AKIBAT PENGERTIAN YANG KELIRU TENTANG 'IBADAT

AKIBAT PENGERTIAN YANG KELIRU TENTANG 'IBADAT

Jagalah makna 'ibadat tersebut di atas dalam fikiran anda dan jawablah pertanyaan- pertanyaan saya yang berikut ini.

Apakah yang akan anda katakan mengenai seorang pelayan yang melaksanakan tugas- tugas yang diberikan oleh tuannya, apabila ia hanya berdiri sahaja di sepanjang waktu di hadapan tuannya dengan tangan memeluk tubuh dan terus-menerus menyebut nama tuannya? Tuannya menyuruh agar ia pergi untuk mengambil suatu barang yang dirampas oleh si Anu dan si Anu, tetapi ia sama sekali tidak bergerak dari tempatnya, malah membongkok-bongkok di hadapan tuannya itu dan memberi hormat kepadanya sepuluh kali, kemudian berdiri lagi dengan tangan memeluk tubuh. Tuannya menyuruh membetulkan masalah-masalah dan membanteras kejahatan-kejahatan, tetapi ia sama sekali tidak bergerak sejengkal pun dari tempatnya, malah bersujud di hadapannya. Tuannya menyuruh: "Potonglah tangan pencuri-pencuri". Mendengar perintah ini, dengan masih tetap berdiri di tempatnya, pelayan itu mengulangi perintah tuannya beberapa kali dengan suara yang sangat merdu: "Potonglah tangan pencuri-pencuri, potonglah tangan pencuri-pencuri", tetapi tidak sekalipun ia berusaha untuk mendirikan suatu sistem pemerintahan di mana orang-orang yang mencuri dihukum dengan hukuman potong- tangan. Dapatkah anda mengatakan bahawa pelayan yang seperti ini benar-benar menjalankan tugasnya sebagai pelayan? Apabila pelayan-pelayan anda bersikap seperti ini, saya tidak tahu apa yang anda katakan. Tetapi saya betul-betul merasa hairan bahawa, pelayan-pelayan Allah yang bersikap seperti ini, anda anggap sebagai hamba Allah yang soleh! Orang yang tidak mempunyai perasaan seperti ini, membaca perintah- perintah Allah dalam al-Qur'an entah beberapa kali sejak pagi hingga petang, tetapi tidak pernah beranjak untuk melaksanakan perintah-perintah tersebut. Sebaliknya ia terus- menerus melakukan 'ibadat sunat demi 'ibadat sunat, menyebut-nyebut nama Allah dengan menghitung-hitung tasbih dan membaca al-Qur'an dengan suara yang merdu. Apabila anda melihat orang seperti ini, anda berkata: "Alangkah solehnya orang itu!" Kebodohan seperti ini timbul kerana anda tidak tahu erti yang sebenarnya dari 'ibadat.

Ada lagi seorang pelayan yang lain, yang siang malamnya sibuk melaksanakan tugas- tugas yang diperintahkan oleh orang-orang lain kepadanya. Ia mentaati perintah-perintah mereka, dan melaksanakan hukum yang mereka buat, sementara itu ia terus-menerus mengabaikan perintah-perintah dari tuan yang sebenarnya, dan hanya hadir di hadapannya pada waktu penghormatan sahaja dan hanya suka menggoyang-goyangkan lidah menyebut-nyebut nama tuannya sahaja. Apabila pelayan anda berbuat seperti ini, Ada lagi seorang pelayan yang lain, yang siang malamnya sibuk melaksanakan tugas- tugas yang diperintahkan oleh orang-orang lain kepadanya. Ia mentaati perintah-perintah mereka, dan melaksanakan hukum yang mereka buat, sementara itu ia terus-menerus mengabaikan perintah-perintah dari tuan yang sebenarnya, dan hanya hadir di hadapannya pada waktu penghormatan sahaja dan hanya suka menggoyang-goyangkan lidah menyebut-nyebut nama tuannya sahaja. Apabila pelayan anda berbuat seperti ini,

Ambillah contoh seorang pelayan yang lain. Pelayan ini memakai pakaian seragam yang diberikan oleh tuannya dengan sangat rapi sekali. Ia datang menghadap tuannya dengan sikap yang paling hormat. Ketika mendengar perintah tuannya, ia membongkok hormat dan berkata: "Dengan sepenuh hati, saya akan mematuhi perintah tuan", dan memberikan gambaran seolah-olah ia adalah pelayan yang paling setia. Pada waktu penghormatan, ia berdiri paling depan dan melebihi orang-orang lain dalam menyebutkan nama tuannya. Tetapi di lain pihak, pelayan ini mengabdi kepada pemberontak-pemberontak dan musuhMusuh tuannya sendiri, ikut serta dalam pakatan yang mereka adakan untuk menentang tuannya dan bekerjasama dengan mereka dalam usaha untuk menghapuskan nama tuannya dari muka bumi. Dalam kegelapan malam, ia melakukan pencurian di rumah tuannya dan di pagi hari menghadap kepadanya seperti seorang pelayan yang sangat setia. Apa yang akan anda katakan tentang pelayan-pelayan seperti ini? Munafik, penghianat, dan pembcrontidak, demikianlah kira-kiranya. Tetapi sebutan apa yang anda berikan kepada pelayan-pelayan Allah yang berbuat seperti ini? Anda sebut mereka, ulama, pemimpin-pemimpin agama, kiyai-kiyai, haji, orang-orang soleh dan hamba- hamba Allah yang taat? Ini disebabkan anda memandang mereka sebagai orang-orang yang sangat soleh dan taqwa dengan hanya melihat janggut-janggut, serban dan kopiah mereka, sarung yang mereka pakai dua inci di atas mata-kaki, bekas-bekas sujud pada dahi mereka, solat mereka yang tidak putus-putus serta untaian biji-biji tasbih mereka yang besar. Kebodohan ini juga timbul kerana anda semua tidak memahami erti ibadat dan kesolehan.

Anda mengira bahawa berdiri menghadap Qiblat dengan tangan yang qiam, membongkokkan badan dengan tangan diletakkan pada lutut, bersujud dengan tangan diletakkan di tanah dan membaca beberapa kata-kata ying khusus dan tetap, hanya beberapa gerakan dan ucapan sahaja sudah merupakan 'ibadah. Anda mengira bahawa dengan lapar dan haus dari pagi sampai petang setiap hari dalam Bulan Ramadhan adalah 'ibadat. Anda mengira bahawa membaca beberapa bahagian dari surah-surah al-Qur'an tanpa memahami ertinya adalah 'ibadat. Anda mengira bahawa kunjungan ke Makkah dan berjalan mengelilingi Ka'bah adalah 'ibadat. Pendeknya, yang anda namakan 'ibadat hanyalah segi-segi lahiriyah dari beberapa perbuatan, dan apabila anda lihat seseorang mengerjakan perbuatan-perbuatan tersebut dalam bentuk lahirnya, lalu anda mengira Anda mengira bahawa berdiri menghadap Qiblat dengan tangan yang qiam, membongkokkan badan dengan tangan diletakkan pada lutut, bersujud dengan tangan diletakkan di tanah dan membaca beberapa kata-kata ying khusus dan tetap, hanya beberapa gerakan dan ucapan sahaja sudah merupakan 'ibadah. Anda mengira bahawa dengan lapar dan haus dari pagi sampai petang setiap hari dalam Bulan Ramadhan adalah 'ibadat. Anda mengira bahawa membaca beberapa bahagian dari surah-surah al-Qur'an tanpa memahami ertinya adalah 'ibadat. Anda mengira bahawa kunjungan ke Makkah dan berjalan mengelilingi Ka'bah adalah 'ibadat. Pendeknya, yang anda namakan 'ibadat hanyalah segi-segi lahiriyah dari beberapa perbuatan, dan apabila anda lihat seseorang mengerjakan perbuatan-perbuatan tersebut dalam bentuk lahirnya, lalu anda mengira

"Dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". (Al-Qur'an, adz-Dzariyat, 51:56).

Dan kerananya setelah itu ia bebas melakukan apa sahaja yang disukainya selama hidupnya.