'IBADAT: PENGHAMBAAN SEUMUR-HIDUP

'IBADAT: PENGHAMBAAN SEUMUR-HIDUP

Akan tetapi kenyataan yang sebenarnya ialah bahawa 'ibadat adalah untuk tujuan apa anda semua diciptidakan, dan yang telah diperintahkanNya kepada anda agar dilaksanakan, adalah sama sekali berbeza. 'Ibadat yang sebenarnya ialah bahawa anda mengikuti aturan dan hukum Tuhan dalam hidup anda, dalam setiap langkah dan setiap keadaan, dan melepaskan diri anda dari ikatan setiap hukum yang bertentangan dengan hukum Allah. Setiap gerakan yang anda lakukan haruslah selaras dengan garis-garis yang telah ditentukan Allah bagi anda. Setiap tindakan anda harus sesuai dengan cara yang telah ditentukan Allah. Dengan demikian, maka hidup anda yang anda tempuhi dengan cara demikian inilah yang disebut 'ibadat. Dalam hidup yang demikian, maka tidur anda, bangun anda, makan dan minum anda, bahkan berjalan dan berbicara anda, semuanya adalah 'ibadat. Demikian luasnya rwang lingkup 'ibadat ini hingga hubungan seks anda dengan isteri anda dan ciuman anda kepada anak-anak anda juga adalah 'ibadat. Pekerjaan-pekerjaan- anda yang umumnya anda sebut sebagai pekerjaan yang bersifat duniawi, sesungguhnya semuanya adalah pekerjaan-pekerjaan keagamaan dan 'ibadat, asalkan dalam mengerjakannya anda menjaga diri pada batas-batas yang telah ditentukan Allah, dan dalam setiap langkah selalu memperhatikan apa yang diperbolehkan Allah dan apa yang dilarangNya, apa yang halal dan apa yang haram, apa yang diwajibkan dan apa yang dilarang, perbuatan dan tindakan apa yang membuat Allah suka kepada anda dan perbuatan serta tindakan mana yang membuatNya tidak senang terhadap anda. Misalnya, anda bekerja mencari nafkah. Dalam usaha anda ini, anda akan bertemu banyak kesempatan untuk memperolehi wang haram dengan jalan yang mudah. Oleh kerana kerana takut kepada Allah, anda tidak mahu mengambil wang yang demikian dan hanya mencari rezeki yang halal sahaja, maka waktu yang anda pergunakan untuk mencari rezeki secara halal itu seluruhnya adalah terhitung sebagai 'ibadat. Dan hasil yang anda bawa pulang ke rumah, anda makan bersama anak isteri serta mereka yang berhak untuk memakannya seperti yang telah ditentukan Allah, maka untuk seluruh pekerjaan yang anda lakukan itu, anda berhak memperolehi pahala dan rahmat Allah. Apabila di tengah jalan anda menyingkirkan sebuah batu atau paku agar tidak mengenai orang-orang yang lewat, maka ini juga termasuk 'ibadat. Apabila anda merawat orang sakit atau menuntun seorang buta atau menolong orang yang sedang kesusahan, maka ini juga termasuk 'ibadat. Apabila ketika bercakap-cakap dengan seseorang, anda menghindar dari dusta, mengata orang lain, memfitnah dan berbicara kasar serta menyinggung perasaan dan kerana takut kepada Allah, anda hanya mengatakan hal-hal yang benar sahaja, maka seluruh waktu yang anda habiskan dengan berbicara secara jujur dan bersih itu akan terhitung sebagai 'ibadat.

Jadi, 'ibadat yang sebenarnya kepada Allah ialah mengikuti hukum dan aturan-aturan Allah dan menjalankan hidup yang sesuai dengan perintah-perintahNya sejak dari usia aqil-baligh sehingga meninggal. 'Ibadat tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Ia harus dilaksanakan sepanjang waktu. 'Ibadat juga tidak mempunyai satu bentuk yang khas. Dalam setiap perbuatan dan setiap bentuk pekerjaan, 'ibadat kepada Allah harus dilaksanakan. Kerana anda tidak boleh mengatakan: "Saya hanya menjadi hamba Allah pada waktu-waktu tertentu, dan tidak menjadi hambaNya pada waktu-waktu yang lain", maka anda juga tidak boleh mengatakan bahawa pelayanan dan 'ibadat kepada Allah hanya ditentukan pada waktu-waktu yang tertentu pula dan waktu-waktu yang lain tidak diperuntukkan untuk itu.

Anda sekarang telah memahami erti 'ibadat dan kenyataan bahawa mengabdi kepada Allah dan patuh kepadaNya sepanjang hayat dan dalam segala situasi dan keadaan adalah 'ibadat. Sekarang mungkin anda akan bertanya: "Kalau begitu, apakah hal-hal seperti solat, puasa, haji dan sebagainya itu bukan 'ibadat? Jawapannya ialah: memang, itu semua juga termasuk 'ibadat. Tetapi tujuan dari ibadat-ibadat seperti ini sebenarnya adalah untuk mempersiapkan anda untuk melaksanakan 'ibadat besar yang harus anda laksanakan selama hidup anda dalam segala situasi dan keadaan itu.

Solat mengingatikan anda, lima kali sehari, bahawa anda adalah seorang budak Allah dan hanya kepadaNya anda harus mengabdi. Zakat menyedarkan anda setiap waktu akan kenyataan bahawa wang yang anda perolehi adalah pemberian Allah. Janganlah anda habiskan wang itu hanya untuk keperluan-keperluan jasmani anda sahaja, tetapi haruslah anda berikan juga hak Allah. Haji membangkitkan kesan yang sedemikian rupa akan cinta dan kebesaran Allah dalam hati orang yang melakukannya hingga sekali kesan ini tertanam dalam hati, maka pengaruhnya tidak akan hilang seumur hidup. Apabila setelah menjalankan semua 'ibadat ini seluruh hidup anda menjadi pencerminan 'ibadat kepada Allah, maka tidak syak lagi solat anda adalah solat yang benar, puasa anda adalah puasa yang benar, zakat anda adalah zakat yang benar, dan haji anda adalah haji yang benar. Tetapi bila tujuan ini tidak tercapai, maka tidak ada gunanya melakukan ruku', sujud, puasa, haji, dan zakat itu semua. Pekerjaan-pekerjaan lahiriah ini dapat diumpamakan sebagai jasad, yang apabila mempunyai ruh dan bergerak serta melakukan pekerjaan, ia merupakan manusia yang betul-betul hidup. Tetapi bila ia mati, maka ia tidak lebih hanyalah seperti mayat. Mayat memang mempunyai segala sesuatu seperti kaki dan tangan, hidung dan mata, tetapi tidak punya ruh. Oleh kerana itu anda menguburkannya dalam tanah. Demikian pula apabila peraturan-peraturan dalam solat dijalankan, Tetapi rasa takut dan cinta kepada Allah tidak ada, maka ia juga akan menjadi suatu pekerja an yang tidak berjiwa dan sia-sia.

Dalam khutbah-khutbah saya yang akan datang saya akan menerangkan kepada anda secara memdalam bagaimana semua 'ibadat wajib itu menjadi persiapan bagi manusia untuk melaksanakan 'ibadat yang besar tadi. Saya juga akan menerangkan bahawa bila anda melakukan 'ibadat-'ibadat itu semua dengan penuh pengertian dan cuba untuk memenuhi tujuan utamanya, maka 'ibadat-'ibadat itu akan membuahkan hasil dan pengaruh yang besar dalam hidup anda.