Amerika Syarikat, China, Soviet Union dan Perang Vietnam II.

3.0 Amerika Syarikat, China, Soviet Union dan Perang Vietnam II.

Kegagalan SEATO untuk mengekang komunis di Vietnam Selatan telah menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa bertindak. 63 Ho Chi Minh marah apabila

Vietnam Utara tidak dibenarkan membuat gabungan dengan Vietnam Selatan yang menyebabkan pilihan raya terpaksa ditangguh dahulu buat sementara waktu. Amerika Syarikat enggan menyerah kalah tetapi dua kuasa komunis iatu China dan

Soviet Union harus dikawal supaya tidak mencampuri urusannya di Vietnam. 64 Amerika Syarikat telah membuat China dan Soviet Union bertelagah buat

sementara waktu.

China dan Soviet Union yang masih mengalami ketegangan akibat reaksi pemimpin masing-masing. Nikita tidak mahu lagi melaksanakan De-Stalinization terhadap industri dan ekonomi Soviet Union, tetapi keadaan berbeza di China yang masih melaksanakan konsep Stalin itu. Keadaan mula bertambah buruk apabila Soviet mula berbaik dengan Amerika Syarikat dan enggan menolong China menjana senjata nuklear. Hal ini kerana, Soviet Union enggan China yang bertindak mengawalnya, ditambah perubahan komunis di Soviet Union yang ingin berbaik- baik dengan Amerika Syarikat. Keadaan ini telah menyebabkan persahabatan China dan Soviet Union terputus sama sekali, dengan tindakan Soviet Union yang telah

menarik kembali semua bantuannya dari China. 65

63 Levine, Steven. I. 1988. China‟s Foreign Policy in the Strategic Triangle in June Dryer. New York: Paragon House.

64 Ross, S. Robert. 1993. China, the United States and the Soviet Union: Tripolarity and Policy Making

in the Cold War. New York: M.E. Sharpe.

65 Gordon, Bernard, K. 1982. The Dimension of Conflict in Southeast Asia. New Jersey: Prentice Hall.

Bantuan teknologi serta peralatan yang digunakan oleh China untuk membangunkan ekonominya telah ditarik kembali telah menyebabkan berlaku perubahan yang benar-benar drastik dalam hubungan dua negara ini. China juga enggan berbaik dengan Amerika Syarikat kerana serangan China ke Taiwan telah diancam oleh Amerika Syarikat. China boleh dikatakan anti dengan kedua-dua negara menyebabkan China enggan bekerjasama sehinggalah lawatan Kissinger

pada tahun 1971. 66

Amerika Syarikat mula “tension” apabila tenteranya banyak mati dan peralatannya banyak dimusnahkan oleh tentera Vietnam yang melancarkan serangan gerila. Amerika Syarikat kehilangan 916 buah kapal terbang yang bernilai $6 bilion. Amerika Syarikat telah mengugurkan lebih $7 juta bom buatan di tanah Vietnam tetapi masih menghantar pasukan ke Vietnam yang hampir mencecah

543,400 orang. 67 Ramai tentera Amerika Syarikat mati, namun masih enggan menyerah kalah dengan Vietnam. Dengan masalah yang dihadapi oleh Amerika Syarikat, China mula mengumumkan bahawa China akan terlibat dalam peperangan di Dunia Ketiga dan ini bermaksud Vietnam merupakan sasaran China. Walaupun China masih berkonflik dengan Soviet Union, bantuan tetap dihantar ke Vietnam Utara manakala Soviet Union kepada Hanoi yang berada di Vietnam

Selatan. 68 Richard Nixon menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan mengantikan Lydon B. Johson. Hubungan Amerika Syarikat dan China mula memasuki era

berbaik-baik kerana Washington memerlukan China untuk memujuk Vietnam Utara menerima legasi baru. Dalam masa yang sama, China yang enggan menandatangani NPT pada 1968 harus dipujuk supaya menyertai “Nuke Club”. Kedua-dua ini akan diperolehi oleh Amerika Syarikat sekiranya pengiktirafan diplomatik diberikan kepada PRC kerana China mungkin akan terima perubahan yang berlaku dalam hubungan China dan Amerika Syarikat.

66 Paterson, Thomas. et.al. 2000.American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II (5 th eds).

New York: Houghton Mifflin Company.

67 Carroll, N. Peter. 2003. We the People: A Brief American History. New York: Wadsworth Group

68 Ross, S. Robert. 1993. China, the United States and the Soviet Union: Tripolarity and Policy Making in the Cold War. New York: M.E. Sharpe.