CABARAN ASEAN DALAM MENANGANI KONFLIK

5.5 CABARAN ASEAN DALAM MENANGANI KONFLIK

Pertubuhan ASEAN pada awalnya mengundang kritikan dan debat kepada pemerhati politik dan kajian antarabangsa. Hal ini kerana, segelintir kuasa barat memandang rendah akan kemampuan orang Asia dalam mentabdir negara sendiri apatah lagi untuk mentabdir dan mengawal isu-isu konflik di rantau Asia Tenggara. Tambahan lagi dengan kehadiran kuasa besar seperti China yang tiba-tiba menerjah seolah-olah mengundang satu bencana kepada ASEAN. Kemelut ini telah menguji dan mencabar organisasi ASEAN sebagai sebuah badan pendamai di rantau Asia Tenggara. Kemampuan ASEAN ini dinilai atas inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan dalam mengurangkan kadar risiko terjadinya peperangan di kawasan maritim tersebut. Namun begitu, disebabkan oleh beberapa faktor, kredibiliti ASEAN sedikit tercalar dan dianggap lemah oleh sesetengah pihak dan mengundang kritikan terhadap peranan ASEAN dalam mengurus masalah di kawasan rantau Asia Tenggara.

Cabaran ASEAN bermula ketika isu konflik bencana kemanusian yang tercetus di Myanmar semasa pemerintahan tentera junta. ASEAN dianggap begitu lembut dalam menyelesaikan konflik yang terjadi dan gagal untuk mempromosi sistem demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar walaupun mereka adalah sebahagian daripada negara anggota ASEAN. Konflik tidak terhenti di Myanmar kerana isu jerebu turut dibangkitkan di peringkat global yang berpunca daripada pembakaran terbuka di Indonesia. Seterusnya, konflik yang palaing mencabar bagi ASEAN adalah isu yang berdekad lamanya terjadi iaitu pertindihan di

Laut China Selatan antara negara China, Taiwan dan empat negara anggota ASEAN. Konflik ini turut mendapat perhatian dalam kalangan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Hal ini menambah tekanan kepada ASEAN mengurus konflik dalam kalangan negara anggota mereka. Walaupun ASEAN mempunyai dua prinsip utama dalam organisasi iaitu polisi tidak menggunakan kekerasan dan polisi tidak campur tangan, polisi ini mengundang ketidak puasan hati sesetengah pihak terutamanya kuasa barat yang menganggap prinsip ini tidak relevan.

Namun begitu, menurut Chetchaiwong (2012), bagi ASEAN polisi ini adalah satu cara dalam menggalakkan keamanan, keadilan dan hak asasi manusia. Polisi tidak campur tangan dalam

„ASEAN Way‟ ini mengundang kontroversi dalam kalangan pengkritik politik dan kajian antarabangsa kerana bagi kuasa barat mereka perlu ada dalam setiap konflik untuk membantu dalam menyelesaikan masalah. Pemimpin tertinggi ASEAN turut dikritik kerana gagal mempertahankan hak dan pendirian mereka terutama apabila berhadap dengan China dalam isu pertindihan Laut China Selatan. Pengaruh China begitu kuat di rantau Asia Tenggara kerana penyumbang terbesar kepada ekonomi Asia.

Tambahan lagi, konflik yang melanda di antara Filipina dan China ini adalah satu konflik yang besar dan berpotensi untuk meletakkan Asia Tenggara di ambang darurat. Berdasarkan sifat agresif China dalam kebangkitan empayar kerajaan, tidak mungkin mereka akan mengalah dan membiarkan Scarborough Shoal jatuh secara mutlak di tangan Filipina. Justeru, menurut Tong (2016), konflik yang melanda ini mencabar keupayaan ASEAN dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek ketenteraan dan ekonomi. Ancaman ketenteraan merupakan cabaran yang pertama kepada ASEAN untuk mengatasinya. Lebih merumitkan lagi, China dan Amerika Syarikat merupakan sekutu kepada negara anggota ASEAN. Hal ini telah menimbulkan dilema keselamatan yang tidak dapat dielakkan oleh negara anggota ASEAN untuk berhadapan dengan China dan Amerika Syarikat. Tambahan lagi, ASEAN Tambahan lagi, konflik yang melanda di antara Filipina dan China ini adalah satu konflik yang besar dan berpotensi untuk meletakkan Asia Tenggara di ambang darurat. Berdasarkan sifat agresif China dalam kebangkitan empayar kerajaan, tidak mungkin mereka akan mengalah dan membiarkan Scarborough Shoal jatuh secara mutlak di tangan Filipina. Justeru, menurut Tong (2016), konflik yang melanda ini mencabar keupayaan ASEAN dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek ketenteraan dan ekonomi. Ancaman ketenteraan merupakan cabaran yang pertama kepada ASEAN untuk mengatasinya. Lebih merumitkan lagi, China dan Amerika Syarikat merupakan sekutu kepada negara anggota ASEAN. Hal ini telah menimbulkan dilema keselamatan yang tidak dapat dielakkan oleh negara anggota ASEAN untuk berhadapan dengan China dan Amerika Syarikat. Tambahan lagi, ASEAN

Seterusnya, ancaman keselamatan di Scarborough sudah pasti akan menganggu aktiviti ekonomi nelayan Filipina. Menurut Tong (2016), walaupun tiada laporan serangan nelayan oleh kedua pihak di kawasan Laut China Selatan tetapi setidak-tidaknya ASEAN perlu mempunyai satu mekanisma untuk mempertahankan dan membantu nelayan yang mencari rezeki di kawasan Laut China Selatan. Tambahan lagi, forum seperti Fisheries Consultative Forum and a Strategic Plan of Action Cooperation on Fisheries 2016-2020 tidak mempunyai peraturan dan tatacara kepada nelayan sekiranya berlakunya serangan terhadap mereka. Justeru, untuk memantapkan lagi forum dan rundingan para nelayan ini ASEAN perlu memperkasakan dan berunding kod tatacara yang lebih efektif untuk membela nasib nelayan tempatan. Keselamatan para nelayan harus diambil kira oleh ASEAN kerana kawasan Laut China Selatan terutamanya Scarborough Shoal adalah lubuk rezeki kepada nelayan Filipina lebih lagi yang berpendapatan rendah. Kata putus dari ASEAN dan rundingan bersama China menentukan nasib dan punca rezeki nelayan di Laut China Selatan.

Dokumen yang terkait

ANALISIS PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH, INVESTASI SWASTA, DAN TENAGA KERJA TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI DI EKS KARESIDENAN BESUKI TAHUN 2004-2012

13 284 6

STRATEGI KOMUNIKASI POLITIK PARTAI POLITIK PADA PEMILIHAN KEPALA DAERAH TAHUN 2012 DI KOTA BATU (Studi Kasus Tim Pemenangan Pemilu Eddy Rumpoko-Punjul Santoso)

119 459 25

ANALISIS PROSES PENYUSUNAN PLAN OF ACTION (POA) PADA TINGKAT PUSKESMAS DI KABUPATEN JEMBER TAHUN 2007

6 120 23

ERBANDINGAN PREDIKSI LEEWAY SPACE DENGAN MENGGUNAKAN TABEL MOYERS DAN TABEL SITEPU PADA PASIEN USIA 8-10 TAHUN YANG DIRAWAT DI KLINIK ORTODONSIA RUMAH SAKIT GIGI DAN MULUT UNIVERSITAS JEMBER

2 124 18

HUBUNGAN ANTARA KONDISI EKONOMI WARGA BELAJAR KEJAR PAKET C DENGAN AKTIVITAS BELAJAR DI SANGGAR KEGIATAN BELAJAR KABUPATEN BONDOWOSO TAHUN PELAJARAN 2010/2011

1 100 15

INTENSI ORANG TUA DALAM PENGAMBILAN KEPUTUSAN UNTUK MENIKAHKAN ANAK PEREMPUAN DI BAWAH USIA 20 TAHUN DI KECAMATAN PAKEM KABUPATEN BONDOWOSO

10 104 107

PENGARUH HASIL BELAJAR PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP TINGKAT APLIKASI NILAI KARAKTER SISWA KELAS XI DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH DI SMA NEGERI 1 SEPUTIH BANYAK KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2012/2013

23 233 82

PENERAPAN MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE TPS UNTUK MENINGKATKAN SIKAP KERJASAMA DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV B DI SDN 11 METRO PUSAT TAHUN PELAJARAN 2013/2014

6 73 58

EVALUASI ATAS PENERAPAN APLIKASI e-REGISTRASION DALAM RANGKA PEMBUATAN NPWP DI KANTOR PELAYANAN PAJAK PRATAMA TANJUNG KARANG TAHUN 2012-2013

9 73 45

TINJAUAN HISTORIS GERAKAN SERIKAT BURUH DI SEMARANG PADA MASA KOLONIAL BELANDA TAHUN 1917-1923

0 26 47