KEADAAN UMAT ISLAM DI PUNJAB

KEADAAN UMAT ISLAM DI PUNJAB

Saudara-saudara! Menjadi hamba dari ketiga-tiga berhala yang saya sebutkan di atas tadi adalah syirik yang sebenar-benarnya. Anda semua telah dapat menghancurkan berhala-berhala dari batu, meruntuhkan kuil-kuil yang dibuat dari batu-bata, campuran kapur dan simen, tetapi anda hanya menaruh perhatian yang sedikit pada berhala-berhala dan kuil-kuil yang ada dalam diri anda sendiri. Menghancurkan berhala-berhala ini adalah urusan yang paling penting, bahkan menjadi prasyarat untuk menjadi seorang Muslim. Walaupun saya berbicara kepada seluruh ummat Islam, dan sedar bahawa bencana yang menimpa ummat Islam, di India khususnya dan di seluruh dunia pada umumnya, adalah akibat dari penyembahan mereka terhadap ketiga-tiga jenis berhala Saudara-saudara! Menjadi hamba dari ketiga-tiga berhala yang saya sebutkan di atas tadi adalah syirik yang sebenar-benarnya. Anda semua telah dapat menghancurkan berhala-berhala dari batu, meruntuhkan kuil-kuil yang dibuat dari batu-bata, campuran kapur dan simen, tetapi anda hanya menaruh perhatian yang sedikit pada berhala-berhala dan kuil-kuil yang ada dalam diri anda sendiri. Menghancurkan berhala-berhala ini adalah urusan yang paling penting, bahkan menjadi prasyarat untuk menjadi seorang Muslim. Walaupun saya berbicara kepada seluruh ummat Islam, dan sedar bahawa bencana yang menimpa ummat Islam, di India khususnya dan di seluruh dunia pada umumnya, adalah akibat dari penyembahan mereka terhadap ketiga-tiga jenis berhala

1. Perbezaan Kasta Dalam masyarakat Islam ada kelompok-kelompok Rajput, Gakhar, Mughul, Jat, dan

lain-lain. Islam telah mengajak anda semua untuk melupakan kelompok-kelompok tersebut dan membentuk satu masyarakat yang padu, bersaudara antara satu sama lain dan bersatu padu bagaikan sebuah tembok yang kuat. Tetapi anda semua masih berpegang kepada pemikiran-pemikiran Hindu. Sebagaimana halnya kasta-kasta yang terpisah antara satu sama lain dalam masyarakat Hindu, demikian pula anda semua, masih berpecah-pecah dalam suku-suku yang terpisah-pisah. Anda tidak saling kahwin-mengahwini seperti yang seharusnya dalam suatu masyarakat Islam. Antara satu suku dengan yang lain, tidak ada tali persaudaraan dan kasih-sayang. Di mulut, anda saling menyebut saudara-saudara sesama Muslim, tetapi dalam tindakan, anda tetap berpegang teguh pada perbezaan-perbezaan yang berlaku sebelum Islam. Perbezaan-perbezaan inilah yang telah mencegah anda untuk menjadi satu tembok yang kuat. Sebagai batu bata, anda masing-masing terlepas dari yang lain. Anda tidak boleh bangkit bersama-sama dan tidak pula mampu menghadapi bencana bersama- sama. Apabila anda diminta, sesuai dengan ajaran-ajaran Islam, untuk menyingkirkan perbezaan-perbezaan itu dan bersatu kembali, apa jawapan anda? Pasti anda akan menjawab: “Kami tidak boleh meninggalkan adat istiadat yang diwariskan oleh nenek-moyang kami”. Tahukah anda, apa jawapan Allah terhadap peryataan anda itu? Inilah: “Kamu boleh sahaja tidak meninggalkan adat kebiasaan warisan nenek- moyang kamu; kamu boleh sahaja meninggalkan tata cara peribadatan Hindu. Kami juga boleh memecah dan meremukkan kepala-kepala kamu dengan mencampakkan kamu ke dalam lumpur kehinaan dan kerendahan, walaupun kamu menjadi kelompok majoriti!

2. Ketidakadilan dalam warisan

Allah telah memerintahkan kepada anda semua untuk memberikan harta warisan kepada anak lelaki dan anak perempuan. Tetapi anda menjawab: “Menurut hukum adat, warisan nenek-moyang kami, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya tidak berhak memperoleh harta warisan, dan kami melaksanakan hukum adat warisan nenek- moyang kami dan tidak mengakui hukum Tuhan”. Demi Tuhan, katakanlah kepada saya, apakah ini jawapan orang Islam? Bila anda diminta untuk menghapuskan hukum warisan Allah telah memerintahkan kepada anda semua untuk memberikan harta warisan kepada anak lelaki dan anak perempuan. Tetapi anda menjawab: “Menurut hukum adat, warisan nenek-moyang kami, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya tidak berhak memperoleh harta warisan, dan kami melaksanakan hukum adat warisan nenek- moyang kami dan tidak mengakui hukum Tuhan”. Demi Tuhan, katakanlah kepada saya, apakah ini jawapan orang Islam? Bila anda diminta untuk menghapuskan hukum warisan

Itu hanya dua contoh sahaja. Kalau anda memerhatikan baik-baik, anda akan melihat penyakit-penyakit yang seperti itu yang masih bermaharajalela di dalam tubuh masyarakat Islam. Dan dalam penyakit-penyakit itu, anda akan melihat sekelompok orang yang menyembah satu berhala, yang lain menyembah dua berhala, dan yang lain lagi menyembah tiga berhala. Kalau ketiga bcrhala ini masih anda sembah, sedang anda semua mengaku sebagai orang-orang Muslim, bagaimana anda boleh mengharapkan rahmat Allah, yang hanya dijanjikan kepada orang-orang Muslim yang sebenarnya?