SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR KONFLIK SCARB
SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA NUR NAZHIRA BINTI ZAKARIA 43248 PENYELIA: PUAN NURUL HUDA MARWAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN KAJIAN ANTARABANGSA 2016
KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM
MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA NUR NAZHIRA BINTI ZAKARIA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk
penganugerahan Sarjana Muda Sains Sosial (Program Kajian Antarabangsa)
Dengan Kepujian
FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Pengakuan Pelajar
Saya mengakui bahawa penulisan karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan,huraian dan ringkasan yang setiap satu telah dinyatakan sumbernya. Saya dengan sukacitanya menyerahkan hakcipta ini kepada pihak Fakulti Sains Sosial, untuk tujuan penerbitan sekiranya didapati sesuai.
Tarikh Serahan Nur Nazhira Binti Zakaria
Pengesahan Penyelia
Projek Tahun Akhir yang bertajuk KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA, telah diusahakan dan diserahkan oleh NUR NAZHIRA BINTI ZAKARIA (43248) sebagai memenuhi syarat pengijazahan sarjana muda Sains Sosial (Program Kajian Antarabangsa) Dengan Kepujian.
Tarikh Serahan Puan Nurul Huda Marwan Penyelia, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
__________________________ Dekan,
Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak,
KANDUNGAN HALAMAN PENGHARGAAN i ABSTRAK ii ABSTRACT iii BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Latar Belakang 1 –5
1.2 Kenyataan Masalah 5 –8
1.3 Persoalan Kajian 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.6 Skop Kajian 11
1.7 Kerangka Konsep 12 – 14
1.8 Limitasi Kajian 15
1.9 Kesimpulan 16 BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 17
2.1 Maksud Konflik dan Pertikaian 17 – 18
2.2 Kebangkitan Kuasa China 19 – 21
2.3 Konsep dan Undang-undang Laut 22 – 24
2.4 Kesimpulan 24 BAB 3 LATAR BELAKANG
3.0 Pengenalan 25
3.1 Sejarah Konflik 25 – 29
3.2 Nine-Dash Line 30 – 33
(Kawasan Tuntutan China)
3.3 Kesimpulan 34
BAB 4 KEPENTINGAN NASIONAL
4.0 Pengenalan 35
4.1 Permulaan Konflik 35 – 39
4.2 Polisi Pemerintah 40
4.2.1 Dasar President Benigno Aquino 40 – 42
4.2.2 Dasar President Rodrigo Durterte 42 – 44
4.3 Kepentingan Nasional Negara 45
4.3.1 China 45 – 49
4.3.2 Filipina 50 – 53
4.4 Kesimpulan 54 BAB 5 ANALISIS PERANAN ASEAN
5.0 Pengenalan 55
5.1 „ASEAN Way‟ 55 – 57
5.2 Peranan ASEAN 58 – 60
5.3 Pengurusan Konflik 61 – 62
5.3.0 Rundingan China-ASEAN 63 – 65
5.3.1 Kod Tatacara Laut China Selatan 66 – 69
5.4 ASEAN Regional Forum (ARF) 70 – 72
5.5 Cabaran ASEAN 73 – 75
5.6 Kesimpulan 76 BAB 6 KESIMPULAN
6.0 Pengenalan 77
6.1 Kesimpulan 77 – 78
6.2 Cadangan 78 – 80 RUJUKAN 81 – 85
PENGHARGAAN
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya saya berjaya untuk menyiapkan projek tahun akhir (PTA) yang bertajuk KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA. Kejayaan untuk menyiapkan projek ini juga tidak akan menjadi sekiranya tiada sokongan moral, bantuan, galakan dan tunjuk ajar dari semua pihak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya iaitu Puan Nurul Huda Binti Marwan atas segala ilmu yang beliau curahkan kepada saya sepanjang penghasilkan PTA ini. Tanpa bimbingan, idea dan motivasi beliau, saya mungkin tidak mampu untuk menyiapkan PTA ini dalam masa yang telah ditetapkan.
Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan menjadi tulang belakang kepada saya dalam menyiapkan PTA ini. Sokongan daripada mereka berdua ini telah menguatkan semangat saya untuk menghasilkan PTA ini dengan baik.
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bersama-sama saya ketika susah dan senang semasa proses penghasilan PTA ini. Terima kasih saya ucapan kepada rakan-rakan yang sudi memberi cadangan dan informasi berkenaan dengan tajuk PTA saya. Pengalaman sepanjang proses menjalankan PTA ini akan menjadi sesuatu yang tidak ternilai bagi saya. Sekian terima kasih.
ABSTRAK
Scarborough Shoal merupakan salah satu kawasan maritim di Laut China Selatan yang menjadi rebutan negara China dan Filipina. Kedaulatan dan keselamatan negara Filipina tergugat dengan kehadiran kapal maritim China yang dianggap menceroboh sempadan perairan negara mereka. Konflik semakin memuncak pada tahun 2012 apabila sepasukan tentera maritim Filipina menangkap sekumpulan nelayan yang memancing ikan secara haram di Scarborough. Filipina menganggap insiden ini sebagai provokasi kerajaan China untuk menuntut hak kuasa mereka di Scarborough Shoal. Justeru, konflik ini telah menjadi tanggungjawab ASEAN sebagai sebuah organisasi pendamai di Asia Tenggara yang turut dianggotai oleh Filipina. ASEAN amat diperlukan untuk merangka strategi bersama negara yang terlibat bagi mengawal tekanan dan mencari jalan penyelesaian secara aman di perairan Laut China Selatan. Kajian yang dijalankan ini telah menggunakan kaedah kualitatif dan secondary data dengan membuat rujukan dari buku, journal dan berita semasa untuk memperkukuhkan lagi analisis dan kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini berfokus dengan kepentingan nasional negara China dan Filipina dalam menuntut Scarborough Shoal serta peranan ASEAN sebagai pengantara mencari jalan pendamaian untuk menyelesaikan konflik tuntutan bertindih ini.
Kata Kunci: Sejarah konflik Scarborough Shoal, Tuntutan Maritim, Kepentingan Nasional, Kedaulatan, Keselamatan, Peranan ASEAN.
ABSTRACT
Scarborough Shoal is one of the maritime areas in South China Sea that becomes a bone of contention between China and Philippines. The presence of Chinese maritime vessels invaded Philippines territorial water as their country threatened Philippine sovereignty and national security. The conflict escalated in 2012 when Philippine maritime forces arrested
a group of Chinese fishermen that fishing illegally in Scarborough. Thus, Philippines government considered this incident as a provocation from Chinese government to claim their jurisdiction in Scarborough Shoal. Besides that, this conflict has becomes the ASEAN responsibility as an organization of peace in Southeast Asia that also comprises the Philippines as a members. ASEAN is needed to formulate a joint strategy with the involved countries and find ways of peaceful solution and control the pressure in South China Sea. This study has used qualitative methods and secondary data with the reference of a book, journal and current news to strengthen the analyzes and research conducted. To crown it all, this study focuses on the national interests of China and the Philippines in claim Scarborough Shoal and the role of ASEAN as a mediator to find a way of reconciliation to resolve this conflict overlapping claims.
Keywords: History of conflict in Scarborough Shoal, Maritime Claims, National Interest, Sovereignty, Security, ASEAN roles.
KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL : PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA
BAB 1 : PENGENALAN
1.1PENGENALAN
Bab ini akan memberi pengenalan ringkas tentang permulaan konflik yang berlaku antara China dan Filipina disebabkan oleh perebutan kawasan sempadan maritim di Scarborough Shoal iaitu kawasan perairan Filipina. Perebutan bertindih antara China dan Filipina di kawasan ini bermula apabila China mula menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan hanya disebabkan oleh faktor sejarah negara mereka. Justeru, melalui bab ini kita dapat melihat permulaan konflik diScarborough dan sebab keinginan negara China dan Filipina untuk mendapatkannya dan peranan ASEAN sebagai sebuah organisasi pendamai di Asia Tenggara.
1.1.1 Latar Belakang Kajian
Pertelingkahan perebutan sempadan dan kedaulatan di kawasan Asia sememangnya sudah lama terjadi terutamanya di kawasan perairan yang sangat mengundang kontroversi dan konflik sehingga mendapat perhatian antarabangsa iaitu Laut China Selatan. Hal ini kerana, perairan Laut China Selatan ini merupakan laluan perairan antarabangsa yang paling strategik dan di kelilingi oleh negara Asia seperti China, Taiwan dan negara ASEAN. Di samping itu, keistimewaan dan kelebihan semula jadi yang ada di kawasan perairan ini seperti kaya dengan sumber minyak dan perikanan juga telah menyebabkan ia menjadi rebutan bertindih antara negara Asia yang bercita-cita tinggi untuk memilikinya, terutamanya China atas dasar keselamatan nasional dan kepentingan nasional negara.
Di samping itu, China juga melihat potensi yang ada di Laut China Selatan sebagai batu loncatan kepada mereka untuk menjana ekonomi negara mereka sendiri dan kuasa mereka. China menuntut hak mereka terhadap pemilikan Laut China Selatan hanya disebabkan oleh dasar sejarah dan menganggap bahawa sejak zaman nenek moyang lagi mereka sudah menggunakan laluan perairan di Laut China Selatan sebagai laluan untuk urusan perdagangan dan penangkapan ikan. China juga mendakwa bahawa mereka terlebih dahulu menemui perairan Laut Selatan ini. Justeru, berakar umbi dari masalah ini maka bermulalah pertelingkahan China dengan negara ASEAN untuk menuntut hak kedaulatan wilayah mereka terutamanya di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracels. Sehubungan itu, dari konflik di Laut China Selatan ini jugalah bermulanya pertelingkahan antara China dan Filipina terhadap tuntutan mereka di Scarborough Shoal. Nama kawasan ini di ambil apabila satu tragedi kapal perdagangan teh bernama Scarborough milik Syarikat India Timur telah melanggar batu-batu di kawasan tersebut pada 12 September 1782 sehingga menyebabkan semua kemudi kapal mati (Farmer,2015). Scarborough Shoal terletak di barat laut Filipina dan lebih dikenali sebagai Panatag Shoal , Bajo de Masinloc atau Karburo bagi Filipina dan Hyuangyang atau Minzhu Jiao bagi China. Scarborough shoal merujuk kepada gugusan batu-batu, pulau-pulau kecil dan kawasan terumbu dalam bentuk segi tiga serta merupakan satu kawasan beting yang kaya dengan sumber semula jadi untuk membekalkan protein kepada manusia terutamanya hidupan laut seperti ikan. Kawasan Scarborough ini berada 135 batu nautika dari Subic Bay dan daratan terdekat adalah Palauig, Zambales (Castro, 2013). Hal ini juga menyebabkan Scarborough menjadi pusat tumpuan para nelayan dari China dan Filipina untuk mencari sumber rezeki dan menjana ekonomi dalam sektor perikanan. Scarborough Shoal terletak dalam kawasan „nine - dash line‟ China iaitu kawasan tuntutan maritim China terhadap perairan konflik tersebut. Kawasan wilayah yang dituntut China Di samping itu, China juga melihat potensi yang ada di Laut China Selatan sebagai batu loncatan kepada mereka untuk menjana ekonomi negara mereka sendiri dan kuasa mereka. China menuntut hak mereka terhadap pemilikan Laut China Selatan hanya disebabkan oleh dasar sejarah dan menganggap bahawa sejak zaman nenek moyang lagi mereka sudah menggunakan laluan perairan di Laut China Selatan sebagai laluan untuk urusan perdagangan dan penangkapan ikan. China juga mendakwa bahawa mereka terlebih dahulu menemui perairan Laut Selatan ini. Justeru, berakar umbi dari masalah ini maka bermulalah pertelingkahan China dengan negara ASEAN untuk menuntut hak kedaulatan wilayah mereka terutamanya di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracels. Sehubungan itu, dari konflik di Laut China Selatan ini jugalah bermulanya pertelingkahan antara China dan Filipina terhadap tuntutan mereka di Scarborough Shoal. Nama kawasan ini di ambil apabila satu tragedi kapal perdagangan teh bernama Scarborough milik Syarikat India Timur telah melanggar batu-batu di kawasan tersebut pada 12 September 1782 sehingga menyebabkan semua kemudi kapal mati (Farmer,2015). Scarborough Shoal terletak di barat laut Filipina dan lebih dikenali sebagai Panatag Shoal , Bajo de Masinloc atau Karburo bagi Filipina dan Hyuangyang atau Minzhu Jiao bagi China. Scarborough shoal merujuk kepada gugusan batu-batu, pulau-pulau kecil dan kawasan terumbu dalam bentuk segi tiga serta merupakan satu kawasan beting yang kaya dengan sumber semula jadi untuk membekalkan protein kepada manusia terutamanya hidupan laut seperti ikan. Kawasan Scarborough ini berada 135 batu nautika dari Subic Bay dan daratan terdekat adalah Palauig, Zambales (Castro, 2013). Hal ini juga menyebabkan Scarborough menjadi pusat tumpuan para nelayan dari China dan Filipina untuk mencari sumber rezeki dan menjana ekonomi dalam sektor perikanan. Scarborough Shoal terletak dalam kawasan „nine - dash line‟ China iaitu kawasan tuntutan maritim China terhadap perairan konflik tersebut. Kawasan wilayah yang dituntut China
1, China dilihat begitu terdesak menginginkan kawasan-kawasan penting di Laut China Selatan iaitu Kepulauan Paracels, Kepulauan Spratlys dan Scarborough Shoal. Di samping itu juga, kawasan tuntutan China ini termasuk dalam kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE) yang telah termaktub dalam Artikel 55 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Undang-undang Laut (UNCLOS). Menurut UNCLOS (1989), mana-mana kawasan yang berada dalam lingkungan 200 batu nautika di baseline negara tersebut akan menjadi hak milik negara itu. Justeru, undang-undang ini memberi keistimewaan bidang kuasa wilayah kepada Filipina untuk memiliki Scarborough kerana berada berdekatan dengan sempadan Filipina. Tambahan lagi, China dan Filipina sudah menandatangani perjanjian undang- undang laut dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 6 Julai 1996.
Rajah 1: „Nine-Dash Line‟
Sumber: UNCLOS, 2012
Menurut (Jay Senap, 2015), pertelingkahan antara China dan Filipina ini juga bermula dengan isu sejarah apabila China mendakwa bahawa mereka yang terlebih dahulu menjumpai
Scarborough Shoal ini dan menjadi tempat aktiviti penangkapan ikan bagi nelayan China sejak berkurun lama. Tambahan beliau lagi, kerajaan Filipina bercadang untuk membawa isu ke Tribunal Antarabangsa berkaitan dengan undang-undang laut (UNCLOS) dan Mahkamah Antarabangsa untuk menyelesaikan masalah antara dua negara ini selepas gagal mendapat kata sepakat dan simpati dengan ASEAN. Namun begitu, China tidak bersetuju jika isu ini diselesaikan oleh pihak antarabangsa kerana China mahu menggunakan perbincangan bilateral dengan kerajaan Filipina untuk menyelesaikan masalah ini. Tambahan lagi, kedua buah negara ini dilihat masing-masing tidak mahu mengalah untuk menuntut hak pemilikan kawasan Scarborough kerana mereka menyedari akan kepentingan Scarborough ini demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Sumber mineral dan minyak yang terdapat di Scarborough Shoal ini dikatakan mampu untuk menampung rakyat China selama 30 tahun. Ini membuktikan khazanah laut yang terdapat di Scarborough ini masih belum dirungkai
sehingga beting tersebut turut di gelar sebagai “pulau harta”. Rentetan daripada konflik ini juga, Filipina dan China pernah menandatangani satu deklarasi
pada tahun 2002 yang dikenali sebagai Declaration on the Conduct of Parties di Laut China Selatan bersama dengan 10 negara anggota ASEAN yang lain. Tujuan deklarasi ini dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian isu-isu pertikaian wilayah antara negara yang terlibat dengan konflik di Laut China Selatan ini dengan aman damai. Di samping itu juga, konflik ini haruslah diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 atau dikenali sebagai UNCLOS (Farmer, 2015). Secara kesimpulannya, isu konflik Scarborough Shoal antara China dan Filipina ini sememangnya menjadi beban kepada ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang mementingkan perdamaian dan rundingan yang telus antara kedua pihak. Justeru, ASEAN seharusnya lebih proaktif dalam menangani isu ini sebelum keadaan menjadi semakin rumit.
Di samping itu juga, kekayaan sumber laut yang terdapat di Scarborough Shoal ini telah menjadi pencetus kepada konflik antara China dan Filipina ini demi kelangsungan ekonomi dan kepentingan nasional negara masing-masing.
1.2KENYATAAN MASALAH
Konflik yang berlaku di Scarborough telah sedikit sebanyak mengganggu gugat hubungan diplomatik yang terjalin di antara negara China dan Filipina. Perselisihan kedua buah negara ini turut memaksa ASEAN untuk turut campur tangan dalam menyelesaikan konflik pertindihan kawasan di Laut China Selatan. Pada April 2012, perselisihan dua buah negara ini semakin tegang apabila Tentera Laut Filipina menangkap sekumpulan nelayan China di Scarborough kerana mereka di anggap menceroboh kawasan sempadan Filipina. Tindakan kerajaan China yang membiarkan sekumpulan nelayan mereka memasuki wilayah Scarborough ini dianggap sebagai provokasi kepada kerajaan Filipina. Oleh hal yang demikian, kerajaan Filipina berusaha keras untuk meningkatkan aspek keselamatan di kawasan tersebut demi untuk menjaga kedaulatan negara mereka ke atas Scarborough Shoal sebagai harta negara. Kerajaan Filipina seboleh-bolehnya mahu mempertahankan hak mereka terhadap Scarborough Shoal. Di samping itu, kerajaan Filipina turut meluluskan satu undang- undang yang dikenali sebagai Philippines Archipelagic Baseline Law yang memberi kuasa kepada kerajaan mereka untuk menjalankan rondaan dan menjaga Scarborough Shoal daripada dicerobohi pihak luar.
Insiden yang terjadi ini telah menjadi isu cabaran dalam aspek keselamatan maritim antara China dan Filipina. Sehubungan itu, isu ini sampai ke pengetahuan ASEAN dan dibincangkan dalam ASEAN Defense Ministers Meeting (ADMM). Perbincangan ini diadakan di Phnom Penh, Kemboja selaku tuan rumah ASEAN pada ketika itu pada 28 hingga 30 Mei 2012. Pada mulanya, ASEAN dilihat gagal untuk mencapai kata sepakat dan
rundingan dengan China kerana Kemboja enggan menerima pergeseran konflik Scarborough Shoal dan definisi Zon Eksklusif Ekonomi antara China dan Filipina ini sebagai kenyataan bersama ASEAN walaupun permasalahan ini diutarakan oleh kerjaan Filipina iaitu salah satu negara anggota ASEAN (Azmi Hassan, 2012). Justeru itu, ASEAN menolak isu ini sebagai masalah dalam organisasi tetapi masalah bilateral antara China dan Filipina. Namun begitu, semasa perbincangan bersama ADMM ini kedua buah negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara aman untuk mengelakkan provokasi dari dua pihak yang terbabit. Menurut Cook (2012), pertelingkahan di Laut China Selatan antara China dan Filipina ini merupakan cabaran keselamatan yang paling menonjol pada ketika ini dan menjadi cabaran kepada ASEAN untuk merealisasikan ASEAN Political- Security Community (APSC) menjelang tahun 2020. Hal ini kerana, tuntutan China ini tidak hanya menjejaskan Filipina sahaja tetapi sesetengah negara anggota ASEAN yang lain seperti Malaysia, Vietnam, Brunei, dan Thailand. Oleh hal yang demikian, ASEAN perlu bersikap lebih tegas dan menerima konflik ini sebagai masalah yang perlu diselesaikan bersama negara anggota dan China.
Kegagalan ASEAN menyelesaikan masalah ini telah menjadi aib kepada organisasi itu sejak
45 tahun penubuhannya. Namun begitu, bagi menebus kegagalan itu ASEAN telah merangka Kod Tatacara Laut China Selatan yang dikeluarkan pada Julai 2012. Melalui Kod Tatacara Laut China Selatan akan berada di bawah tekanan diplomasi untuk menerima cadangan ASEAN ini (Cook, 2015). Kod tatacara ini juga dijadikan sebagai satu mekanisma untuk menghalang penglibatan Amerika Syarikat dan kuasa asing yang lain dalam mencampuri urusan di Laut China Selatan sekali gus konflik di Scarborough Shoal walaupun terdapat pangkalan ketenteraan mereka di Subic Bay. Di samping itu, kod tatacara ini juga akan mengawal segala aktiviti yang boleh mengancam keselamatan serantau di kawasan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa ASEAN mula bertindak tegas ke atas Beijing mahupun kuasa lain demi menjaga keamanan negara anggota mereka daripada diceroboh negara luar.
Tambahan lagi, pada tahun yang sama juga China mengejutkan dunia apabila tiba-tiba menghantar sebanyak 1 200 tentera di kawasan pertikaian wilayah iaitu berhampiran dengan Kepulauan Paracels. Tujuan utama China menempatkan tentera laut mereka di kawasan pertikaian sebagai salah satu cara tunjuk perasaan kepada Vietnam dan Filipina bahawa mereka bersedia untuk memilitarisasikan kawasan tersebut. Hal ini amat membimbangkan negara anggota ASEAN yang lain kerana mereka tidak mempunyai senjata ketenteraan yang canggih seperti mana China yang merupakan antara kuasa ketenteraan yang kuat dan canggih di dunia. Justeru itu, peranan ASEAN amat diperlukan untuk mengelak permasalahan ini berlaku dengan lebih rumit lagi.
Namun, China sekali lagi menggugat keselamatan maritim negara Asia. Pada tahun 2015, China bercadang mahu mengetatkan lagi aspek keselamatan di Scarborough Shoal dengan menghantar 16 pesawat dan 350 kapal untuk memerhati, mengawasi dan menjaga keadaan maritim di kawasan tersebut. Tindakan China ini telah melanggar undang-undang laut kerana bertindak memeriksa kapal-kapal asing yang lalu di kawasan tersebut seolah-olah Scarborough berada dalam bidang kuasa negara mereka. Justeru itu, kerajaan Filipina menggunakan kesempatan sebagai sekutu Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Pertahan Bersama (Mutual Defense Treaty) untuk mempertahankan hak mereka dan mengancam China (Cook, 2012).
Secara kesimpulannya, konflik Scarborough ini bermula apabila satu pihak mula mencabar satu pihak yang lain sebagai provokasi untuk merebut kepulauan kecil itu. Di samping itu juga, atas faktor mahu memperluaskan kuasa di kawasan Asia Tenggara China dilihat begitu terdesak sehingga sanggup menempatkan sekumpulan tentera mereka di kawasan Scarborough. Keadaan memberi ancaman keselamatan bukan sahaja negara Filipina tetapi negara anggota ASEAN yang lain. Hal ini demikian mereka mengetahui cita-cita tinggi negara China yang mahu menguasai hampir 80 peratus kawasan Laut China Selatan.
1.3PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
1) Apakah sejarah berlakunya konflik tuntutan Scarborough Shoal antara China dan Filipina?
2) Mengapakah Scarborough Shoal menjadi kepentingan nasional terhadap negara China dan Filipina?
3) Di manakah peranan ASEAN dalam menangani isu konflik Scarborough Shoal antara negara China dan Filipina?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1) Mengenal pasti sejarah berlakunya konflik tuntutan Scarborough Shoal antara
China dan Filipina.
2) Mengkaji kepentingan nasional negara China dan Filipina terhadap Scarborough Shoal.
3) Menganalisis peranan ASEAN dalam menangani isu konflik Scarborough Shoal
antara negara China dan Filipina.
1.5KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kajian yang dijalankan ini, saya mendapati bahawa konflik yang melanda di sempadan perairan negara berpotensi tinggi mengancam keselamatan serantau. Sehubungan itu, kepentingan keselamatan negara amat dititikberatkan untuk mengelak konflik ini menjadi semakin rumit. Justeru itu, melalui kajian ini kepentingan diplomasi antara dua buah negara
ini penting untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan konflik yang berlaku khususnya di Scarborough Shoal demi kepentingan keselamatan serantau. Di samping itu, melalui kajian ini juga saya memahami sedikit sebanyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh kedua buah negara untuk menyelesaikan konflik pertikaian wilayah mereka. Misalnya, mengutarakan masalah ini kepada ASEAN, UNCLOS dan Mahkamah Antarabangsa bagi membantu kedua negara ini menemui jalan penyelesaian dan menjalankan tugas mereka sebagai pendamai sesuatu konflik. Menerusi rundingan dengan pihak ketiga ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku peperangan yang terjadi antara China dan Filipina. Hal ini kerana, sekiranya berlaku peperangan sudah pasti akan menjejaskan negara serantau yang lain dan keadaan akan bertambah buruk. Selain itu, secara tidak langsung saya memahami teori-teori kajian antarabangsa yang digunakan semasa kajian ini dijalankan. Misalnya, perbincangan dua hala dan rundingan diadakan sebagai satu cara untuk mencapai kata sepakat dan keadilan bagi kedua pihak. Menerusi kaedah ini, kekuatan ketenteraan dapat di elakkan dan provokasi antara China dan Filipina juga berjaya di hentikan. Di samping itu, melalui kajian ini juga saya memahami kesungguhan sesebuah negara untuk melindungi sempadan negara demi menjaga kedaulatan dan kepentingan nasional negara.
1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian saya lebih berfokus kepada konflik perebutan Scarborough Shoal antara dua buah negara iaitu China dan Filipina pada abad ke-21 ini. Hal ini kerana, sejak akhir-akhir ini China dilihat begitu agresif untuk memiliki keseluruhan perairan Laut China Selatan termasuk Scarborough Shoal walaupun ia berada berdekatan dengan sempadan negara Filipina. Di samping itu juga, pada abad ini China telah bangkit sebagai salah satu kuasa Skop kajian saya lebih berfokus kepada konflik perebutan Scarborough Shoal antara dua buah negara iaitu China dan Filipina pada abad ke-21 ini. Hal ini kerana, sejak akhir-akhir ini China dilihat begitu agresif untuk memiliki keseluruhan perairan Laut China Selatan termasuk Scarborough Shoal walaupun ia berada berdekatan dengan sempadan negara Filipina. Di samping itu juga, pada abad ini China telah bangkit sebagai salah satu kuasa
1.7 KERANGKA KONSEP
Sub topik ini membincangkan konsep-konsep kajian antarabangsa yang sesuai digunakan dalam menyelesaikan konflik di Scarborough Shoal. Masalah konflik yang melanda antara negara China dan Filipina ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan mengancamkan keselamatan negara masing-masing. Sehubungan itu, China dan Filipina menggunakan kaedah perbincangan secara bilateral untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian konflik
Scarborough ini. Hal ini kerana China tidak mahu rundingan ini akan terbatal dan dikhianati sekiranya ia membabitkan pihak ketiga dalam konflik ini. Tambahan lagi, menurut (Jay Senap, 2015) China berasa terancam dan terpinggir sekiranya konflik ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa dan UNCLOS kerana undang-undang pastinya akan berpihak kepada Filipina kerana Scarborough hanya berada kira-kira 124 batu nautika manakala China menuntut Scarborough sebagai hak mereka hanya disebabkan atas dasar sejarah lampau dan berada lebih kurang 500 batu nautika dari Scarborough.
Tambahan lagi, konflik ini turut mendapat perhatian Amerika Syarikat. Buktinya, pada Julai 2010 semasa Forum Serantau ASEAN di Hanoi, Vietnam diadakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton mencadangkan bahawa kaedah multilateral digunakan untuk menyelesaikan konflik pertikaian kedaulatan maritim di Laut China Selatan dan menolak kaedah bilateral kerana ia akan berpihak kepada China. Hal ini kerana China mempunyai kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang hebat dari Manila. Rentetan daripada forum ini China mengutuk ASEAN kerana memberi platform kepada Amerika Syarikat untuk menguasai kawasan Asia Tenggara. Selain itu, China juga tidak mahu Amerika Syarikat mencampuri konflik di Laut China Selatan kerana China bimbang sekiranya Amerika Syarikat mahu memperluaskan lagi kekuatan ketenteraan mereka di rantau Asia. Hal ini kerana China sedar bahawa pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat di Subic Bay, Filipina antara pangkalan yang paling besar dan terkuat di Asia Tenggara (Krik, 2015).
Di samping itu, Scarborough Shoal turut menjadi fokus utama kepada Filipina kerana China sangat bercita-cita tinggi untuk memiliki kawasan tersebut. Hal ini memaksa Filipina untuk mempertingkatkan keselamatan maritim negara mereka terutamanya di kawasan Scarborough Shoal. Keadaan ini juga memaksa Filipina untuk fokus kepada kepentingan keselamatan sempadan perairan negara mereka. Hal ini kerana, sekiranya mereka tidak mengambil endah atas perkara yang berlaku di kawasan maritim negara tidak mustahil Scarborough akan jatuh Di samping itu, Scarborough Shoal turut menjadi fokus utama kepada Filipina kerana China sangat bercita-cita tinggi untuk memiliki kawasan tersebut. Hal ini memaksa Filipina untuk mempertingkatkan keselamatan maritim negara mereka terutamanya di kawasan Scarborough Shoal. Keadaan ini juga memaksa Filipina untuk fokus kepada kepentingan keselamatan sempadan perairan negara mereka. Hal ini kerana, sekiranya mereka tidak mengambil endah atas perkara yang berlaku di kawasan maritim negara tidak mustahil Scarborough akan jatuh
Selain itu, China begitu menginginkan Scarborough dan pada masa yang sama Filipina cuba untuk mempertahankannya. Kedua pihak sedar Scarborough menyimpan 1001 khazanah alam yang tidak ternilai dan ini menjadi punca mereka berusaha menjadikan Scarborough sebagai sebahagian wilayah mereka. Keadaan ini jelas menggambarkan kepentingan nasional negara masing-masing untuk mendapatkan hasil laut daripada kepulauan Scarborough itu sendiri. Kekayaan minyak mentah di kawasan persisiran Laut China Selatan ini mampu untuk memberi kelangsungan hidup kepada rakyat China mahupun Filipina.
Seterusnya bagi menyelesaikan konflik yang berlaku ini ASEAN turut menggunakan tiga peringkat penyelesaian iaitu bermula dengan campur tangan pihak ketiga dalam proses rundingan yang tidak mempunyai kepentingan langsung, rundingan bilateral atau multilateral dengan pihak yang terlibat dan akhir sekali menetapkan satu keputusan sebagai kata putus dalam penyelesaian konflik tersebut. Kaedah ini digunakan sebagai resolusi jangka panjang untuk mempertimbangkan segala permasalahan dan kecelaruan yang berlaku di Laut China Selatan khusus di Scarborough dengan harapan ia tidak akan diperbesarkan dengan meluas. Menurut M. Khalil Afif (2014), ASEAN memainkan peranan sebagai mediator untuk berunding secara langsung dengan pihak yang terlibat dengan konflik ini supaya tidak mudah rasa tercabar antara satu sama lain. Di samping itu juga, usaha yang dilakukan oleh ASEAN ini secara tidak langsung dapat mencegah konflik di Scarborough menjadi lebih rumit dan akhirnya mengancam keselamatan negara serantau.
1.8 LIMITASI KAJIAN
Limitasi kajian yang hadapi semasa kajian ini dijalankan adalah saya menghadapi kekangan untuk memerhati sendiri keadaan terkini di Scarborough Shoal disebabkan oleh faktor kewangan dan masa untuk terbang ke Filipina. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya hanya berpandukan media masa dan bahan bacaan yang ada untuk mengetahui maklumat- maklumat terkini mengenai Scarborough Shoal dan tindakan seterusnya China dan Filipina.
Di samping itu, saya juga sukar untuk mencari responden untuk mendapatkan data dan maklumat berkenaan dengan kajian saya. Tambahan lagi, saya sukar untuk mencari seseorang yang arif tentang tercetusnya konflik di Scarborough Shoal, Filipina ini. Oleh hal yang demikian, kajian saya menjadi agak terbatas dan tidak meluas. Namun begitu, masalah ini juga boleh diatasi dengan mencari alternatif yang lain seperti menggunakan kaedah menemu ramah secara atas talian (online).
Selain itu juga, saya turut menghadapi masalah kekangan masa semasa kajian ini dilakukan. Hal ini kerana saya turut mempunyai tugasan lain selain daripada kajian ini. Justeru, saya berusaha menyiapkan jadual dan rangka kerja agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik.
1.9 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Scarborough Shoal ini menjadi sasaran keinginan negara China untuk memilikinya walaupun secara realitinya mereka sedar bahawa Scarborough Shoal itu terletak jauh dari sempadan perairan negara mereka. Walaupun kebangkitan China ini dianggap “Peaceful Rise” tapi tuntutan mereka terhadap Scarborough Shoal ini dilihat begitu agresif dan sangat bercita-cita tinggi untuk memiliki keseluruhan Laut China Selatan sebagai kawasan wilayah mereka yang sah.
Di samping itu juga, tindakan China yang membenarkan nelayan mereka memasuki kawasan Scarborough ini seolah-olah tidak menghormati kerajaan Filipina. Hal ini telah membangkitkan kemarahan kerajaan Filipina dan menjadi pencetus kepada mereka untuk menegakkan hak mereka terhadap Scarborough yang berada tidak jauh di persisiran laut negara mereka. Kerajaan Filipina mahu menyelesaikan permasalahan ini secara aman dan tidak menggunakan kaedah ketenteraan kerana mereka sedar kekuatan ketenteraan China lebih hebat dan canggih dari ketenteraan Filipina.
Sehubungan itu, Filipina yang juga salah satu negara anggota ASEAN berharap agar organisasi ini mahu campur tangan dan mampu untuk memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan masalah pertindihan tuntutan Scarborough Shoal ini sekali gus konflik yang melanda Laut China Selatan. ASEAN diharap dapat membantu menyelesaikan masalah ini selari dengan objektif mereka iaitu untuk mengukuhkan keamanan dan kestabilan dalam kawasan negara masing-masing dan di rantau Asia.
KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA
BAB 2: SOROTAN KAJIAN
2.0 PENGENALAN
Bab ini membincangkan sorotan kajian lepas berkenaan dengan isu konflik di Scarborough yang menjadi rebutan antara negara China dan Filipina. Selain itu juga, bab ini turut mengetengahkan teori-teori ataupun konsep yang digunakan dari perspektif pakar-pakar dalam bidang keselamatan serantau dan konflik perebutan sempadan antara dua negara ini. Sehubungan itu, melalui bab ini juga kita dapat melihat bagaimana negara Filipina berhadapan dengan kuasa besar seperti China dalam mempertahankan kedaulatan negara demi kepentingan nasional dan keselamatan negara mereka sendiri.
2.1 MAKSUD KONFLIK DAN PERTIKAIAN
Konflik yang berlaku disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati satu pihak terhadap satu pihak yang lain. Punca konflik juga boleh terjadi disebabkan oleh perbezaan ideologi, prinsip dan kepentingan sesuatu pihak. Menurut Dictionary of Contemporary English, „conflict‟ bermaksud „disagreement or argument between people, groups, countries etc.‟ Pengertian konflik ini jelas membawa konotasi yang negatif dan semestinya akan mendatangkan impak kepada kedua pihak yang terlibat dalam konflik tersebut. Konflik yang berterusan mampu membawa keadaan yang lebih serius terutamanya perang disebabkan oleh faktor yang mahu mendapatkan sesuatu itu sangat membuak-buak dan apatah lagi demi kelangsungan negara masing-masing. Sekiranya hal ini berlaku, sudah pasti keadaan negara diambang kehancuran dan mengancam keselamatan rakyat sesebuah negara itu sendiri. Namun begitu, sekiranya konflik ini berjaya ditangani dengan baik dan bijak ia dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada kedua pihak yang bertelagah.
Manakala, menurut Dictionary of Contemporary English pula berkenaan dengan pertikaian membawa bermak sud „a serious argument or disagreement.‟ Pertikaian yang berlaku kebiasaan melibatkan perebutan bercanggah antara negara melibatkan sempadan. Sempadan negara sering kali menjadi subjek kepada bermulanya satu konflik kepada sesebuah negara. Kebanyakkan konflik yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh pengaruh kepentingan nasional negara tersebut dan kawasan yang direbut mempunyai sumber mineral yang banyak sehingga mampu memberi manfaat kepada sesebuah bangsa. Isu pertikaian ini juga akan menjadi semakin serius kerana ia melibatkan kedaulatan negara dan sekaligus mengancam keselamatan negara tersebut. Oleh hal yang demikian, masalah pertikaian ini memerlukan pihak ketiga sebagai pengantara dan bertindak sebagai pengaman untuk konflik yang berlaku antara kedua belah pihak ini.
Justeru, menjurus kepada masalah konflik pertikaian maritim antara Filipina dan China ini terus menjadi satu isu yang terus dibincangkan bersama dengan negara anggota
ASEAN yang lain untuk mencari jalan penyelesaian yang ideal untuk mengelak berlakunya permasalahan yang lebih rumit dan parah lagi. Sehubungan itu, ASEAN melalui ASEAN Regional Forum (ARF) bertindak untuk mengurangkan ancaman di kawasan rantau Asia. ARF adalah forum yang dibentuk oleh ASEAN untuk membahas dan memberi pandangan dengan hal yang berkaitan dengan isu keselamatan serantau antara negara anggota ASEAN dan negara-negara asing yang lain seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Rusia. Oleh hal yang demikian, peranan ASEAN jelas diperlukan untuk membantu menyelesaikan konflik pertikaian wilayah di kawasan Scarbourough Shoal ini.
2.2 KEBANGKITAN KUASA CHINA
Pada abad ke-21 ini dunia melihat China cuba untuk bangkit dan muncul sebagai sebuah kuasa dunia yang baru standing dengan Amerika Syarikat atau mungkin mengantikan peranan Amerika sebagai sebuah negara yang paling berkuasa di dunia. Sesetengah pakar politik ataupun ahli falsafah melihat kemunculan China sebagai kebangkitan yang aman „Peaceful Rise‟, namun tidak kurang juga yang memandang kerajaan Beijing ini begitu
agresif dan sangat bercita-cita tinggi untuk bangkit sebagai sebuah kuasa besar yang baru. Di samping itu, kebangkitan China ini juga amat dirasai oleh negara-negara Asia Tenggara. Hal ini kerana, kebangkitan China sangat berfokus kepada sempadan maritim negara di Asia terutamanya di laluan Laut China Selatan. Oleh hal yang demikian, kebangkitan China ini mengundang ancaman yang paling besar kepada negara Asia kerana kekuatan dan kestabilan China yang sangat kuat. Objektif utama kemunculan China ini didorong atas dasar mahu mengukuhkan lagi kestabilan ekonomi negara dan kekuatan ketenteraan yang mereka miliki. Sehubungan itu, kehadiran China di kawasan Laut China Selatan sememangnya mempunyai agresif dan sangat bercita-cita tinggi untuk bangkit sebagai sebuah kuasa besar yang baru. Di samping itu, kebangkitan China ini juga amat dirasai oleh negara-negara Asia Tenggara. Hal ini kerana, kebangkitan China sangat berfokus kepada sempadan maritim negara di Asia terutamanya di laluan Laut China Selatan. Oleh hal yang demikian, kebangkitan China ini mengundang ancaman yang paling besar kepada negara Asia kerana kekuatan dan kestabilan China yang sangat kuat. Objektif utama kemunculan China ini didorong atas dasar mahu mengukuhkan lagi kestabilan ekonomi negara dan kekuatan ketenteraan yang mereka miliki. Sehubungan itu, kehadiran China di kawasan Laut China Selatan sememangnya mempunyai
Di samping itu, teori peaceful rise ini mengantikan teori peaceful development sejak tahun 2004 lagi. Terma kebangkitan aman ini digunakan kerana China bangkit bukan untuk meluaskan kuasa hegemon mereka seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat tetapi kebangkitan mereka hanya untuk meningkatan kestabilan ekonomi dan ketenteraan. Namun begitu, ramai yang menganggap kemunculan China ini sebagai satu ancaman serantau kepada negara asing yang lain disebabkan oleh kebangkitan drastik mereka dalam aspek ekonomi dan ketenteraan ini. Menurut Ha Anh Tuan (2014), Beijing lebih menggunakan soft power dalam mempromosikan hubungan yang baik dengan negara jiran daripada menggunakan kuasa negara yang komprehensif. Tambahan lagi, beliau turut menegaskan bahawa Beijing menggunakan pendekatan secara koperatif dalam berhadapan dengan masalah pertikaian sempadan termasuk konflik maritime di Laut China Selatan. Justeru, situasi mengundang rasa tidak senang kepada negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam dan Filipina.
Scarborough menjadi target kepada China untuk berebut dengan Filipina. Hal ini kemungkinan kerana China melihat Filipina sebagai sebuah kuasa yang sangat lemah di rantau Asia. Hal ini kerana, kemampuan ketenteraan yang dimiliki oleh Filipina antara yang paling lemah sekali di Asia Tenggara dan dalam negara anggota ASEAN. Menurut Castro (2015), pada abad ke-21 ini, Filipina adalah salah satu contoh dimana kuasa kecil berhadapan dengan cabaran untuk berdepan dengan kuasa yang sedang bangkit iaitu China.
„If global or local conditions for balancing are ripe , small powers can either draw on their geostrategic location to exert leverage on the powerful state, rely on other major power for
military assistance and security guarantees, or appeal to international law and organizations.‟
(Castro,2015) Sehubungan itu juga, Filipina dibawah pentadbiran Begino Aquino telah melaksanakan
balancing policy . Hal ini jelas apabila Begino Aquino berusaha untuk memodenkan lagi sistem ketenteraan Filipina (AFP) pada tahun 2011 untuk menangani isu pemberontakan
domestik dan masalah pertikaian sempadan dan wilayah (Castro, 2015). Walaupun bagaimanapun balancing policy yang dilaksanakan oleh Aquino ini agak berisiko kerana Filipina tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk memodenkan kemampuan ketenteraan negara. Filipina merupakan negara yang sederhana maju dalam aspek ekonomi di rantau Asia. Tambahan lagi, Filipina sedang berhadapan dengan sebuah negara yang mempunyai pengaruh dan kuasa yang sangat kuat dan kukuh dalam bidang ekonomi.
Secara amnya, kehadiran China di Asia Tenggara terutamanya di Scarborough sememangnya mempunyai agenda mereka sendiri dalam melancarkan impian mereka untuk bangkit dan muncul sebagai sebuah negara yang gah di mata dunia setanding dengan Amerika Syarikat. Scarborough salah satu kawasan target China di Laut China Selatan yang mempunyai sumber alam yang melimpah ruah. Justeru, China dilihat tidak mahu mengalah dengan Filipina untuk mendapatkan Scarborough kerana mereka sumber di Scarborough itu mampu untuk meningkatkan lagi ekonomi negara mereka.
2.3 KONSEP DAN UNDANG-UNDANG LAUT
Subtopik ini membincangkan konsep-konsep kajian antarabangsa yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini. Selain itu, subtopik ini turut membincangkan undang-undang laut yang dijadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan konflik di Scarborough Shoal ini.
Scarborough Shoal menjadi rebutan antara China dan Filipina sehingga menjadi ancaman keselamatan serantau di kawasan Asia Tenggara. Konflik ini memberi impak yang amat besar kepada Filipina yang merupakan negara agak lembab dari segi kemajuannya. Filipina begitu lemah dari segi ketenteraan dan ekonomi yang agak lembab. Negara-anggota ASEAN yang lain juga turut mengalami masalah yang sama iaitu kurang kemampuan dalam bidang ketenteraan dan ekonomi kecuali Singapura. Hal ini telah menjadi ancaman kepada Filipina untuk mempertahankan Scarborough dari jatuh ke tangan China. Kurang kemampuan dalam bidang ketenteraan dari segi senjata dan peralatan ini benar-benar menguji Filipina lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kuasa besar yang mempunyai kemampuan tentera yang canggih seperti China.
Tambahan lagi, Scarborough Shoal ini menjadi tumpuan dan rebutan bagi China dan Filipina disebabkan oleh kekayaan sumber alam seperti sumber protein iaitu ikan. Kelebihan yang terdapat di Scarborough ini menjadi kepentingan nasional kepada kedua negara ini untuk meningkatkan ekonomi mereka. Di samping itu, menurut Daojiong dan Velencia (2010), China begitu menginginkan Kepulauan yang berada di Filipina juga disebabkan mempunyai agenda keselamatan yang tersembunyi iaitu kepentingan national negara China untuk menolak permulaan Perang Dingin dengan Amerika Syarikat dan menghapuskan sedikit demi sedikit kuasa hegemon Amerika.
„ The Chinese leadership believes it is in China's national interest to not only reject a post - Cold War Pax Americana in Asia but, more importantly, to "help America bid farewell to hegemonism" and accept being just one of the poles in a multi- polar world.‟
(Daojiong dan Velencia ,2010) Selain itu, peningkatan ekonomi di Asia Tenggara memberi manfaat kepada China.
Tambahan dengan kekayaan sumber semula jadi yang ada di Scarborough akan menjana perkembangan ekonomi negara China. Jadi tidak hairanlah kenapa China begitu agresif untuk mendapat Scarborough bahkan keseluruhan Laut China Selatan yang kaya dengan hasil minyak dan gas.