APA YANG ANDA BACA DALAM SOLAT?

3. APA YANG ANDA BACA DALAM SOLAT?

Saudara-saudara sesama Muslim!

Dalam khutbah yang telah lalu, saya sudah menjelaskan bagaimana solat mempersiapkan manusia untuk melaksanakan ‘ibadat kepada Allah, yakni penghambaan dan kepatuhan kepadaNya. Apa yang telah saya katakan tentang dengan solat tentu telah dapat anda fahami. Seandainya seseorang mengerjakan solat secara teratur dan sedar bahawa hal itu adalah wajib dan merupakan perintah Allah, walaupun ia tidak mengerti erti bacaan- bacaan solat itu, namun rasa takut kepada Allah dan percaya bahawa Allah ada di mana- mana dan selalu melihatnya, serta yakin bahawa suatu hari nanti ia akan dihadapkan kepada pengadilanNya, maka semua fakta-fakta tersebut akan selalu terpelihara di dalam hatinya. Kepercayaan bahawa ia hanyalah budak kepada Allah, bukan budak dari siapa- siapa selainNya dan bahawa hanya Allahlah Penguasa dan Raja yang sebenarnya, akan selalu hidup dalam hatinya. Kebiasaan taat menjalankan kewajipan dan kesungguhan untuk melaksanakan perintah-perintah Allah akan tumbuh dalam dirinya. Semua sifat- sifat yang perlu untuk mengubah seluruh hidup manusia menjadi penghambaan dan peribadatan kepada Allah akan secara automatik berkembang dalam dirinya.

Sekarang saya ingin menekankan fakta bahawa bila orang tersebut mengerjakan solat dengan penuh pengertian akan ertinya, dan pemahaman akan bacaan-bacaannya, maka bayangkanlah betapa besar pengaruh yang akan ditimbulkannya terhadap fikiran- fikirannya, kebiasaan dan wataknya, dan betapa jauh kekuatan imannya akan berkembang, serta betapa hidupnya akan memiliki bentuk dan gaya yang baru.

ADZAN DAN PENGARUHNYA

Pertama-tama, marilah kita teliti masalah adzan. Selama sehari semalam anda diseru lima kali dengan kata-kata berikut:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allah maha Besar, Allah maha Besar.

Asyhadu anla ilaha illallah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah.

Asyhadu anna M.uhammadarrasulullah. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.

Hayya 'alas solah. Mart mengerjakan solat.

Hayya 'alal falah. Mari menuju kejayaan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

La ilaha illallah. Tidak ada Tuhan selain Allah.

Lihatlah, betapa kuatnya panggilan ini! Betapa suara ini bergema lima kali sehari dan mengingatkan anda bahawa "semuaorang besar di dunia ini yang mendakwa diri sebagai penguasa-penguasa adalah pembohong-pembohong belaka. Di seluruh langit dan bumi hanya ada satu Wujud yang memiliki sifat kebesaran, dan hanya Dialah yang patut dipuja dan disembah. Marilah kita menyembahNya. Dalam menyembahNya sahaja terletak kejayaan anda di dunia dan di akhirat". Siapakah yang tidak akan tergugat hatinya mendengar seruan-seruan ini? Bagaimana mungkin seseorang yang punya iman dalam hatinya akan diam, acuh tidak acuh sahaja, mendengarkan seruan yang demikian perkasa, dan tidak segera datang untuk bersujud di hadapan Allah?

WUDHU'

Ketika mendengar seruan adzan anda bangkit dari tempat duduk anda, dan pertama sekali anda harus memeriksa apakah tubuh anda bersih atau tidak, apakah anda sudah berwudhu' atau belum. Ini menunjukkan bahawa anda sedar bahawa pergi menghadap Allah, Penguasa alam semesta adalah berbeza jauh sekali dengan urusan-urusan keduniaan. Selain solat, semua pekerjaan-pekerjaan lain dapat dilakukan dengan keadaan bagaimanapun juga. Tetapi untuk solat, adalah sangat tidak sopan untuk melakukannya tanpa tubuh dan pakaian yang bersih, dan di atas semuanya, tanpa kesucian yang lebih tinggi, yakni wudhu'. Dengan perasaan ini anda mulaMula memeriksa kebersihan badan anda, lalu mengerjakan wudhu'. Apabila dalam berwudhu' itu anda mengingati Allah, dan setelah selesai mengerjakannya anda membaca do'a yang diajarkan oleh Rasullullah saw, maka tidak hanya badan anda sahaja yang bersih, Tetapi juga hati anda pun akan bersih pula. Do'a tersebut ialah:

Asyhadu an-La ilaha illallahu wahdahu La syarika lahu waasyhadu anna muhammadan 'abduhuu wa rasuuluhu, allah-ummaj'alni minattawwabiina waj 'lni minal mutathahhirin. "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah sendiri, tidak ada sekutu bagiNya; dan aku bersaksi bahawa Muham-mad adalah hamba dan UtusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku orang yang suci".

TAKBIR

Setelah itu anda berdiri untuk melakukan solat dengan muka menghadap qiblat. Dalam keadaan bersih dan rapi, anda berdiri di hadapan Penguasa alam semesta. Pertama-tama, anda mengucapkan kata-kata:

Allahu Akbar. "Allah Maha Besar".

Dengan pemyataan yang agung ini, anda mengangkat kedua tangan anda ke atas hingga sampai ke telinga anda, seolah-olah anda melepaskan diri dari bumi dan semua yang ada padanya. Lalu anda melipatkan tangan ke dada, hingga anda sekarang berdiri dengan khidmat di hadapan Penguasa anda dengan tangan terlipat. Setelah itu anda memuji Allah dengan kata-kata berikut:

TASBIH

Subhanakallahumma wa bihamdika wa tabarakasmuka wa ta 'ala jadduka wa la ilaaha ghairuk. "Ya Allah, Maha Suci dan Maha terpujilah Engkau, Maha Berkahlah NamaMu, Maha Tinggi KebesaranMu, dan tiada Tuhan selain Engkau".

TA'AWWUDZ (BERLINDUNG KEPADA ALLAH)

A'udzubillahi minash shaithanirrajim.

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan dan kejahatan syaitan yang terkutuk".

BISMILLAH (DENGAN NAMA ALLAH)

Bismillahirrahmaniirahim.

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

HAMD (PUJIAN BAGI ALLAH)

Alhamdu lillahi rabbil 'alamin. Arrahmanirrahim. Malikiyaumiddin. Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta 'in. Ihdinashshira-thal mustaqima. Shirathalladzina an'amta 'alaihim. Ghairilmaghdhubi 'alaihim wa ladhdhallin.

"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahi ni'mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat". (Al-Qur'an, al-Fatihah,1:2-7)

"Amin! Ya Allah kabulkan do'a kami ini".

Sesudah itu anda membaca beberapa ayat al-Qur'an, yang masing-masing mengandungi kebijaksanaan dan memiliki keindahan sendiri. Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi pengajaran-pengajaran, peringatan-peringatan, dan pelajaran-pelajaran, serta pengarahan Sesudah itu anda membaca beberapa ayat al-Qur'an, yang masing-masing mengandungi kebijaksanaan dan memiliki keindahan sendiri. Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi pengajaran-pengajaran, peringatan-peringatan, dan pelajaran-pelajaran, serta pengarahan

BEBERAPA SURAH AL-QUR'AN

1. Al-'Ashr

Wal'ashri. Innal insana lafi khusrin. Illalladzina amanu wa’amilush shalihati wa tawa shaw bil haqqi watawa shaw bishabbri. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalam soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-Quran, al-Ashr, 103:1-3)

Surah ini mengajarkan kepada kita bahawa satu-satunya jalan bagi manusia untuk selamat dari kehancuran dan kegagalan adalah iman dan amal saleh. Tetapi ini juga tidak cukup. Harus ada kelompok orang-orang beriman dan yang saling tolong-menolong dalam menjaga keutuhan din, dan dalam menegakkan din tersebut.

2. AI-Ma'un

Ara-aitalladzi yukadzdzibu biddin. Fadzalikalladzi yadu'-'ulyatim. Wa Ia yahudhdhu 'ala tha'amil miskin. Fawailul lilmushallin. Alladzina hum 'an solatihim sahun. Alladzina humyuraun. Wa yamna 'unal ma 'un. "Tahukah kamu (orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya; orang-orang yang berbuat riya, dan enggan (menolong dengan) barang berguna. (Al-Qur'an, al-Ma'un,107:1-7).

Surah ini mengajarkan kepada kita bahawa menolong anak-yatim dan orang miskin adalah keperluan dari ajaran sosial Islam. Tanpa ini manusia secara sosial tidak akan boleh bertemu dan menempuh jalan Allah yang lurus.

3. Humazah

Wailul li kulli humazatil lumazah, Alladzi jama 'a ma law wa 'addadah. Yahsabu anna ma lahu akhladah. Kalla layunbadzanna fil huthamah. Wa ma adrakamal huthamah. Narullahil muqadah, Allati taththali'u 'alal af'idah. Innaha 'alaihim mu 'shadah. Fi 'amadim mumaddadah.

"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta lagi menghitung-hitung, dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam huthamah. Dan tahukah kamu apa huthamah itu? (iaitu) api(yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (naik) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang". (Al-Qur'an, al-Humazah, 104:1-9)

Pendeknya, surah yang mana pun dari al-Qur'an yang anda baca dalam solat akan memberikan kepada anda suatu pengajaran atau bimbingan dan menunjukkan kepada anda perintah-perintah Allah yang harus anda ikuti di dunia ini.

RUKU' (MEMBONGKOK)

Setelah membaca ayat-ayat yang berisi pengajaran itu anda mengucapkan Allahu Akbar, dan melakukan ruku'. Dengan menempatkan kedua tangan anda pada lutut, anda membongkok di hadapan Allah dan mengucapkan:

Subhaana rabbial azim. "Maha Suci Penguasaku yang Maha Agung'.

Sebanyak tiga, lima atau tujuh kali. Kemudian anda berdiri tegak lagi dan mengucapkan:

Sami allahu liman hamidah. "Allah mendengarkan kepada orang yang memujiNya”.

SUJUD

Kemudian, dengan mengucap Allahu Akbar anda bersujud dan mengucapkan beberapa kali:

Subhana rabbial a 'la. "Maha suci Tuhanku yang Tinggi dan Luhur"

AT-TAHIYYAT (PENGHORMATAN)

Kemudian anda mengangkat kepala dengan mengucapkan Allahu Akbar dan duduk dengan khidmat lalu membaca:

Attahiyyatu lillahi washshalawatu waththayyihatu, assalamu'alaika ayyuhan-nabiyu wa rahmatullahi wa barakatuh. Assalamu 'alaina wa '-ala 'ibadullahishshalihin. Asyhadu anla ilaaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu waRasuluh.

"Segala penghormatanku, do'a-do'a, dan semua hal yang baik adalah bagi Allah. Semoga salam dilimpahkan kepadamu, wahai Nabi, juga rahmat Allah dan berkahNya. Semoga salam dilimpahkan kepada kami dan juga kepada semua hamba-hamba Allah yang saleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah Utusan Allah".

Sambil memberikan kesaksian ini, anda menaikkan telunjuk anda. Kerana dalam solat, hal ini merupakan pernyataan keimanan anda, dan perlu dilakukan untuk memberi tekanan khusus dalam mengucapkan pernyataan iman anda itu. Setelah itu anda membaca shalawat untuk Rasulullah saw.

SHALAWAT

Allahumma shalli ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammadin kama shallaita 'ala Ibrahima wa ala ali Ibrahima innaka hami-dum majid. Allahumma barik 'ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammadin kama barakta 'ala Ibrahima wa 'ala ali Ibrahima innaka hamidum majid.

"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Muhammaddan keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarganya. Sungguh, engkau Maha Terpuji dan Maha Luhur. Ya Allah, limpahkanlah berkah kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan berkah kepada Ibrahim dan keluarganya. Sungguh engkau Maha Terpuji dan Maha Luhur".

Setelah membaca shalawat ini anda berdo'a kepada Allah;

DO'A (PERMOHONAN)

Allahumma innii a 'uzu bika min azabi jahannam wa a 'usubika min 'azabil qubri wa a'uzu bika minfitnatilmasihiddaj-jal wa a 'uzu bika min fitnatil mahya wal mamati wa a 'uzubika minal maa-sini wal maghrim.

"Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari siksa jahannam, aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan dajjal yang menyesatkan, yang bermaharajalela di dunia, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan dalam hidup dan kematian. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari tanggungjawab perbuatan dosa dan hutang budi".

SALAM (UCAPAN KESELAMATAN PADA WAKTU MENGAKHIRI SOLAT)

Setelah membaca do'a tersebut di atas, selesailah solat. Sekarang anda akan mengundurkan diri dari hadapanNya, dan apakah hal pertama yang akan anda lakukan di saat anda mahu mengundurkan diri ini? Anda menolehkan kepala ke sebelah kanan dan kiri dan memohonkan keselamatan dan rahmat bagi semua yang hadir dan juga bagi seluruh makhluk:

Assalamu 'alaikum vwa rahmatullah "Semoga keselamatan dan rahmat dilimpahkan Allah kepadamu".

Ini adalah seperti khabar baik yang anda bawa kepada dunia sekembali anda dari hadrat Allah.

Yang tersebut di atas itu adalah solat yang anda lakukan diwaktu fajar di saat anda bangun dari tidur sebelum anda memulakan pekerjaan sehari-hari anda. Kemudian setelah sibuk selama beberapa jam dalam sesuatu pekerjaan, kembali anda datang ke Yang tersebut di atas itu adalah solat yang anda lakukan diwaktu fajar di saat anda bangun dari tidur sebelum anda memulakan pekerjaan sehari-hari anda. Kemudian setelah sibuk selama beberapa jam dalam sesuatu pekerjaan, kembali anda datang ke

Do'a-Qunut

Allahumma inna nasta'inuka wa nastaghfiruka wa nu'minu-bika wa natawakkalu 'alaika al khaira wa nasykuruka wa lanakfuruka wa nakhla'u wanatruku manyyafjuruk. Allahummaiyyaka na 'budu wa laka nushalli wa nasjudu wailaika nas 'a wa nahfidu wa narju rahmataka wa nakhsya atabaka innaazabaka bil kuffari mulhiq,

"Ya Allah, kami meminta pertolongan kepadaMu dan memohon ampun kepadaMu, kami beriman kepadaMu dan bertawakal kepadaMu serta memuji hanya kepadaMu. Kami bersyukur kepadaMu dan tidak mengingkari ni'matMu. Kami akan memutuskan hubungan dan meninggalkan orang yang membangkang kepada perintahMu, Ya Allah. Ya Allah, hanya kepadaMu kami menghamba; kepadaMu kami mengerjakan solat dan sujud; Engkaulah yang kami tuju, dan redhaMu lah yang kami cari. Kami mengharap rahmatMu dan takut pada siksaanMu. Sungguh, siksaanMu yang pedih akan menimpa mereka yang kafir.

SOLAT DAN PEMBINAAN MENTAL

Saudara-saudara sesama Muslim!

Bayangkanlah seorang yang mendengar suara adzan lima kali sehari dan merasakan bahawa sesuatu yang besar sedang dipersaksikan, dan bahawa kita semua diseru untuk menghadap Maharaja yang sangat perkasa dan berkuasa. Seorang yang setiap kali mendengar seruan ini meninggalkan semua pekerjaannya dan berlari menghadap Wujud yang Maha Agung tersebut, yang dipandangnya sebagai Junjungannya serta Junjungan seluruh alam semesta ini. Seorang yang setiap kali mahu mengerjakan solat mensucikan tubuh dan jiwanya dengan wudhu' dan mengerjakan perbuatan-perbuatan dalam solat dan membaca bacaan-bacaannya dengan penuh pengertian. Bagaimana mungkin rasa takut kepada Allah tidak akan timbul dalam hatinya, bagaimana ia tidak merasa malu melanggar perintah-perintah Allah? Bagaimana mungkin jiwanya tidak akan gementar setiap kali menghadap Allah, mengingat dosa-dosa dan kejahatan-kejahatan yang diperbuatnya? Bagaimana mungkin seorang yang mengatakan patuh dan menghamba kepada Allah, dan percaya bahawa Dia adalah penguasa hari pengadilan, dalam mengerjakan urusan dunianya ia berdusta,berlaku tidak jujur, merampas hak orang lain, menyuap dan menerima suap, memberi dan mengambil riba, merugikan dan menyakitkan hati sesama manusia, mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak sebukanoh dan Bayangkanlah seorang yang mendengar suara adzan lima kali sehari dan merasakan bahawa sesuatu yang besar sedang dipersaksikan, dan bahawa kita semua diseru untuk menghadap Maharaja yang sangat perkasa dan berkuasa. Seorang yang setiap kali mendengar seruan ini meninggalkan semua pekerjaannya dan berlari menghadap Wujud yang Maha Agung tersebut, yang dipandangnya sebagai Junjungannya serta Junjungan seluruh alam semesta ini. Seorang yang setiap kali mahu mengerjakan solat mensucikan tubuh dan jiwanya dengan wudhu' dan mengerjakan perbuatan-perbuatan dalam solat dan membaca bacaan-bacaannya dengan penuh pengertian. Bagaimana mungkin rasa takut kepada Allah tidak akan timbul dalam hatinya, bagaimana ia tidak merasa malu melanggar perintah-perintah Allah? Bagaimana mungkin jiwanya tidak akan gementar setiap kali menghadap Allah, mengingat dosa-dosa dan kejahatan-kejahatan yang diperbuatnya? Bagaimana mungkin seorang yang mengatakan patuh dan menghamba kepada Allah, dan percaya bahawa Dia adalah penguasa hari pengadilan, dalam mengerjakan urusan dunianya ia berdusta,berlaku tidak jujur, merampas hak orang lain, menyuap dan menerima suap, memberi dan mengambil riba, merugikan dan menyakitkan hati sesama manusia, mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak sebukanoh dan

Saudara-saudara!

Jadi ada kekurangan besar dalam solat anda. Dan kekurangan itu adalah bahawa anda tidak memahami apa yang anda baca dalam solat anda. Tetapi bila anda mahu menyediakan waktu sedikit sahaja, anda tentu akan boleh mengingati erti bacaan-bacaan dan do'a-do'a tersebut dalam bahasa yang anda fahami. Dan keuntungannya adalah anda akan memahami apa yang anda baca dalam solat anda itu.