara yang perintah Vietnam ialah Diem Bien Phu. 40

36 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne: Longman Group.

38 Connors, Michael.K. et al. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge Curzon.

39 S. Ross, Robert.1995. East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E. Sharpe, Inc.

40 Jiaming Zhu. 1991. A Chinese Exploration of Sino- Soviet Relations since the Death of Stalin 1953-

1989. Thesis Degree of Doctor. London: Faculty of Social Science, University Glasgow.

Walaupun penglibatan China agak terhad, namun startegi gerila yang digunakan oleh China menentang Jepun telah membantu Vietnam untuk menentang Perancis dan tentera Amerika Syarikat. Keadaan ini menjelaskan, komunis China telah menjadikan separuh Vietnam menjadi komunis walaupun Ho Chi Minh telah menukarkan kerajaannya kepada bukan komunis. Cara pertempuran yang digunakan oleh Vietnam telah menyebabkan Perancis berputus asa untuk bertempur, namun tidak bagi Amerika Syarikat yang sedaya upaya mencantas penyebaran komunis di selatan Vietnam. Vietnam Selatan telah dimasukkan dalam organisasi SEATO bersama dengan Great Britain dan Perancis serta beberapa buah negara di Asia.

2.2.4 Krisis Selat Taiwan II 1958

China mula melakukan serangan keatas Taiwan tetapi kali ini Amerika Syarikat telah membekalkan senjata yang hebat. Amerika Syarikat memberikan Taiwan senjata seperti jet udara dan juga mengubahsuai senjata yang sedia ada oleh Taiwan. Pertelagahan diantara PRC serta ROC juga berlaku di Quemay dan Matsu. Di kepulauan ini, “duel” peluru berpandu berlaku sehinggalah Eisenhower mengeluarkan kenyataan untuk menggunakan bom atom ataupun senjata nuklear terhadap “Red Giant” sekiranya terus melakukan serangan terhadap Taiwan. Keadaan ini telah menyedarkan Mao Zedong, bahawa senjata nuklear memainkan peranan penting untuk menjamin keselamatan negaranya sendiri. Mao ingin China

memiliki senjata nuklear akibat beberapa faktor 41 ;

 Mac Arthur pernah mencabar China untuk menggunakan bom atom ketika Perang Korea.

 John F. Dulles juga mengancam untuk menggunakan senjata nuklear ketika Krisis Selat Taiwan I.

41 Shirk, S. 2007. China: Fragile Superpower: How China‟s Internal Politics could Derail its Peaceful Rise. London: Oxford University Press.

 Soviet Union mula bersikap dingin terhadap projek nuklear China-Soviet Union dan mula menjalinkan hubungan keamanan dengan Amerika Syarikat.

 Eisenhower juga menggunakan senjata nuklear sebagai alat untuk mengelakkan China terus menyerang Taiwan ketika Krisis Taiwan II.