KEDUDUKAN ZAKAT YANG SEBENARNYA

2. KEDUDUKAN ZAKAT YANG SEBENARNYA

Saudara-saudara sesama Muslim.

Dalam khutbah saya yang telah lalu, telah saya nyatakan bahawa sesudah solat, tiang Islam yang terbesar adalah zakat. Dan adalah suatu fakta yang sangat penting bahawa sebagaimana seseorang yang tidak mahu mengerjakan solat dinilai sebagai kafir, maka demikian pula mereka yang mengingkari zakat juga tidak hanya dianggap kafir, tetapi lebih dari itu, mereka adalah orang-orang yang diperangi oleh sahabat-sahabat Rasul dengan jihad.

Dalam khutbah hari ini saya akan menjelaskan kepada anda kedudukan zakat yang sebenarnya, agar anda mengetahui apa maknanya yang sebenarnya, dan kenapa Islam memberikan kedudukan yang begitu penting kepadanya.

BAGAIMANA KEDUDUKAN YANG DEKAT DENGAN ALLAH BISA DICAPAI • UJIAN KEBIJAKSANAAN DAN KEWASPADAAN

Sebahagian orang di antara anda adalah orang-orang yang bodoh fikirannya, sehingga mengambil sesiapa sahaja sebagai teman tanpa menguji terlebih dahulu apakah dia patut dijadikan teman atau tidak. Orang-orang bodoh seperti ini kebanyakannya tertipu oleh tindakannya sendiri dan akan mengundang kekecewaan. Tetapi orang-orang yang bijaksana memilih orang-orang yang akan mereka jadikan teman setelah memeriksanya dengan cermat. Siapa yang mereka lihat tulus hatinya, jujur, dan setia, maka hanya dialah yang mereka pilih sebagai teman, dan yang lain mereka jauhi. Allah Yang Maha Kuasa adalah Yang Paling Bijaksana dan Hati-hati. Dia tidak akan begitu sahaja menjadikan semua orang temanNya dan memasukkannya ke dalam kelompokNya serta memberikan kepadanya tempat yang terkemuka dalam persidanganNya. Kalau manusia sahaja memilih temannya dengan mengujinya terlebih dahulu, maka tidak mungkin bahawa Allah, yang merupakan sumber kebijaksanaan dan kewaspadaan, akan begitu sahaja mengambil setiap orang sebagai teman tanpa mengujinya teriebih dahulu. Berjuta-juta manusia yang tersebar di muka bumi ini yang terdiri dari bermacam-macam rupa, ada yang elok ada yang buruk, tidak dapat dimasukkan ke dalam parti Allah, iaitu golongan yang memperolehi kedudukan sebagai khalifah di dunia ini dan mendapat kehormatan di akhirat nanti. Dengan kebijaksanaanNya yang Tinggi, Dia telah menetapkan beberapa ujian, cubaan dan kriteria untuk menguji nilai diri seseorang, sehingga barangsiapa yang lulus dalam ujian tersebut dapat masuk ke dalam golongan Allah, dan mereka yang gagal akan secara automatik dikeluarkan dari golongan tersebut, dan menyedari sendiri bahawa ia memang tidak patut untuk dimasukkan ke dalam golongan Allah. Apakah kriteria-kriteria tersebut? Kerana Allah adalah Maha Bijaksana dan Hati-hati, maka pertama-tama ia menguji kebijaksanaan dan kewaspadaan manusia. Allah ingin melihat apakah hambaNya itu mempunyai pengetahuan atau tidak? Apakah ia seorang yang bodoh? Alasan ujian ini adalah bahawa seorang yang bodoh dan tolol tidak akan boleh berteman dengan seorang yang bijaksana dan hati-hati. Kelayakan seorang hamba yang lulus dalam ujian Allah, Penciptanya, adalah bahawa ia mengakui bahawa tidak ada Sebahagian orang di antara anda adalah orang-orang yang bodoh fikirannya, sehingga mengambil sesiapa sahaja sebagai teman tanpa menguji terlebih dahulu apakah dia patut dijadikan teman atau tidak. Orang-orang bodoh seperti ini kebanyakannya tertipu oleh tindakannya sendiri dan akan mengundang kekecewaan. Tetapi orang-orang yang bijaksana memilih orang-orang yang akan mereka jadikan teman setelah memeriksanya dengan cermat. Siapa yang mereka lihat tulus hatinya, jujur, dan setia, maka hanya dialah yang mereka pilih sebagai teman, dan yang lain mereka jauhi. Allah Yang Maha Kuasa adalah Yang Paling Bijaksana dan Hati-hati. Dia tidak akan begitu sahaja menjadikan semua orang temanNya dan memasukkannya ke dalam kelompokNya serta memberikan kepadanya tempat yang terkemuka dalam persidanganNya. Kalau manusia sahaja memilih temannya dengan mengujinya terlebih dahulu, maka tidak mungkin bahawa Allah, yang merupakan sumber kebijaksanaan dan kewaspadaan, akan begitu sahaja mengambil setiap orang sebagai teman tanpa mengujinya teriebih dahulu. Berjuta-juta manusia yang tersebar di muka bumi ini yang terdiri dari bermacam-macam rupa, ada yang elok ada yang buruk, tidak dapat dimasukkan ke dalam parti Allah, iaitu golongan yang memperolehi kedudukan sebagai khalifah di dunia ini dan mendapat kehormatan di akhirat nanti. Dengan kebijaksanaanNya yang Tinggi, Dia telah menetapkan beberapa ujian, cubaan dan kriteria untuk menguji nilai diri seseorang, sehingga barangsiapa yang lulus dalam ujian tersebut dapat masuk ke dalam golongan Allah, dan mereka yang gagal akan secara automatik dikeluarkan dari golongan tersebut, dan menyedari sendiri bahawa ia memang tidak patut untuk dimasukkan ke dalam golongan Allah. Apakah kriteria-kriteria tersebut? Kerana Allah adalah Maha Bijaksana dan Hati-hati, maka pertama-tama ia menguji kebijaksanaan dan kewaspadaan manusia. Allah ingin melihat apakah hambaNya itu mempunyai pengetahuan atau tidak? Apakah ia seorang yang bodoh? Alasan ujian ini adalah bahawa seorang yang bodoh dan tolol tidak akan boleh berteman dengan seorang yang bijaksana dan hati-hati. Kelayakan seorang hamba yang lulus dalam ujian Allah, Penciptanya, adalah bahawa ia mengakui bahawa tidak ada

• UJIAN KEKUATAN MORAL

Orang-orang yang lulus dalam ujian tahap pertama tadi harus pula mengikuti ujian tahap kedua. Dalam ujian tahap kedua ini, yang diuji adalah kekuatan moralnya, di samping kebijaksanaannya. Di sini diuji dan diperiksa dengan saksama apakah ia memiliki cukup kekuatan untuk melaksanakan kebenaran dan kebajikan setelah mengetahuinya, dan menjauhi kebathilan dan kejahatan setelah mengenalinya. Di sini juga diperiksa apakah ia adalah seorang hamba hawa nafsunya, pengikut amalan nenek-moyangnya, kebiasaan- kebiasaan keluarga dan pemikiran-pemikiran serta gaya-gaya yang dianut masyarakat. Selanjutnya, diteliti pula, apakah ia memiliki kelemahan yang boleh menyebabkan .dia tetap berpegang teguh pada kebathilan yang bertentangan dengan petunjuk Allah, sebagaimana yang sudah diketahuinya; dan menolak kebenaran dan keadilan yang diredhai Allah, sebagaimana yang sudah diketahuinya pula? Mereka yang gagal dalam ujian ini tidak akan dimasukkan ke dalam golongan Allah. Allah hanya akan memasukkan orang-orang yang termasuk dalam definisi,

"...Barangsiapa yang ingkar kepada tbaghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:256)

Ertinya, mereka harus meninggalkan dengan penuh keberanian setiap cara dan sistem yang bertentangan dengan petunjuk Allah; mereka tidak mempedulikan apa pun dan hanya bersedia mengikuti yang ditunjukkan oleh Allah, tidak peduli ada orang yang senang atau tidak senang kerananya.

• UJIAN KEPATUHAN DAN KETAATAN

Orang-orang yang lulus dalam ujian tersebut di atas harus tampil dalam ujian ketiga. Dalam ujian ini, diuji kepatuhan dan ketaatan. Di sini diperintahkan:

"Apabila datang perintah untuk mengerjakan sesuatu dari Kami, maka tinggalkanlah tidurmu dan hadirlah di hadapan Kami. Hentikanlah pekerjaanmu dan datanglah. Tinggalkanlah pekerjaanmu yang mungkin menyenangkan hatimu, menghibur dan menguntungkanmu itu, dan melaporlah kepada Majikanmu. Biariah panas, dingin, atau cuaca bagaimana sahaja. Dalam keadaan bagaimanapun, datanglah bila dipanggil!"

Kemudian diperintahkan lagi:

"Laparkan dan hauskan dirimu dari pagi hingga petang dan kuasailah hawa nafsumu".

Perintah-perintah ini harus dilaksanakan sepenuhnya, tidak peduli betapa lapar dan haus yang akan ditemui, tidak peduli makanan lazat dan minuman segar dihidangkan ke hadapan anda. Mereka yang gagal dalam ujian ini juga akan disingkirkan. Hanya mereka yang lulus sahaja yang akan dipilih, kerana hanya orang-orang seperti merekalah yang dapat diharapkan untuk mematuhi hukum-hukum dan aturan-aturan yang akan dibuat untuk mereka, serta perintah-perintah yang akan diberikan dengan nama Allah, dan mematuhinya dalam setiap situasi dan keadaan, baik terang-terangan mahupun diam- diam, baik melihat keuntungan mahupun kerugian, keselesaan mahupun ketidakpuasan.

• UJIAN PENGORBANAN HARTA BENDA

Setelah itu, ujian keempat adalah ujian yang berhubung dengan harta benda. Orang-orang yang lulus dalam ujian yang ketiga belumlah berjaya untuk dilatih menjadi tentera tetap Tuhan. Masih perlu diperiksa apakah mereka berfikiran sempit, kecil semangat dan kedekut. Apakah mereka masih tergolong dalam kelompok orang-orang yang suka berbicara dengan bahasa yang indah tentang persahabatan dan kasih-sayang tetapi enggan memberikan pertolongan sebaik sahaja diminta? Apakah mereka masih sama dengan orang-orang yang suka berbicara mulukMuluk tentang menyayangi binatang dan gigih membelanya di depan orang ramai, tetapi selalu marah apabila ada seekor kucing mencuri sepotong ikan masinnya? Seorang yang berfikiran normal, biasanya tidak akan mahu berteman dengan orang yang pelit dan pemuja harta seperti itu, sedang orang yang pemurah juga tidak akan sudi duduk bersama dengan makhluk yang menjijikkan seperti itu. Maka, bagaimanakah Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah, yang selalu mencurahkan rezeki dengan melimpah-ruah kepada seluruh makhlukNya, akan mahu menjadikan orang seperti itu sebagai temanNya, orang yang pelit membelanjakan hartanya di. jalan Allah, yang harta itu sendiri sebenamya adalah pemberianNya? Bagaimana pula Allah Yang Maha Bijaksana dan Hati-hati itu akan mahu memasukkan orang seperti itu ke dalam golonganNya, orang yang persahabatan dan kasih sayangnya hanya terbatas pada semboyan-semboyan dan cerita-cerita kosong sahaja, yang sama sekali tidak boleh dipercayai? Oleh kerana itu kepada orang-orang yang gagal dalam ujian keempat ini juga dikatakan: "Pergilah. Tidak ada tempat bagimu dalam parti Allah.

Kamu tidak berguna. Kamu tidak akan mampu memikul tanggungjawab besar yang dipercayakan Allah kepada khalifahNya. Yang boleh masuk parti ini hanya orang yang bersedia mengorbankan hidupnya, harta bendanya, anak-anaknya, keluarganya, tanahairnya, — semuanya, demi cintanya kepada Allah.

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". (Al-Qur'an, All 'Imran,3:92)

SIFAT-SIFAT YANG DITUNTUT BAGI ANGGOTA PARTI ALLAH

1. Tidak boleh berfikiran sempit

Dalam parti ini tidak ada tempat bagi orang-orang yang berfikiran sempit. Hanya orang- orang yang lapang fikiran sahaja yang boleh masuk:

"...Dan barangsiapa yang dipelihara dari kesempitan fikirannya, mereka itulah orang- orang yang beruntung". (Al-Qur'an,al-Hasyr, 59:9)

2. Harus lapang dada

Di sini diperlukan orang-orang yang dadanya lapang hingga apabila seseorang pernah memusuhi dan menyakiti hati mereka, mereka masih mahu menolongnya dan membantunya demi Allah:

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”( Al- Quran, an-Nur, 24:22)

3. Harus lapang hati

Di sini diperlukan orang-orang yang lapang hati:

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih." (Al-Qur'an, al-Insan, 76:8-9)

4. Harus berhati bersih dan suci

Di sini diperlukan orang-orang yang berhati suci bersih kerana Allah, iaitu memberikan barang-barang yang paling baik dari apa yang diberikan Tuhan kepada mereka:

"Wahai orang-orang beriman, nafkahkan (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memjelingkan mata terhadapnya..." (Al-Qur' an, al-Baqarah, 2:267)

5. Harus memberi walaupun dalam kekurangan

Di sini diperlukan orang-orang budiman yang walaupun sedang kekurangan, tidak ragu- ragu untuk memotong perbelanjaan mereka dan memberikannya untuk keperluan agama Allah dan membantu hamba-hamba Allah:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik diwaktu lapang mahupun di waktu sempit..." (Al-Qur'an, All 'Imran, 3:133-134)

6. Harus murah hati

Di sini diperlukan orang-orang beriman yang benar-benar percaya bahawa apa. pun yang dibelanjakan pada jalan Allah tidaklah akan sia-sia; dan sebaliknya, Allah akan memberikan balasan yang paling baik untuk itu., baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk itu mereka bersedia menafkahkan hartanya di jalan Allah semata-mata untuk memperolehi redhaNya. Mereka tidak pernah peduli apakah orang-orang tahu tentang kemurahan hati mereka atau tidak, apakah orang akan berterima kasih kepada mereka atau tidak.

"...Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:272)

7. Harus ingat kepada Allah pada masa senang

Di sini diperlukan orang-orang pemberani yang tidak lupa kepada Allah baik dalam keadaan hidup sejahtera, mahupun dalam istana megah dan penuh kemewahan:

"Wahai orang-orang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi". (Al-Qur'an, alMunafiqun, '63:9)

Semua yang tersebut di atas itu adalah kualiti-kualiti penting yang dituntut untuk membolehkan diri memasuki parti Allah. Tanpa mengikuti semua sifat itu, seseorang tidak akan boleh dimasukkan ke dalam kelompok teman-teman Allah. Sesungguhnya, itu semua bukan hanya ujian moral sahaja, Tetapi juga ujian iman yang lebih ketat. Orang Semua yang tersebut di atas itu adalah kualiti-kualiti penting yang dituntut untuk membolehkan diri memasuki parti Allah. Tanpa mengikuti semua sifat itu, seseorang tidak akan boleh dimasukkan ke dalam kelompok teman-teman Allah. Sesungguhnya, itu semua bukan hanya ujian moral sahaja, Tetapi juga ujian iman yang lebih ketat. Orang

8. Tidak boleh menyebut-nyebut pemberian

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir...." (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:264)

9. Tidak boleh membanyak-banyakkan kekayaan

"....Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih". (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:34)

10. Tidak boleh mencari alasan mundur apabila diminta ikut berjihad di jalan Allah

"Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu (Muhammad) untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya". (Al- Qur'an, at-Taubah, 9:44-45)

11. Harus taat sepenuh hati kepada Allah

"Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan kerana mereka kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan". (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:54) "Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka

Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik". (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:67)

12. Tidak boleh menganggap membelanjakan harta di jalan Allah sebagai paksaan yang tidak sepatutnya

"Dan diantara orang-orang Arab Badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah), sebagai suatu kerugian...." (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:98)

13. Tidak boleh kikir

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir, sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu adalah orang-orang yang berkehendak (kepada)Nya; dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini". (Al-Qur'an, Muhammad, 47:38)

Saudara-saudara sesama Muslim Inilah kedudukan yang sebenamya daripada zakat, tiang agama anda itu. Jangan anda samakan kedudukannya dengan pajak yang dikenakan oleh pemerintah negara dunia. Tetapi zakat adalah penting dan urat nadi Islam. Zakat adalah ujian keimanan. Sebagaimana halnya seorang pelajar atau mahasiswa, baru boleh naik tingkatan apabila ia lulus menempuh ujian akhir yang diadakan sekolah atau tempatnya menuntut ilmu. Sama halnya dengan seorang Muslim, ia harus pula lulus menempuh berbagai tingkatan ujian pengorbanan harta benda supaya ia dapat menjadi seorang Muslim yang sebenamya walaupun, memang, ini bukanlah ujian yang terakhir. Setelah ujian ini masih ada lagi ujian yang lebih berat, iaitu ujian pengorbanan nyawa, yang akan saya jelaskan pada kesempatan lain. Ada pun ujian pengorbanan harta benda, adalah ujian terakhir dari testing masuk ke dalam lingkungan Islam, atau dengan kata lain, ke dalam parti Allah. Sekarang ini, sebahagian orang mengatakan: sudah terlalu banyak khutbah dan ceramah yang diberikan kepada kaum Muslimin, yang menyerukan agar mereka membelanjakan harta dan melarang menghambur-hamburkan wang; padahal dalam keadaan kemiskinan dan kemelaratan seperti sekarang ini, seharusnya mereka diberi ceramah tentang bagaimana mencari dan mengumpulkan wang. Orang-orang yang berkata seperti itu tidak mengerti bahawa zakat dan membelanjakan harta di jalan Allah, adalah merupakan ruh Islam; dan salah satu faktor yang telah menjerumuskan umat Islam ke dalam lembah kehinaan sekarang ini, adalah kerana tidak adanya semangat pengorbanan ini. Kejayaan ummat Islam runtuh bukan disebabkan adanya semangat berkorban, tetapi kerana matinya semangat ini. Dalam khutbah saya yang akan datang, saya akan menerangkan bahawa zakat dan sedekah adalah benar-benar ruh dari kehidupan bersama kita dan dalam keduanya terkandung semua berkat, tidak hanya untuk akhirat tetapi juga untuk kehidupan duniawi kita ini.