TIGA JALAN MENUJU KESESATAN

TIGA JALAN MENUJU KESESATAN

Sekarang saya akan menjelaskan kepada anda dari mana sebenarnya kekufuran dan bid'ah timbul. Al-Qur'an Suci mengatakan kepada kita bahawa kejahatan-kejahatan ini muncul melalui tiga sumber:

1. Mengikuti kemahuan sendiri Sumber yang pertaina adalah kemahuan diri manusia sendiri: “... Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa-nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Al-Qur'an, al-Qashash, 28:50).

Ayat di atas mengertikan bahawa faktor terbesar penyebab kesesatan manusia adalah dorongan-dorongan hawa nafsunya sendiri. Dan sama sekali tidak mungkin bagi seseorang untuk menjadi hamba Allah, sementara ia masih menuruti dorongan-dorongan hawa nafsunya sendiri. la akan terus-menerus memikirkan pekerjaan apa yang akan mendatangkan wang aginya, usaha apa yang akan membawa kemasyuran dan penghormatan orang padanya, ke mana ia harus mengejar kesenangan dan kepuasan,dan apa sahaja yang boleh memberikan kemudahan dan keselesaan hidup baginya. Ringkasnya, ia akan menempuh segala macam cara untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut, tak peduli apakah Allah melarang cara-cara tersebut. Dan ia takkan pernah mengerjakan suatu apapun yang dianggapnya tidak akan membawa tercapainya tujuan- tujuan tersebut, meskipun Allah memerintahkannya untuk mengerjakannya. Jadi Tuhan bagi orang seperti itu adalah dirinya sendiri (nafs), bukannya Allah Yang Agung. Jadi, bagaimana ia akan mendapat manfaat dari petunjuk Allah? Hal ini tejah diterangkan dalam ayat berikut:

"Terankanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." (Al-Qur'an, al-Furqan, 25:43-44).

Bahawa menjadi budak hawa nafsu adalah lebih hina daripada menjadi binatang, ini adalah suatu hal yang tidak perlu diragukan lagi. Anda tidak akan pernah melihat seekor binatang pun yang mahu melanggar batas-batas yang telah ditentukan Allah baginya. Setiap binatang memakan apa yang telah ditetapkan Allah baginya. la hanya melaksanakan fungsi yang telah ditentukan Allah baginya. Tetapi manusia adalah binatang yang apabila sudah menjadi budak hawa nafsunya sendiri, akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bahkan membuatkan syaitan sendiri gementar.

2. Mengikuti nenek-moyang tanpa berfikir

Yang tersebut di atas tadi adalah jalan pertama menuju kesesatan. Jalan yang kedua adalah mengikuti adat kebiasaan, kepercayaan-kepercayaan dan fikiran-fikiran, acara- acara ritual dan upacara-upacara yang biasa dilakukan oleh nenek-moyang, dan menganggapnya lebih penting daripada perintah Allah. Bila perintah-perintah Allah dibacakan, maka orang-orang yang suka mengikuti nenek-moyangnya akan bersikap keras bahawa mereka hanya akan mengikuti apa yang dilakukan oleh nenek-moyang mereka sahaja, dan akan melakukan apa yang telah menjadi kebiasaan keluarga dan suku bangsanya. Bagaimana orang yang telah terkena penyakit seperti ini akan dapat menjadi hamba Allah? Tuhan-tuhannya adalah nenek-moyangnya, keluarga dan suku bangsanya. Hak apa yang dimilikinya untuk mendakwa bahawa dirinya adalah seorang Muslim? Dalam hal ini al-Qur'an -juga memberikan peringatan yang keras:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah’, mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mercka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:170).

Di tempat lain dikatakan:

"Apabila dikatakan kepada mereka: 'Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah. dan mengikuti Rasul'. Mereka menjawab: 'Cukuplah untuk kami apa yng kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya'. Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek-moyang mereka walaupun nenek-moyang mereka itu tidak mengetahui apa- apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali scmuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Qur'an, Al- Maidah, 5:104-105).

Jahatnya kesesatan itu adalah sedemikian rupa, sehingga semua orang-orang bodoh di setiap zaman terkena cengkamannya. Kesesatan selama-lamanya telah mencegah mereka menerima bimbingan dari utusan-utusan Allah. Ketika Musa a.s. mengajak kaumnya untuk mengikuti Syari'ah Allah, mereka menjawab:

“Mereka berkata: ‘Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari “Mereka berkata: ‘Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari

Ketika Ibrahim a.s. memujuk kaumnya untuk meninggalkan kepercayaan syirik, “Mereka menjawab: ‘Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya (patung- patung)’”, (Al-Quran, 21:53).

Begitulah, masyarakat selalu mengatakan hal yang sama kepada setiap rasul: “Apa yang kamu sampaikan itu bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh nenek- moyang kami; kerana itu kami tidak boleh menerimanya” Demikianlah, dikatakan dalam al-Qur'an:

“Dan demikianlah, kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: ‘Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka. (Rasul itu) berkata: ‘Apakah (kamu akan mengikutinya juga) sekalipun aku membawa untukmu (agama) yang lebih (nyata) memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapa-bapamu menganutnya?’ Mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami mengingkari agama yang kamu diutus untuk menyampaikannya’. Maka Kami binasakan mereka maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.” (Al-Qur'an, az-Zukhruf, 43:23-25).

Setelah mengemukakan fakta-fakta ini, Allah Yang Maha Kuasa mengatakan: "Kamu ikuti nenek-moyang kamu atau kamu laksanakan perintah-perintah Kami. Pilih salah satu". Kerana kedua hal ini, memang, tidak boleh berdampingan bersama-sama. Bila anda mahu menjadi seorang Muslim, anda harus mematuhi apa yang diperintahkan oleh Allah dan membuang yang lain-lain.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah’. Mereka menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya'. Dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam seksa api yang menyala nyala (neraka)? Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah lah kesudahan segala urusan. Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu. Hanya kepada Kamilah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati”.

(Al-Qur'an, Luqman, 31:21-23).

3. Kepatuhan kepada selain Allah

Itulah tadi jalan yang kedua menuju kesesatan. jalan yang ketiga, seperti dinyatakan di dalam al-Qur'an, adalah apabila manusia mengetepikan perintah-perintah Allah, lalu mentaati perintah-perintah manusia dengan bermacam-macam alasan, misalnya “kerana Itulah tadi jalan yang kedua menuju kesesatan. jalan yang ketiga, seperti dinyatakan di dalam al-Qur'an, adalah apabila manusia mengetepikan perintah-perintah Allah, lalu mentaati perintah-perintah manusia dengan bermacam-macam alasan, misalnya “kerana

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah...” (Al-Qur'an, al-An’am, 6:116)

Ayat ini bererti bahawa manusia hanya boleh tetap berada di jalan yang benar, bila ia percaya seratus peratus kepada Satu Tuhan. Bagaimana manusia boleh bertemu jalan yang benar kalau ia percaya kepada ribuan tuhan, dan sebagai akibatnya, sekali waktu ia harus mematuhi tuhan ini dan sekali waktu tuhan yang lain?

Sekarang anda tahu bahawa ada tiga sebab seseorang menjadi sesat: Pertama :

Menjadi hamba kepada diri sendiri. Kedua : Menjadi hamba kepada adat kebiasaan nenek-moyang, keluarga dan suku bangsa. Ketiga : Menjadi hamba kepada manusia pada umumnya, termasuk orang-orang, kaya, pemerintah yang berkuasa, ulama-ulama dan kiyai-kiyai palsu, bangsa-bangsa yang sesat, dan unsur-unsur lain yang seperti itu.

Itulah berhala-berhala besar yang selalu menjadi sembahan-sembahan manusia. Maka barangsiapa yang mahu menjadi seorang Muslim yang sebenar, mestilah ia menghancurkan ketiga-tiga jenis berhala itu terlebih dahulu. Setelah itu barulah ia boleh menyebut dirinya seorang Muslim sejati. Kalau tidak, sulit baginya untuk disebut sebagai hamba Allah. Mungkin sahaja, dengan menjalankan solat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunjukkan tingkahlaku sebagai seorang Muslim ia boleh menipu orang kebanyakan, dan memujuk dirinya sendiri, bahawa ia adalah seorang Muslim, nainun ia tak mungkin boleh mengelabui Allah. 1,