ERTI 'IBADAT

ERTI 'IBADAT

‘Ibadat berasal dari kata 'abd; ertinya adalah "pelayan" dan 'budak". Jadi, 'ibadat bererti "penghambaan" dan "perbudakan".

Apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain, melayani tuannya sebagaimana halnya seorang budak, dan bersikap terhadap orang itu sebagaimana terhadap seorang tuan atau majikan, maka perbuatan seperti itu disebut penghambaan dan 'ibadat. Berlawanan dengan ini, apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain dan juga memperolehi gaji daripadanya, tetapi tidak mahu melayaninya sebagaimana seorang budak terhadap tuannya, maka ia dikatakan tidak patuh dan membangkang, atau lebih tepat lagi, hal itu dapat dikatakan sebagai pengkhianatan.

Sekarang fikirkanlah bagaimana seharusnya tingkah laku seorang budak terhadap tuannya.

Kewajipan pertama dari seorang budak adalah memandang tuannya sebagai penguasa (lord), dan merasa berkewajipan untuk setia kepada orang yang menjadi tuannya, penunjang hidupnya, pelindung dan penjaganya, dan meyakini sepenuhnya bahawa tidak seorang pun selain tuannya itu yang layak mendapatkan kesetiaannya.

Kewajipan kedua dari seorang budak ialah selalu patuh pada tuannya, melaksanakan perintah-perintahnya dengan cermat, jangan sekali-kali enggan melayaninya, dan tidak mengatakan sesuatu pun atau mendengarkan perkataan dari siapa pun yang bertentangan dengan kehendak tuannya. Seorang budak dalam setiap saat, situasi dan keadaan, adalah tetap seorang budak. Ia sama sekali tidak mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ia akan mematuhi perintah tertentu dari tuannya dan membangkang perintah lainnya, atau bahawa ia menjadi budak tuannya untuk waktu-waktu tertentu dan bebas dalam waktu- waktu yang lain.

Kewajipan ketiga dari seorang budak adalah menghormati dan menghargai tuannya. Dia harus mengikuti cara yang ditentukan oleh tuannya sebagai sikap hormat kepada tuannya. Dia mestilah selalu hadir untuk memberi hormat pada waktu yang ditentukan oleh tuannya sebagai bukti bahawa dia benar-benar setia dan patuh kepada tuannya.

Inilah hal-hal yang mutlak yang harus dipenuhi dalam 'ibadat, iaitu pertama, kesetiaan terhadap tuan dan majikan; kedua, kepatuhan kepadanya; dan ketiga, penghormatan dan penghargaan terhadapnya. Apa yang dikatakan Allah dalam ayat:

"Tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu".

Ini bererti bahawa tujuan Allah menciptakan kedua-dua jenis makhluk itu, adalah agar mereka hanya setia kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang lain, agar mereka hanya mengikuti perintah-perintah Allah sahaja dan tidak mendengarkan perintah sesiapa pun yang bertentangan dengan perintahNya dan menundukkan kepala dengan hormat dan penghargaan hanya kepadaNya sahaja dan tidak kepada yang lain. Ketiga-tiga hal ini telah dirumuskan Allah dalam satu istilah yang komprehensif, iaitu 'ibadat. Inilah yang dimaksudkan dalam semua ayat di mana Allah memerintahkan agar manusia beribadat kepadaNya. Intisari ajaran Rasul saw dan ajaran rasul-rasul lain yang diutus Allah Ini bererti bahawa tujuan Allah menciptakan kedua-dua jenis makhluk itu, adalah agar mereka hanya setia kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang lain, agar mereka hanya mengikuti perintah-perintah Allah sahaja dan tidak mendengarkan perintah sesiapa pun yang bertentangan dengan perintahNya dan menundukkan kepala dengan hormat dan penghargaan hanya kepadaNya sahaja dan tidak kepada yang lain. Ketiga-tiga hal ini telah dirumuskan Allah dalam satu istilah yang komprehensif, iaitu 'ibadat. Inilah yang dimaksudkan dalam semua ayat di mana Allah memerintahkan agar manusia beribadat kepadaNya. Intisari ajaran Rasul saw dan ajaran rasul-rasul lain yang diutus Allah

Yang bererti bahawa hanya ada satu Penguasa yang berdaulat dan anda semua harus setia, bahawa Penguasa itu adalah Allah; bahawa hanya ada satu hukum yang harus anda patuhi, iaitu hukum Allah; dan bahawa hanya ada satu Zat yang harus disembah, iaitu Allah.