APAKAH "KUFUR" DAN ISLAM ITU?

APAKAH "KUFUR" DAN ISLAM ITU?

Untuk memahami masalah tersebut di atas, pertama-tama anda harus mengerti apa itu kufur dan apa itu Islam. Kufur adalah penolakan seseorang untuk melaksanakan perintah- perintah Allah, dan Islam adalah kepatuhan kepada Allah semata-mata, serta penolakan atas semua sistem, hukum dan perintah-perintah yang bertentangan dengan petunjuk- petunjuk yang diterima dari Allah. Perbezaan yang nyata antara Islam dan kufur ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Qur'an, Allah berkata:

Barangsiapa yang memutuskan tidak menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir". (Al-Qur'an, al-Maidah, 5:44)

Menetapkan hukum tidak hanya bererti mengadili perkara-perkara dalam sidang- sidang pengadilan sahaja. Sesungguhnya, hukum di sini bererti setiap keputusan yang dibuat oleh setiap orang setiap saat dalam hidupnya. Setiap saat anda dihadapkan kepada persoalan apakah anda harus melakukan sesuatu atau tidak, dengan cara bagaimana sesuatu harus dilakukan, cara apakah yang harus dipakai dalam menyelesaikan sesuatu persoalan, dan sebagainya. Bagi setiap hal yang seperti ini, suatu metodologi untuk membuat keputusan telah digariskan dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedangkan metodologi-metodologi selain itu adalah metodologi-metodologi yang Menetapkan hukum tidak hanya bererti mengadili perkara-perkara dalam sidang- sidang pengadilan sahaja. Sesungguhnya, hukum di sini bererti setiap keputusan yang dibuat oleh setiap orang setiap saat dalam hidupnya. Setiap saat anda dihadapkan kepada persoalan apakah anda harus melakukan sesuatu atau tidak, dengan cara bagaimana sesuatu harus dilakukan, cara apakah yang harus dipakai dalam menyelesaikan sesuatu persoalan, dan sebagainya. Bagi setiap hal yang seperti ini, suatu metodologi untuk membuat keputusan telah digariskan dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedangkan metodologi-metodologi selain itu adalah metodologi-metodologi yang

Islam tidak lain adalah penghambaan seseorang semata-mata kepada Allah. Ia sama- sekali tidak mengikuti kemahuannya sendiri, atau kemahuan nenek-moyangnya atau kemahuan keluarga dan sukunya, atau kemahuan kaum ulama atau kiyai, kemahuan pemerintah, hakim, atau kemahuan sesiapapun yang lain, selain kehendak Allah semata- mata. Allah menyatakan dalam al-Quran:

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah, kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah”. (Al-Quran, Ali 'Imran, 3:64).

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNya lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan". (Al-Qur'an, Ali 'Imran, 3:83).

Dalam kedua-dua ayat ini hanya satu ajaran yang dikemukakan, yakni bahawa agama yang sebenarnya adalah kepatuhan dan kepasrahan kepada Allah. Menyembah Allah tidak hanya bererti bersujud di hadapanNya lima kali sehari, tetapi sebenarnya bererti melaksanakan perintah-perintahNya di setiap saat, siang dan malam. Anda harus menghindari semua yang telah dilarangNya dan mengerjakan apa yang telah diperintahkanNya. Dalam setiap masalah, anda harus menyelidiki apa perintah Allah mengenai masalah tersebut. Anda sekali-kali tidak boleh memikirkan kemahuan anda sendiri, pendapat akal fikiran anda, adat kebiasaan nenek-moyang anda, kemahuan keluarga dan sanak saudara anda, apa yang dikatakan oleh kiyai atau ulama tentang hal itu, apa yang diperintahkan oleh si anu, dan apa yang boleh menyenangkan hati si anu. Bila anda mengikuti kemahuan sesiapa pun juga dan mengetepikan perintah-perintah Allah, maka sesungguhnya anda telah menyekutukannya dengan Allah. Dengan perbuatan anda itu, bererti anda telah memberikan kepadanya kedudukan yang sebenarnya adalah hak Allah semata-mata, kerana yang berhak memberi perintah hanyalah Allah sahaja:

“menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah, Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik".

(Al-Qur'an, al-Anam, 6:57).

Hanya Dia sahajalah yang layak disembah, Dia yang telah menciptakan dan menghidupkan anda. Semua yang ada di langit dan di bumi tunduk kepada perintahNya. Tidak ada sebuah batu pun yang tunduk kepada batu yang lain. Tiada sebatang pohon pun yang tunduk kepada pohon yang lain. Tidak seekor binatang pun yang tunduk kepada perintah binatang yang lain. Maka apakah anda akan menjadi lebih hina dari binatang, pohon, dan batu dengan tunduk kepada sesama manusia dan mengetepikan Allah, sedangkan binatang, pohon, dan batu hanya tunduk kepada Allah semata-mata? Inilah masalah yang terkandung dalam kedua ayat tersebut di atas tadi.